Alkisahnya, saya sejak kecil memang kurang gemar bersarapan pagi. Biasalah, bangun pagi-pagi dengan rasa mengantuk, memang tak nak makan. Selera belum terbuka lagi waktu pagi. Jenuh la mak suruh sarapan dulu sebelum pergi sekolah. Biasa kat sekolah rendah dulu ada program
Rancangan Makanan Tambahan (RMT) untuk murid-murid. Tapi yang tu pun saya hanya makan sekiranya makanan tu kena dengan selera saya. Kalau tak, memang saya minum air je. Biasanya waktu rehat baru saya makan. Tabiat ni terbawa-bawa sehingga ke sekolah menengah. Waktu pagi memang saya jarang sarapan. Kalau kat asrama tu, biasa saya ambil portion sarapan saya tapi bagi kat kawan tolong habiskan. Saya hanya minum air. Kalau dah lapar sangat baru saya makan sikit. Bila dah masuk alam universiti, lagi la saya liat untuk bersarapan. Almaklum, kalau ada kelas pagi memang rushing tak sempat sarapan. Kalau takde kelas pagi, memang bangun lambat la jawabnya. Lunch baru saya makan. Jarang sangatlah sarapan.
Mengambil mudah soal sarapan pagi dek kerana kurang kesedaran tentang pentingnya sarapan pagi.
Mungkin faktor usia, bila dah menginjak ke alam pekerjaan, macam-macam penyakit mula datang. Awalnya saya masih dengan tabiat saya yang suka skip breakfast. Tapi sehinggalah akhirnya saya menghidap gastrik. Lambat makan aje, terus angin sampai ke kepala. Boleh buat jadi pening dan loya. Sampai nak buat kerja pun terganggu. Bila dah terkena gastrik ni barulah terasa azabnya. Bak kata orang,
sudah terhantuk baru tengadah. Awalnya saya fikir sakit kepala semua tu disebabkan migraine (yes, saya juga menghidap migraine). Tapi saya cuba ubah cara hidup saya, saya mula menjaga waktu makan saya. Alhamdulillah, bila saya pastikan waktu makan saya terjaga, gastrik pun dah jarang menyerang. Yang penting, sarapan wajib ambil. Sesibuk mana pun, saya akan pastikan saya makan sesuatu jugak untuk alas perut diwaktu pagi. Paling simple kalau saya sibuk sekalipun, saya akan minum satu kotak susu di waktu pagi.
Minum susu diwaktu pagi sememangnya memberikan khasiat dan tenaga yang mencukupi untuk saya. Stok susu memang saya pastikan sentiasa ada di pejabat dan juga di rumah. Susu pilihan saya semestinya
Dutch Lady Pure Farm sejak dari dulu. Paling saya gemar adalah perisa Full Cream.
Stok susu Dutch Lady memang sentiasa ada dalam laci di ofis
Sekarang ni Dutch Lady sedang menganjurkan
Dutch Lady Breakfast Challenge yang memerlukan para peserta berkongsi gambar sarapan pagi mereka yang disertakan dengan susu Dutch Lady selama 5 hari. Kalau tak silap saya, Dutch Lady Breakfast Challenge ini merupakan contest tahunan yang dianjurkan oleh pihak Dutch Lady bertujuan
memberi kesedaran kepada netizen tentang pentingnya sarapan pagi. Sebagai pengguna setia Dutch Lady sejak bertahun lamanya, sudah tentu saya tidak melepaskan peluang untuk menyahut cabaran ini. Nak tahu apa saya makan untuk sarapan pagi? Haaa teruskan pembacaan.
