Oh by the way, tahun 2019 ni saya mulakan dengan menyertai KL New Year Run 2019. Rupa-rupanya larian ni memang diadakan setiap tahun pada 1 Januari. Tapi tahun ni baru kali pertama saya join. InshaAllah next year nak join lagi. Actually dah lama dah kitorang daftar untuk join KL New Year Run 2019 ni. Pertengahan Oktober lagi dah register dengan bayaran RM55 untuk larian 5km. Mampu lari 5km je buat masa sekarang, 10km belum mampu haha. Yang 5km tu pun banyak berjalan je dari berlari.
Here's to more and more run in 2019
Seawal jam 7 pagi lagi kitorang dah ada kat Dataran Merdeka. Pergi ke sana naik tren je. Dalam tren pun memang dah ramai peserta KL New Year Run 2019. Saya memang tertunggu-tunggu nak join larian ni. Masa saya sampai, peserta untuk larian 10km dah pun memulakan larian. Sekitar 7.30 pagi barulah peserta 5km pulak yang memulakan larian. Meriah betul kat situ. Siap ada yang join satu family. Lepastu yang bawak baby dalam stroller pun ada. Seronok je tengok dorang beraktiviti sihat macam ni sekeluarga.
Eating ice-cream after the run
Ambil masa satu jam jugak la untuk kitorang siapkan larian 5km tu. Penat memang penat, tapi saya suka sangat buat aktiviti macam ni. Kitorang terlambat sikit sampai, so tak sempat nak breakfast sebelum mulakan larian. Kiranya lari dengan perut kosong la. Bila dah tamat larian baru la makan roti sikit untuk alas perut. Roti dan air ada disediakan untuk para peserta. Selain tu, ada juga disediakna booth aiskrim untuk para peserta. Free flow ice-cream. Not bad aiskrimnya. Saya siap ambil 2 kali.
Sijil penyertaan diberi secara online
Suka design baju dan design medal untuk KL New Year Run 2019 ni. Harap-harap lepas ni berpeluang join pelbagai jenis larian lagi.
good start for the year, yeah healthy is important as health only we can do more. Good job with the 5km , I sure need time to do that as now busy with kids schedule. Yeah both sons diff time school and lots of fetching to do.
ReplyDeleteRajin join run macam ni ye....ramai suka join macam ni sebab aktiviti sihat. Selain daripada itu sebab nak kumpul medal yang bermacam warna dan bentuk ni. Tahniah utk larian 5km ni.
ReplyDeletewah bestnya tahun 2019 target nak join run yang macam ni in a family la tapinya. Tahniah berjaya habiskan larian. Last year Diah join Air Asia run tu dekat Bukit Jalil pun 5km tu pon mintak nyawa tapi worth it. rasa sihat terus.
ReplyDeleteBagusnya awak. New year dah start lari lari ni semua. Keep it up. Tahun ni tak register apa apa larian pun lagi. Kena register ni
ReplyDeletePermulaan yang baik untuk tahun 2019. Semoga diberi kesihtan yang berpanjangan. Dan sukses selalu ..Happy New Year
ReplyDeleteWow tahun br dah join run.. kak liez konon nak join run gak this year.. masih mencuba lose weight b4 join ryn.. sbb nak fit dan ada stamina.. lagipun nak kena bwk anak2 kan.. lagi kena stamina lebih hihihi
ReplyDeleteComel ja emi.. Heppy new year emi.. Gud start for the whole new year. Akak xleh nak join run2 ni sebab kaki tak ok.. Kalau walk2 boleh la.. Hahhaha
ReplyDeleteWow....memang salute lar. Ada gaya hidup yang aktif seperti menyertai larian KL ini. Dah lama saya tak join aktiviti sebegini. Nak cuba lar. :D Pingat completion memang cantik kan?
ReplyDeleteSeronoknya! Cx suka tau dan nak sangat join run macam ni tapi sekarang macam payah sebab ada anak² dan need to pay ofcourse. Cx suri rumah , income yillek. Hahaah Alasan sangat kan? Hahah kawan² cx pon suka join run mcm ni. Haritu ada kwn cx update dia da register banyak event run ni ntk tahun 2019. Tapi dekat Johor. Kemain lagi tau setahun terus. Terbaiklah! Gaya hidup sihat bila join aktiviti mcm ni
ReplyDeleteSyabas dan Tahniah..Waaa tu dia medal pertama untuk tahun ini... cantik medal tu!! moga terus berlari untuk medal seterusnya..
ReplyDeleteWah senanglah bisa mulakan tahun baru 2019 dengan ikut event KL New Year Run 2019, bestx bisa dapat Sijil pula. Keren abis nih...
ReplyDeleteLamanya x join run. Sejak ada keje tetap ni memang x mnyempat nak buat apa. Exercise atas kerusi jela.
ReplyDeleteSelamat tahun baru! Ok la tu awwl awal dah start dgn run, aktiviti sihat kan. Semoga sukses di tahun 2019
ReplyDeleteSelamat tahun baru Emi. Semoga apa yang diimpikan tercapai.
ReplyDeleteBestnya mulakan tahun baru dengan fun run. Teringin nak join juga. Nampak meriah sangat. Mana tau boleh jadi wishlist tahun 2019 kak ana kan.
Wah!! Permulaan bermakna tahun 2019.. Larian sihat tapi Part makan aiskrim tue heaven la.. Mmg layan abis. AM suka.. Lain kali ajak AM gak yea.. Misi 2019 nak cantik n sihat luar dalam..
ReplyDeletewaah bagusnya rajin join run ni. macam2 kan run skrng.. lepas tu dapat medal lawa2.
ReplyDeletetapi cheqqq tak rajin jadi cheq sokong dari jauh na hehe..
wah syoknya tengok..lama dah tak join run-run ni..dulu join masa tengah preg..hahaha..tu pun berjalan je..mujur takde ape..hahaa...5 km weii akk habiskan..hehe..asl run ni akk tak tau erk..hahaa..kl tu
ReplyDeletewow congratulations! first medal for 2019? keep up the good work and keep running! year end you can come to penang to participate in the penang bridge marathon too! :D
ReplyDeleteHow to deal with markets ups and downs?
Kalau sis ikut run run ni..sure pancit pertengahan jalan, tak pun pengsan..hahaha.
ReplyDeleteTapi rasanya memang kenalah join aktiviti macam ni..untuk kesihatan dan kecergasan kita jugak kan..ok nanti sis mulakan jogging kat area rumah dulu