March 2019 - emilinda

Thursday, March 28, 2019

Pengalaman Berkunjung ke Tagal Fish Spa, Sungai Moroli

March 28, 2019 16
Pengalaman Berkunjung ke Tagal Fish Spa, Sungai Moroli
Hasil pencarian di google, saya difahamkan bahawasanya perkataan ‘Tagal’ adalah berasal dari Bahasa Kadazandusun yang membawa maksud ‘tidak boleh menangkap ikan dan sebarang hidupan di sungai’. Tujuan diwujudkan sistem Tagal ini adalah untuk memelihara populasi ikan dan hidupan sungai supaya ia tidak pupus untuk generasi di masa akan datang. Semasa kunjungan saya dan rakan-rakan ke Sabah pada tahun lepas, kitorang sempat singgah di Tagal Sungai Moroli Fish Spa yang terletak di Kg Luanti Baru, Ranau Sabah.


Kitorang singgah ke sini tak berniat pun nak mandi bersama ikan. Geli lah, hahah. Nak rendam kaki pun dah terlompat-lompat dek rasa geli tiap kali tersentuh ikan-ikan, inikan pula nak mandi bersama ikan. Memang idok lerrr haha. Harga yang dikenakan untuk rendam kaki (fish spa) disini hanyalah RM5/seorang bagi dewasa, RM2/seorang bagi kanak-kanak. Tapi kalau ada bawa kamera, dikenakan cas RM3 bagi setiap kumpulan. Kalau nak beli makanan untuk ikan pun boleh, kalau tak silap harganya RM0.30 bagi setiap bungkus. Setiap seorang boleh beli sebungkus sahaja. Saya syak, dia risau kalau-kalau pengunjung terlebih bagi makanan dekat ikan-ikan kat situ, bhahahah.

Tiket masuk ke Tagal Fish Spa

Ini haa makanan untuk ikan.

Waktu kitorang sampai tu tak ramai sangat orang kat situ. Setiap seorang boleh masuk selama 15 minit sahaja, tak boleh berlama-lama. Banyak betul ikan kat situ, tak pasti pulak jenis ikan apa. Dah la saiznya besar-besar. Kita tak baling makanan pun ikan-ikan dah penuh, lagi pulak kalau kita bagi makanan. Laju aje ikan-ikan tu datang nak dapatkan makanan.



Inilah rupanya bila kita campak makanan, meluru-luru haaa

Sebelum ni saya tak pernah pun merasai pengalaman fish spa kat mana-mana tempat. So bila sampai tu saya memang agak excited. Tapi bila dah cecah kaki dalam air, rasa geli pulak tiap kali kaki diurut oleh ikan-ikan tu. Bila kita campak makanan, lagilah berpusu-pusu ikan tu datang. Siap terlompat-lompat haha. Kata orang fish spa ni mampu membantu kita hilangkan kulit-kulit mati kat kaki kita bila ikan-ikan tu duk gigit sedikit demi sedikit. Geli memang geli, tapi best jugak!



Kalau lepas main ikan ni korang rasa lapar, kat bahagian luar Tagal Fish Spa ni ada orang jual pisang goreng, buah potong dan kudap-kudap lain. Tak banyak, tapi boleh la sekadar nak alas perut.


***********

Artikel berkaitan :

Wednesday, March 27, 2019

Jatuh Cinta Dengan Spicy Smoked Beef Pasta di Restoran Sepiring!

March 27, 2019 22
Jatuh Cinta Dengan Spicy Smoked Beef Pasta di Restoran Sepiring!
Kali ni tak nak tulis panjang-panjang sangat. Cuma nak kongsikan tentang satu menu dekat restoran Sepiring yang saya cuba baru-baru ini. Masa jalan-jalan kat Mid Valley, I decided to dine in at Restoran Sepiring. Ini bukan kali pertama saya makan kat Sepiring. Last year pernah makan kat Sepiring Sunway Putra Mall. Tapi masa tu saya try Nasi Ulam. Not bad, portion dia besar dan mengenyangkan. Rasa pun memang sedap.


