Monday, October 29, 2018

Menyahut Cabaran Sarapan Bersama Susu Dutch Lady Pure Farm.


Alkisahnya, saya sejak kecil memang kurang gemar bersarapan pagi. Biasalah, bangun pagi-pagi dengan rasa mengantuk, memang tak nak makan. Selera belum terbuka lagi waktu pagi. Jenuh la mak suruh sarapan dulu sebelum pergi sekolah. Biasa kat sekolah rendah dulu ada program Rancangan Makanan Tambahan (RMT) untuk murid-murid. Tapi yang tu pun saya hanya makan sekiranya makanan tu kena dengan selera saya. Kalau tak, memang saya minum air je. Biasanya waktu rehat baru saya makan. Tabiat ni terbawa-bawa sehingga ke sekolah menengah. Waktu pagi memang saya jarang sarapan. Kalau kat asrama tu, biasa saya ambil portion sarapan saya tapi bagi kat kawan tolong habiskan. Saya hanya minum air. Kalau dah lapar sangat baru saya makan sikit. Bila dah masuk alam universiti, lagi la saya liat untuk bersarapan. Almaklum, kalau ada kelas pagi memang rushing tak sempat sarapan. Kalau takde kelas pagi, memang bangun lambat la jawabnya. Lunch baru saya makan. Jarang sangatlah sarapan. Mengambil mudah soal sarapan pagi dek kerana kurang kesedaran tentang pentingnya sarapan pagi.


Mungkin faktor usia, bila dah menginjak ke alam pekerjaan, macam-macam penyakit mula datang. Awalnya saya masih dengan tabiat saya yang suka skip breakfast. Tapi sehinggalah akhirnya saya menghidap gastrik. Lambat makan aje, terus angin sampai ke kepala. Boleh buat jadi pening dan loya. Sampai nak buat kerja pun terganggu. Bila dah terkena gastrik ni barulah terasa azabnya. Bak kata orang, sudah terhantuk baru tengadah. Awalnya saya fikir sakit kepala semua tu disebabkan migraine (yes, saya juga menghidap migraine). Tapi saya cuba ubah cara hidup saya, saya mula menjaga waktu makan saya. Alhamdulillah, bila saya pastikan waktu makan saya terjaga, gastrik pun dah jarang menyerang. Yang penting, sarapan wajib ambil. Sesibuk mana pun, saya akan pastikan saya makan sesuatu jugak untuk alas perut diwaktu pagi. Paling simple kalau saya sibuk sekalipun, saya akan minum satu kotak susu di waktu pagi. Minum susu diwaktu pagi sememangnya memberikan khasiat dan tenaga yang mencukupi untuk saya. Stok susu memang saya pastikan sentiasa ada di pejabat dan juga di rumah. Susu pilihan saya semestinya Dutch Lady Pure Farm sejak dari dulu. Paling saya gemar adalah perisa Full Cream.

Stok susu Dutch Lady memang sentiasa ada dalam laci di ofis

Sekarang ni Dutch Lady sedang menganjurkan Dutch Lady Breakfast Challenge yang memerlukan para peserta berkongsi gambar sarapan pagi mereka yang disertakan dengan susu Dutch Lady selama 5 hari. Kalau tak silap saya, Dutch Lady Breakfast Challenge ini merupakan contest tahunan yang dianjurkan oleh pihak Dutch Lady bertujuan memberi kesedaran kepada netizen tentang pentingnya sarapan pagi. Sebagai pengguna setia Dutch Lady sejak bertahun lamanya, sudah tentu saya tidak melepaskan peluang untuk menyahut cabaran ini. Nak tahu apa saya makan untuk sarapan pagi? Haaa teruskan pembacaan.

