Dah alang-alang masih dalam musim raya dan masih rajin nak pakai lawa-lawa, apa kata korang join Peraduan Wefie Raya Jus Hidayah Gold ni. Alah, sambal-sambil nak pergi beraya tu korang wefie dulu. Mana la tahu kan. Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia tak siapa yang tahu. Tak salah mencuba, kot-kot boleh menang besar!
Hanya dengan beberapa langkah, korang berpeluang untuk memenangi Peraduan Wefie Raya Jus Hidayah Gold yang berlangsung bermula 17/5/2018 sehingga 1/7/2018 (penyertaan ditutup jam 10 malam). Dah lama rupanya peraduan ni berlangsung, tapi saya baru perasan sekitar minggu lepas. Tempoh penyertaan tinggal tak sampai seminggu pun lagi. Penyertaan last minute pun mana la tahu kot-kot lagi bertuah kannnnn. Cara penyertaannya mudah je.
- Beli Jus Hidayah Gold.
- Bergambar beramai-ramai (wefie) bersama Jus Hidayah Gold. Make sure ada Just Hidayah Gold dalam wefie korang tu.
- Download aplikasi QR reader, lepastu scan QR code yang tertera di kotak Jus Hidayah Gold.
- Isi butiran lanjut dan masukkan “original code”. Alah, ikut je langkah yang terdapat di website www.seraimas.my
- Jangan lupa sertakan slogan “Saya sertai Peraduan Wefie Raya Jus Hidayah Gold kerana ….” (tidak melebihi 50 patah perkataan)
- Upload gambar wefie raya bersama Jus Hidayah Gold korang tu dekat aplikasi yang korang dah download tadi tu.
NOTE : Pastikan hantar penyertaan sebelum tarikh tutup, baru lah berpeluang untuk menang. Yang lambat memang tak dilayan. Kornag bertanggungjawab sepenuhnya terhadap gambar yang korang guna untuk penyertaan tersebut. Info lebih lanjut tentang terma & syarat peraduan ni korang boleh semak di https://seraimas.my/peraduan/ . #WefieRayaJusHidayahGold
Kat mana nak beli Jus Hidayah Gold ni? Haa bagi yang dah memang biasa minum Jus Hidayah Gold ni, takde masalah la kan. Bagi yang tak biasa, korang boleh dapatkan di took-toko jamu berdekatan, atau di website Seraimas (www.seraimas.my) / facebook Seraimas (https://www.facebook.com/seraimasHQ) . Untuk peraduan ni, korang boleh hantar penyertaan sebanyak yang mungkin dengan syarat setiap penyertaan mestilah mempunyai gambar kotak produk Jus Hidayah Gold sebagai bukti pembelian. Pemilihan pemenang adalah berdasarkan gaya paling kreatif. Pemenang akan diumumkan di Facebook rasmi Seraimas HQ.
HADIAH
Tempat Pertama : Gold Bar 20g + 2 jemputan ke rumah terbuka bersama Imam Muda dan keluarga Seraimas
Tempat Kedua : Gold Bar 10g + 2 jemputan ke rumah terbuka Imam Muda dan keluarga Seraimas
Tempat Ketiga sehingga Kelima : 1 dinar emas + 2 jemputan ke rumah terbuka Imam Muda dan keluarga Seraimas
Seraimas Herbs
Serai Mas Herbs Sdn Bhd ni dah ditubuhkan sejak 2005 lagi. Melalui syarikat ini, Pengarah Urusan Syarikat iaitu Datin Hajjah Sunita Bibi Ali Akhbar menyediakan pelbagai rangkaian produk kesihatan dan juga kecantikan yang bermutu tinggi. Antara produk keluaran SeraiMas adalah Losyen Terapi Anggun Dan Dara Mas Cucian Wanita, Serai Mas Herb serta Astanita Collagen Skinz dan C'Bidadari Juice Khas untuk kaum wanita yang mementingkan kecantikan luaran dan dalaman. Itu antara produk terawal mereka. Dah makin mendapat tempat dihati orang ramai barulah Seraimas memperkenalkan beberapa lagi produk iaitu Jus Hidayah, Kismis Hidayah, Raudhah Energy Drink, Rest Slimm Mango Drink dan Bengkung Puteri Mas.
Jus Hidayah Gold
Jujur saya cakap, dalam banyak-banyak produk Seraimas, Jus Hidayah Gold merupakan produk yang paling saya tahu. Mana tidaknya, selalu keluar iklan kat tv. Pastu selalu gak tengok dalam Instagram Imam Muda Asyraf. Almaklum, Imam Muda Asyraf merupakan duta produk Jus Hidayah Gold dan sangat terkenal dengan tagline “Lebih Kuat, Lebih Cergas, Lebih Beramal”. Eh ada yang tak tahu siapa Imam Muda Asyraf? Amboiii sangat. Nampak sangat duk tengok tv rancangan yang lagha-langa je, haha. K gurau je. Imam Muda Asyraf ni merupakan juara musim pertama program pencarian imam dalam kalangan generasi muda. Sekarang ni Imam Muda Asyraf mengacarakan program bual bicara iaitu Hidayah Talk. Program Hidayah Talk ini mengupas topik-topik semasa tentang kekeluargaan dan kesihatan.
Okay berbalik kepada Jus Hidayah Gold. Jus Hidayah Gold ni adalah minuman kesihatan yang menggabungkan 23 jenis herba dan makanan sunnah antaranya: Madu, buah tin, kismis, kurma merah, apricot, delima, lada pintal, cengkih, buah pala, senduduk putih, mahkota dewa, habbatus sauda,, mengkudu, dan teja lawang.
Soal kesihatan tubuh badan ni, orang kata lebih baik mencegah sebelum terkena. Produk yang berasaskan herba alam semulajadi macam Jus Hidayah Gold ini boleh dijadikan alternatif untuk mengekalkan kesihatan dan kecantikan serta mengubat penyakit.
Seraimas beroperasi sepenuhnya di Labis, Johor. Produk-produk keluaran Seraimas sesuai digunakan oleh semua lapisan masyarakat. Kalau korang nak tau lebih lanjut lagi pasal Peraduan Wefie Raya Bersama Jus Hidayah Gold ini, boleh usha kat website Seraimas ye.
Website: www.seraimas.my
Facebook: https://www.facebook.com/seraimasHQ
Instagram: https://www.instagram.com/seraimashq/
No telefon: +6012 7848364