Thursday, December 13, 2018

10 Produk Kecantikan Wajib Dibeli di Althea

Hai korang!

Untuk yang dah selalu sangat membeli produk kecantikan di Althea, rasanya korang memang dah tahu sangatlah apa yang korang nak restock setiap kali buat pembelian di Althea, kan? Setelah bertahun jadi pelanggan setia Althea, saya sendiri pun dah boleh hafal apa produk best yang nak dibeli setiap kali buka Althea. Tapi, lain orang lain keperluan dan keinginan. So artikel kali ini saya nak kongsikan beberapa item yang saya boleh rekomen kat korang untuk dibeli di Althea. Actually banyak produk best kat Althea ni, tapi saya senaraikan 10 je dulu yang paling saya suka. Mungkin boleh jadi panduan atau idea untuk korang yang masih buntu nak beli apa kat Althea.

#1 Althea Bare Essentials Contour Cleansing 150g - RM23


Dah banyak kali saya restock pencuci muka ni. Saya tak pasti tentang kaum wanita yang lain, tapi saya sendiri memang ada banyak jenis pencuci muka. Kiranya akan ada lebih dari satu pencuci muka. Pastu pakai tukar-tukar ikut suka hati. Ini salah satu pencuci muka kegemaran saya. In fact, kat rumah sekarang ni memang most of the day saya guna yang ni. Ye, rangkaian skincare Althea Bare Essentials ni bukan pencuci muka sahaja. Terdapat juga Fixer Cream dan Primer Water. Semua saya ada. Tapi paling saya suka adalah Contour Cleansing ni. Saya teramat sukakan pencuci muka ni sebab muka rasa bersih sangat bila lepas guna ni. Rasa bersih & segar. Jujur, saya sejenis yang malas nak buang mekap menggunakan make up remover. Ya Allah, tobat malas! Rasa leceh sangat. Kalau boleh nak terus cuci pakai cleanser tanpa perlu makeup remover yang berminyak-minyak tu tapi at the same time nak kesan makeup tu betul-betul hilang. And yes, kalau korang sejenis yang liat nak guna make up remover, memang saya cadangkan Althea Bare Essentials Contour Cleansing ni.

#2 Etude House Drawing Eye Brow New 0.25g - RM11



Ingat lagi dulu-dulu waktu awal-awal beranikan diri melawa dan pakai makeup, saya memang tak reti langsung nak lukis kening. Serious masa tu kalau saya lukis kening, nampak lagi messy. So saya lebih memilih untuk biar je tanpa lukis. Acah confident kononnya kening dah semulajadi cantik, kahkah. Padahal sebab tak reti. Tiap kali lukis kening jadi macam kening shin chan. Itu belum cerita pasal eye brow asyik patah sebab saya tekan kuat sangat. Haha. And few years ago saya diperkenalkan dengan Althea. Duk scroll Althea, nampak Etude House Drawing Eye Brow ni. Macam menarik sebab bentuk pencil nya yang memudahkan kita pakai. Kira sesuai sangatlah untuk yang tak reti lukis kening macam saya ni. Plus, dia ada dual tips. Satu pencil untuk lukis, satu lagi untuk sikat kening. Harga murah pulak tu. Memang saya borong hampir semua warna. Dah banyak kali habis, dan dah banyak kali jugak restock. For those yang rasa tak reti sangat nak lukis kening, you really need this!


#3 Medi Heally Herb Warm Pack - RM13/3pcs OR RM29/9pcs


Ini sangatlah berguna untuk gegadis yang selalu mengalami masalah senggugut teruk bila datang bulan. For those yang memang biasa alami je yang tahu macam mana sakitnya bila senggugut teruk ni. Kadang sampai pitam, half-concious kat atas katil tu, terbaring je berperang dengan sakit. Biasanya apa nak buat bila macam ni? Kalau asyik telan ubat je tak elok untuk jangkamasa panjang. Dulu-dulu saya akan gagahkan diri saya masak air panas, isi dalam botol untuk tuam kat perut. Tak menghilangkan sakit, tapi mengurangkan. Itu kalau kat rumah la. Kalau kat ofis atau kat luar? Memang terganggu la urusan harian kan? Sebab tu bila nampak benda alah ni ada dijual di Althea, tak fikir panjang terus saya beli. Alhamdulillah, lebih convenient & practical untuk saya gunakan. Just buka plastik dan tampal kat bahagian bawah perut. Berkurang sakit. At least boleh la buat kerja. Medi Heally Herb Warm Pack ni memang saya pastikan sentiasa ada dalam beg saya.