Hari Pertama : Nasi Lemak
Bagi sesiapa yang rapat dengan saya, mereka tahu saya bukanlah penggemar nasi lemak. Jarang sekali saya makan nasi lemak. Nasi lemak yang mak saya buat, saya boleh gagahkan diri lagi untuk makan sebab air tangan emak saya tu apa je yang saya tak makan, semua saya makan. Tapi kalau nasi lemak kat kedai, memang tersangat jarang saya makan. Kurang menggemari sambal nasi lemak yang biasa dijual dikedai. Senang kata, tak kena dengan tekak saya. Hari pertama ni saya bersarapan dengan nasi lemak yang dihantar khas oleh pihak Dutch Lady ke ofis saya. Mula-mula saya teragak-agak jugak nak makan. Tapi bau dia tu yang buat tak tahan. Bila dah makan, eh sedap pulak. Macam ada sikit rasa seperti nasi lemak yang mak buat. Thank you Dutch Lady belanja sarapan untuk saya. Licin saya makan, kenyang sampai tengahari!
Hari-2 : Omelette & Sausage
Bila kat rumah, ini lah sarapan kegemaran saya. Mudah disediakan, dan mengenyangkan. Untuk masak omelette tu, memang saya selalu
bancuh 3 biji telur dengan 3 sudu susu Dutch Lady Full Cream (ditambah blackpepper dan mayonis). Barulah rasa lebih sedap omelette tu, lebih creamy gitu. Kombinasi menu ini paling saya suka makan dengan susu Dutch Lady Full Cream.
Hari Ke-3 : Bihun Goreng bersama Telur Mata Kerbau & Samosa
Hari bekerja memang biasanya saya makan banyak sikit untuk sarapan. Ditambah pulak dengan susu Dutch Lady Full Cream. Yela, baru bertenaga sikit untuk buat kerja di ofis. Bihun goreng ni saya beli di café berdekatan ofis. Hari bekerja memang jarang sekali saya sediakan sarapan di rumah. Biasanya saya beli je kat mana-mana kedai berdekatan.
Hari Ke-4 : Nasi Kerabu
Dah namanya orang Kelantan, sesekali memang teringin nak bersarapan gaya orang Kelantan. Orang Kelantan biasa kalau sarapan, dorang makan nasi berlauk atau nasi kerabu. Haaaa, kemain kan? Saya pun sesekali memang beli nasi kerabu atau nasi berlauk untuk sarapan. Nasi kerabu dalam gambar ni nampak aje messy, tapi sebenarnya sedapppp!
Hari Ke-5 : Gourmet Muesli
Hari yang sibuk, macam ni la sarapannya. Walaupun nampak simple, tapi sarapan macam ni sangat mengenyangkan sebenarnya. Sarapan dengan susu memang mengenyangkan. Mungkin tak la kenyang sampai tengahari, tapi boleh la alas perut sementara tunggu makan tengahari. Yang penting mesti ada susu Dutch Lady Pure Farm.
Tak lengkap rasanya sarapan saya tanpa susu Dutch Lady!
Korang pulak macam mana? Sarapan pagi yang macam mana biasanya korang ambil? Nak jugak tahu menu sarapan korang. Sebenarnya tak kisah la apa menu sarapan kita sebenarnya asalkan
sekurang-kurangnya perut kita tak kosong di waktu pagi.
Waktu pagi kena la bertenaga untuk mulakan hari. Kanak-kanak mahupun dewasa, semua perlukan tenaga untuk lalui macam-macam perkara dalam satu hari. Bayangkan kalau tak bersarapan, lembik je anak korang pergi kelas. Nak fokus dekat apa yang cikgu ajar kat kelas pun tak boleh. Orang yang tengah lapar ni, nak berurusan dengan orang lain pun rasa takde mood. Trust me,
kalau korang jenis yang tak suka makan waktu pagi sekalipun, at least tolong la amalkan minum susu segelas di waktu pagi. Itu dah cukup mengenyangkan dan memberi tenaga yang tubuh badan kita perlukan. Jadi,
untuk mulakan hari yang positif dan bertenaga, jangan lupa sarapan pagi bersama susu Dutch Lady Pure Farm ye..
Dutch Lady Breakfast Challenge ini berlangsung dari
8 Okt sehingga 11 Nov 2018. Saya pun dah sahut cabaran ni. Korang bila lagi? Jom sahut cabaran dan berpeluang menang hadiah bernilai RM 35,000. Layari
http://www.facebook.com/spread.the.goodness.of.milk untuk info lanjut.