October 2018 - emilinda

Monday, October 29, 2018

Pengalaman Kali Pertama Sertai Hari Sukan Negara Fun Walk.

October 29, 2018 19
Pengalaman Kali Pertama Sertai Hari Sukan Negara Fun Walk.
Baru-baru ini saya berkesempatan menyertai Fun Walk bersempena Hari Sukan Negara 2018 yang bertempat di KL City Sports Bukit Jalil. Kebelakangan ini saya suka join aktiviti sebegini. Almaklum usia makin meningkat, kena la buat aktiviti yang menyihatkan sikit. Hehe. Kalau diikutkan, ini tahun pertama saya menyertai aktiviti bersempena Hari Sukan Negara. Tahun-tahun sebelumnya, saya tak ambil tahu langsung tentang Hari Sukan Negara ni. Tak bersemangat kesukanan betul! Haha. InshaAllah lepas ni memang nak perbanyakkan join aktiviti sebegini. Sebelum ni takde geng nak join, sekarang dah ada geng yang sekepala baru syok nak beraktiviti. Gitteww.


Fun Run ni merupakan anjuran Kementerian Belia dan Sukan. Nak join Hari Sukan Negara Fun Walk ni kena daftar secara online dengan kadar yuran RM15 seorang (RM17 termasuk servis charge ke amenda entah). Beberapa hari sebelum Hari Sukan Negara, kena pergi collect baju & bib kat Bukit Jalil. Walaupun fun walk ni hanyalah 3KM sahaja, tapi saya memang excited betul nak join. Bangun pagi-pagi dan naik tren ke LRT Bukit Jalil. Ramai betul orang kat sana sebab macam-macam aktiviti dijalankan kat sana. Jakun kejap sebab first time join Hari Sukan Negara kannnn, hahah. 


Laluan fun walk ni bawak kita masuk ke stadium. This is my first time jejak kaki ke Stadium Nasional Bukit Jalil tau, sekali lagi jakun! Actually bukan Stadium Nasional Bukit Jalil je saya tak pernah jejak, tapi stadium-stadium lain pun tak pernah jejak. What a sad life, hahah.


Walaupun hanya berjalan, tetapi boleh tahan berpeluh jugak la nak cukupkan 3KM tu. Berpeluh sebab ramai sangat orang, haha. Stress betul bila kita sejenis yang nak jalan cepat, tapi orang depan kita banyak menyembang je sambil jalan melenggang kangkung.

Muka stress sebab orang depan jalan slow sangat

Lepas dah habiskan 3KM, lepak-lepak hilangkan penat kejap. Tapi stress ramai sangat orang, ditambah cuaca panas. Lepas dha rehat kejap, terus menuju ke arah food trucks. Lapar kot! Hahahaha. Dah pekena burger sebiji baru boleh bertenang semula. Kahkah. Tapi lepas dah makan tu tak tunggu lama, terus gerak balik sebab ada event nak attend tengahari tu.

Muka happy sebab kenyang

Menyahut Cabaran Sarapan Bersama Susu Dutch Lady Pure Farm.

October 29, 2018 19
Menyahut Cabaran Sarapan Bersama Susu Dutch Lady Pure Farm.

Alkisahnya, saya sejak kecil memang kurang gemar bersarapan pagi. Biasalah, bangun pagi-pagi dengan rasa mengantuk, memang tak nak makan. Selera belum terbuka lagi waktu pagi. Jenuh la mak suruh sarapan dulu sebelum pergi sekolah. Biasa kat sekolah rendah dulu ada program Rancangan Makanan Tambahan (RMT) untuk murid-murid. Tapi yang tu pun saya hanya makan sekiranya makanan tu kena dengan selera saya. Kalau tak, memang saya minum air je. Biasanya waktu rehat baru saya makan. Tabiat ni terbawa-bawa sehingga ke sekolah menengah. Waktu pagi memang saya jarang sarapan. Kalau kat asrama tu, biasa saya ambil portion sarapan saya tapi bagi kat kawan tolong habiskan. Saya hanya minum air. Kalau dah lapar sangat baru saya makan sikit. Bila dah masuk alam universiti, lagi la saya liat untuk bersarapan. Almaklum, kalau ada kelas pagi memang rushing tak sempat sarapan. Kalau takde kelas pagi, memang bangun lambat la jawabnya. Lunch baru saya makan. Jarang sangatlah sarapan. Mengambil mudah soal sarapan pagi dek kerana kurang kesedaran tentang pentingnya sarapan pagi.


