Thursday, June 7, 2018

Buffet Ramadhan - The Federal KL Meraikan anak-anak Rumah Nur Kasih Bestari di Restoran Kontiki.

Ramadhan kali ini, saya sekali lagi berpeluang berbuka puasa di salah satu restoran di The Federal Hotel KL iaitu Restoran Kontiki. Sekitar dua tahun lalu saya pernah berbuka puasa buffet di sini. Buffet Ramadhan di Restoran Kontiki merupakan salah satu buffet Ramadhan yang saya gemari berbanding buffet Ramadhan lain di Kuala Lumpur. Kenapa? Teruskan pembacaan. Oh ye, tujuan saya berbuka di Restoran Kontiki pada hari tersebut adalah bertujuan untuk turut sama meraikan kanak-kanak dari Rumah Nur Kasih Bestari. Majlis berbuka puasa untuk kanak-kanak dari Rumah Nur Kasih Bestari ini merupakan inisiatif dari pihak The Federal Hotel KL dan Hotel Capitol KL.



Comel-comel je tengok kanak-kanak dari Rumah Nur Kasih Bestari. Polos je semuanya. Menimbulkan rasa insaf dan syukur dalam diri ni. Kalau kita rasa hidup kita susah, ada yang lebih susah dari kita. Dan kenikmatan hidup serta kegembiraan kita, seharusnya kita kongsikan bersama insan sekeliling kita, apatah lagi kanak-kanak. Besar pahalanya menggembirakan kanak-kanak. Kanak-kanak dari Rumah Nur Kasih Bestari turut menerima sumbangan duit raya daripada pihak pengurusan The Federal Hotel KL.

Sedikit maklumat tentang Rumah Nur Kasih Bestari. Rumah Nur Kasih Bestari menempatkan 50 orang anak-anak dalam lingkungan umur 6 sehingga 16 tahun. Mereka adalah anak-anak dari keluarga yang kurang berkemampuan, anak-anak yatim dan juga kanak-kanak istimewa (OKU). Diasaskan pada Disember 2006 oleh Puan Nurul dan rakan-rakannya, Rumah Nur Kasih Bestari kini diuruskan oleh Puan Zahrati. Rumah Nur Kasih Bestari beralamat di No 20 Jalan Prima Pelangi 1, Bukit Prima Pelangi, Segambut, 51200 KL. Sumbangan dan bantuan untuk mereka dari orang ramai sangat dialu-alukan.

Tengok nasi daging ni aje dah terbuka selera

Dari kiri : Fried Yee Mee, Paru Goreng Berempah, Hati Ayam Goreng Berkicap, Ayam Paprik, Mussel Masak Pedas Asam

Berbalik kepada buffet Ramadhan di Restoran Kontiki. Paling saya suka kat buffet Ramadhan di Restoran Kontiki semestinya variasi juadah yang disediakan. Siapa tak suka makanan kan? Tambahan pula kalau makanan tu sedap. Buffet Ramadhan yang dibawakan oleh Restoran Kontiki ini bertemakan Juadah Kampung. Terdapat lebih dari 100 juadah kampung disediakan disini. Selain juadah kampung, ada juga disediakan makanan selera tempatan yang sememangnya digemari ramai.

Dari kiri : Daging Kicap dan Kacang Pis, Ikan Goreng Serai, Sambal Udang Petai, Pucuk Manis Lemak Keledek, Potato with Chopped Parsley

Dari kiri : Grilled Lamb Cutlet on Ratatouille, Roasted Duck with Quick Orange Sauce, Spaghetti Bolognese, Fried Squid with Dried Chili, Braised Beancurd with Seafood

Aneka salad

Dari kiri : Rojak Sotong Kangkung, Lok-lok, Otak-otak dan keropok, Tau Fu bakar, Lebanese Pita Bread

Aneka kerabu


Dari menu utama, sup, appetizer, kerabu, side dishes, BBQ , desserts…semuanya sangat menyelerakan. Dalam gambar yang saya tunjuk ni belum kesemua lagi. Hanyalah sebahagian dari apa yang ada di buffet Ramadhan tersebut. Oh ye, lagi satu perkara penting. Suasana kat Restoran Kontiki ni sangat selesa. Susun atur meja tak terlalu crowded dan jumlah para pengunjung yang diterima setiap hari tidaklah terlalu ramai macam sesetengah buffet Ramadhan. Rasanya pihak Restoran Kontiki menekankan aspek keselesaan para pengunjung, sebab tu mereka tidak tamak menerima jumlah pengunjung yang terlalu ramai setiap hari. Kita nak berjalan ke sana-sini ambil makanan pun rasa selesa. Dekorasi restoran berkonsepkan minimalist moden dan tampak mewah. Memang suasana kat restoran tu terasa mewah dan eksklusif. Sesuai untuk gathering berbuka puasa bersama keluarga, rakan-rakan dan juga corporate dinner.


