Kami membuat tempahan hotel menggunakan aplikasi Traveloka. Almaklum, pengguna setia Traveloka, haha. Kami pilih Superior Room for 2pax, total price untuk 3 hari 2 malam ialah RM283.10. All payment kitorang dah setel sesiap masa booking. Masa booking online, request nak bilik yang ada view KLCC kalau available (gitteww,, hahah demand). Tapi masa check-in dia cakap jenis bilik yang kitorang pilih tu memang takde yang menghadap KLCC wakakaka termalu sendiri iols.
4 May 2018
Masa pergi kerja pagi tu kitorang bawak pakaian siap-siap. Kiranya after office hour je kitorang akan terus ke sana. Kata pun dekat dengan ofis kan, takkan la gigih nak balik rumah dulu. So dari ofis kitorang jalan kaki je. Dalam 5 minit dah sampai. Masa check-in, macam biasa kena bagi deposit RM50 (ke RM100 entah, lupa dah. Nak check out nanti tunjuk resit, dia kasi balik deposit tu). Lepastu masuk berehat kat bilik. Dapat bilik kat tingkat 3 kalau tak silap. No KLCC view for our room, we get parking building view instead mwahaha kbye.
View from our room, lol
For our room, ada 2 single bed. Keadaan dalam bilik for me is nice. Memang la tak luas sangat, tapi takla sempit pun. Ada ruang untuk solat. In terms of kekemasan dan kebersihan tu, for me WP Hotel is good. Plug dekat meja ada, dekat tengah-tengah antara 2 katil tu pun ada. TV ada, mini freezer ada, tempat sangkut baju ada. Air-cond okay, lain-lain pun okay. And, I loveee cermin dekat bilik air dia. Stylee!!
Style kan cermin bilik air dia
Dah siap makan, kitorang terus balik ke bilik. Sebelum ke bilik, sempat menjengah ke infinity pool di rooftop. WP Hotel ni agak terkenal sebab infinity pool dia yang terletak di rooftop dan berlatarbelakangkan pemandangan bandaraya Kuala Lumpur. Waktu malam tak dinafikan memang cantik. Untuk malam pertama ni kitorang tak terjun kolam lagi. Cuma cuci mata lepak-lepak tengok pemandangan. Dah agak malam sikit kitorang balik bilik, tidur.
Heaven je rasa weekend bangun lambat atas tilam empuk, pastu takyah nak rushing bagai. Rasa tak nak bangun. Mana nak sama dengan tilam kat rumah sewa yang tak seberapa tu oii. Hahah. Sesekali hujung minggu dapat merasa tidur kat katil empuk, terus tak nak bangun. Dah hampir tengahari kitorang siap-siap untuk keluar. Plannya nak ke Jalan TAR, cari beberapa keperluan raya yang belum setel lagi. Dari WP Hotel, boleh jalan kaki je ke Jalan TAR. Keluar dari WP Hotel, terus ke kanan. Lintas jalan beberapa kali sampai selepas dah lalu Tune Hotel, lalu Maju Junction, lalu Medan MARA, lalu Pertama Kompleks, then baru jumpa Sogo. Alah, tenaga muda ni tak rasa penat pun jalan sikit tu. Sebelum tu sempat singgah makan di Medan MARA. Nasib kurang baik, hari tu hujan. So tak boleh nak jalan sangatlah. Dah petang sikit sebelum Maghrib kitorang gerak balik hotel. Dah beli makan malam sesiap.
Oh ye area situ kena hati-hati sikit kalau petang atau malam. Lagi-lagi kalau korang tu perempuan. Masa kitorang tengah jalan nak ke hotel, rasa macam ada orang ikut. Pandang belakang tengok ada sorang lelaki berbasikal, nampak macam kurang betul. Dia ikut sambil cakap something (kurang jelas). Kitorang dah cuak masa tu sebab dia ikut dekat sangat. Kebetulan ada seorang perempuan kat depan kitorang. Perempuan tu marah-marah suruh lelaki tu blah. Then perempuan tu pesan, katanya jalan kat situ hati-hati. Dia dah biasa sebab dia memang orang situ. So kitorang cecepat balik hotel. Situ kan area Chow Kit, what do you expect? Ramai la orang pelik-pelik berkeliaran petang hari. Dah sampai bilik tu, kitorang makan dan rest. Tertidur. Bangun malam sikit, pi terjun kolam. Kebetulan masa tu tak ramai orang kat kolam. Berendam malam-malam memang best, sejuk je. Dah la view cantik.
6 May 2018
Maaflah suami dengan anak siapa ntah ni wakaka
Bangun pagi sebab nak terjun kolam sekali lagi. Wakakaka gigih kannnn. Yela harini dah nak check out. Pagi macam ni nampak la sikit nak bergambar pun hehe. Pada pemerhatian saya, ramai foreigner yang menginap kat situ. Kalau pergi ke rooftop, memang mostly foreigner yang duk berendam.
Bilik dia simple je tapi nampak clean sebab most of the decoration dieorang pakai color earth dan light. Nampak luas dan kemas. Tapi pemandangan luar bilik tu macam scary je. Bangunan kosong eh
ReplyDeleteHarga bilik affordable untuk lokasi di tengah pusat bandar dengan view kotaraya yang cantik. Lagi pulak tu kedudukan strategik sebab dekat dengan semua kemudahan. Memang berbaloi la..
