Thursday, November 1, 2018

Review Althea Petal Velvet Sunaway

For those yang selalu duk buka website Althea, confirm dah tahu bahawasanya Althea ada keluarkan satu lagi produk baru dibawah jenama Althea sendiri, iaitu Petal Velvet Sunaway. Saya agak teruja dengan produk keluaran Althea kali ini sebab setakat ni saya belum jumpa lagi sunscreen yang betul-betul saya suka. Sebelum ni dan sekarang ni saya ada la tengah guna sunscreen dari jenama lain, but i am not totally in love with it. Saya guna jugak setiap hari for the sake of nak jaga kulit dari sinaran UV. I am still looking for the perfect sunscreen for myself. Saya perlukan sunscreen yang tidak melekit, tidak mengeringkan, tidak berminyak, dan ringan. Some of my existing sunscreen sangatlah melekit dan buat muka rasa berminyak, while the other one buat kulit saya rasa kering.


Memandangkan produk-produk Althea yang sebelum ini memang tak mengecewakan saya, makanya saya mempunyai expectation yang agak tinggi terhadap Althea Petal Velvet Sunaway. Bila bungkusan dari Althea sampai, saya terus unbox dekat ofis jugak. Tak sabar punya pasal. 


What they say about this Althea Petal Velvet Sunaway? Katanya ada SPF50+ dan PA++++. Selain itu, ianya lightweight dan translucent. Sesuai untuk semua jenis kulit.

Ingredients : Diperkaya dengan damask rose extract yang mampu membantu menghidratkan kulit secara mendalam serta mengurangkan iritasi, membuatkan kulit terasa lebih sihat. Selain tu, ada hyaluronic acid yang dikatakan berkesan menarik lembapan untuk kulit bagi mencegah dehidrasi. Terdapat juga geranium oil yang menambah seri pada kulit dan merawat masalah jerawat. Itu merupakan antara 3 bahan utama dalam Althea Petal Velvet Sunaway ni.


Size & Packaging : I have nothing against the look of this sunscreen. Design packagingnya, saiznya, pemilihan warna packaging, everything just nice. For me saiz macam ni senang nak grip kat tangan. It comes in a handy size, but not too small.


The Scent / Bau : This is the first thing that i checked sebaik sahaja buka Petal Velvet Sunaway ni. Check bau dia, hahaha. Because previously Althea punya Petal velvet Powder pun bau wangi, so of course i'm expecting the same for this one. And yess, memang bau dia wangiiiii sangat. Ada bau bunga-bungaan yang soft, tak terlalu kuat. I'm in love with the smell.


Texture : Tak terlalu cair dan tak terlalu pekat. Just nice. Seriously saya pernah pakai suncsreen yang jenis watery, dan saya juga pernah cuba sunscreen yang bertekstur pekat. But this one tekstur dia macam tengah-tengah diantara cair dan pekat. Haha i don't know how to descsribe this. Tapi masa pakai ni, tak rasa melekit langsung. CUMA, bila dia dah kering baru la ada rasa kesat sikit. Kesat yang a bit sticky but not too sticky. Sikit je rasa sticky dia.


I really really don't like it bila tujuan utama kita pakai sunscreen sebab nak lindung kulit kita dari sinar UV, tapi eh muka kita jadi macam tepung gomak la pulak hahaha. Yes, most of the sunscreen kat pasaran memang meninggalkan kesan putih kat kulit kita. Kalau saya ni memang sejak azali dah putih melepak, tak la obvious sangat kan. Ini dah la kulit kelabu, pakai pulak sunscreen yang tinggalkan kesan putih kat kulit. Alahaiii...but thanks to Althea sebab finally keluarkan satu sunscreen yang translucent dan tak meninggalkan kesan putih pada kulit. Part ni paling saya suka!


So far saya suka Althea Petal Velvet Sunaway ni. Sejak ada Althea Petal Velvet Sunaway ni, inilah yang saya duk pakai setiap hari. Kira macam my primary sunscreen la. Sunscreen lain masih lagi saya guna buat gilir-gilir sometimes. Tapi kalau nak keluar untuk jangkamasa lama, memang saya prefer Althea Petal Velvet Sunaway ni berbanding sunscreen saya yang lain. Sebab walaupun lepas beberapa jam, sunscreen tu tak buat muka saya rasa rimas. Korang boleh tengok video feedback kali pertama saya mencuba Althea Petal Velvet Sunaway ni kat atas.

