Assalamualaikum korang! Weekend kali ni tak buat apa sangat, dan tak ke mana sangat. So ada masa terluang ni, rasa nak review tentang Althea Pore Purifying Serum Cleanser. Actually dah beberapa minggu Althea Pore Purifying Serum Cleanser ni ada dalam simpanan saya tapi tak sempat nak cuba. For the past few days baru sempat buka, belek sikit-sikit dan cuba. Jujur awalnya saya fikir this is another typical make-up remover macam yang ada dijual kat drugstore (which is I have a few from different brands, tapi end up tak guna sangat pun sebab either rasa terlalu berminyak atau kurang berkesan untuk tanggalkan mekap). Tapi bila baca balik nama dia, eh ada serum ye? Terus rasa berminat nak cuba.
First of all hasil baca komen pengguna lain, saya difahamkan Althea Pore Purifying Serum Cleanser ni berfungsi 2 dalam 1 iaitu sebagai pencuci muka tanpa buih, dan juga sebagai pembersih mekap. Alah tapi kedua-duanya pun bertujuan untuk menanggalkan mekap. Kalau tengok dekat website Althea, cara penggunaan yang disarankan adalah sebagai pencuci muka (basahkan wajah, sapu dan urut dalam gerakan membulat 5-10 saat, lepastu bilas dengan air). Tapi saya sendiri lebih suka guna Althea Pore Purifying Serum Cleanser ni sebagai makeup remover. Kiranya saya tuang dekat tisu muka, lepastu wipe out semua kesan mekap kat muka ni. Bila dah rasa tanggal semua mekap, saya lengkapkan rutin permbersihan wajah saya dengan mencuci muka menggunakan Althea Bare Essentials Contour Cleanser. Fresh betul muka bila lepas tu.
Katanya Althea Pore Purifying Serum Cleanser ni merupakan kombinasi pembersih dan serum yang boleh menghilangkan kesan mekap, kotoran dan minyak dimuka dengan menggunakan ekstrak mint sekaligus menghalang kulit dari kering. Bukan itu sahaja, ianya juga berkesan mengecilkan liang pori bagi menghasilkan kulit yang smooth bila disentuh. Penggunaan Althea Pore Purifying Serum Cleanser ni juga membantu menseimbangkan pH level kulit untuk kulit yang lebih sihat. Untuk yang kulit sensitive pun sesuai guna!
Tekstur Althea Pore Purifying Serum Cleanser ni macam serum, dan teksturnya sangat light weight. Saya akui memang sedikit berbeza berbanding beberapa jenama makeup remover lain yang pernah saya guna. This one tak rasa too oily dan memang mudah menanggalkan mekap. Cuma hati-hati sedikit bila guna berdekatan kawasan mata, sebab boleh menyebabkan pedih mata seketika (dari pengalaman sendiri. Baru je semalam terkena mata sikit, pedih la kejap). Kat bawah ni saya tunjukkan kesan lipstick, foundation, dan eye liner yang Berjaya saya tanggalkan dengan mudang menggunakan Althea Pore Purifying Serum Cleanser.
Oh ye, sebenarnya semalam saya ada buat video bagaimana saya menggunakan Althea Pore Purifying Serum Cleanser untuk menanggalkan mekap. Saja la buat video sebab bosan duk sorang-sorang kat rumah, haha. Lepastu lupa nak tangkap gambar. Tapi takpelah, korang tengok jela video ye. Hehe.
Althea Pore Purifying Serum Cleanser ni korang boleh beli di website Althea dengan harga RM33 / 150ml. Saya sendiri pun terfikir nak beli lagi satu untuk letak kat surau ofis. Senang sikit nak tanggalkan mekap sebelum solat, hehe.
First of all hasil baca komen pengguna lain, saya difahamkan Althea Pore Purifying Serum Cleanser ni berfungsi 2 dalam 1 iaitu sebagai pencuci muka tanpa buih, dan juga sebagai pembersih mekap. Alah tapi kedua-duanya pun bertujuan untuk menanggalkan mekap. Kalau tengok dekat website Althea, cara penggunaan yang disarankan adalah sebagai pencuci muka (basahkan wajah, sapu dan urut dalam gerakan membulat 5-10 saat, lepastu bilas dengan air). Tapi saya sendiri lebih suka guna Althea Pore Purifying Serum Cleanser ni sebagai makeup remover. Kiranya saya tuang dekat tisu muka, lepastu wipe out semua kesan mekap kat muka ni. Bila dah rasa tanggal semua mekap, saya lengkapkan rutin permbersihan wajah saya dengan mencuci muka menggunakan Althea Bare Essentials Contour Cleanser. Fresh betul muka bila lepas tu.
Katanya Althea Pore Purifying Serum Cleanser ni merupakan kombinasi pembersih dan serum yang boleh menghilangkan kesan mekap, kotoran dan minyak dimuka dengan menggunakan ekstrak mint sekaligus menghalang kulit dari kering. Bukan itu sahaja, ianya juga berkesan mengecilkan liang pori bagi menghasilkan kulit yang smooth bila disentuh. Penggunaan Althea Pore Purifying Serum Cleanser ni juga membantu menseimbangkan pH level kulit untuk kulit yang lebih sihat. Untuk yang kulit sensitive pun sesuai guna!
Tekstur Althea Pore Purifying Serum Cleanser ni macam serum, dan teksturnya sangat light weight. Saya akui memang sedikit berbeza berbanding beberapa jenama makeup remover lain yang pernah saya guna. This one tak rasa too oily dan memang mudah menanggalkan mekap. Cuma hati-hati sedikit bila guna berdekatan kawasan mata, sebab boleh menyebabkan pedih mata seketika (dari pengalaman sendiri. Baru je semalam terkena mata sikit, pedih la kejap). Kat bawah ni saya tunjukkan kesan lipstick, foundation, dan eye liner yang Berjaya saya tanggalkan dengan mudang menggunakan Althea Pore Purifying Serum Cleanser.
Kesan lipstik, foundation dan eye liner
Senang tanggal bila guna produk ni
Tadaaa, hilang semua kesan mekap
Tanggal habis semua kesan mekap