Kali ni saya cuba Spicy Smoked Beef Pasta. Teringat before ni Kak Eyza pernah cerita, katanya Spicy Smoked Beef Pasta dekat Sepiring memang best. Harga RM15.95 . Tapi kalau nak lagi berbaloi, boleh order All-Day Set. Untuk set pasta ni + iced peach tea + hot dessert cuma RM22.55 sahaja. Dah alang-alang tu baik order yang set punya la kan?


By the way this is how it looks like. Basically spaghetti masak lemak dengan cebisan-cebisan daging salai. Memang agak unik la kan sebab biasanya saya duk makan spaghetti carbonara, spaghetti Bolognese, dan spaghetti aglio olio. I love the idea of spaghetti masak lemak. Kira macam sesuai la untuk tekak orang melayu macam kita ni, hehe. Rasa dia memang berlemak dan pedas. Daging salai pun banyak. I know some people don’t really like spaghetti. For example, my fiancé tak berapa suka spaghetti carbonara. Tapi bila cuba spaghetti masak lemak ni, dia suka weyh. Tekak melayu sungguh, lol. I am really in love with this Spicy Smoked Beef Pasta, so few days later i suggest my officemates to have Man Houw’s farewell at this restaurant (at Paradigm Mall). Haha so dalam satu minggu, saya makan 2 kali Spicy Smoked Beef Pasta ni.

Bubur chacha

Bubur kacang merah

The set comes with iced peach tea & a hot dessert ( boleh pilih either Bubur Chacha atau Bubur Kacang Merah).


Oh by the way my fiancé order set Nasi Pandan with Ayam Berempah (termasuk iced peach tea & hot dessert) – RM23.50. As you can see in the picture, portion hidangan nasi dia memang agak besar.

Okay tu je nak cerita. Byebye.

Surprise Delivery di Kelantan? Gunakan servis dari Dada Lavieda Ballon!

March 27, 2019 13
Surprise Delivery di Kelantan? Gunakan servis dari Dada Lavieda Ballon!
Kalau kat KL saya perasan banyak betul kedai yang menawarkan servis surprise delivery. Kiranya memang mudah la bila nak surprisekan orang tersayang. Tinggal cari dan pilih servis dari kedai mana yang saya nak amanahkan untuk laksanakan surprise yang saya rancang untuk insan tersayang tu. Tapi yang jadi permasalahannya bila saya kat kampung. Memang buntu sikit sebab kat kampung saya di Kelantan memang tak banyak kedai yang menawarkan servis surprise delivery bagai ni. Bukan tak ada langsung, tapi tak banyak pilihan. Bila saya google “surprise delivery kelantan”, memang tak banyak kedai yang sediakan servis macam ni kat Kelantan. Boleh bilang dengan jari, kalau ada pun diorang hanya deliver ke sesetengah kawasan sahaja dan mereka tak mempunyai physical store. Hanya beroperasi secara online sahaja. Habistu untuk saya yang tinggal di ceruk Bachok ni macam mana? Tak boleh ke nak surprisekan insan tersayang?




Kesudahannya saya tanya dekat kenalan saya yang memang tinggal di Kelantan. Logiknya mungkin diorang lebih tahu la kan sebab diorang menetap di Kelantan. Salah seorang kenalan saya cadangkan satu kedai surprise delivery & party supply yang terletak di Bachok, Kelantan. Saya pun mula selidik sedikit maklumat tentang kedai ni. Almaklum, kita bila nak ambil servis dari mana-mana pihak, tentunya kita nak pilih yang trusted dan kena dengan citarasa kita, kan? Barulah berbaloi dengan harga yang kita bayar. Hasil saya duk stalk Instagram kedai Dada Lavieda Ballon ni, saya dapat tahu kedai Dada Lavieda Ballon ni memang mempunyai physical store di Bachok, Kelantan. Kiranya bukan home based surprise delivery la.



