Friday, February 8, 2019

Tempah Burnt Cheesecake dari Lela Home Bakery, Bachok Kelantan

Saya ni nama je orang Kelantan, tapi kalau sesiapa tanya apa yang best kat Kelantan atau minta cadangkan tempat menarik, tempat shopping murah, kedai yang makanan sedap…satu apa pun saya tak tahu. Serious memang clueless sebab biasanya kalau balik Kelantan most of the time duduk rumah atau berjalan ke rumah saudara mara je. Memang bukan jenis yang selalu explore tempat-tempat kat Kelantan tu. Sampai la bila saya nak bertunang haritu, saya mula kalut dah kat mana nak beli kek / brownies untuk letak atas dulang hantaran bertunang. All I know is Secret Recipe tapi obviously kat Bachok tak ada Secret Recipe. Jenuh la nak ke Kubang Kerian atau Kota Bharu semata-mata nak beli kek kan? So nak tak nak saya  kena order dari mana-mana bakery terdekat. Saya cuba cari secara online. Kiranya nak order sesiap, hari bertunang nanti tinggal nak pergi pick up je. Senang. Tapi tak banyak pun bakery kat area Gunong atau Jelawat (ni pekan yang terdekat dari rumah saya), so sad. Kalau area Kubang Kerian / Kota Bharu memang banyak je, tapi agak jauh la nak pick up kat sana. Seboleh mungkin memang nak yang dekat sebab mudah nak pergi pick up nanti.


Bila tanya kawan-kawan, dorang ada suggest a few person yang buat part time baking from home. Tapi bila stalk Instagram / facebook dorang, rasa tak yakin pulak. Cari punya cari, finally kakak saya suggest suruh order dekat satu home-based bakery area Bachok, Lela Home Bakery. Ini pun kakak saya jumpa kat Facebook je. Tak pernah order tak pernah rasa sedap ke tak. Memang tawakkal jela. Bila usha facebook dia, nampak trusted dan ramai je customer dia duk repeat order. So kita rasa yakin la sikit. Tengok gambar kek yang dia upload di facebook memang cantik-cantik. Awalnya nak order brownies. Tapi bila tunjuk kat tunang saya, rupa-rupanya dipihak mereka pun order brownies dari bakery yang sama. Takkan saya pun nak bagi brownies jugak kan? End up saya decide untuk order burnt cheesecake. Burnt cheesecake satu biji RM55, kalau beli 2 biji RM100. So saya order 2 biji. Satu untuk letak atas dulang, satu lagi untuk family sendiri makan sebab saya sendiri dah lama teringin nak rasa burnt cheesecake. Haha.


By the way bila saya text kak Lela owner bakery tu, rupa-rupanya lokasi rumah dia hanyalah area Jelawat sahaja. So agak dekat kalau nak pergi pick up pun. Tapi saya minta nak COD dekat pasaraya berdekatan rumah saya, senang. Pagi hari bertunang, saya minta adik bongsu saya yang pergi pick up kek tu dari runner kak Lela. Saiz burnt cheesecake ni 6 inch, tak besar sangat pun. Lepas setel majlis bertunang tu sempat la saya rasa sikit, okay lah. Saya tak pernah makan burnth cheesecake so tak tahu rasa burnt cheesecake sepatutnya macam mana, haha. Tapi yang ni rasanya sangat padat dan kaya dengan cheese. Penggemar cheese suka la kot.


Alang-alang order tu, saya ada order mini cream horn jugak dari kak Lela. RM10/10pcs , so saya order dalam 30pcs sebagai tambahan untuk pencuci mulut. Selain cream horn ni saya ada order kuih akok juga tapi dari kedai lain. Ini kali pertama saya makan cream horn, dan rasanya memang bukan taste saya kot. Tapi anak-anak saudara saya suka betul makan cream horn ni. Elok la dorang yang habiskan, hehe.


Ini brownies yang pihak tunang saya order untuk diletakkan atas dulang hantaran. Katanya order dari kak Lela jugak. Brownies ni saya suka, dia tak terlalu manis dan rasanya moist. Overall dalam 3 item dari bakery kak Lela ni, saya paling suka brownies. Untuk kek kahwin nanti saya tak pasti nak order dari kak Lela jugak, atau cari bakery lain. Tapi tengok gambar kek kahwin dekat facebook dia, cantik-cantik semuanya. Kalaulah area Bachok ni ada Secret Recipe kan senang. For those yang mencari-cari bakery area Bachok Kelantan, boleh la usha facebook kak Lela ni. Link ada kat bawah. Ini bukan paid or sponsored review tau. Ini perkongsian ikhlas dari hati.