Aneka deepfried di BBQ Station




Dessert banyak betul pilihan

Sushi pun ada

Lemang

Susun atur hidangan pun memang Nampak kemas dan memudahkan para pengunjung. Juadah kampung, dessert dan appetizer dihidangkan di bahagian dalam restoran. Manakala di bahagian luar restoran pula disediakan BBQ station dan gerai-gerai untuk menu lainnya. Betul-betul bersebelahan restoran tu terdapat kolam renang. Best kan berbuka puasa berlatar belakangkan pemandangan dan suasana macam ni. Kawasan sekeliling restoran ni memang bersih dan cantik. Instagrammable sangat! Boleh tangkap gambar banyak-banyak upload kat Instagram. Saya tak banyak sangat tangkap gambar suasana restoran sebab bila tengok makanan, hati saya jadi tak keruan sampai lupa nak tangkap gambar sekeliling.

Harga buffet Ramadhan di Restoran Kontiki, The Federal KL
Dewasa : RM138
Kanak-kanak : RM35
Warga Emas : RM69


Sangat menyelerakan menu buffet Ramadhan di Restoran Kontiki ni kan? Lokasi pun tengah-tengah Bukit Bintang, sangat senang nak ke sini. Habis kerja terus ke sini dengan rakan-rakan. Saya sendiri pun seronok berbuka puasa sambal gathering dengan rakan blogger yang lain. Sempat bergambar bersama sebelum pulang. Eh korang kalau nak berbuka puasa di restoran Kontiki, sempat lagi ni buat tempahan. Boleh buat tempahan di 03-21489166 atau email ke fnb@federal.com.my .


THE FEDERAL KUALA LUMPUR
35, Jalan Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur

14 comments:

  1. Memang menarik juadah di Kontiki. Suka itik masak jus oren. Biasa tak gemar makan itik. Serius rambang mata nak makan apa..sesuai sangat bg peminat menu selera kampung. Berbaloi datang sini 👌👌

    ReplyDelete
  2. Ni salah satu Hotel yang meraikan juga anak2 yatim. Patut diteruskan setiap kali ramadan. Itik kalau masak kerutuk sedap. Kalau itik panggang tak suka sangat. Banyak seleksi makanan kat sini.

    ReplyDelete
  3. Besar pahalanya meraikan anak-anak dari keluarga yang kurang berkemampuan, anak-anak yatim dan juga kanak-kanak istimewa (OKU) di bulan ramadhan yg mulia ini...mereka pn happy bila dpt merasa hidangan buffet di hotel

    sedap nmpk deep fried station tu, sushi pn ada tu..yummmm

    ReplyDelete
  4. nampak besar dan luas restoran ni ek, menu pun menberangsangkan, bole tergugat iman bile tengok gambar makanan tengahari ni

    ReplyDelete
  5. Suka makan kat sini sebab restoran dia besar dan boleh memuatkan kapisiti yang ramai kan..dengan susunan hidangan dan dekorasi yang menarik..semua makanan pun sedap..paling suka kat area grill dan goreng- goreng..seafood dia fresh sangat..

    ReplyDelete
  6. Wow! Banyak nya makanan di federal hotel... nampak banyak sedap ni.... such a wonderful meal..

    ReplyDelete
  7. Wow, makanan nya memang sedap. I sudah lapar tengok especially kat grill grill tu. Sedap Sedap tu

    ReplyDelete
  8. sedapnya. kita ada baby jadi susah nak ke sana sini, so tengok jelah review orang sambil telan air liur haha

    ReplyDelete
  9. menariknya menu dan sajian kat Kontiki ni..memang tak pernah tak sedap. Satu lagi usaha yang baik dari hotel supaya anak-anak yang tidak bernasib baik ini dapat merasai keseronokan berhariraya

    ReplyDelete
  10. Seronok sis tengok anak2 yg kurang bernasib baik diraikan macam ni saban tahun..harap2 akan datang tidaklah tunggu masa raya atau puasa aje.
    Hidangan yg disediakan pun sedap2..mesti mereka suka kan!

    ReplyDelete
  11. Hotel ni merupakan sa;ah satu hotel yang hidangkan buffet berbuka yang sedap. Rezeki budak-budak tu dapat berbuka kat sini.

    ReplyDelete
  12. Bestnya dapat meraikan anak yatim dan mereka yang memerlukan ini kita sendiri tak dapat nak bantu selalu tapi bila ada peluang bersama mereka ini sekurang kita dapat memberi kebahagiaan kepada mereka juga...

    ReplyDelete
  13. Wowwww hidangannya... Patut la dia suka berbuka puasa dekat sini berbanding dekat tempat lain.. Boleh la ajak bro berbuka dekat sini nanti... Tahun depan pun boleh ;)

    ReplyDelete
  14. Baru tau pasal hotel ni..dekat kl ni macam-macam hotel ada..menarik sebab dia meriakan anak-anak yatim..tengok makanan dia pun menyelerakan. Betul tu, kita yang rasa susah, tapi sebenarnya ada lagi yang susah

    ReplyDelete

Kindly leave your comment/feedback here.