Walaupun kedai ni terletak di Bachok, tapi ianya menawarkan servis surprise delivery ke seluruh Kelantan. Kalau nak pick up sendiri kat kedai dia pun boleh. Tengok gambar yang dipost di Instagram Dada Lavieda Ballon, ramai juga warga Kelantan yang ambil servis surprise delivery dari mereka. Kira trusted la. Tengok dekorasi bunga/coklat yang dihantar kepada penerima surprise delivery tu pun dalam keadaan yang cantik dan menarik. Gubahannya cantik-cantik. Nampak la pihak Dada Lavieda bukan buat ala kadar je, tapi betul-betul nak para pelanggan berpuashati. Tengok pada gambar para pelanggan senyum sampai ke telinga tu, saya dapat agak servis surprise delivery dari Dada Lavieda ni memang baguslah.




Yang lagi menariknya, Dada Lavieda Ballon bukan sahaja menyediakan servis surprise delivery. Tapi mereka juga turut menawarkan servis dekorasi event. Katakanlah korang nak celebrate birthday insan tersayang dengan cara berkhelah ke, atau makan malam di mana-mana restoren terdekat ke, pihak Dada Lavieda boleh tolong setup & buat dekorasi kat tempat yang korang pilih tu. Untuk birthday party, bridal party, dan baby shower party pun korang boleh ambil servis dari Dada Lavieda Ballon. Memang dorang expert bab party decoration ni.

Nak picnic bersama yang tersayang sambil meraikan ulang tahun?

Dekorasi majlis harijadi oleh Dada Lavieda Ballon

Untuk majlis berendoi bayi / baby shower pun boleh

Dekorasi untuk corporate dinner atau apa-apa majlis pun boleh

Saja la saya kongsikan disini tentang servis surprise delivery & decoration Dada Lavieda disini kot-kot bermanfaat untuk pembaca lain yang tengah pening mencari servis surprise delivery di Kelantan. Nanti bila saya perlukan lagi servis macam ni kat Kelantan, saya sendiri pun boleh refer balik artikel yang saya tulis ni, tak payah susah-susah nak cari yang lain dah. Servis dari pihak Dada Lavieda ni pun cepat. Bila kita whatsapp untuk bertanyakan tentang servis yang mereka tawarkan, memang laju aje dorang reply.

Surprise Delivery & Party Decoration di Sekitar Kelantan
Dada Lavieda Ballon
Lot 2778-A, Kg Pintu Gerbang Tawang
16020 Bachok Kelantan
Call / Whatsapp 0139150610
Instagram : Dada Lavieda Ballon

Tuesday, March 26, 2019

Pengalaman Buat Ujian Saringan HIV Pra Perkahwinan di Klinik Kesihatan Tanglin

March 26, 2019 20
Pengalaman Buat Ujian Saringan HIV Pra Perkahwinan di Klinik Kesihatan Tanglin
Assalamualaikum. Hari ni saya nak kongsikan tentang pengalaman saya buat ujian saringan HIV baru-baru ini. Seperti yang kita sedia maklum, di Malaysia ni setiap individu yang bakal berkahwin diwajibkan mengambil ujian saringan HIV pra perkahwinan. Sebenarnya sebelum ni saya dah banyak kali google dan baca pengalaman orang lain tentang ujian saringan HIV ni. Bukan apa, saya nak tahu prosedur yang betul supaya sekali pergi je terus boleh setel. Tak perlu pergi banyak kali. Cuti tahunan pun bukan banyak. Hasil pembacaan saya di internet, keputusan ujian saringan HIV ni hanya sah selama 6 bulan sahaja dari tarikh ujian saringan HIV ini dilakukan. Keputusan ujian saringan HIV ini diperlukan untuk melengkapkan borang kebenaran berkahwin.