Oh ye, Althea Petal Velvet Sunaway ni korang boleh dapatkan dengan harga RM43 / 55ml sahaja di Althea. Murah kan? Nak lagi jimat, boleh beli Petal Velvet Set dengan harga RM53.10 , boleh dapat sekali dengan Petal velvet Powder. Laaaagi jimat! Boleh juga dibeli di Shopee - https://shp.ee/rckhvbj .

20 comments:

  1. menarik 😍 sha dah la peminat sunscreen hehehe nak kena beli jugak ni

    ReplyDelete
  2. I have read a lot of good review on this. looks like I need to try it out too. Congrats to the brand on this big launch.

    ReplyDelete
  3. wah wah..memang suka sangat produk althea ni..tapi belum berpeluang lagi..tunggu eh nnt kita nak beli jugak

    ReplyDelete
  4. Hari-hari kite tengok orang review Althea ni..meleleh plak air liur kte ni menengoknya..haha..kena grab gak ni..tak leh jadi ni..

    ReplyDelete
  5. Fall in love betu dengan produk baru dari althea ni. Mulanya risau gak nak try sebab rasa macam berminyak, tp bila apply kat muka cepat benau meresap.. Bestlah

    ReplyDelete
  6. Manis je warna packaging dia. Pernah dengar produk Althea ni cuma tak pernah guna lagi. Sunscreen ni kena pakai sebab sinaran matahari kat Malaysia ni kuat. Boleh menggelapkan kulit.

    ReplyDelete
  7. Uishh macam best jerk. Sekarang ni memang tak pernah tinggal sunscreen, boleh la nak try althea punya plak

    ReplyDelete
  8. Comelnya packing dia.
    Kita pun kalau nak cari produk untuk muka, tak suka yang bila kena panas, muka jadi melekit. Tak selesa. Rasa mcm panas je muka.
    Kalau produk ni okay, bolehlah dicuba nanti.

    ReplyDelete
  9. mmg banyak review kata best...terutama sekali bau dia laa kan...kita pulak yg teruja nak cuba :D

    ReplyDelete
  10. I'm using this.. love it so much... very natural skin colour after apply it.. great leh.. like ur review, too!

    ReplyDelete
  11. Akak pun guna jugak. Fall in love sangat dengan suncreen Althea ni. Serius tak melekit dan oily tau. Memang stay dengan produk ni je nanti

    ReplyDelete
  12. Wow bau wangi ohh ok lah orang perempuan sesuai lah orang laki tak boleh pakai nanti orang kata songsang lak hehehehe tapi kita pun nak putih juga lah...

    ReplyDelete
  13. Tahniah Althea sebab keluarkan produk baru. Teringin juga nak cuba sunscreen ni. Tapi kena tunggu yang dok guna ni habis dululah.

    ReplyDelete
  14. AM xpenah lagi cuba produk althea nie.. nnti AM nak cubalah.. mesti leh comel cam emi kan..

    ReplyDelete
  15. Best yg ni..dah la wangi..pastu ringan ja kt muka..xrasa berat n sticky pun kan

    ReplyDelete
  16. Dah ada pilihan baru kalau nk beli sunblock. Packaging die nice dan kecik, sesuai nak bawa kemana-mana. Patot la emi putih je sebab pakai produk althea ni eh?hehehe

    ReplyDelete
  17. wajib pakai sunscreen ni anytime nak keluar rumah. tanpa mengira cuaca. baguslah althea sendiri dah keluarkan sunscreen sendiri

    ReplyDelete
  18. Suka! Benda ni bau dia wangi gila. Dah la kalau pakai tak melekit.

    ReplyDelete
  19. i super love this sunscreen....the scent so nice...love the damask rose alot..

    ReplyDelete
  20. Memang produk keluaran Althea x pernah mengecewakan. Lia pun suka dengan produk sunscreen Yang baru ni .

    ReplyDelete

Kindly leave your comment/feedback here.