Lebih Sihat & Lebih Ruang Dengan Philips Viva Collection Airfryer XXL - emilinda

Sunday, October 7, 2018

Lebih Sihat & Lebih Ruang Dengan Philips Viva Collection Airfryer XXL

Siapa tak suka makanan bergoreng, kan? Lagi-lagi kalau deep fried. Ya Allah, nikmat betul. Dari keropok lekor, cekodok, nugget, sosej, ayam goreng, eh macam-macam lagi la. Tapi yang sedap tu la yang mendatangkan bahaya kepada kesihatan. Mana tidaknya, goreng atas dapur dalam kuali yang penuh minyak. Tentu sahaja lah banyak kandungan minyak yang dah terserap ke makanan yang kita goreng tu. Lepastu tanpa rasa bersalahnya kita makan goreng-gorengan tu. Cukup masa, mengadu kenapa lemak makin bertambah. Helokkk sangat, hahah.

Disebabkan kesedaran tentang isu inilah, generasi sekarang dah makin ramai yang memilih untuk menggunakan air fryer berbanding menggunakan dapur gas. Kebanyakan makanan tempatan yang menjadi kegemaran ramai adalah makanan bergoreng. Kalau korang merupakan penggemar makanan bergoreng tapi dalam masa yang sama sangat peka tentang pemakanan, penggunaan air fryer merupakan solusi yang terbaik. Rasa enak yang sama tetapi cara yang lebih sihat. Penggunaan air fryer ni dah memang makin popular dalam kalangan rakyat Malaysia.


Menyedari tentang keperluan penggunaan air fryer ini, Philips telah melancarkan Philips Viva Collection Airfryer XXL. Haaa, kalau dah ada XXL tu, mesti korang dah terbayangkan saiz yang besar, kan? Tepat sekali. Saiz Philips Airfryer XXL adalah lebih besar berbanding airfryer lain. Saiznya yang lebih besar direka khusus bagi penyediaan makanan yang secukupnya untuk seisi keluarga. Dah tak payah dah masak menu yang sama berulang kali hanya untuk memenuhi selera semua orang. Dengan Philips Airfryer XXL, korang boleh memasak seekor ayam atau sehingga 1.4kg kentang goreng sekaligus. Senang kata, sekali masak cukup untuk 6 orang makan. Philips Airfryer XXL ini merupakan air fryer berkapasiti besar yang pernah dikeluarkan setakat ini.




Kenapa Philips Airfryer XXL dikatakan lebih menyihatkan? Kerana menggoreng menggunakan Philips Airfryer XXL mampu menyingkirkan sehingga 50% lemak dalam makanan (terutamanya daging) ketika tanpa menjejaskan rasa masakan tersebut. Ianya merupakan air fryer Philips yang pertama menggabungkan Teknologi Penyingkiran Lemak (Fat Removal Technology) yang memberi tumpuan kepada pengurangan lemak di dalam makanan, menjadikan ianya alat menggoreng yang lebih sihat berbanding menggoreng tradisional (menggoreng didalam minyak). Dilengkapi ciri Turbostar Berkembar (Twin Turbostar) yang terbaru, ianya menggunakan 2225W kuasa untuk menyingkir lemak dengan lebih berkesan. Tekniknya adalah udara panas dipusarkan di dalam seluruh ruang memasak air fryer dengan kuat bagi menyingkirkan lebih banyak lemak. Lemak itu kemudiannya diperangkap di bahagian bawah pan menerusi Penutup Pengurangan Lemak (Fat Reducer Lid) supaya boleh dibuang dengan mudah.


Untuk individu yang sentiasa sibuk, Philips Viva Collection Airfryer XXL sememangnya pilihan yang tepat. Mana tidaknya, selain proses memasak yang lebih mudah dan cepat, proses mencucinya juga lebih mudah. Ianya didatangkan dengan bakul QuickClean yang mempunyai jaring tidak melekat yang boleh ditanggalkan agar ianya dapat dicuci dengan mudah dalam hanya 90 saat. Semua bahagian yang boleh tanggal, seperti bakul dan bekas berbentuk laci yang disaluti dengan lapisan tidak melekat boleh dibasuh dengan selamat di dalam mesin pembasuh pinggan mangkuk.


Dengan kuasa 2,225W, ianya  merupakan air fryer yang paling berkuasa setakat ini, membolehkan korang memasak dengan lebih cepat . Dilengkapi dengan fungsi pemanasan serta merta, air fryer ini sedia untuk digunakan pada bila-bila masa, bermakna korang tidak lagi perlu menunggu peralatan menjadi cukup panas. Sama ada korang memilih untuk menggoreng, membakar, menggril atau memanggang, korang boleh menetapkan suhu daripada 80˚C hingga 200˚C. Untuk tempoh memasak yang lebih panjang, korang boleh menetapkan masa sehingga 60 minit bagi memberikan korang lebih kemudahan. Bonus buat pembeli kerana ianya didatangkan dengan buku resipi yang menampilkan lebih daripada 30 hidangan enak yang disediakan oleh chef-chef profesional dengan arahan yang mudah difahami, daripada snek ringan hinggalah hidangan penuh untuk seisi keluarga.


