Pengalaman Kali Pertama Sertai Hari Sukan Negara Fun Walk. - emilinda

Monday, October 29, 2018

Pengalaman Kali Pertama Sertai Hari Sukan Negara Fun Walk.

Baru-baru ini saya berkesempatan menyertai Fun Walk bersempena Hari Sukan Negara 2018 yang bertempat di KL City Sports Bukit Jalil. Kebelakangan ini saya suka join aktiviti sebegini. Almaklum usia makin meningkat, kena la buat aktiviti yang menyihatkan sikit. Hehe. Kalau diikutkan, ini tahun pertama saya menyertai aktiviti bersempena Hari Sukan Negara. Tahun-tahun sebelumnya, saya tak ambil tahu langsung tentang Hari Sukan Negara ni. Tak bersemangat kesukanan betul! Haha. InshaAllah lepas ni memang nak perbanyakkan join aktiviti sebegini. Sebelum ni takde geng nak join, sekarang dah ada geng yang sekepala baru syok nak beraktiviti. Gitteww.


Fun Run ni merupakan anjuran Kementerian Belia dan Sukan. Nak join Hari Sukan Negara Fun Walk ni kena daftar secara online dengan kadar yuran RM15 seorang (RM17 termasuk servis charge ke amenda entah). Beberapa hari sebelum Hari Sukan Negara, kena pergi collect baju & bib kat Bukit Jalil. Walaupun fun walk ni hanyalah 3KM sahaja, tapi saya memang excited betul nak join. Bangun pagi-pagi dan naik tren ke LRT Bukit Jalil. Ramai betul orang kat sana sebab macam-macam aktiviti dijalankan kat sana. Jakun kejap sebab first time join Hari Sukan Negara kannnn, hahah. 


Laluan fun walk ni bawak kita masuk ke stadium. This is my first time jejak kaki ke Stadium Nasional Bukit Jalil tau, sekali lagi jakun! Actually bukan Stadium Nasional Bukit Jalil je saya tak pernah jejak, tapi stadium-stadium lain pun tak pernah jejak. What a sad life, hahah.


Walaupun hanya berjalan, tetapi boleh tahan berpeluh jugak la nak cukupkan 3KM tu. Berpeluh sebab ramai sangat orang, haha. Stress betul bila kita sejenis yang nak jalan cepat, tapi orang depan kita banyak menyembang je sambil jalan melenggang kangkung.

Muka stress sebab orang depan jalan slow sangat

Lepas dah habiskan 3KM, lepak-lepak hilangkan penat kejap. Tapi stress ramai sangat orang, ditambah cuaca panas. Lepas dha rehat kejap, terus menuju ke arah food trucks. Lapar kot! Hahahaha. Dah pekena burger sebiji baru boleh bertenang semula. Kahkah. Tapi lepas dah makan tu tak tunggu lama, terus gerak balik sebab ada event nak attend tengahari tu.

Muka happy sebab kenyang

19 comments:

  1. bestnya aktiviti macam ni.. syok kan emi.. TB dulu suka sangat aktiviti macam ni.. tapi yelah sekarang dah bekeluarga dan tambah2 ada sikecik.. nak join aktiviti camni macam big no je.. hahaha.. alasan.. boleh je lari2 dukung anak ye.. kih3

    ReplyDelete
  2. Best jugak sebenarnya ada pengalaman macam ni. Fadzi pun teringin jugak nak join benda benda macam ni tapi tu lah. Jenis anak tak nak tinggal mak dia. Kena bawak sekali kang takut dieorang yang penat

    ReplyDelete
  3. good healthy active lifestyle, yeah walking is good for health too. I need to walk alot too as I wanna keep fit and yeah exercise at least 30min each day. Sukan Negara Fun Walk I no go before, glad to read from you!

    ReplyDelete
  4. Tak pernah join aktiviti sempena Hari SUkan Negara. Tapi on that day dekat sekolah anak ada sambutan ni jugak. Bagus banyak berjalan ni. Teringin juga nak join. Tunggu anak yang kecil tu besar sikit ☺

    ReplyDelete
  5. Bestnya dapat sertai hari suka negara kita sejak di perkenalkan tak pernah lagi dapat masa untuk join hehehe lagi pun dah lama tak beriadah ini lama juga tak jalan-jalan atau lari2 untuk kesihatan ni dah makan sihat kita ni hehehehe...

    ReplyDelete
  6. Salam perkenalan dari saya AL BLOG DIARI ALIA LIYANA

    ReplyDelete
  7. The walk looks fun. Next round, I will bring my children together for the walk to stay healthy.

    ReplyDelete
  8. Aktiviti macam ni bagus dan menyeronokkan. Selain badan sihat boleh tambah kenalan juga kan

    ReplyDelete
  9. Wah bestnya dapat sertai aktiviti sihat macam ni. Belum ada kesempatan nak pergi. Tahun depan insyaallah. Tahun depan kite pergi sama-sama yer =P

    ReplyDelete
  10. Bagus bila dapat join aktiviti macam ni kan, dalam pada exercise berjalan tu sambil dapat kenalan baru, have fun ramai2 tengok2 kawasan sekitar hehe..Bayaran untuk daftar tu pon boleh kira murah jugak tu, sebab usually tengok kalau buat macam ni mesti pendaftarannya atas Rm30 huhu..ni mmg ok la best la join kan 😊

    ReplyDelete
  11. best jugak dapat join acara macam ni. nak join pun murah.kalau nak cerita bab panas yg tu mmg tak boleh nak elak. tahun depan join lagi ye? hehe

    ReplyDelete
  12. Seronok juga aktiviti berjalan. Kalau berlari semput pula. Sebelum ni pun pernah pergi sekali je Stadium Nasional Bukit Jalil masa konsert Dato CT. Next time nak cuba ikut lah aktiviti begini. Look fun!

    ReplyDelete
  13. Best kan. Hehe. Bleh la join next fun walk atau run yang berdekatan. Banyak dah event mcm ni. Tinggal kita je pilih. Hehe. Akak tak join tahun ni. Rasa mcm tak berdaya. Hahaha. InsyaAllah next year join balik.

    ReplyDelete
  14. Pengalaman yang baik, emi blh lah rajin2 join walkathon and larian, best. Dpt bersenam, berpeluh, release tension. Lps bersenam, mmg bersemangat dan full charge of power!

    ReplyDelete
  15. aida baru sekali join fun walk.
    bwh pbt di melaka ni. best. sekali-sekali walk dgn jiran-jiran.
    best. something interesting yg mesti kita join dan support, kan...

    ReplyDelete
  16. bagus aktiviti macam ni..kita ubah gaya hidup dengan rajin bersenam. Apatah lagi prog bersama kerajaan ni memang terbaik

    ReplyDelete
  17. Kak pun suka aktiviti mcm ni utk uji tahap stamina kita,kak pegi keja hari2 jln kaki dari bus stop msk ke kwsn office

    ReplyDelete
  18. It's been so long I've taken part in activities like that, glad you had fun, I should really try this too.

    ReplyDelete
  19. great to hv fun walk like this.. must exercise to keep healthy... nice and meaningful activities...

    ReplyDelete

Kindly leave your comment/feedback here.