Magical Butterfly Unicorn Party – The Butterfly Project Turns 5! - emilinda

Sunday, May 13, 2018

Magical Butterfly Unicorn Party – The Butterfly Project Turns 5!

Sejak join komuniti The Butterfly Project beberapa tahun lepas, saya merasakan hobi menulis blog semakin menyeronokkan. Mana tidaknya, melalui komuniti The Butterfly Project, ianya bukan sahaja platform untuk mendapatkan idea content untuk diterbitkan di blog. Melalui komuniti The Butterfly Project, saya didedahkan dengan pelbagai aktiviti menarik dan menyeronokkan bersama ahli komuniti yang lain. The Butterfly Project bukan sahaja menggabungkan para blogger, tetapi juga Youtubers. Melalui gathering dan party yang dianjurkan, saya dapat kenal lebih ramai rakan baru yang mempunyai minat yang sama. Tidak dinafikan, melalui aktiviti-aktiviti sebeginilah saya mula perlahan-lahan belajar untuk lebih yakin dan menonjolkan diri. Kalau dulu saya agak malu-malu dan boleh dikatakan agak socially awkward, tetapi sekarang saya lebih tahu bergaul dan menyesuaikan diri dalam kelompok kumpulan yang ramai. Ianya merupakan satu pencapaian bagi saya.





Pada bulan lepas, The Butterfly Project telah menginjak ke usia 5 tahun. Sekejap betul masa berlalu. Kalau kanak-kanak, dah masuk tadika dah. Hehe. Sebagai salah seorang ahli komuniti The Butterfly Project yang agak aktif, saya semestinya sangat teruja dan tidak melepaskan peluang untuk turut serta dalam parti ulang tahun The Butterfly Project yang ke 5 ini. Tema yang dibawakan kali ini adalah magical unicorn. Jujurnya sebelum mendapat jemputan ke parti ini lagi saya dah mula recce aksesori bertemakan unicorn untuk dipakai ketika parti. Excited kot, terus order secara online.

My Unicorn Look



Untuk birthday party kali ni, saya dah fikir macam-macam idea. Faham tak bila idea dah banyak sangat tapi tak tahu nak guna yang mana satu? Tak nak kalah dengan kawan-kawan lain, but at the same time ada limitation because you can’t dye your hair to look like a unicorn, etc. Tanduk unicorn tu dah satu kemestian. I actually bought 3 different unicorn horn online, sebab tak pasti which one will look better on me. Haha excited kan. End up saya fikir nak datang ke party tu sebagai unicorn bride. Muslimah unicorn bride to be exact, haha! Yes, I went to the party wearing a soft color long dress with plain shawl.



Beberapa minggu sebelum tu saya dah usha cara nak mekap kasi nampak macam unicorn. Tapi disebabkan saya baru sahaja pindah rumah sehari sebelum party, makanya everything is in chaos. Kemas bilik pun belum habis, dan barang-barang mekap dan accessories entah dalam kotak yang mana satu. But I try jugak, put some extra makeup which is a bit different compared to my daily makeup look. Dah rasa cantik dah tu, tapi sampai kat party tengok orang lain ramai lagi yang lagi awesome and sporting. Mana tidaknya, 3 orang akan dipilih untuk pakaian terbaik dan akan bawa pulang hadiah eksklusif dari Trollbeads!

Pemenang pakaian terbaik

The party & activities

Excited, saya sampai agak awal. Majlis belum mula pun lagi. Majlis bermula dengan ucapan dari Tammy, founder The Butterfly Project. She is the one yang bertungkus lumus untuk setiap party dan aktiviti yang dianjurkan untuk ahli The Butterfly Project. Sedikit briefing tentang aktiviti-aktiviti yang tersedia pada hari tersebut.


Tak syok la party kalau takde photobooth kan? Photobooth dah jadi satu kemestian dah disetiap party dan majlis. Kalau ada photobooth, orang memang akan serbu photobooth dulu. Almaklum, sementara mekap masih on point lagi baik bergambar sakan. We had Boomerang PhotoBox by GNG Studiobooth for our unicorn party. Typical photobooth boleh print unlimited gambar, tapi yang ni siap boleh buat boomerang lagi. Boomerang dan gambar-gambar tu turut diemailkan kepada kita waktu tu jugak! So boleh la post dekat social media.



Selain photobooth, tersedia juga Flower Bar by Everyday Flowers. So far this is the first party that I attend, yang ada flower bar. I’m so excited! Ada macam-macam jenis bunga kat situ. I choose a few stalks of flowers, and handed it to them. Time tu jugak dorang gubahkan bunga tu jadi jambangan bunga.


Siapa je tak suka bunga kan? Lagi-lagi kaum hawa. Eh jangan kata kaum hawa jela, kaum lelaki pun ramai je yang suka bunga. Lumrah manusia suka perkara-perkara indah. Berbunga je hati hari tu dapat bawak balik bunga, haha.