Gambar sekadar hiasan

Ujian saringan HIV untuk tujuan berkahwin ni korang kena buat dekat klinik/hospital kerajaan sahaja. Saya dan tunang saya bersetuju untuk sama-sama buat ujian sarinagn HIV di Klinik Kesihatan Tanglin memandangkan klinik tu yang paling dekat. Perkara pertama saya buat adalah saya google untuk dapatkan no telefon Klinik Kesihatan Tanglin. Tujuan saya call adalah untuk memastikan prosedur yang betul (kena buat appointment dulu ke tak, kena datang pukul berapa, hari apa boleh buat ujian saringan HIV, kena bawak apa, etc). Yela, melalui pembacaan saya di internet, lain klinik lain cara dan prosedurnya. Pihak Klinik Kesihatan Tanglin cakap tak perlu buat appointment, terus datang je. Tapi untuk ujian saringan HIV, Klinik Kesihatan Tanglin hanya buat dari jam 2 petang sehingga jam 4 petang (kaunter dibuka seawal jam 1.45 petang). So ambil second half day leave pun dah memadai. Tapi saya lupa nak tanya tentang dokumen yang perlu dibawa.

Saya tanya kawan & kakak saya, katanya kena bawa kad pengenalan diri sahaja. Saya tak puas hati sebab saya pernah terbaca di internet, katanya kalau nak akad nikah di Kelantan tapi nak buat ujian saringan HIV di luar Kelantan, kena bawa satu borang lain. Google punya google, saya jumpa Borang Kebenaran Memberi Keputusan Ujian Saringan HIV dari pihak Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK). Untuk langkah berjaga-jaga, saya print 6 keping. Semangat betul, hahah. Tak perlu print sampai 6 pun. Print sekeping seorang je. Boleh download borang tu di SINI.

Ini haa rupa borang tu

Sekitar jam 1.30 saya dan tunang dah pun sampai di Klinik Kesihatan Tanglin. Sampai je terus register. Masa nak register, akak yang jaga kaunter tu tanya “Nanti nak akad nikah kat negeri mana? Sebab kitorang hanya sediakan borang untuk negeri Selangor je. Negeri lain kena bawak sendiri”. Nasib baik kitorang dah bawak siap-siap. Lega. Dah register, tunggu giliran. Sebelum medical assistant (MA) ambil darah kita untuk check, kena pastikan borang tadi siap diisi dan ada kena tulis nama di satu buku log yang disediakan kat situ. Setel MA ambik darah, kena tunggu sekitar 10 minit untuk dapat result. Bila result dah keluar, dia akan mintak kita ke bilik doctor untuk doctor sahkan keputusan ujian tu. Overall siap dalam 1 jam. Tepat jam 3 petang dah setel.

Tapi memandangkan kitorang tak biasa sangat, so macam terpinga-pinga jugak la. Nak kena tunggu kat mana, nak kena buat apa lepastu. Kalau tak pasti, tanya je mana-mana nurse yang ada. Biasa saya baca ramai yang cakap kena bayar RM1 untuk ujian saringan HIV ni. Tapi waktu kitorang register, dia takde minta suruh bayar pun. So lepas dah setel semua, kitorang pergi balik ke tempat register tadi tanya akak tu “Ni kira dah setel la ye? Ada kena bayar pape tak?”. Dia cakap “Aah setel dah, tak payah bayar pape”. Hihi, lega dah setel satu perkara. Sebab setel awal, so kitorang terus ke Mid Valley untuk tengok movie Captain Marvel.

