Prestasi Kutipan Zakat 2018 PPZ-MAIWP & Cara Pengagihan Zakat Di Wilayah Persekutuan Oleh MAIWP - emilinda

Wednesday, February 13, 2019

Prestasi Kutipan Zakat 2018 PPZ-MAIWP & Cara Pengagihan Zakat Di Wilayah Persekutuan Oleh MAIWP

Assalammualaikum pembaca semua. Tak tahu la berapa ramai yang baca perkongsian saya kali ni. Harapnya banyak la sebab kali ni saya nak kongsikan tentang sesuatu yang saya rasa korang patut tahu. Hari ini saya nak bercerita tentang bagaimana zakat di Wilayah Persekutuan diagihkan. Selama ni korang duk bayar zakat, mungkin korang tak ambil tahu pun ke mana perginya duit zakat yang korang bayar tu kan? Kalau korang bayar zakat di negeri lain sekalipun, rasanya tak rugi kalau korang baca ni untuk tambah pengetahuan. Mana la tahu ada keluarga & rakan terdekat korang yang bayar zakat di Wilayah Persekutuan, boleh la kongsikan dengan mereka. Bagi yang tak bayar zakat pula, saya doakan semoga dibukakan hati korang untuk mula membayar zakat. Membayar zakat ni tak mengurangkan harta kita pun. Ingat, dalam setiap rezeki kita ada bahagian untuk makhluk yang lain juga. Jumlah keseluruhan hasil kutipan zakat PPZ-MAIWP 2018 adalah sebanyak RM 651,228,032.94. Jumlah ini menunjukkan peningkatan sebanyak 6% dari jumlah kutipan pada tahun 2017 (jumlah kutipan 2017 ialah sebanyak RM 615,199,108.06).


Untuk urusan pembayaran zakat di Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan), pihak yang menguruskannya adalah Pusat Pungutan Zakat - MAIWP (PPZ-MAIWP). Manakala pihak yang mengagihkan hasil kutipan zakat itu pula ialah pihak MAIWP sendiri. Kedua-duanya berbeza tau. Kiranya korang bayar dekat PPZ, tapi yang mengagihkan hasil kutipan tu nanti adalah MAIWP dan Baitulmal juga. Tapi kesemuanya saling berkait rapat la sebab kedua-duanya menguruskan urusan zakat.

Agihan zakat oleh pihak MAIWP dilakukan menerusi 28 skim bantuan zakat bagi membantu masyarakat asnaf daripada segala aspek merangkumi keperluan asasi, perumahan, pendidikan, perniagaan. Kebajikan dan dakwah. Untuk pengetahuan korang juga, pengagihan ini dilakukan sepanjang tahun. Kiranya duit hasil kutipan zakat tahun 2018 akan diagihkan sepanjang tahun 2019 kepada pihak-pihak yang memerlukan.

Antara contoh bantuan zakat bagi keluarga asnaf dan miskin ialah dengan menyalurkan bantuan kewangan bulanan, bantuan sewa rumah (sekiranya perlu dan tidak mampu membayar sewa rumah), bantuan pelajaran kepada anak-anak golongan asnaf, bantuan perubatan (sekiranya perlu) dan juga bantuan perniagaan jika mereka ingin menjalankan perniagaan kecil-kecilan. Pihak MAIWP memandang ini semua untuk jangkamasa yang panjang. Contohnya pihak asnaf dibantu dari segi kewangan untuk memulakan perniagaan kecil bertujuan supaya dapat membawa golongan ini keluar dari kelompok kemiskinan. Apabila mereka tidak lagi miskin dan sudah mampu membayar zakat, maka mereka akan turut membayar zakat untuk diagihkan kepada golongan asnaf/miskin yang lain pula.


Korang mesti terfikir bagaimana pula caranya pihak MAIWP mengenalpasti golongan yang layak untuk diagihkan zakat, bukan? Kalau dulu, setiap permohonan bantuan zakat hanyalah boleh dilakukan menerusi ibu pejabat Baitulmal-MAIWP. Tetapi sejak tahun 2008, pihak MAIWP telah membuka beberapa cawangan yang dikenali sebagai Pusat Agihan Zakat (PAZA) di beberapa lokasi untuk memudahkan lagi urusan orang ramai memohon bantuan zakat. Sehingga kini, Pusat Agihan Zakat (PAZA) telah dibuka di 9 lokasi di Kuala Lumpur, dan satu lokasi di Labuan. Untuk senarai penuh lokasi Pusat Agihan Zakat (PAZA), korang boleh rujuk di laman sesawang https://www.maiwp.gov.my/i/index.php/en/hubungi-kami/lokasi-kami .

