Kali ni nak cerita tentang
pengalaman bermalam di WP Hotel, KL.
Actually kisah ni dah agak lapuk. Almaklum, sejenis yang suka peram gambar dan
story lama-lama. Dah
free sikit baru godek-godek balik
gallery, baru ingat nak
story. Haha. Kisahnya, sekitar seminggu sebelum bulan Ramadhan yang lepas, saya dan rakan sebilik membuat keputusan untuk menghabiskan waktu hujung minggu di WP Hotel yang terletak berdekatan dengan kawasan tempat kerja kami ketika itu. Biasalah, rasa nak pergi bercuti rehatkan diri tapi taknak pergi jauh-jauh dan tak nak keluar dari KL. Almaklum, cuti hujung minggu je pun.
Lokasi WP Hotel terletak berdekatan Chow Kit dan Jalan TAR. Memang dekat sangat pun, boleh jalan kaki je dari ofis. Sebenarnya dah lama duk usha hotel ni sebab ada
infinity pool & view KLCC at the same time harga dia
affordable, tapi asyik
postpone je. Bila Ramadhan dah makin dekat, saya pun ajaklah Ekin habiskan hujung minggu kat sana sebelum memulakan ibadah puasa. Kira saja la nak
chill nak
relax kan.
Kami membuat tempahan hotel menggunakan aplikasi Traveloka. Almaklum, pengguna setia Traveloka, haha. Kami pilih
Superior Room for 2pax, total price untuk 3 hari 2 malam ialah RM283.10. All payment kitorang dah setel sesiap masa
booking. Masa
booking online, request nak bilik yang ada
view KLCC kalau
available (gitteww,, hahah
demand). Tapi masa
check-in dia cakap jenis bilik yang kitorang pilih tu memang takde yang menghadap KLCC wakakaka termalu sendiri iols.
4 May 2018
Masa pergi kerja pagi tu kitorang bawak pakaian siap-siap. Kiranya
after office hour je kitorang akan terus ke sana. Kata pun dekat dengan ofis kan, takkan la gigih nak balik rumah dulu.
So dari ofis kitorang jalan kaki je. Dalam 5 minit dah sampai. Masa
check-in, macam biasa kena bagi deposit RM50 (ke RM100 entah, lupa dah. Nak
check out nanti tunjuk resit, dia kasi balik deposit tu). Lepastu masuk berehat kat bilik. Dapat bilik kat tingkat 3 kalau tak silap.
No KLCC view for our room, we get parking building view instead mwahaha kbye.
View from our room, lol
For our room, ada 2 single bed. Keadaan dalam bilik
for me is nice. Memang la tak luas sangat, tapi takla sempit pun. Ada ruang untuk solat.
In terms of kekemasan dan kebersihan tu,
for me WP Hotel is good. Plug dekat meja ada, dekat tengah-tengah antara 2 katil tu pun ada. TV ada,
mini freezer ada, tempat sangkut baju ada.
Air-cond okay, lain-lain pun
okay. And, I loveee cermin dekat bilik air dia.
Stylee!!
Style kan cermin bilik air dia
Petang lepas Maghrib, kitorang keluar makan. Kat kawasan situ ada satu
kedai nasi arab yang agak murah bagi saya. Keluar dari WP Hotel, lintas jalan sebelah kiri
then jalan terus je sikit akan jumpa kedai nama
Restoran Suria. Restoran ni kat deretan rumah kedai je, dan kalau tengok dari luar nampak biasa-biasa sahaja. Tapi bila dah masuk, ruang dia
spacious dan makanan banyak pilihan dalam menu.
So far saya pernah cuba nasi arab aje la. Harga nasi arab boleh dapat bawah RM10 untuk seorang.
Dah siap makan, kitorang terus balik ke bilik. Sebelum ke bilik, sempat menjengah ke
infinity pool di
rooftop.
WP Hotel ni agak terkenal sebab infinity pool dia yang terletak di rooftop dan berlatarbelakangkan pemandangan bandaraya Kuala Lumpur. Waktu malam tak dinafikan memang cantik. Untuk malam pertama ni kitorang tak terjun kolam lagi. Cuma cuci mata lepak-lepak tengok pemandangan. Dah agak malam sikit kitorang balik bilik, tidur.
5 May 2018
Heaven je rasa
weekend bangun lambat atas tilam empuk, pastu takyah nak
rushing bagai. Rasa tak nak bangun. Mana nak sama dengan tilam kat rumah sewa yang tak seberapa tu oii. Hahah. Sesekali hujung minggu dapat merasa tidur kat katil empuk, terus tak nak bangun. Dah hampir tengahari kitorang siap-siap untuk keluar.
Plannya nak ke Jalan TAR, cari beberapa keperluan raya yang belum setel lagi.
Dari WP Hotel, boleh jalan kaki je ke Jalan TAR. Keluar dari WP Hotel, terus ke kanan. Lintas jalan beberapa kali sampai selepas dah lalu Tune Hotel, lalu Maju Junction, lalu Medan MARA, lalu Pertama Kompleks,
then baru jumpa Sogo. Alah, tenaga muda ni tak rasa penat pun jalan sikit tu. Sebelum tu sempat singgah makan di Medan MARA. Nasib kurang baik, hari tu hujan.
So tak boleh nak jalan sangatlah. Dah petang sikit sebelum Maghrib kitorang gerak balik hotel. Dah beli makan malam sesiap.
Oh ye
area situ kena hati-hati sikit kalau petang atau malam. Lagi-lagi kalau korang tu perempuan. Masa kitorang tengah jalan nak ke hotel, rasa macam ada orang ikut. Pandang belakang tengok ada sorang lelaki berbasikal, nampak macam kurang betul. Dia ikut sambil cakap
something (kurang jelas). Kitorang dah cuak masa tu sebab dia ikut dekat sangat. Kebetulan ada seorang perempuan kat depan kitorang. Perempuan tu marah-marah suruh lelaki tu blah.
Then perempuan tu pesan, katanya jalan kat situ hati-hati. Dia dah biasa sebab dia memang orang situ.
So kitorang cecepat balik hotel. Situ kan
area Chow Kit,
what do you expect? Ramai la orang pelik-pelik berkeliaran petang hari. Dah sampai bilik tu, kitorang makan dan
rest. Tertidur. Bangun malam sikit, pi terjun kolam. Kebetulan masa tu tak ramai orang kat kolam. Berendam malam-malam memang best, sejuk je. Dah la
view cantik.
6 May 2018
Maaflah suami dengan anak siapa ntah ni wakaka
Bangun pagi sebab nak terjun kolam sekali lagi. Wakakaka gigih kannnn. Yela harini dah nak check out. Pagi macam ni nampak la sikit nak bergambar pun hehe. Pada pemerhatian saya, ramai foreigner yang menginap kat situ. Kalau pergi ke rooftop, memang mostly foreigner yang duk berendam.
Tengahari, kitorang dah siap-siap untuk
check out. Perlu kembali ke realiti iaitu rumah sewa yang serba kekurangan, eh hahahahaa.
For me, WP Hotel ni sesuai sangatlah dan berbaloi kalau korang nak
percutian singkat hujung minggu di tengah KL. Yela nak bercuti jauh-jauh kang penat badan jugak nak
travel. Cuti hujung minggu je pun. Kalau setakat nak rehat hujung minggu nak
chill keluar dari rumah, boleh la ke WP Hotel ni. Sesuai untuk
weekend staycation.