Pastikan keputusan ujian tu ditanda dengan jelas

Oh by the way, tolong pastikan keputusan ujian ada dinyatakan dengan jelas didalam borang ujian saringan HIV korang tu. Bukan apa, nak pastikan urusan berjalan lancar nanti. Saya pernah terbaca dekat satu blog ni, katanya bila balik Kelantan dia terpaksa ke hospital kerajaan untuk buat ujian saringan lagi sekali hanya kerana dekat borang tu doctor tak specify betul-betul keputusan ujian. Tak ke menyusahkan tu? Kiranya doctor tak bulatkan keputusan di bahagian Reaktif/Tidak Reaktif. Dekat borang saya pun doctor tak bulatkan, tapi dia just potong perkataan Reaktif, dan tulis semula TIDAK REAKTIF di bahagian tepi. Moga baik-baik sahaja, hehe.

Monday, March 25, 2019

Menginap 3 Hari 2 Malam di Everia Villa, Bukit Gambang Resort City.

March 25, 2019 19
Menginap 3 Hari 2 Malam di Everia Villa, Bukit Gambang Resort City.
Hai semua yang tengah membaca. Hari ni saya nak cerita serba sedikit tentang penginapan saya semasa percutian singkat 3 hari 2 malam di Bukit Gambang Resort City bersama rakan-rakan baru-baru ini. Percutian singkat kali ini, kami menginap di Everia Villas yang merupakan salah satu penginapan di dalam Bukit Gambang Resort City (BGRC). Kat dalam BGRC ni kalau korang nak menginap dekat studio apartment pun ada je. Tapi untuk kali ini, kami pilih untuk menginap di villa. Secara keseluruhannya Everia Villa ni ada 126 unit, tapi kesemua unit ni dibahagikan kepada 3 jenis yang berbeza mengikut ciri-ciri binaan villa tersebut. 3 jenis villa eksklusif yang dimaksudkan adalah San Francisco, Amsterdam, dan Venice. Sebenarnya bahagian dalam semua lebih kurang je, cuma seni bina bahagian luar villa je yang membezakan. Kami semua menginap di Everia Villa - San Francisco.



Nampak tak ada tram yang akan lalu dalam kawasan Villa Everia untuk mengambil penumpang?

Semasa kami sampai untuk check-in, saya memang rasa impressed sangat-sangat sebab kawasan sekeliling Everia Villas memang cantik gila. Walaupun kami menginap di Villa San Francisco, tapi sempat la jugak lalu kawasan villa Amsterdam dan Venice. Cantik weyh, setiap satu memiliki ciri-ciri tersendiri yang menggambarkan namanya. Patutlah diberi nama San Francisco, Amsterdam, dan Venice. Rupa-rupanya nama yang diberi adalah bersempena rekabentuk binaan villa itu sendiri yang bercirikan rumah-rumah di bandar-bandar tersebut. Memang rasa macam duduk kat luar negara. Walaupun lokasi BGRC ini adalah dalam ceruk hutan, tapi mampu menghasilkan kediaman yang cantik macam tu. Terfikir jugak, idea siapa agaknya yang nak buat konsep macam ni? Kreatif betul!

Bilik tidur saya




Posing sebegini adalah perlu ye

Bilik air di dalam setiap bilik

Setiap unit villa di sini mempunyai samada 3 bilik atau 4 bilik. Kiranya masa nak booking tu korang boleh booking ikut kesesuaian dan keselesaan korang. Nak yang 3 bilik atau 4 bilik. Villa yang kami diami selama 3 hari 2 malam ini mempunyai 3 bilik dan setiap bilik dilengkapi bilik air sendiri. Kesemua bilik terletak di tingkat atas. Ditingkat bawah pula terdapat satu lagi tandas, bilik menggosok baju, dapur, dan ruang rehat. Setiap unit villa dilengkapi dengan parkir untuk 2 buah kereta. So tak perlu nak risau kat mana nak parking. Bahagian depan villa tu pun memang luas. Kami siap buat barbeque di hadapan villa pada waktu malam. Oh ye, perkhidmatan tram memang disediakan dalam kawasan BGRC ni. So korang boleh park kereta korang diam-diam kat depan villa, dan naik tram untuk explore segenap BGRC.


