Tuesday, October 23, 2018

Makan Tengahari di Pak John Steamboat & BBQ, IOI City Mall

Hujung minggu lepas saya ke IOI City Mall. Saja jalan-jalan. Beberapa tahun lepas waktu saya tinggal di Sungai Besi, selalu jugak menyinggah ke IOI City Mall ni. Tapi sejak berpindah ke tengah KL, memang jarang ke Putrajaya. Actually IOI City Mall antara salah satu mall yang saya suka, sebab ada banyak tempat makan hahaha. Pasal makanan terus happy ye. Setelah sekian lama tak ke IOI City Mall, kali ni tengok makin banyak pulak kedai-kedai makan yang dulu takde pun. Nampak tak betapa lama dah tak ke sini.


Tengah berpusing-pusing sambil fikir nak makan kat mana, ternampak Pak John Steamboat & BBQ. OMG Pak John Steamboat & BBQ pun ada kat IOI City Mall weyh. Dulu takde pun. Bila nampak Pak John Steamboat & BBQ, saya memang automatik terbayang smoked duck. That is my most favorite kalau ke Pak John Steamboat & BBQ! Dulu saya pernah makan kat Pak John Steamboat & BBQ ni tapi cawangan lain la. Klik Steamboat & BBQ Buffet di Restoran Pak John Steamboat & BBQ untuk baca.



Memandangkan saya tak rushing waktu tu, so saya proceed lunch di Pak John Steamboat & BBQ. Nasib baik awal lagi waktu tu, tak ramai orang sangat. Tapi tak sampai setengah jam kitorang kat sana, dah makin ramai pulak orang kat situ. Meja hampir penuh. For those yang tak biasa makan di sini, Pak John Steamboat & BBQ ni bukanlah ada steamboat semata-mata. Tapi ada bbq grill, menu lunch lain seperti nasi, mi goreng, spagheti, etc. Semua all in, bayar satu harga untuk setiap seorang, then boleh duduk kat situ lama-lama makan semua benda.





Dah kat Pak John Steamboat & BBQ tu, memang tak la saya nak duk sekejap saja. Alang-alang kat situ, makan sepuas hati. Banyak round jugak la duk bertambah, terutama menu untuk grill. Siap minta staf kat situ tolong tukarkan plate untuk grill tu, sebab dah hitam dek kehangusan bakar banyak sangat daging, mwahaha. Punya la syok duk makan sampai tak perasan tudung dan baju kotor terpercik minyak semasa membakar.



Khusyuk sampai tak sedar tudung dah kotor

Untuk steamboat, banyak pilihan bahan yang ada. Kuah pilihan kitorang adalah kuah tom yam sebab saya sememangnya penggemar tom yam yang tegar haha. Staf kat situ akan check on us regularly samada nak tambah kuah atau tak, dan tolong clearkan pinggan-pinggan yang dah tak guna. Untuk grill pun sama, banyak pilihan dengan perapan yang berbeza-beza. Saya memang dah aim nak makan smoked duck dan premium beef banyak-banyak, sebab dua item tu memang kegemaran saya!

dim sum

 My favorite smoked duck

 Premium beef

Lamb slice

Untuk smoked duck, premium beef, lamb slice dan abalone slice, korang kena pergi ambil di kaunter. 4 menu ni merupakan antara menu premium sebab tu tak diletakkan sekali kat rak bersama menu lain. Kalau nak kena pergi minta, then staf dorang akan bagi dalam plate. Kalau rasa tak cukup, pergi ambil lagi. Free flow. Same goes to pau & dim sum. Yang ni pun kena ambil di kaunter.




Ayam dan daging pelbagai perapan

Saya memang tambah berkali-kali la smoked duck tu. Smoked duck dia besttt, rasa manis-manis daging itik tu bila makan. Bau dia waktu tengah grill tu pun dah cukup menyelerakan. Oh ye, terdapat beberapa jenis minuman disediakan. Aiskrim turut disediakan dalam peti ais. Tapi aiskrim ni saya tak sempat makan pun kali ni sebab terlampau kenyang. Terlampau kenyang dan masa tu baru perasan tudung dah bertukar corak dan warna dek percikan minyak, hahahah. Terus kalut ajak balik sebab tak selesa tudung dah kotor.


Overall saya berpuashati dengan kunjungan saya ke Pak John Steamboat & BBQ di IOI City Mall ini. Harga? Harga masih sama macam dulu. Kualiti yang masih superb, harga pun masih sama.