Dah cerita panjang lebar ni, mestilah korang nak tahu tentang harga pulak kan? Philips Viva Collection Airfryer XXL (HD9630/99) boleh didapati pada harga RM1,699, berserta pan menggril dan satu set pencucuk makanan. Pastinya investment yang berbaloi untuk kemudahan dan kesihatan korang seisi keluarga. Kat mana nak beli? Boleh dapatkan di Philips Brand Store di Publika Shopping Gallery, The Gardens Mid Valley, Wangsa Walk, Sutera Mall Johor Bahru, Gurney Plaza Pulau Pinang, Philips Experience Store di Menara Axis Petaling Jaya, dan di kedai-kedai rakan peruncit dan pengedar di seluruh negara. Boleh juga dapatkan di Lazada https://www.lazada.com.my/philips-official-store/.

20 comments:

  1. berkenan jgk air fryer nih cuma kene menabung lagi ni..heheh

    btw, jemput singgah blog kite yer sis http://julsjulie80.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. Air fryer is the best! Dekat rumah family SR pun pakai ni. Senang je. Perap ayam atau ikan, masukkan dalam air fryer ni. Tadaaa siap da. Xpayah pakai minyak untuk menggoreng. hehe.

    Meh visit blog SR:
    www.syazaredzuu.com

    ReplyDelete
  3. Healthy cooking is the best... great to air fry.. philips new product ni looks nice and great... can't wait to try it out..

    ReplyDelete
  4. Dah ada air fryer ni brand Philips juga tapi model lain. Memang menyihatkan. Antara rajin dengan tak je walaupun dah ada air fryer ni tapi selain daripada tu menyenangkan juga...

    ReplyDelete
  5. OMG! Memang idaman sangat menda alah ni hahaha..teringin sangat nak ada ni sebab senang nak masak makanan secara sihat. Memudahkan hidup dan yang penting sihat pemakanan kita. Thank untuk info ni so boleh la ushar di outlet berdekatan

    ReplyDelete
  6. bestnya kalau dapat air fyrer satu kat rumah. mengidam nak beli untk mak dan diri sendiri. mudah nak masak dan sihat. tengah-tengah diet ni elok kalau dapt satu kat rumah

    ReplyDelete
  7. memang keperluan lah airfyer ni...sangat memudahkan kerja2 memasak...igt nak menabung la beli philip airfryer ni...

    ReplyDelete
  8. Memang best bila pakai air fryer ni..semua maskan bergoreng tak perlu minyak..sihat kan macam tu..dah lam aim air fryer ni. Tengah kumpul duit nak beli ni..hehee..nak goreng kentang, nuget dah sennag

    ReplyDelete
  9. Oil fryer is in my electronics wishlist and thanks for such a detailed information about this oil fryer. Its so healthy to fry food with very less oil. Plus i also had misconception that air fryer food wont be so delicious but u helped to break the myth. Thank u

    ReplyDelete
  10. Menariknya! Baru tahu fungsi airfryer dan mmg memudahkan dan sihat la sebab goreng tanpa minyak. Buat kek pon boleh . best sangat ni. Kali ni lebih besar kann lebih bnyk hidangan leh sediakan dalam satu masa kan.huhuhu

    ReplyDelete
  11. aida da beli air fryer philips lama da.
    more than a year dah kot. meamang sgt bagus ada air fryer ni.
    mcm2 da aida buat. paling best ialah bila air fry frozen foods like nugget, drummet, sosej, fries.
    feveret anak2. panggang ayam. ikan keli.

    ReplyDelete
  12. Sis dah ada satu tapi kecik je, kalau nak masak banyak terpaksa le berkali kali. Memang best sebab tak payah pakai minyak. Kalau dapat yang besar cam ni best jugak kan!

    ReplyDelete
  13. Yes kita sangat suka dengan Philips Airfryer XXL ini memang sangat luas dan besar untuk masak keluarga besar sangat bagus dan mudah. Masakan pun sihat dan dijamin rasa sedap seperti masakan asal...

    ReplyDelete
  14. AM memang suka setiap produk keluara philips.. sangat berkualiti, menepati keperluan dan kehendak pasaran dan setiap invoatif!! Terbaik woo

    ReplyDelete
  15. Memang nak beli airfryer sekarang ni sebab nak makan bend grill n panggang . Nak makan sihat .Tapi lia confuse nak pilih brand dyg mana . Philips siap keluar saiz XXL untuk air Fryer memang boleh masak kuantiti banyak macam ni.

    ReplyDelete
  16. bestnya kalau dapat air fryer ni dah la saiz besar memang puas hati dapat bakar seekor aya..dan jenama phillips ni memang dipercayai sejak dulu lagi

    ReplyDelete
  17. wahhhh philips ada lagi satu produk terbaru airfryer lah. dah lama dah teringin ada airfryer kat rumah. sebab sangat convenient dan best. nie lagi bersaiz xxl, makin rasa nak beli lah

    ReplyDelete
  18. alaaaa...hensemnya kaler ni..tahun depan hadiahkan akak ye..birthday tau...nak beli x mampu..hahaha...but siyesly barangan philips philips memang berbaloi

    ReplyDelete
  19. eh, bagus la dah ada air fryer saiz bosar ni. Senang nak sumbat ayam sekor. Kalau yang biasa tu boleh jugak tapi ayam terkepit la. Kalau ayam saiz besar memang tak muat. Bukan apa, kekadang teringin nak buat ayam golek buat makan-makan dengan family

    ReplyDelete
  20. Mak aihhh hrga dia...tpi padan lah dengan size dan brand nya..philip memang trusted brand..akak pun byk pkai brg2 philip..sari rice cooker..pressure cooker sampai la iron steam generator nya...mrmang berbaloi2

    ReplyDelete

Kindly leave your comment/feedback here.