Mungkin faktor usia, bila dah menginjak ke alam pekerjaan, macam-macam penyakit mula datang. Awalnya saya masih dengan tabiat saya yang suka skip breakfast. Tapi sehinggalah akhirnya saya menghidap gastrik. Lambat makan aje, terus angin sampai ke kepala. Boleh buat jadi pening dan loya. Sampai nak buat kerja pun terganggu. Bila dah terkena gastrik ni barulah terasa azabnya. Bak kata orang, sudah terhantuk baru tengadah. Awalnya saya fikir sakit kepala semua tu disebabkan migraine (yes, saya juga menghidap migraine). Tapi saya cuba ubah cara hidup saya, saya mula menjaga waktu makan saya. Alhamdulillah, bila saya pastikan waktu makan saya terjaga, gastrik pun dah jarang menyerang. Yang penting, sarapan wajib ambil. Sesibuk mana pun, saya akan pastikan saya makan sesuatu jugak untuk alas perut diwaktu pagi. Paling simple kalau saya sibuk sekalipun, saya akan minum satu kotak susu di waktu pagi. Minum susu diwaktu pagi sememangnya memberikan khasiat dan tenaga yang mencukupi untuk saya. Stok susu memang saya pastikan sentiasa ada di pejabat dan juga di rumah. Susu pilihan saya semestinya Dutch Lady Pure Farm sejak dari dulu. Paling saya gemar adalah perisa Full Cream.

Stok susu Dutch Lady memang sentiasa ada dalam laci di ofis

Sekarang ni Dutch Lady sedang menganjurkan Dutch Lady Breakfast Challenge yang memerlukan para peserta berkongsi gambar sarapan pagi mereka yang disertakan dengan susu Dutch Lady selama 5 hari. Kalau tak silap saya, Dutch Lady Breakfast Challenge ini merupakan contest tahunan yang dianjurkan oleh pihak Dutch Lady bertujuan memberi kesedaran kepada netizen tentang pentingnya sarapan pagi. Sebagai pengguna setia Dutch Lady sejak bertahun lamanya, sudah tentu saya tidak melepaskan peluang untuk menyahut cabaran ini. Nak tahu apa saya makan untuk sarapan pagi? Haaa teruskan pembacaan.

Hari Pertama : Nasi Lemak


Bagi sesiapa yang rapat dengan saya, mereka tahu saya bukanlah penggemar nasi lemak. Jarang sekali saya makan nasi lemak. Nasi lemak yang mak saya buat, saya boleh gagahkan diri lagi untuk makan sebab air tangan emak saya tu apa je yang saya tak makan, semua saya makan. Tapi kalau nasi lemak kat kedai, memang tersangat jarang saya makan. Kurang menggemari sambal nasi lemak yang biasa dijual dikedai. Senang kata, tak kena dengan tekak saya. Hari pertama ni saya bersarapan dengan nasi lemak yang dihantar khas oleh pihak Dutch Lady ke ofis saya. Mula-mula saya teragak-agak jugak nak makan. Tapi bau dia tu yang buat tak tahan. Bila dah makan, eh sedap pulak. Macam ada sikit rasa seperti nasi lemak yang mak buat. Thank you Dutch Lady belanja sarapan untuk saya. Licin saya makan, kenyang sampai tengahari!

