Friday, June 8, 2018

Hidangan Meriah Raya di Kenny Rogers Roasters (KRR)

Bulan puasa ni asyik duk makan dekat bufet Ramadhan aje. Kalau tak bufet Ramadhan, beli kat bazaar Ramadhan. Gantung kuali sangat, haha. Saya bukan malas nak masak, cuma keadaan kat rumah tak mengizinkan untuk memasak buat masa sekarang. Tunggu dah pindah rumah lain nanti baru start masak balik. Time tu mungkin pergi kerja pun bawak bekal sebab ofis baru nanti tak tahu la cafenya dekat atau jauh. Sebenarnya rindu jugak nak makan hasil air tangan sendiri walaupun skill memasak tak seberapa pun, haha.


Okay, sebenarnya nak cerita. Sekitar last week saya sempat berbuka puasa dekat Kenny Rogers Roasters (KRR) di Berjaya Times Square bersama beberapa orang rakan. Berzaman weyh tak pi Times Square, haha. Pergi weekdays, lepas kerja terus ke sana sebab kebetulan ada prize giving ceremony oleh pihak KRR dekat outlet tu. Sebelum ni KRR telah menganjurkan Fortune Saranghaeyo Contest dan tiga orang pemenang telah pun dipilih. Eh tak tak, saya bukanlah pemenangnya haha. Saya pergi tengok je. Bertuah la badan kalau menang jugak sebab hadiahnya flight ticket 4D3N ke Korea weyhhhh! Tahniah buat para pemenang. Saya memang tak la menang sebab tak sempat join pun contest tu. Mereput kat Malaysia jela jawabnya.

Pemenang : Tempat pertama Encik Mohd Amin bin Hadarih, Tempat kedua Encik Zahar bin Amir, Tempat ketiga Suzan binti Vincent

Oh by the way, berbalik kepada berbuka puasa di Kenny Rogers Roasters (KRR). Rupa-rupanya KRR ada menu baru bersempena musim perayaan ni. Korang rasa apa menu barunya? Haaa kali ni KRR menampilkan hidangan tradisional dengan sedikit sentuhan moden melalui sajian terbaru Meriah Raya. Sajian Meriah Raya ni available sehingga 31 July 2018.



Menu yang klasik tetapi unik dari KRR ini berupa ayam masak merah berserta Kenny’s Nasi Tomato. Sebab bazaar dekat kawasan rumah saya takde jual nasi tomato Ramadhan kali ni, makanya saya excited sangat bila tengok KRR ada menu nasi tomato. Ada beberapa option yang customer boleh pilih dengan harga serendah RM15.50 dan ke atas.


KRR Riang Ria Muffin tu not bad. Warna hijau, ada rasa pandan dengan kombinasi inti kelapa yang direndam dengan brown sugar. Eh complicated sikit nak explain bab rasa ni, haha. Nak tahu kena pergi rasa sendiri.


Tak lengkap makan tanpa air kan? Kang tercekik tak ke haru. Ada 2 jenis air yang baru  diperkenalkan sekaligus dengan menu Meriah Raya ni iaitu Kenny’s Sirap Bandung dan Kenny’s Frizzy Rose.

Kenny’s Sirap Bandung

Kenny’s Frizzy Rose


NOTE : Korang kalau jenis yang tak selesa nak berbuka kat luar, kot-kot tak nak rushing pergi solat ke, atau tak selesa nak makan kat tempat awam sebab ada anak kecil, don’t worry. Korang masih boleh menikmati keenakan juadah KRR Meriah Raya ni dengan pakej KRR Meriah Take Home hanya pada harga RM59.90 sahaja. Boleh jimat RM23. Pakej ni termasuk 1 Kenny’s Whole Chicken ATAU 6 Ayam Masak merah, 4pcs Riang Ria  Muffin, 2 side dishes, 1 1.5L Coca Cola, dan 1 i.Care Bag bernilai RM10.

19 comments:

  1. lama lak tak makan kenny rogers ni...
    dulu selalu sangat makan mac and cheese dengan black pepper dia..
    sekali tu jadi addiction,
    terus belajar buat sendiri..
    bila buat sendiri rasa macam kena ngan tekak mac and cheese dia...
    terus jarang p dah..
    tapi muffin dia je la...
    memang sedap.. oo.. kalau ikutkan makan kenny rogers dulu memang rajin sebelum ada komitmen anak hahah.. sebab rasa dia lembut je..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah memang pun, muffin dia tu ramai yg suka. mac and cheese dia tak pernah try pulak

      Delete
  2. mai ok sedap plak menu ramadan kenny rogers ni ek, kak lily suka side dishnya yang ada pelbagai warna, rasa dan rupa tuh lah. muffin coklat paling terbaik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah, btw try la muffin yg color hijau ni. Not bad

      Delete
  3. bosan juga asyik berbuka puasa dgn lauk2 melayu ni. sekali sekala nak tukar selera dgn makan ayam panggang KRR. dah lama dah tak makan ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannnnn, musim raya pun sesuai ni menu macam ni

      Delete
  4. Sesekali nakkan kelainan boleh la terjah Kenny Rogers. Ok juga la set dia tu. Suka muffin vanilla dia sebab lembut dan wangi. Makanan pulak suka soup dia dan anak Mac and Cheese dia.

    ReplyDelete
  5. Suka juga makan Kenny Rogers. Bolehlah cuba menu baru Meriah Raya ni nanti. Dia punya muffin tu memang tak boleh tinggal la kalau dah duduk makan di Kenny Rogers. Semua jenis kita suka! Promo pun sampai hujung Julai, so masih sempat nak mencuba.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah, banyak lagi masa nak ke KRR cuba menu baru ni,

      Delete
  6. Lama giler tak pergi kenny rogers..dulu masa sebelum kawin ada la pergi..lepa skawin takde jejak langsung lagi..hahaa..kene terjah ni ..tengok menu dia sedap pulak..air dia tu mesti sedap

    ReplyDelete
  7. teringat pulak time cny dulu kenny rogers ada buat promo muffins telur masin. sedapnya tak terkata! kali ni raya nk cubalah yang ni! hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. muffin telur masin? tak pernah rasa. mesti best

      Delete
  8. Sedapnya makanan kat Kenny Rogers Roasters ni heheh kita selalu setiap Ramadan pergi sini cuma tahun ni tak ada jemputan pulak wakakakak bukan rezeki masih banyak masa kita untuk pergi...

    ReplyDelete
  9. kita memang suka makan kat kenny rogers ni. bulan puasa ni x menyempat nak try berbuka kat sini.

    ReplyDelete
  10. Krr promosi raya ramadhan set dia nit bad. Suka ayam dia mmg sedap apatah lagi side dish dia x pernah mengecewakan sedappp

    ReplyDelete
  11. Oh wowwww! Lain dari yang lain lah KRR ni punya promosi dan menu. Nice idea !!! Nanti kalau rasa nak makan nasi tomato boleh la try makan di KRR ni jugak sebab harga dia pun not bad. Banyak pulak muffin dia. Paling suka muffin dia. Sedap!

    ReplyDelete
  12. I love Kenny Rogers, gonna grab the raya take home pack, it's really worth it and we get to save more to enjoy good food.

    ReplyDelete

Kindly leave your comment/feedback here.