20 comments:

  1. Banyaknya pilihan, kena makan sikit2 baru la boleh merasa banyak. Saya ni sejenis yang suka makan yg saya suka je. Pastu ambik byk2 yg saya suka. Bila nak cuba yg lain...dah kenyang.

    ReplyDelete
  2. omg! sgt la menarik.
    pilihan makanan di pak john ni mcm never ending lah :) ha ha ha ha...
    pe jer rasa teringin nak ngap, semua ada.
    seafood. daratfood :). sayur.... dessert di pak john pun mcm ohsem!

    ReplyDelete
  3. Ya Allah memang terbaiklah kat Pak John ni beratus2 menu yang ada dengan harga yang sangat berbaloi. Dengan staf yang friendly. Bila2 nk bawak keluarga mertua makan di situ sambil santai2.

    ReplyDelete
  4. kak lily pi makan ari tuh, sampai senak-senak perut dibuatnye sebab ssedap

    ReplyDelete
  5. Sedapnya tengok semua menu kat sini. Ala2 seoul garden dah ni. Banyak betul pilihan ya boleh rambang mata. Kalau gi Kl boleh singgah makan kat sini.

    ReplyDelete
  6. bestnyerrr..murahhhh plak tuu... x penah try lagi sini..area situ pnh try Mr Dakgalby ke ape nama dia tu... kalau steamboat ni, biasa kat seoul garden jer.. tp tu la,.mahal sket..heheh

    btw, jemput singgah blog kite yer sis http://julsjulie80.blogspot.com :)

    ReplyDelete
  7. Makan dekat sini memang tak ingat diet ke hapa ke.. Memang banyak pilihan dan sedap sangat nak repeat lagi

    ReplyDelete
  8. Sedapnya steamboat dgan bbq ni. Terliur la tengok. Ni kalau nak datang kena betul2 lapar. Baru la puas hati.. Hehee

    ReplyDelete
  9. I like eating at Pak . Variety of choices and delicious sumore.

    ReplyDelete
  10. sedapnya..lapar terus nampak makanan ni..dah lama tak makan pak john steamboat..suka dengan duck beef dia..beef dia la..slice-slice, lembut je bila makan..sos pulak ada pelbagai..

    ReplyDelete
  11. Ya ampun tengok pilihan makanan yang ada semua nampak sedap. Mewah la makan dengan harga macam tu. Diah suka lamb slice mesti akan ambil tu kalau datang. Berbaloi kalau datang ni. Nanti kalau ke arah sana boleh la singgah..

    ReplyDelete
  12. Kalau dekat ni mesti dah pergi makan, husband suka kedai steamboat ada hidangan sushi, padahal boleh je dia pergi beli sushi kat kedai sushi. Btw first time tengok kedai steamboat hidang lamb slice, nampak sedap..

    ReplyDelete
  13. Suka makan kat sini sebab pilihan makanan dia banyak dan sedap2 pulak tu. Harga dia pulak sangat berpatutan tu yg best

    ReplyDelete
  14. alamak dah la tengah lapar ni , banyak jugak bahan-bahan dia , nanti nak pergi jugak cuba sini .. steambot ni kalau kuah dia sedap dan bahan banyak memang onzzz

    ReplyDelete
  15. Wow lama tak pergi Pak John Steamboat ni hehehee dah banyak menu baru ni harga pun dah makin menarik ok lah nanti kita nak pergi cuba BBQ tu macam sedap jer hehehehe ok kat mana cawangan baru ni...

    ReplyDelete
  16. Sedapnya..kak min nak gi Sabtu ni Insyallah heheh..nak makan puas2 la nanti..tq tau utk info

    ReplyDelete
  17. dulu selalu pergi pakjohn sebab suka menu dia banyak choice dan sedap! kan best kalau ada dekat shah alam

    ReplyDelete
  18. Steambot Pakjohn ni best sebab menu dia banyak choices sesuai untuk vegeterian juga paling best kedai sangat bersih serious ! banyak pilihan sauces juga... daging semua served really FRESH ! kids friendly. ada ais krim, haih ni rasa nak pergi belanja husband dengan kids lagi wee..

    ReplyDelete
  19. one of my favorite place to go makan makan with friends. gosh.. i love their food!!!

    ReplyDelete
  20. terliur tgk food dkt pak john steamboat ni. haraga dia pun not bad jugak. boleh bwk family mkn sini :)

    ReplyDelete

Kindly leave your comment/feedback here.