Hari Pertama : Nasi Lemak


Bagi sesiapa yang rapat dengan saya, mereka tahu saya bukanlah penggemar nasi lemak. Jarang sekali saya makan nasi lemak. Nasi lemak yang mak saya buat, saya boleh gagahkan diri lagi untuk makan sebab air tangan emak saya tu apa je yang saya tak makan, semua saya makan. Tapi kalau nasi lemak kat kedai, memang tersangat jarang saya makan. Kurang menggemari sambal nasi lemak yang biasa dijual dikedai. Senang kata, tak kena dengan tekak saya. Hari pertama ni saya bersarapan dengan nasi lemak yang dihantar khas oleh pihak Dutch Lady ke ofis saya. Mula-mula saya teragak-agak jugak nak makan. Tapi bau dia tu yang buat tak tahan. Bila dah makan, eh sedap pulak. Macam ada sikit rasa seperti nasi lemak yang mak buat. Thank you Dutch Lady belanja sarapan untuk saya. Licin saya makan, kenyang sampai tengahari!

Hari-2 : Omelette & Sausage


Bila kat rumah, ini lah sarapan kegemaran saya. Mudah disediakan, dan mengenyangkan. Untuk masak omelette tu, memang saya selalu bancuh 3 biji telur dengan 3 sudu susu Dutch Lady Full Cream (ditambah blackpepper dan mayonis). Barulah rasa lebih sedap omelette tu, lebih creamy gitu. Kombinasi menu ini paling saya suka makan dengan susu Dutch Lady Full Cream.

Hari Ke-3 : Bihun Goreng bersama Telur Mata Kerbau & Samosa


Hari bekerja memang biasanya saya makan banyak sikit untuk sarapan. Ditambah pulak dengan susu Dutch Lady Full Cream. Yela, baru bertenaga sikit untuk buat kerja di ofis. Bihun goreng ni saya beli di café berdekatan ofis. Hari bekerja memang jarang sekali saya sediakan sarapan di rumah. Biasanya saya beli je kat mana-mana kedai berdekatan.

Hari Ke-4 : Nasi Kerabu


Dah namanya orang Kelantan, sesekali memang teringin nak bersarapan gaya orang Kelantan. Orang Kelantan biasa kalau sarapan, dorang makan nasi berlauk atau nasi kerabu. Haaaa, kemain kan? Saya pun sesekali memang beli nasi kerabu atau nasi berlauk untuk sarapan. Nasi kerabu dalam gambar ni nampak aje messy, tapi sebenarnya sedapppp!

Hari Ke-5 : Gourmet Muesli 


Hari yang sibuk, macam ni la sarapannya. Walaupun nampak simple, tapi sarapan macam ni sangat mengenyangkan sebenarnya. Sarapan dengan susu memang mengenyangkan. Mungkin tak la kenyang sampai tengahari, tapi boleh la alas perut sementara tunggu makan tengahari. Yang penting mesti ada susu Dutch Lady Pure Farm. Tak lengkap rasanya sarapan saya tanpa susu Dutch Lady!

Korang pulak macam mana? Sarapan pagi yang macam mana biasanya korang ambil? Nak jugak tahu menu sarapan korang. Sebenarnya tak kisah la apa menu sarapan kita sebenarnya asalkan sekurang-kurangnya perut kita tak kosong di waktu pagi. Waktu pagi kena la bertenaga untuk mulakan hari. Kanak-kanak mahupun dewasa, semua perlukan tenaga untuk lalui macam-macam perkara dalam satu hari. Bayangkan kalau tak bersarapan, lembik je anak korang pergi kelas. Nak fokus dekat apa yang cikgu ajar kat kelas pun tak boleh. Orang yang tengah lapar ni, nak berurusan dengan orang lain pun rasa takde mood. Trust me, kalau korang jenis yang tak suka makan waktu pagi sekalipun, at least tolong la amalkan minum susu segelas di waktu pagi. Itu dah cukup mengenyangkan dan memberi tenaga yang tubuh badan kita perlukan. Jadi, untuk mulakan hari yang positif dan bertenaga, jangan lupa sarapan pagi bersama susu Dutch Lady Pure Farm ye..

