Kalau korang lahir dan membesar tahun 90an rasanya korang mesti ingat mainan Tora kan? Ingat lagi zaman kecik-kecik dulu kalau tak dapat Tora ni, tak nak keluar dari kedai hahah. Perangai sangat kannnn. Mana tidaknya, duk gilakan sangat mainan yang ada dalam kotak tu. Makanan yang ada dalam tu tak makan sangat pun biasanya. Tujuan utama beli tu sebab nak mainan. Kalau emak ayah dulu-dulu jadi susah hati tiap kali anak nampak Tora ni, zaman sekarang laaagi la banyak dugaan bila jadi ibu bapa. Macam-macam pesen mainan dan makanan yang jadi kegilaan kanak-kanak zaman sekarang. Eh bukan jadi ibu bapa je banyak dugaan, jadi makcik pakcik budak pun
stress jugak tahu haha.
Dengan kewujudan pelbagai jenis mainan dan makanan lain kat pasaraya, saya ingat kanak-kanak zaman sekarang dah tak heran dah dengan mainan dalam kotak macam Tora ni. Eh sangkaan saya meleset rupanya. Waktu balik raya haji 2 minggu lepas, kemain lagi anak-anak buah duk mintak belikan
biskut PinPin. Awalnya
blur pulak saya apabenda ke
biskut PinPin tu. Rupa-rupanya biskut PinPin tu konsep dia sama macam Tora. Dalam 1 kotak ada biskut dan ada mainan. Lagi menarik,
biskut PinPin ni merupakan salah satu produk dari karakter kartun Upin & Ipin. No wonder la kanak-kanak suka. Kanak-kanak Malaysia mana je yang tak kenal watak Upin & Ipin kan? Makcik pakcik budak ni pun dah cukup hafal dialog Upin & Ipin dek kerana asal balik kampung je dorang duk pasang Upin & Ipin. Takde can makcik dorang nak layan drama.
Biskut Berperisa Mentega
Wafer Dengan Isian Vanila
Snek Jagung Dengan Isian Strawberi
Snek Jagung Dengan Isian Coklat
Wafer Dengan Isian Coklat
Biskut Coklat
Oh ye, sebab masa kat kampung haritu tak sempat nak belikan
biskut PinPin ni kat dorang. Makanya bila dah balik KL ni baru sibuk cari biskut PinPin. Rupa-rupanya ada
6 variasi perisa yang berbeza :
Biskut Perisa Mentega, Biskut Coklat, Wafer Dengan Isian Vanilla, Snek Jagung Dengan Isian Strawberi, Wafer Dengan Isian Coklat, Snek Jagung Dengan Isian Coklat. Alang-alang dah jumpa,
grab semua perisa sekali untuk si Qaseh dan Qaira. Rasa dia
not bad, memang sedap. Makcik budak pun boleh suka, apatah lagi budak-budak. Soal status halal biskut PinPin tu takyah risau, memang
disahkan halal oleh Jakim.
Sebab
curious sangat nak tahu mainan apa yang ada dalam kotak biskut PinPin ni, saya buka tengok sendiri. Dalam setiap kotak biskut PinPin, ada
mainan percuma yang merupakan set blok berwarna-warni yang mana kalau korang kumpul banyak-banyak, bila
combine semua sekali boleh menghasilkan rekaan blok yang besar dan menarik. Alah set blok yang macam lego tu, tapi yang ni saiz dia lebih kecil. Setiap set yang korang beli mengandungi set blok yang berbeza. Jadi jangan terkejut kalau anak korang mintak belikan semua perisa nanti, hehe.
Dah beli
biskut PinPin tu, kotak jangan pulak terus dibuang. Sebab kat belakang kotak biskut PinPin, ada disertakan
permainan yang menguji minda seperti cari perkataan tersembunyi, cari perbezaan antara 2 gambar, teka nama watak rakan Upin & Ipin, soalan Matematik dan lain-lain lagi. Sambil makan, boleh la anak-anak menguji minda mereka dengan menjawab soalan di belakang kotak ni.
