Tuesday, December 18, 2018

Seronok Pakai Althea Milk Peel Cream Mask.

Tak pasti kenapa kebelakangan ni rasa macam muka makin bermasalah. Faktor usia ke? Atau faktor terdedah kepada persekitaran yang tak okay? Atau mungkin sebab tak cukup rehat & terlalu banyak berfikir. Semua tu mungkin faktor penyebab kepada kulit bermasalah saya ni. Mungkin orang lain tengok nampak macam elok je muka saya ni. Tapi sebab kita setiap hari duk belek muka kita, kita dapat rasa la kan perubahan kat muka ni. Muka mula banyak white head, pastu mula kering terlampau sampai menggelupas dan bila pakai foundation/bedak, makin ketara pulak kulit kering tu. Itu belum cakap pasal muka rasa kusam lagi. Confident level makin menurun, isk. Mula rasa risau berlebihan dan rasa stress. Lagi pulak last week saya dapat mimpi seram gila. Mimpi masa tengah belek-belek muka depan cermin semasa bersiap, tiba-tiba nampak muka jadi hodoh gila. Menakutkan betul mimpi macam tu, serious. Bangun je terus ambik cermin tengok.


Tengah susah hati dengan masalah muka sendiri, teringat pulak dekat bungkusan Althea yang diterima sekitar 2 minggu lepas. Dalam bungkusan tu ada salah satu produk terbaru Althea iaitu Althea Milk Peel Cream Mask. So baru-baru ni saya cuba pakai Althea Milk Peel Cream Mask tu. Sebelum saya bagi feedback, saya nak cerita la serba sedikit tentang produk ni.



Kandungan utama Althea Milk Peel Cream Mask ni ialah ekstrak protein susu, Kaolin, AHA & BHA. Ekstrak protein susu tu adalah sangat bagus untuk melembapkan dan menguatkan kulit, manakala AHA & BHA pula membantu menghilangkan sel kulit mati. Barulah boleh dapat kulit yang smooth licin gitu ha. Kaolin berfungsi untuk detoxifies & menarik keluar segala kotoran dari liang pori.



Apa yang best tentang mask ni? Haaa bagi saya, mask ni lain dari yang lain. Althea Milk Peel Cream Mask ni kira macam exfoliating mask. Sebelum guna, basahkan sikit muka. Lepastu apply je clay mask ni bagi rata kat seluruh muka. Sambil-sambil sapu tu, urut-urut sikit dalam gerakan membulat sampai dia berubah texture menjadi whipped cream lather. Serious saya agak impress sebab tak sampai seminit, dia jadi berbuih-buih dengan sendiri kat muka kita. Memang ada rasa geli sikit sebab rasa macam ada benda membiak kat muka time dia berbuih tu, hahahah. Tapi rasa excited pulak. Lepas tu biar kejap dalam 30-60 saat sebelum cuci dengan air suam. I am too lazy to get warm water, so saya guna air paip je lol.

Waktu kita apply macam ni la texturenya, macam clay

Althea Milk Peel Cream Mask ni sesuai untuk kulit jenis kombinasi, kulit yang liang porinya besar, kulit yang kasar tapi sensitif (which needs gentle exfoliation), dan kulit kering yang perlukan lebih lembapan. That is what they said. So saya tergolong dalam golongan yang sesuai pakai produk ni. Muka saya ni banyak clogged sebum & impurities.

Then dalam 30 saat, dah berubah jadi bubbly

close up sikit

muka fresh bila dah bersihkan

I guess it's too early nak bercakap pasal kesan yang diberikan terhadap kulit wajah ni sebab baru tak sampai seminggu guna. I use it almost everyday, and i love it. Dia takde bau-bau pelik, just bau macam bau susu je. Saya suka bau susu, rasa nyaman dan tenang. Another thing is saya suka bila dia dipacking dalam bentuk botol yang picit-picit ni (mostly mask lain adalah dalam bekas yang boleh buka penutup. I don't like mask dalam bekas macam tu sebab nanti senang comot & senang kotor).


This Althea Milk Peel Cream Mask korang boleh dapatkan di Althea dengan harga RM36 untuk 50ml. Murah je, tak mahal pun. Sangat mampu milik. Untuk diskaun 20% bagi pembelian pertama kali di Althea, boleh sign up guna referral link ni : https://share-my.althea.kr/x/xUIOEB .