Saya sendiri pernah mendengar keluhan yang mengatakan proses permohonan bantuan zakat kebiasaannya adalah rumit. Tetapi setelah saya study sedikit, oh rupanya proses permohonan zakat di Baitulmal MAIWP tidaklah serumit yang disangka. Untuk membuat permohonan zakat, orang ramai hanya perlu ke ibu pejabat Baitulmal-MAIWP atau ke mana-mana cawangan Pusat Agihan Zakat (PAZA). Para pemohon akan diminta mengisi maklumat di borang permohonan. Borang permohonan bantuan zakat itu hanyalah sekeping sahaja (2 muka surat depan belakang). Tak perlu nak isi banyak sangat borang. Mudah je rupanya. Kalau tak silap saya, permohonan akan diproses dalam masa 5 hari (atau lebih cepat untuk kes kecemasan). Selain itu, Kaunter Bergerak Baitulmal -MAIWP pun ada dibuka di beberapa lokasi tumpuan orang ramai seperti masjid, bazar Ramadhan (di bulan Ramadhan), dan juga pasar malam.

Oh ye, selain kaunter-kaunter yang saya sebutkan di atas, pihak MAIWP turut menubuhkan Skuad Jejak Asnaf Baitulmal untuk turut sama turun padang dan menjejaki golongan yang layak menerima zakat. Yela, kadang-kadang ada je orang susah yang tak tahu bahawasanya mereka layak menerima bantuan zakat. Takkan la kita nak biarkan mereka terus susah, kan? Korang kalau tahu ada orang susah yang memerlukan bantuan pun, korang boleh maklumkan kepada pihak Baitulmal-MAIWP. Nanti Skuad Jejak Asnaf Baitulmal akan menjalankan kerja mereka turun padang secara rutin ke lokasi-lokasi yang berkemungkinan terdapat golongan memerlukan.

Tadi saya ada beritahu sekiranya korang tahu ada pihak yang memerlukan bantuan zakat, korang boleh maklumkan kepada pihak Baitulmal MAIWP. Macam mana caranya? Kalau korang rajin korang boleh eprgi sendiri ke kaunter. Tapi nak memudahkan urusan korang, korang boleh hubungi hotline mereka di 012-518 3614 / 012-512 7614 . Untuk talian bebas tol pula boleh hubungi 1800 88 5222. Kalau nak laporkan dekat Facebook pun boleh, boleh ke www.facebook.com/BaitulmalMAIWP .

Kat atas tadi saya ceritakan tentang pengagihan zakat kepada golongan memerlukan. Tapi perlu korang tahu, selain memberi kepada golongan memerlukan, dana zakat di Wilayah Persekutuan juga turut dimanfaatkan untuk penubuhan prasarana yang dapat memeberi manfaat jangkamasa panjang kepada orang ramai. Antaranya adalah untuk pembinaan/penyelenggaraan masjid, hospital, sekolah dan sebagainya. Nampak tak betapa beruntungnya bila kita bayar zakat? Zakat yang kita bayar tu digunakan untuk pembinaan prasarana sebegini. Selagi prasarana tersebut masih dimanfaatkan oleh orang ramai, selagi itulah pahala mengalir pada kita.

