Pengalaman ke Sunway Lagoon Ketika Tahun Baru Cina - Sunway Lagoon CNY Best Reunion Ever - emilinda

Friday, February 8, 2019

Pengalaman ke Sunway Lagoon Ketika Tahun Baru Cina - Sunway Lagoon CNY Best Reunion Ever

Cuti Tahun Baru Cina lepas korang buat apa? Biasanya tahun-tahun lepas saya akan balik ke kampung untuk berkumpul dengan keluarga. Waktu raya cina ni la semua adik beradik dapat cuti. Tapi tahun ni saya tak balik pun, hanya mereput di KL. Tak balik sebab next two week after Chinese new year baru saya balik untuk setelkan beberapa urusan. Bila cuti duk saja-saja kat rumah ni boleh tahan bosannya jugak. So my friends ajak pergi Sunway Lagoon theme park sebab katanya musim Chinese new year ni ada banyak aktiviti tambahan yang menarik kat Sunway Lagoon. Of course la saya excited nak join!


Sunway Lagoon sekarang tengah mengadakan kempen Best Reunion Ever bersempena sambutan Tahun Baru Cina (sejak 1 February 2019 sehingga 19 February 2019). So all 7 of us plan nak jumpa dekat main entrance Sunway Lagoon on that day. Too excited, saya sampai terlalu awal haha. Lepak kejap sambil tangkap gambar depan tu, then jam 9.50 pagi ada Welcome Dance Prosperity for All. Tarian ni bersempena sambutan Tahun Baru Cina.

Sebelum masuk

Welcome dance


Jam 10 pagi dah boleh start masuk, then ada Meet & Greet God of Prosperity, Captain Quack and Lady Quack dekat carousel stage. Of courselah kami tak lepaskan peluang untuk bergambar kenangan dengan maskot-maskot yang ada ni. Masa kitorang approach maskot-maskot ni, dorang ada bagi angpow jugak. Suka! Sebab angpow Sunway Lagoon comel-comel. Lepas dah bergambar sakan, then kitorang pergi tukar baju dan naik a few round of rides dekat amusement park. Kalau tak silap ada sekitar 14 tarikan menarik dekat amusement park ni. Paling syok naik Pirate’s Revenge! Alah yang kapal lanun berpusing 360 darjah tu. Saya ni jenis penakut, tapi nak jugak cabar diri. Masa dia naik tinggi dan berpusing tu ya Allah, rasa nak luruh jantung hahahha. Tapi best bila naik ramai-ramai, pakat duk sama-sama menjerit.

Yang ni tahap tak menakutkan pun, budak-budak punya level

Sebelum naik Pirate's Revenge


Aktiviti basah-basah yang pertama kitorang main adalah Grand Canyon River Rapids. Tapi sebenarnya yang ni taklah basah sangat, just terpercik air sesiket je. Tapi best! Memandangkan most of us belum sempat nak breakfast secara proper pagi tu, so lepas naik Grand Canyon River Rapids tu, kitorang pergi makan kat Marrybrown dulu sebelum proceed to next attraction. Actually ada banyak je tempat makan dalam ni, but we choose Marrybrown jela sebab kebetulan nampak Marrybrown. Dah setel makan, barulah kitorang proceed ke Surf Beach untuk mandi-manda.



Depan Surf Beach ada satu stage, dan sekitar jam 12 tengahari -2.15 petang ada diadakan CNY Sand Art Workshop, Majestic Drums Show, dan Hua Ren Heritage Dance Performance kat situ. So sambil-sambil main air tu boleh layan persembahan sekali, hehe. Yang Sand Art Workshop tu untuk kanak-kanak sebenarnya, dan memang FREE. Tapi kitorang pun nak fefeeling kanak-kanak jugak, so kitorang pun join sekaki. Hehe.


Fefeeling kanak-kanak

Besar betul kura-kura ni

Lepas dah puas berendam dekat Surf Beach, kitorang bergerak pulak ke Pet Village. Pet Village ni sebahagian dari Wildlife Park. Ada macam-macam binatang kat sana, kalau bawak kanak-kanak mesti diorang suka. Kitorang yang dewasa ni pun kemain ralit duk tengok binatang. Sempat jugak la kitorang tengok persembahan burung-burung kat sana. Comel betul, bijak pulak tu burung-burung kat sana.

Menonton persembahan dari burung-burung

Next kitorang ke Water Park. It’s time for water slides! Ada sekitar 22 tarikan kat Water Park ni. Time ni la nak main air puas-puas sambil menjerit tak ingat dunia, haha. Kawan-kawan saya ni jenis yang sukakan cabaran. Masing-masing kalau boleh nak cuba semua, tapi kemain duk terpekik terlolong masing-masin. Tapi memang seronok la sesekali release tension macam ni. Dalam banyak-banyak water slides, saya tak berani nak naik Vuvuzela. Haha takut weyh, tinggi sangat dan besar. Tapi kawan-kawan saya ni gigih naik semua benda. By the time diorang naik Vuvuzela, saya dah surrender jadi tukang jaga beg je haha. Ada je locker untuk disewa kalau nak letak barang, tapi kitorang tak letak kat locker pun sebab senang nak letak phone.