22 comments:

  1. kannnnnn.. best kan wak.. akak pun suka.. rasa kulit kembali remajah.. gitohhhh.. hee~

    ReplyDelete
  2. Kita pun mcm nak try lah. Kita pun byk porti2 ni. Makin tua ni kulit makin macam2 huhu. Tapi nak gak jaga kecantikan & kesihatan kulit gak kan.

    ReplyDelete
  3. mohon sis buat video tutorial. kami lelaki pun nak kulit cantik jugak. baru ramai orang nak hahaha. Rasanya emi stress kerja tu hormon tak stabil..lagi satu jangan skip cuci muka setiap hari

    ReplyDelete
  4. this is so fun.. i enjoy using it too! and after using, the skin is so clean.. love it very much!

    ReplyDelete
  5. Macam menarik juga untuk dicuba ni.

    ReplyDelete
  6. bestnya dpt manjakan kulit dgn althea milk peel cream mask ni..nmpk ramai kwn2 dh try……sure lps guna kulit lembut mulus gebooo gtu..nanti nk cuba la..ada promosi 20% diskaun tu….tq for sharing psl althea milk peel cream mask

    ReplyDelete
  7. Murah betul harga dia. Qiss nak cuba juga nanti. Best pula tengok emi pakai ni. Next item shopping kat Althea mesti beli Althea Milk Peel Cream Mask ni

    ReplyDelete
  8. Ni kalau pakai time malam-malam suami tengok terkejut ni mau pengsan wakakakaka tapi macam lebut jer berbuih kat muka kita nak juga lah orang laki boleh pakaikan nanti bini lak pengsan terkejut wakakakaka....

    ReplyDelete
  9. memang best pakai althea milk peel cream mask. kulit rasa lembut dan segar lepas guna. suka sangat dengan bau susu mask ni. nak guna pun senang je kan.

    www.maisarahsidi.com

    ReplyDelete
  10. Yeayy.. I like this cream mask.. Paling best bila kluar buih2 letop kt muka. Hihi... Bau dia pon soft2 je kan... Mula2 rse kasar skit sbb tekstur clay.. Tp lps basuh kulit muka lembut je

    ReplyDelete
  11. Serius..memang best pakai althea milk peel cream mask ni, kalau dah habis yang ni sure nak beli lagi dan teruskan pemakaian. Bila lepas cuci rasa kulit lembut dan tegang je

    ReplyDelete
  12. amboi muke dah licin pun masih kata bermasalah. Mcm mana pulak kite yg kulit muke berlobang2 ni. hahaha. Rajin pakai produk Althea ni. Makin cantik la lepas ni yer. hehehe

    ReplyDelete
  13. wahhh bestnya....dah ramai tengok kawan2 guna dan cadangkan produk Althea, cuma belum sempat jer nak try....tapi dah pilih produk yg saya nak ....hehehehe

    ReplyDelete
  14. This product arms so great and definitely will but this one for myself

    ReplyDelete
  15. Susu yang boleh peel off. Bagus sangat inovasi mcm ni. Suka produk yang unik utk face mask.

    ReplyDelete
  16. Cx suka betul baca feedback atau review pasal Althea produk ni tau. Rata² semuanya positif. Makanya produk Althea ni memang highly recommended. Produk dia pon semuanya berquality dan terjamin. Cx pon nanti nak cubalah .

    ReplyDelete
  17. Best kannn! Nad pun suka mask ni. Emi dah la flawless, habis makin flawlwss la lepasni bila pakai milk peel. Texture dia lembut tapi power! Hahah.

    ReplyDelete
  18. so many bloggers posted about this! hope it is a suitable product for you. i always believe different people got different skin condition, so can only try until you find the one suits you.

    How to deal with markets ups and downs?

    ReplyDelete
  19. Memamg best sangat althea milk peel cream ni. Tak snagka lepas pakai muka jadi lembut je..masa keluar buih tu, geli juga rasanya macam ada benda bergerak dekat muka. .Hehehe. .Semua jnis kulit boleh guna

    ReplyDelete
  20. Laaa.. Emi pakai produk althea rupanya.. Patutlah muka flawless.. AM pun nak cuba la camni.. Aktiviti main buih.. Yeayy .

    ReplyDelete
  21. I've been using this milk mask too really effective and brightening my skin, highly recommend.

    ReplyDelete

Kindly leave your comment/feedback here.