Hari-2 : Omelette & Sausage


Bila kat rumah, ini lah sarapan kegemaran saya. Mudah disediakan, dan mengenyangkan. Untuk masak omelette tu, memang saya selalu bancuh 3 biji telur dengan 3 sudu susu Dutch Lady Full Cream (ditambah blackpepper dan mayonis). Barulah rasa lebih sedap omelette tu, lebih creamy gitu. Kombinasi menu ini paling saya suka makan dengan susu Dutch Lady Full Cream.

Hari Ke-3 : Bihun Goreng bersama Telur Mata Kerbau & Samosa


Hari bekerja memang biasanya saya makan banyak sikit untuk sarapan. Ditambah pulak dengan susu Dutch Lady Full Cream. Yela, baru bertenaga sikit untuk buat kerja di ofis. Bihun goreng ni saya beli di café berdekatan ofis. Hari bekerja memang jarang sekali saya sediakan sarapan di rumah. Biasanya saya beli je kat mana-mana kedai berdekatan.

Hari Ke-4 : Nasi Kerabu


Dah namanya orang Kelantan, sesekali memang teringin nak bersarapan gaya orang Kelantan. Orang Kelantan biasa kalau sarapan, dorang makan nasi berlauk atau nasi kerabu. Haaaa, kemain kan? Saya pun sesekali memang beli nasi kerabu atau nasi berlauk untuk sarapan. Nasi kerabu dalam gambar ni nampak aje messy, tapi sebenarnya sedapppp!

Hari Ke-5 : Gourmet Muesli 


Hari yang sibuk, macam ni la sarapannya. Walaupun nampak simple, tapi sarapan macam ni sangat mengenyangkan sebenarnya. Sarapan dengan susu memang mengenyangkan. Mungkin tak la kenyang sampai tengahari, tapi boleh la alas perut sementara tunggu makan tengahari. Yang penting mesti ada susu Dutch Lady Pure Farm. Tak lengkap rasanya sarapan saya tanpa susu Dutch Lady!

Korang pulak macam mana? Sarapan pagi yang macam mana biasanya korang ambil? Nak jugak tahu menu sarapan korang. Sebenarnya tak kisah la apa menu sarapan kita sebenarnya asalkan sekurang-kurangnya perut kita tak kosong di waktu pagi. Waktu pagi kena la bertenaga untuk mulakan hari. Kanak-kanak mahupun dewasa, semua perlukan tenaga untuk lalui macam-macam perkara dalam satu hari. Bayangkan kalau tak bersarapan, lembik je anak korang pergi kelas. Nak fokus dekat apa yang cikgu ajar kat kelas pun tak boleh. Orang yang tengah lapar ni, nak berurusan dengan orang lain pun rasa takde mood. Trust me, kalau korang jenis yang tak suka makan waktu pagi sekalipun, at least tolong la amalkan minum susu segelas di waktu pagi. Itu dah cukup mengenyangkan dan memberi tenaga yang tubuh badan kita perlukan. Jadi, untuk mulakan hari yang positif dan bertenaga, jangan lupa sarapan pagi bersama susu Dutch Lady Pure Farm ye..

Dutch Lady Breakfast Challenge ini berlangsung dari 8 Okt sehingga 11 Nov 2018. Saya pun dah sahut cabaran ni. Korang bila lagi? Jom sahut cabaran dan berpeluang menang hadiah bernilai RM 35,000. Layari http://www.facebook.com/spread.the.goodness.of.milk untuk info lanjut.

Thursday, October 25, 2018

Cara ke IOI City Mall Menaiki Pengangkutan Awam

October 25, 2018 38
Cara ke IOI City Mall Menaiki Pengangkutan Awam
Perkongsian kali ni nak bercerita tentang cara ke IOI City Mall, Putrajaya dari Kuala Lumpur menggunakan pengangkutan awam. Bagi yang mempunyai kenderaan sendiri, tak ada masalah la. Tapi bagi yang banyak bergerak  menggunakan pengangkutan awam, diharapkan perkongsian ini bermanfaat. Almaklum, bila guna pengangkutan awam, antara kriteria yang perlu diambil kira adalah kos dan tempoh masa. Kalau rasa banyak duit, boleh je naik Grab, tapi agak mahal berbanding bas dan tren.