Masa kitorang nak ke Waterplexx 5D, ada persembahan Hip Hop Lion Dance! Sempat tengok kejap, lepastu kitorang masuk ke Waterplexx 5D. Waterplexx 5D ni macam kita duk dalam cinema, pakai 5D glasses then just enjoy the 5D adventure. For those yang takut nak naik roller coaster, boleh try yang ni. Siap ada ular besar kejar kita, then kena simbah air segala bagailah.



Itu je yang saya sempat cover untuk kunjungan ke Sunway Lagoon theme park kali ni. Sebab hari dah petang, so saya terus gerak balik lepas tu. Tapi kawan-kawan saya tak balik lagi, dorang sambung main air dan pergi ke Scream Park. Sebab saya balik sedikit awal, so saya tak sempat nak join CNY Meet & Greet Spongebob & Patrick! Frust jugaklah. Tapi takpela kan. Actually banyak sangat benda yang kita boleh buat kat Sunway Lagoon theme park ni. Sehari memang tak cukup nak cover semua aktiviti. Syok jugak datang Sunway Lagoon waktu Chinese New Year ni sebab tak ramai sangat orang. Lagipun ada pelbagai tarikan tambahan ketika musim perayaan ni.


Sekarang kan masih lagi musim cuti sekolah, so why not korang bawa anak-anak ke Sunway Lagoon? Confirm anak-anak suka, mak ayah anak-anak pun suka.

Nak tahu lebih lanjut tentang promosi yang ada, boleh tengok di website.

15 comments:

  1. seronok pergi Sunway Lagoon ramai2. meriah..
    lama sangat tak pi sini. time study dulu kot last hehe..

    ReplyDelete
  2. wah seronoknya..nanti cuti sekolah boleh bawa anak2 mai mandi manda kat sini..dah lama teringin sebenarnya

    ReplyDelete
  3. Interesting and nice. I also went sunway lagoon last year with my family and had a good time.

    ReplyDelete
  4. sgt lama tak ke sunway lagoon.
    last time was 2000 kot. dgn kawan2 Uni.
    masih tunggu izzat besar skit, baru nak explore taman2 tema dlm m'sia ni.
    terutama sunway lagoon ni, emi :) paling menarik!

    ReplyDelete
  5. Lama dah tak pi Sunway Lagoon, last rasanya 2009 dulu masa Dania umur 5 tahun..macam - macam ada dah kat Sunway Lagoon,entry fees pun dah mahal dah sekarang kan..apapun memang sentiasa jadi tumpuan kat sini..penuh je sentiasa

    ReplyDelete
  6. Satu peluang keemasan yang harus direbut sebab sempena cuti cny nie promo abis harga tiket masuk tue dgn pelbagai aktiviti yg boleh dilakukan.. Memang berbaloi dan puas bermain kan??

    ReplyDelete
  7. Akak gi Genting Highland balik hari. Ikutkan nak duduk rumah je sebab takut kesesakan Jalan Raya yang teruk. Banyak ye promo hari perayaan. Janji kita dapat buat apa yang kita suka kan? Sunway Lagoon ni dah lama tak pergi. Maybe akan pergi lagi sebab banyak tarikan dah kat sana.

    ReplyDelete
  8. Wahh bestnya raya cina sambut kat sunway Lagoon kita sambut kat lagoon kampung jer wakakaka mandi parit dan sungai lagi syok hehehe. tak apa nanti kita akan pergi sini lama tak sampai sunway...

    ReplyDelete
  9. Serinoknya bila dapat berjimba2 dengan geng satu kepala. Apatah lagi di sunway lagoon. Ada macam-macam aktiviti yang boleh dilakukan. Mmg best

    ReplyDelete
  10. Looks like a very fun outing for everyone. There are so many different rides to play and different activities to keep you entertained for hours. Definitely a great place for family and friends to hang out.

    ReplyDelete
  11. Bila entah nak pergi sini. Tiap kali nak pergi mesti cakap tunggu anak besar sikit baru seronok nak enjoy. lepas tu tup tup keluar sorang lagi anak. hahahha. terus cakap tunggu anak baru besar sikit lagi baru seronok nak enjoy

    ReplyDelete
  12. Bestnyaa! Ni mmg betul-betul Best reunion ever ni kalau dapat kumpul dgn family & kawan2 kat sni. Dah la byk aktiviti menarik kan.

    ReplyDelete
  13. Rugi emi xmasuk rumah hantu tau.. Mmg Best.. Banyak adegan kejutan kat situ. Lebih menarik dr yg kita pegi night of fright aritu.. Nnti kita pegi lagi yea.

    ReplyDelete
  14. lama tak pergi sunay, dulu pergi masa fariza setahun lebih kot..best datang sini, memang tak puas sehari..hahaa..banyak permainan

    ReplyDelete
  15. Seronok kalau dapat masuk Sunway Lagoon dengan kawan-kawan yang sekepala, sure happening kan? Sis lama jugak tak kesana, sibuk anak nak exam tahun ni..so banyak masa htr ambik dia sek n tuition je..tak ada masa nak merambu ramba

    ReplyDelete

Kindly leave your comment/feedback here.