Dutch Lady Breakfast Challenge ini berlangsung dari 8 Okt sehingga 11 Nov 2018. Saya pun dah sahut cabaran ni. Korang bila lagi? Jom sahut cabaran dan berpeluang menang hadiah bernilai RM 35,000. Layari http://www.facebook.com/spread.the.goodness.of.milk untuk info lanjut.

19 comments:

  1. Sedapnya semua menu kat ats tu..all the best ye emy..akak warded..lupa plak bila akak nak submit entry

    ReplyDelete
  2. i pun bersarapan dengan dutch lady jugak... great challenge... nice to hv breakfast like this everyday ya~

    ReplyDelete
  3. Sekarang ni saya bukan setakat sarapan je dengan dutch lady. Setiap masa minum campur dengan kurma sebab nak tambah susu badan

    ReplyDelete
  4. sedap-sedap semua menu breakfast.airah tengok pun terliur tsktsk.tetiba rasa nak beli susu jugak.suka perisa strawberry

    ReplyDelete
  5. TB dah lama nak beli gourmet muessli tu.. tapi tu laa asik tangguh2.. hahaha.. dah tak ingat bookmark website mana nak beli muessli tu.. hahaha

    ReplyDelete
  6. All your breakfast looks so good! Having a good breakfast is the way to start your day.

    ReplyDelete
  7. sama la saya memang tak berapa minat breakfast. bila lapar je makan.. kalau minum susu lbih baik

    ReplyDelete
  8. Breakfast die sihat2 semuanya. Ptotlah slim then minum air dutch lady pulak. hurm makain bertambah gebu.hehehe.

    ReplyDelete
  9. Wow susu penuh dalam laci meja memang tak boleh nak lawan lah hehehe kita ada penuh dalam peti sejuk jer sebab kita suka yang sejuk-sejuk wakakakaka.. Tapi susu ini kegemaran kita kalau ada buat perisa coklat kita lagi suka hehehehe..

    ReplyDelete
  10. Bagus perkongsian ni.... Menu2 sarapan yang sihat setiap pagi ni boleh di follow ni... Bukan sahaja menu sihat, nampak pun sedap

    ReplyDelete
  11. Good Luck Emi. semoga murah rezeki menang contest breakfast challenge ni. All the best! Cantik2 semua gambar breakfast emi

    ReplyDelete
  12. Sedapnya tengok breakfast dia..terlioq tgok. Sis pun suka juga minum susu ni..apa2 susu lah sis minum..janji sedap.

    ReplyDelete
  13. Tadi baru beli susu ni , breakfast dengan roti heheh sedap sedap ..

    ReplyDelete
  14. Uiks masa sekolah tak suka bersarapan ye. Mujur dah besar ni dah rajin bersarapan..hari hari dengan susu Dutcy Lady lak tu..bagus bagus

    ReplyDelete
  15. Slmt pagi Emi! Saya pun breakfast dgn susu dan energy bar hr ni, rushing sikit. Nasib baik blh grab je susu dan energy bar, x nak gastrik nnt.

    ReplyDelete
  16. Best dpt sertai cabaran minum pg dutch lady,harap kita pun ada rezeki mng contest

    ReplyDelete
  17. Wahhh tahniah Emi sbb berjaya menyahut dan menamatkan cabaran dutch lady nie. Betul, sarapan pg mmg sangat penting utk memulakan hari. Semoga terus istiqamah utk bersarapan

    ReplyDelete
  18. one of my favorite milk to drink. congratulation to you for completing the challenges! remember, never miss you breakfast!

    ReplyDelete
  19. Susu memnag bagus untuk tubuh badan kita..sarapan dengan susu lagi bagus..susu dutch lady memg sedap..menu sarapan dia memnag sedap semua ni..hehee

    ReplyDelete

Kindly leave your comment/feedback here.