Setakat hari ni memang tak ada mana-mana tren yang direct terus ke IOI City Mall, so kena la cari alternatif lain untuk ke IOI City Mall. Pada awalnya saya fikir nak ke sana menaiki ERL dan Grab. Tapi faham-fahamlah, tambang ERL mahal. Kalau boleh berjimat, kenapa nak membazir kan? So cari punya cari, baru saya tahu rupanya ada disediakan shuttle bus di MRT Kajang dan KTM Serdang untuk terus ke IOI City Mall dengan kadar tambang hanya RM1.


Memandangkan saya sangatlah tak suka naik KTM sebab slow sangat, so saya buat keputusan untuk naik MRT. Dari Stesen MRT Pasar Seni ke Stesen MRT Kajang memakan masa sekitar 47 minit dengan kadar tambang RM3.20 sahaja (menggunakan kad Touch n Go). Korang boleh pilih nak naik dari mana-mana stesen MRT yang terdekat dengan korang. Tapi pastikan korang dah merancang perjalanan korang terlebih dahulu. Ewahhh, bunyinya kemain. Padahal nak pergi ke IOI City Mall je pun haha. Bukan apa, kena rancang supaya korang tak terlepas shuttle bus tu nanti. Kekerapan shuttle bus ke IOI City Mall dari MRT Kajang hanyalah 4 kali sehari.


Shuttle bus paling awal dari MRT Kajang ke IOI City Mall adalah pada jam 10.45 pagi. So pastikan korang sampai ke sana sebelum jam 10.45 pagi. Kalau terlepas shuttle bus pertama, kena la tunggu yang kedua pada jam 2.15 petang. Bila sampai ke MRT Kajang, korang keluar ikut Pintu A - Jalan Reko. Kat situ korang akan nampak banyak bas rapid tengah tunggu penumpang. Jangan naik bas rapid. Korang cari bas Nadi Putra berwarna kuning. Kat depan bas tu ada tulis nombor 101 kalau tak silap. Bas ni biasanya tunggu kat bahagian paling depan/hujung sekali berbanding bas rapid. pandai-pandai koranglah tinjau bas warna kuning, hehe.




Bila naik, bayar je RM1. Rasanya tak boleh guna Touch n Go, tak pasti. Bayar guna cash sahaja. Tepat jam 10.45 bas akan bergerak dan memakan masa 15 minit untuk sampai ke IOI CIty Mall bus terminal. Senang je rupanya. Lebih jimat berbanding naik Grab. Petangnya kalau nak balik, tunggu bas yang sama kat IOI City Mall bus terminal jugak. Tapi pastikan korang check jadual perjalanan dulu, barulah tak lama menunggu kat situ. Kalau korang rushing dan nak kejar masa, naik Grab pun boleh. Sekian perkongsian kali ini.

Terminal bas IOI City Mall

Wednesday, October 24, 2018

Aplikasi 7 Dalam 1 Cannis Bakal Tersenarai di Nasdaq, Amerika Syarikat.

October 24, 2018 14
Aplikasi 7 Dalam 1 Cannis Bakal Tersenarai di Nasdaq, Amerika Syarikat.
Pada hujung minggu yang lepas saya berkesempatan ke Majlis Persidangan "The Upcoming Greatest Star in Nasdaq" oleh Cannis. Saya tak pasti samada korang semua tahu atau tak tentang aplikasi Cannis. Mungkin ada antara korang yang memang dah tahu tentang Cannis ni, dan mungkin jugak ada yang tak tahu.


