Althea Real Fresh Skin Detoxer – Segarkan Muka Dalam 10 Saat. - emilinda

Monday, September 17, 2018

Althea Real Fresh Skin Detoxer – Segarkan Muka Dalam 10 Saat.

Althea Real Fresh Skin Detoxer – Pertama kali dengar tentang produk penjagaan wajah terbaru dari Althea ni, rasa teruja betul. Mana tidaknya, setiap produk yang dikeluarkan dibawah jenama Althea setakat ni semuanya tidak mengecewakan. Saya sememangnya pengguna rangkaian penjagaan wajah jenama Althea. Boleh baca perkongsian saya tentang produk Althea yang lain – Althea Petal Velvet Powder dan Althea Bare Essentials .


Berbalik kepada Althea Real Fresh Skin Detoxer, ianya merupakan hasil kerjasama Althea dan Get It Beauty iaitu salah satu TV show kecantikkan No.1 Korea. Althea Skin Detoxer ini didatangkan dalam dua variasi berbeza iaitu Rose dan Green Tea. Namanya aje dah menggambarkan kebaikan yang akan dirasai oleh kulit wajah kita. Althea Skin Detoxer ni merupakan pembersih 2 dalam 1 yang menggabungkan bahan-bahan semulajadi yang segar, bertujuan untuk pembersihan yang menyeluruh bagi memastikan kulit kita memperoleh nutrient dan kebaikan lain.


Basically kedua-duanya mempunyai fungsi yang sama, cuma berbeza dari segi variasinya sahaja. Althea Real Fresh Skin Detoxer – Rose di perbuat daripada kelopak dan ekstrak bunga mawar Perancis untuk menyempurnakan kulit wajah, manakala Althea Real Fresh Skin Detoxer – Green Tea pula dihasilkan daripada daun dan ekstrak teh hijau Jeju untuk membersihkan kulit wajah. Sesuai untuk semua jenis kulit, setiap satu dipaketkan dalam tube 150ml.


Close up sikit.

Bila buka penutup tube, semerbak aje baunya. Bau pun dah fresh sangat-sangat. Teksturnya agak pekat dan ada ekstrak kelopak mawar/teh hijau di dalamnya. Cara penggunaan pun sangat mudah, sapu je banyak-banyak kat muka (pastikan kulit muka dalam keadaan kering), lepastu biarkan dalam 10 saat. Lepas 10 saat, basahkan dengan sedikit air dan urut lembut secara membulat. Lepastu bilas dengan air bersih. Faham tak? Hahah tetiba rasa macam berbelit-belit je ayat.

Althea Real Fresh Skin Detoxer - Rose

Althea Real Fresh Skin Detoxer - Green Tea

Jimat masa betul guna Skin Detoxer ni. Pakai waktu pagi sebelum bersiap ke tempat kerja pun sempat sangatlah. Masa cuci tu memang rasa berbuih-buih je muka. Dah la wangi, seronok betul. Bila dah habis cuci, kulit muka rasa segar, licin dan bersih. Serious, paling ketara bahagian pipi dan hidung. In love betul dengan Althea Skin Detoxer ni, terutamanya yang Green Tea sebab bau dia wangi sangat.

Harga setiap satu adalah RM43. Tapi kalau nak jimat, beli je satu set RM77, dua-dua variasi dapat. Lagi jimat dan puas hati. Boleh dapatkan di Althea.

22 comments:

  1. Yess memang best skin detoxer ni. Suka yang rose tu. Wangi sangat.

    ReplyDelete
  2. Menarik... LeYa pun ada order dari Althea juga... Nanti nak cuba pakai lah dan rasai kesannya

    ReplyDelete
  3. Ramai kata yg rose tu bau dia wangi sangat dan ramai bagi positive feedback utk dua2 detoxer nie. Teringin pulak nak cuba. Hopefully sesuai dgn kulit lelaki

    ReplyDelete
  4. Gelabah masa baca step-step dia ingat susah sangat. rupanya mudah je. Bau green tea mesti best kan. Ramai beri positif feedback. kot ada rezeki nak beralih arah cuba Althea detoxer ni pulak.

    ReplyDelete
  5. ok la tu harga nyer. better beli kembar 2. lebih jimat.
    kalau la aida x start dgn skincare aida yg skang ni, confirm aida beli detoxer ni.
    menarik. memikat hati aida tau.
    bcoz it looks different from other products.

    ReplyDelete
  6. Best kan pakai mask nan sekejap dan laju nie. Rawlins suka pakai gak - almost setiap weekend pakai salah satu. Hehe.

    ReplyDelete
  7. produk dari Althea memang tak pernah mengecewakannnn... harga pun berbaloi. Suka bau yang rose tu sebab wangiiiii... tapi yang green tea pun bagus gak. tu sebab kena beli dua2 kan.. hehe

    ReplyDelete
  8. Macam teringin sangat nak cuba yang green tea tu. Ye la green tea kn banyak khasiat mesti banyak benefit yang kulit wajah dapat bila guna

    ReplyDelete
  9. Best sangat guna detox ni , lepas guna rasa kulit lebih bersih and lembut je , mmg berbaloi dapat

    ReplyDelete
  10. Lia memang dua2 real fresh skin detoxer ni .Memang pakai setiap hari . Bau pun wangi dan menyegarkan. Harap sangat althea ada buat travel set senang nak bawa .

    ReplyDelete
  11. macam best je scrub dia.dahla memang tengah cari scrub muka yang sesuai ni.sebab whitehead banyak sangat ni.jenuh dah try.

    ReplyDelete
  12. Boleh tahan harga dia untuk 2 set sekali. Nampak ramai yang review produk ni dan semua kat abest. So far, mana yang emi paling suka?

    ReplyDelete
  13. Mahal juga harga produk produk ni kan, tapi kalau berkualiti dan berkesan mesti orang beli juga walau mahal

    ReplyDelete
  14. Huda pun suka pakai skin detoxer ni. Feel fresh tu best, muka segar dan bersih

    ReplyDelete
  15. Sama la..wawa pun suka sgt pakai detoxer smpi tgl skit hujung2 dah... Hahaha.. Best gila rasa sejuk je dan muka clean je guna...

    ReplyDelete
  16. Ramai pakai detoxer ni..tengok pun macam best je..gel dia tu nampak best, nampak la buat muka jadi fresh bersih dan lembut je..tertarik nak beli ni..

    ReplyDelete
  17. Kulit kita memang elok di detox supaya toksin dan racun dalam badan boleh keluar dan buat kita lebih awet muda

    ReplyDelete
  18. Tak pernah maznee pakai produk untuk detox kulit. dah lah 10 saat saja kan untuk hasil yang bagus

    ReplyDelete
  19. ramai yang cakp produk althea ni bagus dan dah boleh lawan produk korea tu. heheh bagus la at least kita dapat lebih banyak pilihan

    ReplyDelete
  20. Haaa.. patutla muka emi flawless n cantik gebu gitu.. pakai produk althea rupanya.. AM nak cuba la camni..

    ReplyDelete
  21. Akak punya dah tinggal sikit dah emi. Lepas ni nak repeat order semula. Best sangat pakai mask + cleanser ni. Siap detox kulit muka kita lagi

    ReplyDelete
  22. Suka gila dengan yang Rose tu sebab bau dia wangi yakmat. Recommend jugak kat orang yang kulit kering dan suka pakai mask tapi takda masa.

    ReplyDelete

Kindly leave your comment/feedback here.