Jika dipandang dari segi pendidikan, MAIWP telah banyak menyalurkan dana untuk penubuhan institusi pendidikan bermula dari peringkat sekolah sehinggalah ke peringkat pengajian tinggi. Antara prasarana pendidikan yang mendapat dana zakat dari MAIWP adalah

1. Sekolah Menengah Agama MAIWP Kuala Lumpur (lokasi di Bandar Sri Permaisuri)
2. SMA - MAIWP Labuan
3. Sekolah Menengah Integrasi Sains Tahfiz (SMISTA) (lokasi di Bandar Tun Razak)
4. Institut Kemahiran Baitulmal (IKB) di Kampung Pandan
5. Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur di Kampung Pandan
6. Kolej Universiti Antarabangsa PICOMS di Taman Batu Muda
7. Darul Ilmi di Sungai Penchala
8. Pondok moden Al-A'Baqirah yang kini beroperasi di Taman Koperasi Polis Fasa 2 Gombak
9. Ma'alim al - Sunan Li dirasati al-Sunnah al- Nabawiyyah

Pondok berkonsep moden - Darul Ilmi

Selain prasarana pendidikan, dana zakat dari MAIWP turut disumbangkan kepada beberapa institusi perlindungan dan kebajikan. Antaranya ialah Rumah Anak-Anak Yatim Darul Kifayah di Taman Koperasi Polis Fasa 2 Gombak, Pusat Pemulihan Wanita Dar Assaadah di Kampung Batu Jalan Ipoh, dan Pusat Perlindungan Muallaf Darul Hidayah.

Alhamdulillah, bila kita nampak dan tahu ke mana perginya duit zakat yang kita bayar tu, rasanya lagi bersemangat nak bayar zakat setiap tahun kan? Takdelah rasa was-was soal ke mana perginya hasil kutipan zakat tersebut. Hasil kutipan zakat tu merupakan amanah orang ramai kepada pihak MAIWP, logiklah kiranya pihak MAIWP melaksanakan amahah pengurusan dana zakat tersebut dengan sebaiknya. Jangan risau, pihak MAIWP tak terkecuali dari diaudit oleh Jabatan Audit Negara. Setiap sen dana zakat yang dibelanjakan perlu mendapat kelulusan dari JK Perundingan Hukum Syara’ Wilayah Persekutuan yang dipengerusikan oleh Mufti. Untuk makluman korang, sejak tahun 2006 lagi pihak MAIWP telah diiktiraf Sijil Audit Bersih lebih dari 10 kali berturt-turut, dan 3 tahun berturut-turut sejak 2011 – 2013 diiktiraf 4 bintang bagi Indeks Akauntabiliti Pengurusan Kewangan (pengiktirafan dari Jabatan Audit Negara).

Menurut pihak MAIWP, pada tahun 2019 pihak mereka akan berusaha untuk memperkasakan lagi proses kutipan zakat bagi memudahkan orang ramai menunaikan zakat. Pelbagai program akan diadakan untuk memberi kesedaran kepada orang ramai tentan kepentingan berzakat sekaligus mendapatkan pambayar zakat baru. Antaranya adalah Kempen penambahan Potongan Gaji, Kempen VVIP dan VIP di sector awam dan swasta, Program Khas untuk syarikat GLC, GLIC dan SME (bagi zakat perniagaan), projek khas bagi mengekalkan pembayar sedia ada, pembangunan system baru untuk menyokong system kutipan zakat sedia ada, pelantikan agen kutipan zakat baru di universiti, penjenamaan semula kaunter zakat, kajian-kajian syariah bagi memperkemaskan fatwa berkenaan zakat, menambahbaik saluran bayaran zakat dan seumpamanya.

Saya sendiri bila dah tahu tentang cara pengagihan dana zakat yang telus oleh pihak MAIWP ni, rasa bersyukur sangat. Sekurang-kurangnya kita tahu setiap sen duit zakat yang kita bayar tu betul-betul sampai kepada golongan memerlukan. Terima kasih kepada pihak MAIWP kerana telah menguruskan dana zakat yang kami amanahkan dengan sangat baik. Tunggu apa lagi, jangan was-was nak bayar zakat di PPZ-MAIWP. Korang kalau ada nak tahu lebih lanjut tentang agihan atau ada sebarang kemusykilan untuk bertanya tentang kelayakan memohon zakat boleh berhubung terus dengan pihak MAIWP.

Website : www.maiwp.gov.my

Berkaitan pembayaran zakat pula boleh berhubung talian zakat di 1 300 88 5757.