Sebelum saya bercerita lebih panjang tentang pencapaian terbaru Cannis, meh saya ceritakan dulu serba sedikit tentang aplikasi Cannis ni supaya korang lebih jelas dan mendapat sedikit gambaran tentang aplikasi Cannis. Cannis merupakan satu aplikasi 7 dalam 1 yang baru dilancarkan pada awal tahun ini. Cannis menggabungkan 7 fungsi di dalam satu aplikasi. Wow sangat kan? Apa benda yang sampai 7 fungsi tu? 7 fungsi tersebut adalah Live Broadcast, Live E-Commerce, Online Games, Creative Video, Social Media, Discount Shopping, dan Cannis Pay. 


Aplikasi mudah alih Cannis telah dimuat turun dari App Store dan Play Store oleh 100 ribu pengguna dalam masa kurang dari dua bulan. Wow sangat kan? Sejak awal tahun 2018, Cannis terus melabur dalam industri yang disukai ramai iaitu teknologi, filem, kecantikan, ubat-ubatan preventif, teknologi terkini dalam pertanian dan sebagainya. Dengan kerjasama dengan rakan strategik mereka, Cannis telah memperluaskan pasaran mereka dengan pesatnya di banyak negara Asia Tenggara dan dijangka akan tersenarai di Nasdaq, Amerika Syarikat  tidak lama lagi.


3000 para peserta persidangan

Ketua Pegawai Eksekutif Dato 'Ching Eu Boon juga menyatakan semasa persidangan "The Upcoming Greatest Star in Nasdaq" bersama 3000 peserta Cannis bahawa perkongsian Cannis tidak terhad kepada teknologi terkini, seperti teknologi digital, pangkalan data yang besar, kecerdasan buatan, tetapi juga dengan penggambaran, ubat-ubatan  preventif dan industri kecantikan.



VIP yang turut hadir pada majlis persidangan tersebut Pada majlis tersebut adalah Pengerusi Kumpulan CANNIS; Tengku Puteri Datuk Paduka Seri Hajah Zahariah Binti Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Ketua Pegawai Eksekutif; Dato' Dr Azman Ching, Ketua Pegawai Kewangan; Miss Angle Huang dan ramai lagi rakan strategik mereka.

Dengan kepelbagaian kumpulan etnik dan budaya di Malaysia sebagai titik permulaan untuk Cannis, pastinya Cannis akan lebih mudah dikembangkan dari Asia Tenggara ke seluruh dunia. Korang boleh muat turun aplikasi Cannis secara percuma di App Store atau Play Store bagi menggunakan fungsi-fungsi yang tersedia di dalam aplikasi Cannis. Dengan 7 fungsi yang berbeza menjadikan aplikasi ini tidak membosankan, bahkan ianya sangat mudah digunakan. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila layari http://cannis.app.

Safi Fair Beauty – Untuk Kulit Lebih Cantik Berseri.

October 24, 2018 14
Safi Fair Beauty – Untuk Kulit Lebih Cantik Berseri.
Teringat zaman sekolah dulu, obses betul nak putihkan kulit. Zaman remaja biasalah, mudah terpengaruh dengan kawan-kawan. Masa tu definisi cantik terhad kepada kulit putih bersih kononnya. Pastu mula la duk berjinak-jinak dengan produk penjagaan wajah. Bodek mak suruh belikan, haha. Padahal bila belek balik gambar dulu-dulu, eh takdelah gelap sangat pun haha. Cuma comot sikit la sebab tak reti nak melawa bagai, plus hangus sikit jela sebab duk berkawad kat tengah panas. Masa tu mana la tahu nak pakai sunblock segala bagai ni. Budak-budak katakannnn. Tapi bila dah dewasa ni takdenya lah kemaruk nak kulit putih. In fact sekarang ni berbanding memutihkan kulit, saya lebih fokus untuk menyihatkan kulit. Yang penting kulit sihat bebas jerawat, barulah yakin dengan diri.


Walaupun fokus saya sekarang bukanlah untuk memutihkan kulit, tapi tak salah rasanya saya nak kongsikan berita baik untuk sesiapa sahaja yang nak putihkan kulit tanpa perlu cucuk sana sini atau buat treatment bagai. Lagipun jenama ni dah dipercayai ramai, dan setakat ni memang ramai pengguna. Tak nak panjang lebar, nak bagitau yang Safi sekarang ada keluarkan rangkaian produk baru iaitu Safi Fair Beauty.