#4 CP-1 Raspberry Hair Vinegar 500ml - RM31


Selama ni saya duk pakai shampoo dan conditioner rambut yang biasa dijual kat kedai tu je. Tapi last year salah seorang officemate saya ada beli hair vinegar ni dan katanya memang best, tak menyesal beli. Dari situ saya dah pasang niat nak beli jugak. Tapi tiap kali nak beli tiap kali tu la out of stock. Nampaknya memang laku keras. Akhirnya beberapa bulan lepas saya berjaya beli jugak, hehe. Dari segi kuantiti, memang sangat berbaloi dengan harga. Botolnya besar. Waktu pakai ni untuk kali pertama, saya macam pelik eh kenapa takde buih. Rupanya dia memang tak berbuih. Bukan macam shampoo. Just tuang ke tapak tangan, sapu ke rambut.Wangi gilaaaaa, bau berry kot. Bila siap mandi memang terasa bezanya rambut kita bila guna benda alah ni. Rambut jadi lembut, smooth dan senang nak urus. Selalu lepas mandi memang struggle jugak la nak detangle rambut yang berbelit sesama sendiri tu. Tapi bila guna hair vinegar ni, jadi mudah pulak. Saya target nanti nak beli few bottle of this CP-1 Raspberry Hair Vinegar untuk bagi dekat mak & kakak-kakak. Benda elok harus dikongsi.

#5 Althea Real Fresh Skin Detoxer (150ml each) - RM43 for each OR RM77/set


Actually produk ni masih baru lagi dikeluarkan oleh Althea, sekitar September 2018. Walaupun Althea Real Fresh Skin Detoxer ni masih baru, tetapi memang tak mengecewakan. Saya sendiri dah merasai kedua-dua variasi skin detoxer ni, dan memang terus jatuh cinta bila kali pertama cuba. Didatangkan dalam 2 variasi iaitu Green Tea dan Rose. Skin Detoxer ni sebenarnya berfungsi sebagai pek pencuci 2-dalam-1. Sebagai pencuci muka dan juga untuk detox kulit kita. Pakai sekitar 10 saat je, lepastu boleh terus cuci dan bilas. For me, skin detoxer ni bertindak macam instant fresher. Serious, pakai benda ni sekejap je lepastu muka dah rasa fresh, bertenaga dan lebih berseri. My fav is the Green Tea one, tapi yang Rose pun not bad jugak. Boleh pilih nak beli salah satu je atau dua-dua sekali. Nak lebih berbaloi, beli je dua-dua sekali lagi jimat.

#6 The Face Shop Highlighter Beam 13ml - RM29


The Face Shop Highlighter Beam ni bukan sebarang highlighter tau. Benda alah ni boleh bagi effect glossy and radiant look dekat muka kita. Kira macam pelengkap kepada mekap yang kita duk pakai hari-hari tu, it gives instant radiant & intense glow. This liquid highlighter shining up our face natural volume with moisturizing brightness. Dia bagi effect shining and dewy makeup look. Siapa tak nak muka nampak glowing kan?

#7 Nature Republic Aloe Vera 92% Soothing Gel 300ml - RM13


Masa awal-awal terjebak dengan Althea dulu, memang ini la antara item yang saya duk repeat beli. Siap promote kat member-member dan kakak-kakak. Sebab soothing gel ni memang best! Dah la best, murah pulak tu. Kalau korang beli kat outlet Nature Republic di Malaysia ni, memang tak dapat la harga macam ni. Apa yang bestnya soothing gel ni adalah ianya sesuai untuk digunakan kat macam-macam bahagian kat tubuh badan kita. Boleh sapu kat rambut untuk buat rambut jadi lembut. Boleh sapu kat muka atau bahagian kulit tubuh badan lain untuk kulit lembut. saya paling suka sapu soothing gel ni dekat bahagian kulit yang gatal-gatal / merah-merah, untuk kurangkan iritasi. Memang berkesan. Selain tu, kalau lepas shave pun saya suka sapu benada alah ni, pun untuk kurangkan iritasi jugak. Produk ni sapu dekat kulit  kanak-kanak pun boleh. If i'm not mistaken, kakak saya bagi anak dia pakai jugak untuk rambut dan kulit. Saya punya dah lama habis, so memang nak kena restock balik Nature Republic Aloe Vera 92% Soothing Gel ni.

