ID.AZ Face Fit CU-V Tensioning Sleeping Mask - emilinda

Sunday, January 27, 2019

ID.AZ Face Fit CU-V Tensioning Sleeping Mask

Kalau zaman belajar dulu, face mask kegemaran saya adalah sheet face mask. Alah, yang pakai sekali lepastu boleh terus buang tu. Yang boleh dapatkan dengan harga bawah RM10 sehelai kat drug store. Almaklum, masa tu bukan mampu nak beli yang mahal. Sheet mask tu pun dapat pakai sekali atau 2 kali seminggu dah kira bersyukur sangat waktu tu. Bila dah masuk alam pekerjaan dan dan ada income sendiri, saya mula explore macam-macam option face mask. Masa ni kalau mahal sikit pun dah mampu nak beli. Lama kelamaan saya mula jatuh hati dengan pemakaian sleeping mask. Sheet mask pun saya masih pakai dan masih gemar pakai beberapa kali seminggu. Tapi sleeping mask memang jadi pilihan saya untuk dipakai setiap hari. Memang suka sangat pakai sleeping mask sebab boleh rasa kesannya tiap hari lepas bangun dari tidur. For now terdapat beberapa jenama sleeping mask yang memang saya bergilir-gilir guna setiap hari.


Baru-baru ni saya dapat tahu bahawasanya jenama ID.AZ rupanya ada keluarkan sleeping mask jugak. For those yang pernah guna sheet mask jenama ID.AZ, korang tentunya tahu betapa best mask jenama ID.AZ. Memang bukan calang-calang mask. Senang cakap memang mask premium la, berkesan sangat. Harga untuk sheet mask ID.AZ pun sedikit mahal berbanding jenama lain. Ada dijual di Watsons. Saya pernah tulis tentang ID.AZ sheet mask ni dulu. Korang boleh baca kat sini – ID.AZ Sheet Mask. Bila dapat tahu ID.AZ pun ada keluarkan sleeping mask, tentu sahaja saya yang merupakan penggemar sleeping mask ni tak melepaskan peluang untuk mencuba.


For those yang tak biasa pakai atau kurang jelas tentang sleeping mask ni, sleeping mask merupakan mask yang korang pakai kat muka sebelum tidur. Kebiasaannya berbentuk gel/krim/pudding, dank orang boleh pakai sleeping mask ni tanpa menanggalkannya sebelum tidur. Pakai je macam pakai moisturizer, lepastu boleh tidur seperti biasa. Keesokan pagi masa nak mandi atau cuci muka, cuci macam biasa je. Sleeping mask ni kita pakai sebelum tidur setiap hari sebab ianya akan memberi kesan kat kulit kita ketika kita tidur.. Macam tu lah lebih kurang. Berbalik kepada ID.AZ sleeping mask ni, ianya diberi nama ID.AZ Face Fit CU-V Tensioning Sleeping Mask. Haaa, baca namanya aje kita dah boleh agak apa hasil yang boleh kita expect dari sleeping mask ID.AZ ni.


Kotak ID.AZ Face Fit CU-V Tensioning Sleeping Mask ni berwarna hitam dan bila buka, mashaAllah cantic betul bekas packaging nya. Bekasnya yang berbentuk segi empat tu simple tapi nampak elegan dan eksklusif. Nampak macam bekasnya kaca, tapi sebenarnya plastic. Seriously bekasnya sangat unik. Selalu kita tengok sleeping mask dalam bekas bulat kan. Apa yang kita boleh expect dari ID.AZ Face Fit CU-V Tensioning Sleeping Mask ni? Haaa katanya kandungan SDC (Sodium Deoxycholate) dalam sleeping mask ni mampu menghilangkan lemak pada kulit wajah dan mengurangkan garis-garis serta kedutan di wajah. Tang nak hilangkan garis-garis dan kedutan tu memang saya rasa sangat perlu untuk saya sebab usia dah makin meningkat, kalau diteliti memang nampak garis-garis halus di wajah.



Sleeping mask ni bertindak sebagai anti-aging and very good to improve skin density and to improve sagging face. Kira dia boleh lift up our skin la, takde la pipi kita nampak jatuh je. Selain itu, terdapat Elasticity IDEA LIFT yang membantu meransang penghasilan hormone yang meningkatkan keanjalan kulit wajah. No wonder la bila saya pakai, bangun keesokan paginya rasa kulit lebih halus & anjal. Saya baru lagi cuba sleeping mask ni, belum masuk 2 minggu pun. Tapi dalam tempoh beberapa hari pakai pun dah boleh rasa hasilnya kat kulit kita.  By the way teksturnya adalah dalam bentuk krim lembut berwarna putih. Bau pun takde bau pelik-pelik dan baunya tak kuat sangat.


Pendapat jujur saya tentang produk ni, dari segi tekstur dia memang mudah nak pakai dan sejuk je rasa bila sapu kat muka. Langsung tak ada rasa panas. Ada sedikit rasa macam melekit bila pakai, tapi sikit jela. Or maybe sebab saya sapu banyak sangat? Mungkin. So tak perlu sapu tebal sangat, sapuan nipis je pun dah memadai. Jarang kan kita dengar produk skincare mampu membuang lemak dan meruncingkan serta mencantikkan V-line? As for me saya pakai produk ni sebab nak hilangkan kedutan halus dan nak buat kulid jadi lebih anjal serta elastic. Gitteww, haha. Oh by the way, setakat ni ID.AZ Face Fit CU-V Tensioning Sleeping Mask ni tak langsung mengeringkan kulit saya. In fact, bila bangun pagi muka rasa lebih fresh, kulit rasa lebih halus dan lebih moisture. Untuk kedutan tu saya tak pasti sebab masih baru lagi pakai produk ni. Tapi kalau dah berkesan menganjalkan dan menghaluskan kulit, rasanya penggunaan yang konsisten memang boleh mencapai target untuk kurangkan kedutan halus kat dahi tu.