Ketiga-tiga bilik tidur adalah di tingkat atas

Dari tangga tingkat atas, boleh nampak pintu utama

Posing dekat tangga aje la, hahah

Setiap unit villa dapat memuatkan 6 orang (3-bedroom villas) atau 8 orang (4-bedroom villas) pada sesuatu masa. Tapi yang bagusnya pihak BGRC ni jenis flexible. Let say korang datang satu keluarga seramai 10 orang, korang boleh je booking 1 villa. Senang cakap, walaupun villa ni untuk 6 atau 8 orang, tapi korang nak masuk ramai-ramai pun boleh, dorang pejam mata je. Korang bawak la toto tambahan, boleh bentang kat ruang tamu. Actually kalau nak bentang toto dalam bilik pun muat je lagi. Villa ni memang luas, so muat je nak masuk ramai-ramai. Baru happening kalau the whole family tinggal dalam 1 villa. TAPI, breakfast hanya disediakan untuk 6 atau 8 orang sahaja (bergantung pada jenis villa yang korang booking, 3 bilik atau 4 bilik). So untuk tambahan orang tu, korang kena add on breakfast la.

di tingkat bawah



Dapur yang dilengkapi keperluan basic

Iron room di tingkat bawah

Extra toilet bersebelahan iron room

Selain Everia Villas, terdapat juga penginapan style studio apartment di BGRC yang diberi nama Arabian Bay Resort dan Caribbean Bay Resort. Boleh pilih dari 2-Bedroom Suites. Studio Suites, Deluxe Suites, Junior Suites, Arabian Suites dan Penthouse Suites. Setiap satunya ada keunikan yang tersendiri. Sesuai untuk percutian keluarga, family day ofis, honeymoon dan sebagainya. Saya dan rakan-rakan sempat juga membuat lawatan singkat ke Arabian Bay Suites dan Caribbean Bay Suites sebelum kami pulang ke KL. Boleh tengok gambar-gambar kat bawah ni untuk dapat sedikit gambaran tentang suites dekat Arabian Bay Resorts dan Caribbean Bay Resorts.








Pendapat saya tentang Everia Villa setelah menginap selama 3 hari 2 malam :
Memandangkan mostly pengunjung yang pergi ke BGRC ni akan ke sana secara berkumpulan atau dengan keluarga, saya rasa menginap di Everia Villa adalah satu pilihan yang bijak. Suasana kat Everia Villa memang sesuai untuk percutian keluarga, terutama bagi keluarga besar. Ruangan dalam setiap unit villa memang luas dan selesa. Bilik air di setiap bilik tidur, dan siap ada extra bilik air di tingkat bawah. Pengalaman saya menginap di sini memang selesa sangat. Malam lepas dah setel aktiviti luar, boleh berkumpul kat ruang tamu sambil layan movie beramai-ramai. Kemudahan wifi pun ada disediakan di setiap unit villa. Dari segi kebersihan pun okay. Setiap hari ada room service selepas kita dah keluar dari villa untuk berjalan-jalan. Suasana kat sekeliling villa tu memang tenang je, cantik pulak tu. Oh ye, untuk yang jenis kerap lapar waktu malam, better sediakan makanan untuk kudap-kudapan. Yela, kalau dah lapar waktu tengah malam memang takla nak keluar cari kedai kan? Rasanya tak ada sebarang kedai dalam kawasan Everia Villa. Kalau nak ke convenient store memang kena keluar dari kawasan Everia Villas. Andai kata lain kali saya dan keluarga memilih untuk bercuti di BGRC, rasanya memang saya akan pilih untuk bermalam di Everia Villa. Lebih berbaloi memandangkan jumlah ahli keluarga saya yang ramai.

Untuk maklumat lebih lanjut tentang Bukit Gambang Resort City, boleh rujuk laman sesawang https://bgrc.com.my/