Peraduan Wefie Raya Bersama Jus Hidayah Gold - emilinda

Tuesday, June 26, 2018

Peraduan Wefie Raya Bersama Jus Hidayah Gold

Sibuk beraya, sampai blog pun terabai haha. Maaflah, musim raya memang tak sempat nak buka blog pun. Macam mana raya korang? Saya baru semalam sampai ke KL dari kampung. Sibuk dengan persiapan raya diri dan keluarga dah satu hal. Lepas tu duk melayan tetamu, pergi ziarah saudara-mara, dan juga memenuhi jemputan majlis perkahwinan rakan-rakan. Musim raya ni ramai ambil kesempatan untuk melangsungkan majlis perkahwinan. Mood raya pun tak habis lagi ni. Kita sambung beraya di KL ye, hehe. Ada tangkap gambar banyak-banyak tak musim raya ni? Selagi phone tu tak habis battery, selagi tu la pakat duk bergambar. Ye tak? Memory phone tu penuh dengan gambar raya je nanti.

Dah alang-alang masih dalam musim raya dan masih rajin nak pakai lawa-lawa, apa kata korang join Peraduan Wefie Raya Jus Hidayah Gold ni. Alah, sambal-sambil nak pergi beraya tu korang wefie dulu. Mana la tahu kan. Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia tak siapa yang tahu. Tak salah mencuba, kot-kot boleh menang besar!


Hanya dengan beberapa langkah, korang berpeluang untuk memenangi Peraduan Wefie Raya Jus Hidayah Gold yang berlangsung bermula 17/5/2018 sehingga 1/7/2018 (penyertaan ditutup jam 10 malam). Dah lama rupanya peraduan ni berlangsung, tapi saya baru perasan sekitar minggu lepas. Tempoh penyertaan tinggal tak sampai seminggu pun lagi. Penyertaan last minute pun mana la tahu kot-kot lagi bertuah kannnnn. Cara penyertaannya mudah je.

  1. Beli Jus Hidayah Gold.
  2. Bergambar beramai-ramai (wefie) bersama Jus Hidayah Gold. Make sure ada Just Hidayah Gold dalam wefie korang tu.
  3. Download aplikasi QR reader, lepastu scan QR code yang tertera di kotak Jus Hidayah Gold.
  4. Isi butiran lanjut dan masukkan “original code”. Alah, ikut je langkah yang terdapat di website www.seraimas.my
  5. Jangan lupa sertakan slogan “Saya sertai Peraduan Wefie Raya Jus Hidayah Gold kerana ….” (tidak melebihi 50 patah perkataan)
  6. Upload gambar wefie raya bersama Jus Hidayah Gold korang tu dekat aplikasi yang korang dah download tadi tu.

NOTE : Pastikan hantar penyertaan sebelum tarikh tutup, baru lah berpeluang untuk menang. Yang lambat memang tak dilayan. Kornag bertanggungjawab sepenuhnya terhadap gambar yang korang guna untuk penyertaan tersebut. Info lebih lanjut tentang terma & syarat peraduan ni korang boleh semak di https://seraimas.my/peraduan/  . #WefieRayaJusHidayahGold


Kat mana nak beli Jus Hidayah Gold ni? Haa bagi yang dah memang biasa minum Jus Hidayah Gold ni, takde masalah la kan. Bagi yang tak biasa, korang boleh dapatkan di took-toko jamu berdekatan, atau di website Seraimas (www.seraimas.my) / facebook Seraimas (https://www.facebook.com/seraimasHQ) . Untuk peraduan ni, korang boleh hantar penyertaan sebanyak yang mungkin dengan syarat setiap penyertaan mestilah mempunyai gambar kotak produk Jus Hidayah Gold sebagai bukti pembelian. Pemilihan pemenang adalah berdasarkan gaya paling kreatif. Pemenang akan diumumkan di Facebook rasmi Seraimas HQ.

HADIAH
Tempat Pertama : Gold Bar 20g + 2 jemputan ke rumah terbuka bersama Imam Muda dan keluarga Seraimas
Tempat Kedua : Gold Bar 10g + 2 jemputan ke rumah terbuka Imam Muda dan keluarga Seraimas
Tempat Ketiga sehingga Kelima : 1 dinar emas + 2 jemputan ke rumah terbuka Imam Muda dan keluarga Seraimas

Seraimas Herbs


Serai Mas Herbs Sdn Bhd ni dah ditubuhkan sejak 2005 lagi. Melalui syarikat ini, Pengarah Urusan Syarikat iaitu Datin Hajjah Sunita Bibi Ali Akhbar menyediakan pelbagai rangkaian produk kesihatan dan juga kecantikan yang bermutu tinggi. Antara produk keluaran SeraiMas adalah Losyen Terapi Anggun Dan Dara Mas Cucian Wanita, Serai Mas Herb serta Astanita Collagen Skinz dan C'Bidadari Juice Khas untuk kaum wanita yang mementingkan kecantikan luaran dan dalaman. Itu antara produk terawal mereka. Dah makin mendapat tempat dihati orang ramai barulah Seraimas memperkenalkan beberapa lagi produk iaitu Jus Hidayah, Kismis Hidayah, Raudhah Energy Drink, Rest Slimm Mango Drink dan Bengkung Puteri Mas.