19 comments:

  1. Dalam setiap harta kita, ada hak orang lain. Jadi kita perlu agihkannya sedikit. So..mudahnya sekarang Pusat Agihan Zakat dah banyak cawangan. Jadi, apa lagi? Tiada alasan untuk membantu golongan yg memerlukan. Kasihanilah mereka yg juga mahukan kehidupan sempurna seperti kita

    ReplyDelete
  2. Some friend were talking of Zakat but not sure much about it. It's good that you post here so I can let them know that they can come visit your blog post for more detail. Got online access now its easy to check online too.

    ReplyDelete
  3. panjang nya entry dia hahaa, anyway bagus perkongsian ni at least org tau kemana duit2 tu semua pergi

    ReplyDelete
  4. alhamdulillah.
    zakat is rukun Islam. kewajipan kpd yg mampu.
    semoga pembahagian nyer lebih meluas dan telus.
    yg penting, jgn sukar sgt golongan memerlukan nak apply.
    elakkan prosidur yg ketat.

    ReplyDelete
  5. syukur hasil kutipan zakat makin bertambah, moga dapat disalurkan kepada golongan sasaran. yang penting moga dipermudahkan orang yang memerlukan bantuan zakat. good info ye emi

    ReplyDelete
  6. Syabas PPZ MAIWP dengan pencapaian sstelah bertungkus lumus memberi kempen kesedaran, ramai dh mula buka mata untuk membayar zakat..good job everyone..

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah. Bagi mereka yang risau kemana perginya duit zakat tu boleh la baca info ni. Padat perkongsiannya.
    Kita tak perlu risau, kerana mereka akan menguruskan dengan sebaiknya dalam memberikan bantuan kepada mereka.

    ReplyDelete
  8. terima kasih atas perkongsian ni. ada banyak sangat keluarga daif yang perlukan bantuan. syukur semua disalurkan kepada yang memerlukan.

    ReplyDelete
  9. Very good information. I will share it with my muslim friends. Thank you

    ReplyDelete
  10. alhamdulilah,perkongsian yang sangat bagus..kita tahu dah kemana duit itu disalurkan dan jumlahnya yang semakin bertambah...

    ReplyDelete
  11. Well done Pusat Pungutan Zakat (PPZ). They had did so much effort to improve the result over the years. keep it up PPZ and hopefully everyone will contribute to their Zakat eventually.

    ReplyDelete
  12. bagus article ni. perlu di sebarkan untuk pengetahuan bersama. cukup lengkap dan bagus untuk rujukan zakat

    ReplyDelete
  13. Bagus n lengkap artikel nie yea.. Senang la golongan asnaf yg ingin memohon bantuan melalui zakat nie.. PPZ makin telus dlm pemberian dana kepada golongan masyarakat..

    ReplyDelete
  14. macam2 insiaitif dari pihak zakat dalam membantu dan meringgankan bebanan masyarakat. boelh sebarkan kepada mereka yang layak mana tahu ada manfaatnya kan kepada mereka yang memerlukan

    ReplyDelete
  15. Alhamdullilah ramai juga orang yang bertanggungjawab bayar zakat. Oh, baru tahu zakat pun diberikan kepada institusi pelajaran.

    ReplyDelete
  16. bagus ada hebahan seperti ini..memang orag perlu tahu mana pergi duit tu..orang tak teragak-agak..bila blogegr samapikan baru tau kan..

    ReplyDelete
  17. Alhamdulilah usaha diperhebat dan memberikan hasil. Moga makin ramai yang akan mendapat manfaat, bukan sekali malah membantu meningkatkan taraf hidup mereka dan kemudiannya akan menjadi penyumbang kepada zakat gak kan

    ReplyDelete
  18. Bagi saya proses yang dikatakan rumit adalah sebab nak agihkan zakat ada syarat2 dan berkait dgn hukum. Tak boleh main-main atas dasar kesian je. Dan rakyat kena peka dgn sekeliling. Ada org dia asnaf tapi tak tahu boleh mohon. Kita yg tahu kena tolong. Mak saya lecturer, dia ada jumpa beberapa student anak yatim yang tak tahu boleh mohon bantuan zakat. Somehow dia puas hati bila dpt tolong.

    ReplyDelete
  19. Mohon nak kongsi maklumat ni kat rakan2 saya ya. Nampaknya informasi yang memanfaatkan.

    ReplyDelete

Kindly leave your comment/feedback here.