Kat mana nak beli biskut PinPin ni? Biskut ni senang didapati sebab ada dijual di
Mydin, 7Eleven, KK Mart, BHPetrol, Eco Shop, Happy Mart dan lain-lain. Nak senang pergi je beli kat 7Eleven, hehe. Kalau korang nak cari info lebih lanjut tentang biskut PinPin ni, boleh rujuk ke Facebook dan Instagram dorang.
Facebook :
Instagram :
Syoknya dapat stock biskut banyak gini
ReplyDeleteTeringat pasal tora!! Tora datang lagii!! Hehehe.. biskut pinpin nie mmg favourite anak2 AM dan AM juga.. kalu beli sekali 1 set sbb AM suka yg flavor vanila, si kakak suka coklat, yg adik plak strawberi!! Hehehe..
ReplyDeleteKembalikan nostalgia btoi la.. dlu zaman kecik2 mesti nk tora2.. skrg upin ipin kembalikan balik moment indah dolo2
ReplyDeleteWow krim yang jadi pilihan saya mestilah strawberry atau vanilla. Kalau budak2 peminat Upin Ipin mesti kalau nampak biskut ni mesti suruh mak pak beli ni. Hehe
ReplyDeletewah ! bestnya coklat upin ipin . siap ada mainan sekali . coklat ni macam kinder bueno kan ? hehe
ReplyDeletehttps://besttipsforblog2u.blogspot.com/
Wow dah ada biskut ek budak budak ni. Siap ada mainan free lagi. Kalau dulu ada ding dang skrg ada biskut pinpin. Mesti budak2 suka
ReplyDeleteBukan budak2 je suka biskut ni .Orang dewasa pun suka. Siap ada mainan lagi & pelbagai perisa .
ReplyDeleteAla sedapnya biskut pin pin perisa strawberry! Bukan budak2 je. Ika pun pun taw
ReplyDeleteUisshhh klau anak-anak liez nmpk ni mau diaorg habiskan semua dlm masa 1 hari..upin ipin mmg dh fav lagi la menggila suka.. byk flavor pulak tu
ReplyDeleteComel betul biskut pin pin nie ! Siap dapat free gift lagi. Mesti budak2 suka kalau dapat nie. Pantang nampak upin ipin semua benda nak dibelinya
ReplyDeleteNampak macam sedap biskut pin pin ni, patutlah kank kanak suka. ada beberapa pilihan perisa rupanya
ReplyDeleteBudak mana yg take happy & suka biskut Pin pin ni..sedap ltkan?cucu kak pun tentu suka tgk klu Ada mainan��
ReplyDeleteTeringat zaman budak2 dulu. Mmg gila beli tora hahaha..tapi biskut pin2 x pernah terjumpa lg
ReplyDeletewow macam tora dan dendang la ni..hehe.. tapi upin ipin ni mainan lagi best. biskut pun sedap.
ReplyDeleteok sangat lah tu. ada 6 pilihan rasa untuk di cuba. anak anak mesti suka. Lagipun ada mainan sekali kan
ReplyDeleteAnak saya mesti suka makan sebab upin ipin kan di kenali ramai. terutama kanak kanak. Hebat kartun ni
ReplyDeleteNi kalau budak beli mesti sebab nak lego tu. Kalau saya beli sure lah yang wafer isian coklat tu. :D
ReplyDeleteUpin ipin byk bagi nostalgia lama2. Dari cerita dia dan sakarang toy dia.. bdk bdk skrg x merasa mcm kita dlu dlu.. rasa nk pi beli juga. Nk rs jd budak budak. Ahahhaah
ReplyDeleteSalah satu trik brand agar menarik.para konsumennya adalah promosi jualan dengan mainan anak anak. Apalagi klo mainannya yg lagi familiar seperti upin ipin. Di indoesia film upin ipin laku keras. Disukai anak anak dan dewasa
ReplyDeletemenarik ada permainan block skali dalam tu. macam nak cari la nk beli untuk anak-anak sedara. diorang mesti suka
ReplyDeleteNanti nak cari biskut upin ipin ni kat luar, Fariza mesti suka..siap ada mainan lagi dalam dia..memang menarik anak-anak ni..
ReplyDelete