Lela Home Bakery Bachok

22 comments:

  1. OMG! sedapnyer.. and price murah plak tu!! i would order 2 jugak if i were you.. ni buatkan nak try ni.. hehe

    ReplyDelete
  2. Wahhh...sedap nampak burnt cheesecake tu. Anyway.. Tahniah dan selamat bertunang.

    ReplyDelete
  3. Allah feveret ni..sedap sangat selalu oder aje kat baker sini..nak buat bape pndai..

    ReplyDelete
  4. oh ore klate emi..sekampung la ngan akak...sedap tgk burn cheesecake tu...mini cream horn tu pn minat juga

    ReplyDelete
  5. Nampak sedap semuanya! Ya Allah, dahla saya peminat tegar dessert. Haha.

    ReplyDelete
  6. Wahhh cantik2 dessert yg dia buat. Nampak kemas aje. Mesti rasa pun sedap kan. Terliur tengok ni... I dah la mmg xleh ngan dessert2 ni hehe

    ReplyDelete
  7. Creative betul baker ni yg bwt mini cream cone tu....mesti sedapkan...terliur plak tgk suma makanan ni....

    ReplyDelete
  8. sedapnya Burnt Cheesecake ni. Zul ni cheese addicted. suka sangat dengan makanan yang ada cheese. patut cuba lah Burnt Cheesecake ni .

    ReplyDelete
  9. Brownies dia nampak sedap.. tapi area situ mmg susah cari bakers kann.. kakak ipar pernah jual kek online kt kelantan.. susah gak market dia

    ReplyDelete
  10. Tengok kek2 dia teutama burnt cheesecake tu memang menaikkan nafsu betoii..terlioq dibuatnya. Kalau dekat sure dah order dah ni

    ReplyDelete
  11. Nice. Saya pun tak pernah lagi rasa burnt cheese cake. Nak try juga.

    ReplyDelete
  12. I am not living in Kelantan :( bt these are mouthwatering for sure !

    ReplyDelete
  13. alahai. sedap nyer burnt cheesekek tu.
    kat melaka ni, x jumpa yg sedap lagi, emi.
    yg ada, ok ok jer la. just, pernah beli sepotong yg sedap di bangi.
    nyaman nyer la...

    ReplyDelete
  14. Kenapa semua makanan nmpk sedap ni! Suka yg kek ad hiasa pretzel kecik tu. Meleleh air liur tengok.hehehe. Nanti mai Kelantan nak order.hehehe

    ReplyDelete
  15. sy pun duduk kelantan dan tak pernah tahu pun bakery tu.. cuma tahu secret recipe je.. cream horn tu mmg best btw.

    ReplyDelete
  16. Astaga. Kenapa sedapnya la kelihatan all these desserts? Dah la Rawlins nie memang seorang dessert-freak. Harga pun sangat berpatutan tu.

    ReplyDelete
  17. Browniessssss? Ya Allah.. Sedapnya..
    Favourite betul dengan brownies.
    Sampaikan masa prgntkan zhareef 2thun lpas dok ngidam2. Hehe
    Syok bila dapat makan sampai puas.

    ReplyDelete
  18. Eh eh, awak dah bertunang? Tahniah! Semoga info ni berguna untuk bakal pegantik yang kat sana.

    ReplyDelete
  19. Mini cream horn tu nampak sangat sedap.. Hey dah tunang ye nanti kahwin ajak le kita.. nama ayah kita kan sama hahaha tapi kelantan takut jauh pula heee...lama tak singgah kelantan ni

    ReplyDelete
  20. tak pernah rasa lagi,,nak cuba rasa..tengok macam sedap je

    ReplyDelete
  21. tudiaa topping dia menariknya. rasa x penah lagi makan burnt cheesekek.
    dengar nama cem truja je. sebab burnt kan..

    ReplyDelete
  22. Emiii.. TB tengok gambar burn cheescake tu TB jadi teringin nak rasa.. memang tengok gambar pun dah tergoda ni.. mula la nak mencari kat kl ni kalau ada orang jual.. serius.. Nampak sedap semua 3 jenis dari Lela Bakery ni.. sib baik la jauh.. kalau tak.. dah order dah

    ReplyDelete

Kindly leave your comment/feedback here.