#8 Laneige Water Sleeping Mask 70ml - RM77


Pernah satu ketika tu, saya duk gilakan produk Laneige ni. Almaklum, kat sana sini terpampang muka Song Hye Kyo kat iklan Laneige. Haruslah saya pun tergoda sama. Saya pernah beli Laneige Water Sleeping Mask, dan memang tak mengecewakan. Kulit saya memang jenis yang kering, so apa-apa skincare yang boleh tambah kelembapan kulit ni memang saya suka la. Bangun pagi muka rasa anjal dan cukup lembapan.

#9 It's Skin Power 10 Fomula Effector 30ml - RM30/each


Ini pun salah satu beauty item yang termasuk dalam wishlist saya. Belum pernah cuba, tapi beberapa orang rakan terdekat saya dah pun cuba Power Effector ni. Katanya best, memang berkesan. Ad 9 jenis semuanya. Tak perlu pakai kesemua 9 jenis pun. Almaklum, muka ada satu je, haha. Pakai la yang mana ikut kesesuaian dan keperluan. Kalau baca review, memang ramai yang berpuas hati. Katanya effector ni lightweight, tidak melekit dan senang menyerap ke kulit. Selain untuk perbaiki texture kulit, effector ni juga bagus untuk memudarkan parut dan mencerahkan kulit.

#10 Dear, Klairs Freshly Juiced Vitamin Drop 35ml - RM102 DAN Dear, Klairs Freshly Juiced Vitamin E Mask 90g - RM122


Saya tak pernah punyai pengalaman menggunakan produk skincare dari jenama Dear, Klairs ni. Tapi selalu sangat baca review orang lain tentang keberkesanan produk ni. Ya Allah, memang tergoda habis. Tapi tengok harga tu terus terbantut, haha. Yela, banyak item dari jenama ni yang dikatakan best. Kalau semua nak beli, habislah duit kan haha. So saya study sikit review and feedback pengguna and finally i decided to give this one a try. Next purchase from Althea memang saya akan beli Freshly Juiced Vitamin Drop ni, i don't care nak jugak. Dah beli nanti kita review balik kat blog ye.


Saya baca lagi review & feedback orang lain, and they said kalau dah guna Freshly Juiced Vitamin Drop,, it's good to pair it with this Freshly Juiced Vitamin E Mask as well. Kira macam keberkesanan dia tu akan lebih cepat la kot. So yeah, i'm so gonna buy this too. RIP to my bank account. Hehe. Takpe, investment untuk kecantikan diri sendiri. Ayat nak sedapkan hati hahah.


Kalau nak senaraikan memang banyak produk kecantikan yang best kat Althea ni. Bergantung pada diri masing-masing la. Korang pulak apa produk yang korang suka sangat kat Althea tu? Kongsikan kat bahagian komen, kot-kot saya pun boleh terjebak sama suka dekat produk tu. Untuk sesiapa yang kali pertama nak beli di Althea, korang boleh dapat 20% discount untuk pembelian pertama bila korang Sign Up guna link ni : SIGN UP ALTHEA .


20 comments:

  1. Menarik juga produk Raspberry untuk rambut tu. Teringin juga nak beli ni. Tak banyak buih tu selalunya ada benda yang dia tak masukkan dalam tu. Normally selalunya banyak buih la kan....

    ReplyDelete
  2. Aloe vera soothing gel ngan bare essentials tu pun akak selalu repeat order...bestsangat...bagus semsemua barang- barang althea cuma akak lepas ni nak beli barangan lain jugak

    ReplyDelete
  3. Thanks for the recommendation. Thinking to get some for Christmas presents too for my family and friends.

