Tuesday, July 24, 2018

Nikmati Juadah Australia (Discover Australia) di Hotel Federal KL

Kalau korang perasan sebelum ni saya ada ceritakan tentang Buffet Ramadhan di Restoran Kontiki,  Federal Hotel KL yang sememangnya merupakan salah satu buffet kegemaran saya apabila menjelang bulan Ramadhan. Baru-baru ni saya dapat tahu pihak hotel Federal turut menawarkan buffet yang bertemakan citarasa masakan Australia. Buffet yang diberi nama ‘Discover Australia’ ini hanya boleh dinikmati di Restoran Kontiki, Federal Hotel KL sehingga 29 July 2018 sahaja. Bukan sepanjang masa ada. Pakej buffet ‘Discover Australia’ di Federal Hotel KL ini telah pun bermula sejak seminggu yang lepas. Saya sendiri berkesempatan untuk merasai keenakan menu-menu masakan Australia ditemani suasana yang sangat selesa di Restoran Kontiki. Sesiapa yang pernah makan di Restoran Kontiki mesti tahu, suasana kat restoran tu memang selesa dan cantik. Bukan setakat selesa sahaja, bahkan tampak eksklusif!


Buffet citarasa Australia ini dibawakan oleh Federal Hotel KL dan The Grace Hotel Sydney, dan turut disokong oleh kedutaan Australia, AUSTRADE, Tourism Australia, MLS Meat & Livestock, serta Citibank. Salah satu tujuan kerjasama ini diadakan ialah untuk menggalakkan hubungan baik antara Malaysia dan Australia disamping mempromosikan keunikan juadah kedua-dua negara. Senang cerita, nak promosikan masakan Australia di Malaysia, dan nak promosikan masakan Malaysia di Australia. Gituuuu.





Oh by the way, sebenarnya kalau ditanya kepada saya sendiri, saya kurang arif tentang masakan Australia. Almaklum, belum pernah sampai ke Australia lagi. Bila dah ke buffet “Discover Australia” ni baru tahu rupa-rupanya negara Australia terkenal dengan menu barbecue dan makanan laut yang segar. Bab makanan laut tu memang tak dapat disangkal lagi, memang segar sungguh.




Rasanya tak perlu saya nak membebel panjang sangat kat sini. Korang layan ajelah gambar makanan yang sempat saya tangkap. Tak semua saya sempat tangkap pun. Almaklumlah, bila jumpa makanan terus campak phone ke tepi, haha.

Menu-menu ini disediakan oleh Chef Darren Ho yang dibawakan khas dari The Grace Hotel Sydney, dan Chef Tang Hou Chin dari Australia Culinary National Team. Selain itu. Chef-chef dari Federal Hotel sendiri turut bekerjasama dalam menyediakan masakan-masakan ini. Antaranya ialah Chef Law Weng Seng, Chef Tan Kok Siong, dan Chef Abdul Latif Mohamad Noor.




Walaupun Australia terkenal dengan barbecue dan makanan laut, tapi dekat  buffet “Discover Australia” ni turut dihidangkan menu lain seperti pencuci mulut dan sebagainya. Tinggal larat nak makan dengan tak je, hehe.






Crepe ni antara menu terakhir yang saya cuba. Yela, pencuci mulut. Nampak aje rupa tak semnggah sebab saya sapu sendiri krim dan taburan buah-buahan tu. Tapi, rasa dia ya Allah sedap betul. Siap bertambah second round. Nasib baik walaupun dah kenyang tetap gagahkan jugak cuba crepe ni. Ini wajib cuba tau kalau korang ke sini.

Crepe paling sedap pernah rasa

Korang kalau nak merasai sendiri masakan-masakan Australia, belum terlambat lagi. Pakej buffet “Discover Australia” ni akan berlangsung sehingga 29 July 2018.

Kat mana? Restoran Kontiki, Mezzanine  Level, KL Federal Hotel
Bila? 13 July – 29 July 2018 (hanya setiap Jumaat, Sabtu dan Ahad sahaja)
Waktu ? 6 petang sehingga 10.30 malam
Harga? Dewasa RM148 / Kanak-kanak RM55 / Warga emas RM74

Tel : 03-21489166

1 comment:

  1. Kita dh la peminat seafood.. ishhkkkk menduga tgk udang ketam besar2 tu..

    ReplyDelete

Kindly leave your comment/feedback here.