Jus Hidayah Gold

Jujur saya cakap, dalam banyak-banyak produk Seraimas, Jus Hidayah Gold merupakan produk yang paling saya tahu. Mana tidaknya, selalu keluar iklan kat tv. Pastu selalu gak tengok dalam Instagram Imam Muda Asyraf. Almaklum, Imam Muda Asyraf merupakan duta produk Jus Hidayah Gold dan sangat terkenal dengan tagline “Lebih Kuat, Lebih Cergas, Lebih Beramal”. Eh ada yang tak tahu siapa Imam Muda Asyraf? Amboiii sangat. Nampak sangat duk tengok tv rancangan yang lagha-langa je, haha. K gurau je. Imam Muda Asyraf ni merupakan juara musim pertama program pencarian imam dalam kalangan generasi muda. Sekarang ni Imam Muda Asyraf mengacarakan program bual bicara iaitu Hidayah Talk. Program Hidayah Talk ini mengupas topik-topik semasa tentang kekeluargaan dan kesihatan.


Okay berbalik kepada Jus Hidayah Gold. Jus Hidayah Gold ni adalah minuman kesihatan yang menggabungkan 23 jenis herba dan makanan sunnah antaranya: Madu, buah tin, kismis, kurma merah, apricot, delima, lada pintal, cengkih, buah pala, senduduk putih, mahkota dewa, habbatus sauda,, mengkudu, dan teja lawang.

Soal kesihatan tubuh badan ni, orang kata lebih baik mencegah sebelum terkena. Produk yang berasaskan herba alam semulajadi macam Jus Hidayah Gold ini boleh dijadikan alternatif untuk mengekalkan kesihatan dan kecantikan serta mengubat penyakit.


Seraimas beroperasi sepenuhnya di Labis, Johor. Produk-produk keluaran Seraimas sesuai digunakan oleh semua lapisan masyarakat. Kalau korang nak tau lebih lanjut lagi pasal Peraduan Wefie Raya Bersama Jus Hidayah Gold ini, boleh usha kat website Seraimas ye.

Website: www.seraimas.my
No telefon: +6012 7848364


36 comments:

  1. wow hadiah menarik..RM10K..kena rebut ni

    ReplyDelete
  2. Bestnya hadiah pertandingan ni. Nak try la...

    ReplyDelete
  3. Macam best je.. Nak join nanti.

    ReplyDelete
  4. betul ke hadiah dia lumayan.. kena join nie

    ReplyDelete
  5. okeh !! sekarang jugak sis join.. hee~

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semangat tu penting, hehe. Mana tau rezeki blh menang

      Delete
  6. senang sangat contest gini. Ber'wefie'je boleh menang. Harap dapat menang la... eem kena pergi cari jus tu dulu apa2 pon... kan? kang x valid plak nnt...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah betul tu, apa2 pun kena pergi cari jus dulu

      Delete
  7. Bagus jaga kesihatan. Dapat menang tu bonus. Semoga berjaya mereka yang joib contest

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Tujuan utama nak jd kesihatan. Sambil2 tu klu menang apa salahnya hehe

      Delete
  8. wah menarik hadiah dia....gold bar tu....bkn sng nk dpt kan... boleh join cmmni... :)

    ReplyDelete
  9. Emi jom kita berwefie sesama sambil menang hadiah dari seraimas mana tahu rezeki disini kan heeeeee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannnn, mana la tahu rezeki bulan syawal ni.

      Delete
  10. Wah, Bestnya ada masa lagi nak joint ni sebelum tarikh tutup. Best tu dapat gold

    ReplyDelete
  11. Hadiah dia menarik gila. Rugi kalau tak join ni. Cara nk join pun sng je. Thanks 4 sharing.

    ReplyDelete
  12. Jom join..mna tau rezeki..siapa nak bagi tu kan

    ReplyDelete
  13. Lumayan nyer hadiah contest ini, will check out their products soon.

    ReplyDelete
  14. wah.. hadiah dia mengancam...tempat ke 3 hingga ke 5 pun dinar emas tu.. bulat mata sat nengok.. nak join lahh

    ReplyDelete
  15. beruntung sapa yang menang, kena dapatkan juga ni jus hidayah . mana tau rezeki last minit. bagus ni kalau amalkan badan pun sihat

    ReplyDelete
  16. Tak sempat nak join. Tinggal dua hari lagi. Jus Hidayah Gold tu pun tak sempat nak cari

    ReplyDelete
  17. sape nk bagi emas free2 macam tu je oi....Jadi jom join contest Wefie Raya Jus Hidayah Gold ni..mana tahun rezeki Syawal

    ReplyDelete
  18. Mak oooii wefie je boleh menang RM10k??

    ReplyDelete
  19. Mudah betul nak join. Wefie je boleh menang 20g gold bar. Sape nak bagi kan. Sempat lagi join nie. Nak join lah !

    ReplyDelete

Kindly leave your comment/feedback here.