Baru-baru ini saya terbaca tentang satu kempen khas yang dilancarkan oleh Pusat Pungutan Zakat – MAIWP (PPZ-MAIWP). Kempen yang berlangsung selama 4 bulan mulai 1 Julai 2018 sehingga 31 Oktober 2018 ini dijalankan melalui Skim Potongan Gaji Zakat (Skim Thohir 2018). Rupa-rupanya ini merupakan tahun ke-3 kempen ini dilaksanakan. Kerana sambutan yang luar biasa diterima dari pihak majikan (swasta & kerajaan) pada tahun-tahun sebelumnya, maka kempen ini diteruskan lagi pada tahun ini.
Skim Thohir ini tidak lain tidak bukan diadakan bagi memudahkan kita semua melaksanakan pembayaran zakat pendapatan. Diharapkan dengan adanya Skim Thohir yang mempraktikkan potongan gaji untuk disalurkan sebagai bayaran zakat ini akan menggalakkan lebih ramai masyarakat kita menunaikan kewajipan berzakat. Melalui Skim Thohir ini, kakitangan swasta mahupun kerajaan dapat menunaikan pembayaran zakat tanpa bertangguh dan menjimatkan masa sekaligus meningkatkan kutipan zakat untuk membantu meningkatkan ekonomi golongan asnaf. Cara pembayaran dah dipermudahkan, apa lagi alasan untuk tidak membayar zakat, kan?
Seiring pelancaran kempen Skim Thohir 2018, PPZ-MAIWP turut menganjurkan aktiviti turun padang ke beberapa syarikat swasta dan badan kerajaan untuk memaklumkan mengenai skim ini disamping menerangkan fungsi utama PPZ-MAIWP yang merupakan agensi dilantik bagi mengutip zakat di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan, manakala agihan pula dilaksanakan oleh Baitulmal-MAIWP. Pihak PPZ-MAIWP mensasarkan seramai 4,000 kakitangan yang akan membuat potongan gaji zakat sepanjang tempoh kempen berlangsung.
10 hadiah percutian menarik termasuk hadiah utama menunaikan umrah tajaan Five Estec Travel Services Sdn. Bhd. bernilai RM28,000 ditawarkan bagi mereka yang menyertai kempen ini dengan membuat potongan gaji zakat melalui Skim Thohir. Para pemenang kempen bakal diumumkan sewaktu Karnival Zakat pada bulan November akan datang.
Akhir kata, PPZ-MAIWP menyeru agar semua umat Islam yang mempunyai pendapatan untuk menunaikan zakat melalui potongan gaji agar dapat dengan mengembalikan hak asnaf sebanyak 2.5% yang terdapat dalam harta kita agar memperolehi berkat di sisi Allah S.W.T.
Untuk korang yang belum lagi buat pemotongan gaji untuk pembayaran zakat, cepat-cepat join Kempen Skim Thohir ni. Kempen Skim Thohir ni dah tak lama dah nak habis, sampai 31 Oktober 2018 je. Masih ada masa untuk yang belum tunaikan zakat lagi.
kena bagitau HR kak lily mengenai hal ni, yelah menda-menda cam ni international company tak tau so kita sebagai pekerja kena inform diorang pasal ni ek
ReplyDeletesekarang semuanya online..jadi mudah dan cepat...jadinya dah takde alasan kata tak sempat atau sebaliknya..
ReplyDeleteBagusnya! Semakin mudah untuk membayar zakat. Untuk yang baru bekerja macam saya pun seronok sangat bila tahu ada kemudahan macam ni. :D
ReplyDeleteThk u for sharing
ReplyDeletekita ni selalu leka dalam membayar zakat. asyik lupa je. bila ada duit mula la nak beli itu ini. skim macam ni lebih mudah utk ingatkan kita
ReplyDeleteKite belum kerja lagi nanti dah kerja insyaallah nk apply skim thohir ni sebab kadang2 lupa nk bayar sbb busy kerjakan. Tawaran boleh menang pakej umrah tu pon menarik sangat. Mana tahu rezeki Allah nk bagi kan. Sambil berzakat tu dapat habuan juga kearah kebaikan.hehehe
ReplyDeleteBagus skim ni jadi tak culas lagi la kita dalam soal pembayaran zakat kan!
ReplyDeleteZakat semakin memudahkan urusan pembayaran. Terkini dah sistem yang mereka guna pakai.
ReplyDeleteUntung siapa yang berkerja, dapat bayar zakat dengan cara pemotongan gaji so tak ada lah terlupa nak bayar atau kura2 lupa..hehehe.
ReplyDeleteSayangnya sis tak bekerja so tak adalah peluang mcm ni
Itu ler sekarang tiada lagi alasan untuk tidak membayar zakat. Ha! Bagus la skim thohir ni.
ReplyDeletesampai 31 oktober yer kempen nie Emi ? okaylah, nanti nak pergi bayar zakat. baru hidup lebih diberkati. time puasa hari tu first time bayar zakat rasa lain pulak. hihi
ReplyDeleteBagus ye ada skim macam ni. Lagi menyenangkan urusan pembayaran zakat. Kadang orang lupa.
ReplyDeleteiday start tahun lepas ambil tahu tentang zakat ni. itu pon sebab diorang ada contest hadiah lumayan. bagus betul diorang ni sebab memudahkan urusan nak bayar zakat selain bagi info banyak tentang zakat. hehehe
ReplyDeleteZakat memang wajib dibayar. Tapi ni siap ada ganjaran lagi kalau bayar zakat. Ganjaran bercuti pulak tu. Menarik!! Confirm tak lupa nak bayar zakat kalau buat secara potongan gaji.
ReplyDeleteSenang kan..lani semua on9..nak ngn taknak ja guna..lepas ni xda alasana dah nak culas2 bayar zakat kan
ReplyDeletezaman sekarang ni dah mudah pelbagai urusan kan. Ada tu hujung jari je nak selesaikan segala pembayaran. Jadi tak perlu risau kan. Contohnya macam zakat ni la. Dah mudah dah nak bayar.
ReplyDeletealhamdulillah, semakin mudah nak bayar zakat sekarang ni. Nak dengan buat-buat lupa ja..kalau guna sistem thohir ni, konfem tak terlepas bayar zakat dah.
ReplyDeleteBagusla bila dah ada siap-siap denagn potongan gaji. Tak yah fikir dah kan..Bantu mereka yang susah, dapat pahala berganda
ReplyDeleteZakat memang wajib di bayarkan untuk mensucikan diri kita dari harta benda yang dimiliki. Namun kadang seorang tak.punya banyak waktu mengurusi zakatnya. Untung lah saat ini sudah bisa potong gaji jadi gak repot lagi mengurus ya
ReplyDeleteYou actually make it look so easy with your performance but I find this matter to be actually something which I think I would never comprehend. It seems too complicated and extremely broad for me. I'm looking forward for your next post, I’ll try to get the hang of it! zakat
ReplyDelete