Safi Fair Beauty yang mengandungi teknologi Bio-Fairness ini terdiri daripada 3 jenis produk iaitu pembersih wajah, pelembap, dan juga krim BB.

Safi Fair Beauty Pembersih Facial Cleanser (50g – RM5.75)/(100g – RM10.20)

Membersih secara lebih mendalam agar kulit lebih lembut, halus dan cerah berseri.


Safi Fair Beauty Fairness Cream (50g – RM8.15)/(80g – RM11.45)

Memberi efek tona kemerahan pada kulit wajah agar kelihatan lebih manis dan segar sepanjang masa. Tekstur yang lembut memudahkannya diserap ke dalam kulit tanpa menyebabkan kulit rasa berminyak.


Safi Fair Beauty BB Cream (40g – RM8.15)

BB cream ni sebagai asas solekan la. Sebelum pakai mekap, pakai BB cream ni terlebih dahulu. Berfungsi untuk menutup cela dan memberikan efek matte pada kulit. Takdela kulit wajah Nampak berkilat aje, hehe. Yang ni mampu memberi efek wajah putih dengan cepat, serta dapat memudarkan parut jerawat kat muka tu. Barulah berseri sikit muka.


Secara mudahnya, rangkaian Safi Fair Beauty ini dikatakan mampu mencerahkan kulit, menyamaratakan tona kulit, menjadikan kulit berseri, mengawal pengeluaran minyak secara berlebihan, memberi perlindungan UV, melembutkan, menghaluskan, melicinkan serta melembapkan kulit. Kalau nak beli ketiga-tiga produk ni, apa kata korang beli yang gift set. Lebih jimat berbanding beli satu persatu. Gift set yang mengandungi ketiga-tiga item di atas dijual dengan harga RM10.90 sahaja di seluruh negara.

Tuesday, October 23, 2018

Makan Tengahari di Pak John Steamboat & BBQ, IOI City Mall

October 23, 2018 20
Makan Tengahari di Pak John Steamboat & BBQ, IOI City Mall
Hujung minggu lepas saya ke IOI City Mall. Saja jalan-jalan. Beberapa tahun lepas waktu saya tinggal di Sungai Besi, selalu jugak menyinggah ke IOI City Mall ni. Tapi sejak berpindah ke tengah KL, memang jarang ke Putrajaya. Actually IOI City Mall antara salah satu mall yang saya suka, sebab ada banyak tempat makan hahaha. Pasal makanan terus happy ye. Setelah sekian lama tak ke IOI City Mall, kali ni tengok makin banyak pulak kedai-kedai makan yang dulu takde pun. Nampak tak betapa lama dah tak ke sini.


Tengah berpusing-pusing sambil fikir nak makan kat mana, ternampak Pak John Steamboat & BBQ. OMG Pak John Steamboat & BBQ pun ada kat IOI City Mall weyh. Dulu takde pun. Bila nampak Pak John Steamboat & BBQ, saya memang automatik terbayang smoked duck. That is my most favorite kalau ke Pak John Steamboat & BBQ! Dulu saya pernah makan kat Pak John Steamboat & BBQ ni tapi cawangan lain la. Klik Steamboat & BBQ Buffet di Restoran Pak John Steamboat & BBQ untuk baca.



Memandangkan saya tak rushing waktu tu, so saya proceed lunch di Pak John Steamboat & BBQ. Nasib baik awal lagi waktu tu, tak ramai orang sangat. Tapi tak sampai setengah jam kitorang kat sana, dah makin ramai pulak orang kat situ. Meja hampir penuh. For those yang tak biasa makan di sini, Pak John Steamboat & BBQ ni bukanlah ada steamboat semata-mata. Tapi ada bbq grill, menu lunch lain seperti nasi, mi goreng, spagheti, etc. Semua all in, bayar satu harga untuk setiap seorang, then boleh duduk kat situ lama-lama makan semua benda.