ReplyDeleteAmni pernah datang sini.Memang not bad bilik dia
ReplyDeleteAda yg view KLCC ada yang x hahaha
Yg view KLCC mahal kot skit yelah sbb scene view mahal tu kan hahaha
Xpe lps ni cuba hotel lain plak hehehe - Sembang Kopi
Sally tak pernah masuk lagi bilik dia tapi pernah g sekali je utk review bufet ramadan..hehehe...tapi view rooftop dia mmg cantik..lelagi waktu malam :D
ReplyDeleteCantiknya view rooftop dia memang best kalau nak berphotoshoot ni. Nanti kalau CR nak ke sana. Boleh stay sini lak.
ReplyDeleteWah.. Bestnya. Walaupun dalam KL je. Tapi nampak sungguh menenangkan. Dengan keindahannya lagi.
ReplyDeleteWaaah best jugak hotel ni.harga pun not bad walaupun tengah2 KL kan.Lepas ni boleh masuk bucket list hotel ni hehehe
ReplyDeleteTerlihat nyaman dan segar sepertinya. Kamarnya pun tidak terlalu sempit. Waah, ini jadikan referensi dah kalau liburan kesana hehe
ReplyDeleteCantiknya view. Leoas nih kalau nak cuti kat KL kena check in hotel ni.. Jatuh cinta terus dibuatnya. Tenang je
ReplyDeleteHarga hotel ni rasanya sangat berpatutan. View pun cantik. Memang sesuai la kalau rasa nak berehat dihujung minggu. Dan boleh suggest pada kawan2 yang nak datang kl
ReplyDeleteSelesanya dalam dia.. rasa best je nak beradu.. huhu.. bagus ada apps traveloka kan..
ReplyDeleteNampak bilik ya bersih je.. mana nak dpt hotel dgn harga patut dkt tgh2 kl dgn cukup kemudahan kan..siap innfinity pool tu.. best sgt tgk
ReplyDeleteSis pernah kesini tapi untuk makan2 aje, tak pernah lagi duduk kat sana. Kitaorang pun ada naik kat poolside dia..memang cantik dan boleh melihat pemandangan KL..Nanti nak try gak lah duduk sana, nampak bilik bersih jugak kan
ReplyDeleteteringin juga nak menginap hotel mengadap klcc tu..siap ada swimming poo tu..tengok ornag pergi je..hehee..jeles tau
ReplyDeletewahhh bestnya kalau dapat mandi pool tu. dapat melihat pemandangan KL. menginap di hotel yg selesa dan "mewah" juga merupakan salah satu holiday yg best sebenarnya. tak semestinya kena pergi ke taman tema utk berseronok, ye dakk ? eh nanti nak datang jugaklah ke sini. boleh jalan kaki ke jalan tar sekali utk shopping barang
ReplyDeleteWalawey, layan infiniti pool malam berbumbungkan bulan dan bintang sambil tengok keindahakn skyscrapper KL memang syokk..kalau dapat udara segar lagilah best..tapi di tengah KL, udara dia faham je la kan hehehe
ReplyDeleteSeronoknya main air dengan KL city view ni, nak bawa famili dan ank2 pergi staycation jugak. Chill.
ReplyDeleteInfinity pool dia yang terletak di rooftop sangat menarik buat Ika yang memerlukan short escape pada hujung minggu.! Boleh bersantai sambil melihat pembandangan bandaraya Kuala Lumpur. Seronoknya
ReplyDeleteBest juga kan, sekali sekala staycaytion in KL like this. Lagi best kalau ada birthday or anniversary celebration.
ReplyDeleteWahh!! Bestnya menginap dekat sini.. leh jln2 shopping lagi plak tue.. but yg paling woww adalah infinity pool dia.. gempak seh!! Mandi manda di roof top gitu!! AM suka.. berendam lelama & posing maut confirm kat situ.. hehehe
ReplyDeleteKalau nak pergi menginap di hotel, selain harga yang mahal, keselesaan jadi keutamaan kami. Elok baca review kawan kawan macam ni
ReplyDeletePernah juga terbaca pasal WP Hotel ni. Kalau 1 day pergi KL nak juga merasa hotel ni. Macam best je dengan kemudahan yang ada. Kalau bawa family pun best jugak.
ReplyDeleteSeronoknya tinggal hotel sana sini kan, boleh banding mana yang best dan tak best di tempat berbeza. Alhamdulillah ada rezeki
ReplyDeleteKami akan pergi ke belah utara hujung tahun ni, ada trip company ke langkawi. balik boleh singgah kan. Best juga pergi perlis
ReplyDeletePengalaman macam ni yang kita bawa dalam memori kita sampai bila bila kan. Terutama sekali kalau tempat ni best
ReplyDeleteThe swimming pool looks good as you get to view the city while enjoying swimming. And the hotel condition is clean and comfy. Next round will consider stay here. Cuti-cuti Malaysia
ReplyDeletePernah singgah jugak hotel ni. Ya, memang lawa permandangan poo, dia kat atas tu. Best gila lepak-lepak sambil hirup udara segar. Dahla hotel dekat dengan train station.
ReplyDeletewah , bestlah WP Hotel, KL ni . macam2 aktiviti boleh dibuat . berenang , cycling , jalan2 . harga pun berpatutan :)
ReplyDelete