    ReplyDelete
  4. wow good to know your wish list, I haven't done mine. I have got 10 items that I wanna have for Christmas but no time to blog yet. Yeah Althea a nice online shopping web that I love to go shopping too.

    ReplyDelete
  5. Dari 10 produk yang kongsikan, saya mah fokusnya ke produk no 1 tuh Althea Bare Essentials Contour Cleansing. Sebab nak selalu mau besihkan wajah yang simple ja

    ReplyDelete
  6. Dalam 10 produk ni tak ada pun satu produk yang sesuai untuk lelaki hehehehe jelous kita asyik baca review produk perempuan jer wakakakka tak apa lah janji orang perempuan Malaysia cantik...

    ReplyDelete
  7. Banyak pilihan produk dari Althea ni....harga pun berpatutan....mungkin boleh juga BC mencuba produk baru ini...harap-harapnya boleh sesuai dengan kulit muka yang sensitive ni....terima kasih atas perkongsian maklumat ini...banyak manfaat kita boleh dpt..

    ReplyDelete
  8. Banyak barangan murah kat althea. Best best pulakkk. Boleh rekomen kat member2 pasal produk althea

    ReplyDelete
  9. Wow...Ramai pengguna Althea yang review best best tentang produk ni. Tak sangka gak, banyak jenis produk rupanya jenama ni. Harga pun sangat berbaloi tu

    ReplyDelete
  10. Qiss memang suka Beli barang kecantikan kat Althea. Lebih banyak jimat sebenarnya dengan pembelian 2 barang ke atas boleh dapat free shipping. Contour Cleanser tu Qiss selalu jugak pakai. Lambat lagi nak habis.

    ReplyDelete
  11. Memang barang-barang di Althea best-best. Memang seronok membeli belah kat sana..kenkadang sampai tak sedar dah terpilih banyak. Ni pun nak cari lagi barang2 kat sana..tunggu ada masa je ni..hehehe

    ReplyDelete
  12. Emi, kami pun suka Etude House punya eye brow pensil jugak, mouse mommy dah beli warna dark brown dan jugak grey brown. Althea Milk Peel Cream Mask pun best, byk buih dan cleanser yang deep clean. Mask pun best jugak.

    ReplyDelete
  13. Cx selalu usha produk² althea ni tau sebab terpengaruh dengan review rakan² blogger. Cx dpt tahu yg althea ni produk korea yang highly recommended sebab high of quality. Will try ine day sebab althea mcm byk produk yg sesuai ntk jns kulit mcm cx. Thanks for sharing! Boleh jd jd rujukan ntk pembelian nanti

    ReplyDelete
  14. produk Althea memang popular sangat, ramai tengok kawan2 review kata bagus..kita ada jugak guna anataranya yang Aloe Vera tu ,lain2 belum berpeluang , tapi memang nak test jugak lepas skincare yg sekarang guna dah habis...sebab kita pun nak kulit ploles cam retis korea jugak

    ReplyDelete
  15. wow thanks for the gift ideas. They sounds like a must buy. I am now login into the website to have a look too yay

    ReplyDelete
  16. i love this Althea Bare Essentials Contour Cleansing 150g the most. until now im still using it and maybe later wanna try the other one...

    ReplyDelete
  17. a good shortlist of all the must buy beauty products for the girls! good as a christmas gift exchange idea too!

    How to deal with markets ups and downs?

    ReplyDelete
  18. Kalau buka website althea memnag banyak barang dekat sana nak beli..tak dapat nak pilih..hahaa..tapi mestia da barang yang kita suka snagat kan..hah nak buat juga la..hehee

    ReplyDelete
  19. Althea Korea memang online platform kegemaran Lia jugak. Beauty blogger kat luar sana memang kena beli dekat sini. packaging pun lawa delivery pun on-time.

    ReplyDelete
  20. Nature republic aloevera tu saya da beli dan memang best lembabpkan kulit. Althea's products memang best-best belaka kan, tengok pun macam ramai yang guna brand ni

    ReplyDelete

Kindly leave your comment/feedback here.