Dah kat Pak John Steamboat & BBQ tu, memang tak la saya nak duk sekejap saja. Alang-alang kat situ, makan sepuas hati. Banyak round jugak la duk bertambah, terutama menu untuk grill. Siap minta staf kat situ tolong tukarkan plate untuk grill tu, sebab dah hitam dek kehangusan bakar banyak sangat daging, mwahaha. Punya la syok duk makan sampai tak perasan tudung dan baju kotor terpercik minyak semasa membakar.



Khusyuk sampai tak sedar tudung dah kotor

Untuk steamboat, banyak pilihan bahan yang ada. Kuah pilihan kitorang adalah kuah tom yam sebab saya sememangnya penggemar tom yam yang tegar haha. Staf kat situ akan check on us regularly samada nak tambah kuah atau tak, dan tolong clearkan pinggan-pinggan yang dah tak guna. Untuk grill pun sama, banyak pilihan dengan perapan yang berbeza-beza. Saya memang dah aim nak makan smoked duck dan premium beef banyak-banyak, sebab dua item tu memang kegemaran saya!

dim sum

 My favorite smoked duck

 Premium beef

Lamb slice

Untuk smoked duck, premium beef, lamb slice dan abalone slice, korang kena pergi ambil di kaunter. 4 menu ni merupakan antara menu premium sebab tu tak diletakkan sekali kat rak bersama menu lain. Kalau nak kena pergi minta, then staf dorang akan bagi dalam plate. Kalau rasa tak cukup, pergi ambil lagi. Free flow. Same goes to pau & dim sum. Yang ni pun kena ambil di kaunter.




Ayam dan daging pelbagai perapan

Saya memang tambah berkali-kali la smoked duck tu. Smoked duck dia besttt, rasa manis-manis daging itik tu bila makan. Bau dia waktu tengah grill tu pun dah cukup menyelerakan. Oh ye, terdapat beberapa jenis minuman disediakan. Aiskrim turut disediakan dalam peti ais. Tapi aiskrim ni saya tak sempat makan pun kali ni sebab terlampau kenyang. Terlampau kenyang dan masa tu baru perasan tudung dah bertukar corak dan warna dek percikan minyak, hahahah. Terus kalut ajak balik sebab tak selesa tudung dah kotor.


Overall saya berpuashati dengan kunjungan saya ke Pak John Steamboat & BBQ di IOI City Mall ini. Harga? Harga masih sama macam dulu. Kualiti yang masih superb, harga pun masih sama.

Tuesday, October 16, 2018

Pakej Perkahwinan Eksklusif Enak Rasa di Hype Motorsports Hotel KL

October 16, 2018 29
Pakej Perkahwinan Eksklusif Enak Rasa di Hype Motorsports Hotel KL
Tak lama lagi dah nak hujung tahun. Hujung tahun ni selain cuti sekolah, musim kenduri pun ye jugak. Zaman sekarang ni dah jarang sangat orang buat gotong-royong kan? Lagi-lagi kalau kat bandar, semua nak mudah ambil catering je. Memudahkan semua orang. Kalau kat kampung, masih ada yang mengamalkan konsep rewang, termasuk kampung saya sendiri.


Baru-baru ini saya berkesempatan menghadiri majlis pratonton pakej perkahwinan eksklusif kolaborasi dari catering Enak Rasa dan Hype Motorsports Hotel Kuala Lumpur. Hype Motorsports Hotel KL merupakan sebuah hotel bertaraf 3 bintang yang bukan sahaja mempunyai 3 buah dewan serba cantik dan mewah, bahkan lokasinya juga sangat strategik. Oleh kerana lokasinya yang sangat strategik, ianya amat sesuai untuk sebarang majlis seperti majlis perkahwinan dan majlis-majlis korporat mahupun majlis tertutup. Dewan yang dilengkapi dengan sistem audio visual dan sistem projektor ini mampu memuatkan hampir 500 tetamu pada satu masa. Parkir kenderaan di hotel ini juga mampu menampung sehingga 500 kenderaan.


