Safi Fair Beauty – Untuk Kulit Lebih Cantik Berseri. - emilinda

Wednesday, October 24, 2018

Safi Fair Beauty – Untuk Kulit Lebih Cantik Berseri.

Teringat zaman sekolah dulu, obses betul nak putihkan kulit. Zaman remaja biasalah, mudah terpengaruh dengan kawan-kawan. Masa tu definisi cantik terhad kepada kulit putih bersih kononnya. Pastu mula la duk berjinak-jinak dengan produk penjagaan wajah. Bodek mak suruh belikan, haha. Padahal bila belek balik gambar dulu-dulu, eh takdelah gelap sangat pun haha. Cuma comot sikit la sebab tak reti nak melawa bagai, plus hangus sikit jela sebab duk berkawad kat tengah panas. Masa tu mana la tahu nak pakai sunblock segala bagai ni. Budak-budak katakannnn. Tapi bila dah dewasa ni takdenya lah kemaruk nak kulit putih. In fact sekarang ni berbanding memutihkan kulit, saya lebih fokus untuk menyihatkan kulit. Yang penting kulit sihat bebas jerawat, barulah yakin dengan diri.


Walaupun fokus saya sekarang bukanlah untuk memutihkan kulit, tapi tak salah rasanya saya nak kongsikan berita baik untuk sesiapa sahaja yang nak putihkan kulit tanpa perlu cucuk sana sini atau buat treatment bagai. Lagipun jenama ni dah dipercayai ramai, dan setakat ni memang ramai pengguna. Tak nak panjang lebar, nak bagitau yang Safi sekarang ada keluarkan rangkaian produk baru iaitu Safi Fair Beauty.


Safi Fair Beauty yang mengandungi teknologi Bio-Fairness ini terdiri daripada 3 jenis produk iaitu pembersih wajah, pelembap, dan juga krim BB.

Safi Fair Beauty Pembersih Facial Cleanser (50g – RM5.75)/(100g – RM10.20)

Membersih secara lebih mendalam agar kulit lebih lembut, halus dan cerah berseri.


Safi Fair Beauty Fairness Cream (50g – RM8.15)/(80g – RM11.45)

Memberi efek tona kemerahan pada kulit wajah agar kelihatan lebih manis dan segar sepanjang masa. Tekstur yang lembut memudahkannya diserap ke dalam kulit tanpa menyebabkan kulit rasa berminyak.


Safi Fair Beauty BB Cream (40g – RM8.15)

BB cream ni sebagai asas solekan la. Sebelum pakai mekap, pakai BB cream ni terlebih dahulu. Berfungsi untuk menutup cela dan memberikan efek matte pada kulit. Takdela kulit wajah Nampak berkilat aje, hehe. Yang ni mampu memberi efek wajah putih dengan cepat, serta dapat memudarkan parut jerawat kat muka tu. Barulah berseri sikit muka.


Secara mudahnya, rangkaian Safi Fair Beauty ini dikatakan mampu mencerahkan kulit, menyamaratakan tona kulit, menjadikan kulit berseri, mengawal pengeluaran minyak secara berlebihan, memberi perlindungan UV, melembutkan, menghaluskan, melicinkan serta melembapkan kulit. Kalau nak beli ketiga-tiga produk ni, apa kata korang beli yang gift set. Lebih jimat berbanding beli satu persatu. Gift set yang mengandungi ketiga-tiga item di atas dijual dengan harga RM10.90 sahaja di seluruh negara.

14 comments:

  1. wahhh baru tahu..harga dia mampu milik

    ReplyDelete
  2. Zaman sekolah memang safi la paling glemer dan guna.. Skg dah ada pack terbaru..lagi cantik siap berkotak lagi

    ReplyDelete
  3. kak lily pun tengok cuba produk ni, so far bagi kesan elok pada kulit muka kak lily lah. sesuai dengan kulit orang asia la

    ReplyDelete
  4. Akak dh duba dh dan memang best product ni..suka bb cream dia tu sebab boleh guna utk all skin types..yg ada ni pun nak abis dh

    ReplyDelete
  5. bagus eh safi dah kluarkan macam3 produk baik lelaki mahupun perempuan. kualiti dia pun bagus!

    ReplyDelete
  6. who don't wan fair and nice skin.. it's great to hv this product to help us achieve to flawless skin!

    ReplyDelete
  7. Wah bestnye ada terbaca tentang cabaran produk ni.. Teringin gak nak cuba produk ni he he Macam menarik jugak kena cuba!

    ReplyDelete
  8. Kinah pun guna safi fair beauty ni. Memang best. Kulit sekarang ni pun makin cerah. Bb cream dia pun best.

    ReplyDelete
  9. wahhh bestnya kalau dapat gift set produk safi nie. mmg tak dapat dinafikan keberkensanan dan kualiti produk safi. harga gift set nie murah betul ya, boleh hadiahkan utk kawan2. kotak dia pon nice

    ReplyDelete
  10. So this is your secret top your battery. I wanna try this also!!!

    ReplyDelete
  11. Wah produk safi baru ye.. Nak kene cari ni. .Macam best pulak cc cream tu. .Harga pun takdelah mahal mana..safi jenama yang diyakini

    ReplyDelete
  12. Dah cuba dia punya foundation tu. Suka sebab light je, senang cuci pulak tu.

    ReplyDelete
  13. Banyak betul rangkaian produk Safi kan. Lia x pernah cuba lagi Safi Fair Beauty lagi. Sekarang Lia pakai Safi Balqis Oxywhite .

    ReplyDelete

Kindly leave your comment/feedback here.