Dengah harga RM199 / 30ml, korang boleh dapatkan ID.AZ Face Fit CU-V Tensioning Sleeping Mask ni di mana-mana cawangan Watsons. Eh tapi tadi ternampak kat Watsons online, ada diskaun. Beli online kat https://www.watsons.com.my/face-fit-cu-v-tensioning-sleep-mask/p/BP_98213?text=&page=0 boleh dapat dengan harga RM169.15 je (as of today, 27 January 2019). Korang boleh check dari semasa ke semasa.

P/S : Honestly bagi saya harga RM199 tu bukan murah, tapi untuk produk yang bagus dan berkesan macam ni memang berbaloi sangatlah. I don’t mind spending money on good skincare because I need to improve my skin condition in order to look gorgeous on my upcoming special day, hihi. Kbye!

20 comments:

  1. Yes betul. lagi bagus skimcare ru lagi mahal harganya. kbnykkn tulah yg bagus sebb eefect dia lebih cepat. for me kalau nak jimat. beli satu prodk yg mahal dan boleh tahan lama.

    ReplyDelete
  2. banyak tengok review positif produk ni. airah pun macam teringin nak try nanti nak beli jugak la. suka pakai sleeping mask sekarang lebih efektif

    ReplyDelete
  3. Cx ada baca juga review tentang produk Id.az ni. Produk baru ya? Terbaiklah. Cover semua ntk muka. Cx tak pernah pakai sleeping mask. Mungkin lps ni boleh try. Lagipun rata² bagi feedback positive about this product.

    ReplyDelete
  4. Cantik bekas produk ni hehehe nampak mewah dan harga boleh tahan juga hehehe tak apa kalau demi nak cantik dan nampak awek muda apa salah sekali sekala manjakan muka betul tak hehehe semua orang lelaki suka isteri cantik wakakaka..

    ReplyDelete
  5. upcoming special day? eh? Hehe. betul lah kalau produk mahal tapi mmg berkesan, worth to spend money on lah. Kita je malas sikit nak spend, tapi nak cantik. how? haha

    ReplyDelete
  6. I'm looking for a sleeping mask too. After reading your review on the benefit of using it, I will get 1 to try it out.

    ReplyDelete
  7. Produk mahal kalau kena dengan kulit ok la. Kalau beli mahal pastu tak sesuai pulak haa yang tu rasa rugi kan?. Siap ada Tensioning lagi. Dapat release stress la tu kan?.

    ReplyDelete
  8. I love the tension effect to skin. Serious up lifting my skin in 2 weeks . No need Botox or filler. More over the packaging look super luxurious too just like its content.

    ReplyDelete
  9. ramai yang guna krim ni kat abet dan berbaloi...semua bagi feedback positif...ingat nak cuba juga..packaging dia pun cantekkk

    ReplyDelete
  10. wah boleh shapkean muka tu..cuba la pakai konsisitennak tengok juga vshape dia macam mne..hehee..sennag kalau muka dah vshape..mesti lawa..bekas pun kecil molek je..senang di bawa kemana2

    ReplyDelete
  11. I have read a lot of glowing reviews about this face lifting products. Guess it must be working for you guys right? :)

    ReplyDelete
  12. Wowww..bestnya produk ni, boleh meruncingkan wajah, orang macam sis ni sesuailah kot pakai, tak lah nampak tembam n bolat je muka ni..hehehe. Kena kumpul duit dulu lah kalau nak beli ptoduk ni..:D

    ReplyDelete
  13. Tertarik part V shape dan menganjalkan kulit. Umur Nina dah 4 series ni memang kena pakai cream macam ni kann? Lagi pun Nina belum pernah pakai sleeping mask. Nanti boleh laa try.

    ReplyDelete
  14. Wah, nampak ekslusif sangat bekas dia. Betul tu, harganya kalau berbaloi dengan kesannya, memang tak rasa mahal.

    ReplyDelete
  15. Setuju, tak kisahlah produk yg dibeli tu mahal sket asalkan ianya berbaloi utk jangka masa panjang..apa2 saya tak pernah guna mask bagai ni..hehe..

    ReplyDelete
  16. Nampak glowing dan shining muka emi. Harga memang berbaloi dengam kualiti produk. Akak suka produk ni sebab memang berbaloi dibeli. Hasilnya pun bagus dan memuaskan tau .Nanti nak beli jugaklah

    ReplyDelete
  17. Sleeping mask ye. Rassnya tak pernah lagi guna seumur hidup. Hehe
    Kalau krim malam tu ada la. Tapi sekarang dh tak guna dah.
    Nampak menarik packing dia. Berpada dengan harga nya. 🙂

    ReplyDelete
  18. wrap produknya mewah seklai pasti produknya bagus, wanita dan pria butuh perawatan kulit menjelang tidur apalagi ketika sudah di atas 25 karena jumlah kolegane di atas kulit menurun

    ReplyDelete
  19. Syoknya dpt pakai mask,tgk pakaging dia pun sgt menarik,kena rajin manjakan kulit wajah jika ingin lihat hasilnya

    ReplyDelete

Kindly leave your comment/feedback here.