Pakej perkahwinan istimewa hasil kolaborasi pihak catering Enak Rasa dan Hype Motorsports Hotel KL ini bernilai serendah RM29000 sahaja. Kadar yang sangat berpatutan untuk golongan marhain macam saya ni. Untuk golongan marhain macam saya ni kadang-kadang nak jugak buat majlis elegant dan eksklusif kat hotel, tapi pada kadar harga yang minimum. Pakej ini bukan sahaja menyediakan lokasi perkahwinan yang serba lengkap, bahkan turut merangkumi penyediaan katering, perkhidmatan butik pengantin dan fotografi. Senang kata, pakej all in lah. Bersempena perasmian ini, 5 pelanggan terawal akan menikmati diskaun sebanyak RM4000. Lebih menarik lagi, setiap pelanggan yang menempah dalam tempoh promosi ini layak menyertai cabutan bertuah pakej bulan madu di lokasi-lokasi percutian di dalam dan luar negara.




Bersama pengasas Enak Rasa

Ketika majlis pratonton tersebut, saya berkesempatan merasai sendiri menu-menu makanan yang disediakan oleh pihak catering Enak Rasa. Antara menu yang disediakan : ayam masak merah serai, daging dendeng, acar buah, dalca sayur, sambal udang, dan pelbagai lagi. Selain menu makanan Malaysia, Enak Rasa juga turut mengetengahkan menu dari negara jiran, Indonesia dengan masakan Sunda sebagai sedikit kelainan untuk pelanggan. Pernah dengar tentang nasi liwet? Haaa ini la dia menu masakan Sunda yang saya cuba pada hari tersebut. Unik betul masakannya. Jangan salah sebut pulak. Nasi liwet, bukan nasi liwat. Berbekalkan pengalaman selama 11 tahun dalam bidang penyediaan makanan, Enak Rasa menjanjikan kualiti yang terbaik buat para pelanggan.







Ayam bakar

Sambal cibiuk

Sambal cibiuk

Nasi liwet

Selain pakej di Hype Motorsport Hotel KL, Enak Rasa turut menyediakan pelbagai pilihan dewan yang lain untuk lokasi majlis. Antaranya ialah Dewan Perkahwinan Marina Putrajaya, Dewan Perkahwinan Crystal Ballroom Mines 2, Dewan Perkahwinan Grand Ballroom Flamingo Ampang, Dewan Perkahwinan Masjid Raja Haji Fi Sabilillah Cyberjaya, Dewan Perkahwinan Komuniti Setiawangsa, Colosseum Glenmarie, Dewan Perkahwinan Banquet UIAM Gombak, Rumah Tradisional Frim, Cassa Detik Ampang, Dewan Perkahwinan Adam Hawa Bangi, Emerald Ballroom Selayang, Dewan Azalea Seksyen 14 Shah Alam, Dewan Karangkraf Seksyen 15 Shah Alam dan Dewan MZ Bangi. Enak Rasa turut mempunyai hubungan baik dengan dewan yang boleh ditempah sendiri oleh para pelanggan seperti dewan-dewan komuniti DBKL, dewan UKM, dewan di bawah Perbadanan Putrajaya, Wisma Sejarah KL, dan pelbagai lagi dewan sekitar Lembah Klang.

Dengan wujudnya pakej sebegini, diharapkan lebih ramai bakal pengantin dapat merealisasikan impian mereka untuk mengadakan majlis walimatulurus di dewan yang serba elegan dan eksklusif. Promosi pakej menarik ini akan berakhir pada 31 Disember 2018. So korang jangan tunggu lama-lama. Boleh hubungi talian kat bawah ni :

Cik Nurul Afni 012-2374867
Tuan Haji Aidil 016-2580734
Puan Hajjah Salmi 010-2250734
Mohd Rusdi 011-35579805