Dekat satu sudut terdapat meja for adoption session. Mula-mula macam curious gila nak adopt apa benda ni? Rupa-rupanya semua orang kena adopt a unicorn! Comel gila, siap kena isi adoption certificate and bagi nama kat unicorn kita tu. Tak sempat nak fikir nama untuk unicorn, so I name it Spencer. Cuba teka apa yang kitorang adopt? It is a cute unicorn mug from 50Gram!

Meet Spencer!


Next, pergi party kalau takde belon, takde la suasana party kann. Kat unicorn party ni bukan saja ada belon-belon untuk dekorasi, tetapi ada jugak booth Brrrloon dimana kami diberi peluang merasai sendiri pengalaman auto-inflate coloring balloon. Jakun pulak terasa masa tu, haha. Hello, ingat kanak-kanak aje ke suka belon? Staff Brrrloon akan kasi 1 belon yang masih flat kat kita. Kat belon tu kita boleh warnakan ikut suka hati kita. Nak tulis nama pun boleh. Then bila dah siap warnakan, boleh tekan kuat-kuat kat bahagian tengah belon tu. Goyang-goyangkan belon sikit, then slowly belon tu akan mengembang. Yang dah tua ni pun teruja, kalau kanak-kanak lagi la teruja. Haha



Memandangkan unicorn party ni diadakan pada waktu petang, makanya makanan yang tersedia pun bukanlah makanan yang berat. Baguslah sediakan makanan simple macam ni, senang nak makan tanpa rosakkan lipstick haha. Lagipun imagine kalau heavy dishes disediakan kat party macam ni, tak ke korang distracted nanti. Nak mingle around and enjoy the activities ke, atau nak focus menghadap makanan? Haaa dilemma nanti.



Unboxing the Unicorn Goodie Bag



Balik rumah, terus unbox apa yang ada dalam goodie bag tu. Part ni paling excited setiap kali pergi party. Dah la goodie bag comel sangat, memang kena dengan tema unicorn. Apa ada dalam tu? First, ada gold unicorn necklace (RM14.90) dari Wanderlust Things. Kalau korang jenis suka barangan yang unik dan comel, go check out their website. Dorang ada jual banyak benda comel kat situ. Next is NYX Vivid Brightest Liquid Eyeliner in VBL09 Blossom (RM30) and NYX Lip Of The Day Liquid Lip Liner in LOTD08 Cherished (RM35). Sebelum ke party tu baru je lepas sembang dengan roommate, cakap saya takde eyeliner selain warna hitam. Now dah ada, happynya. Lagipun saya memang pengguna barangan mekap jenama NYX.


Selain tu ada reusable Dolly Wink fake eyelashes! Yang ni teruja sangat-sangat sebab diri sendiri tak pernah beli fake eyelashes dan memang tak reti pun nak pakai. So bila dah dapat ni, boleh la try and error, cuba pakai kat mata sendiri. By the way, brand Dolly Wink ni memang famous kalau bercakap pasal mekap mata. Saya sendiri selama ni memang guna liquid eyeliner Dolly Wink, memang best!

Lagi, ada thank you card dengan berus mekap bertemakan unicorn, pemberian Tammy. Thank you Tammy, I love it. I’m so gonna use it for my daily makeup. Special kot yang ni sebab pemberian founder The Butterfly Project. Selain tu ada sample shampoo dari Dear Beaute, the Himawari Hair Care! This is my first time tahu pasal brand ni, but I will utilise it for my travel purposes. If I’m not mistaken, this brand is from Japan. Last but not least, ada belif on-the-go travel kit! Brand belif ni memang taka sing lagi dah, siap ada peminat tersendiri.



That’s all from me for now. Thank you mamasan Tammy for the opportunity given to me. I really appreciate it.

21 comments:

  1. Syoknya kan event gathering dengan kawan-kawan macam ni. I paling suka baju you, sopan tapi still ada unicorn looks tu. Boleh buat baju raya.

    ReplyDelete
  2. Bestnya tengok korang berparti ni. Akak pun Butterfly Project juga tapi tak berkesempatan nak join program yang dianjurkan. Ada saja kekangan masa tau. Hopefully lepas nih berpeluang join. Seronok tengok masing masing dengan gaya unicorn

    ReplyDelete
  3. Suka sangat dengan tema. Very catchy! Warna warni pulak tu dan semestinya lain daripada yang lain. Interesting! Apapun, you look good lah dengan mekap macam ni. Simple but decent look! Congratz The Butterfly Project!

    ReplyDelete
  4. Best kan kan aktibiti yang diaturkan oleh The butterfly Project..akak pun baru pertama kali menyertai aktiviti bersama mereka cuma tak sempat nak sertai Unicorn Party ni..masa tu mak akak warded dan akak pun agak segan dengan usia akak yg agak dh tua macam x sesuai plak party dengan tema macam ni..tahniah The Butterfly Project kerana berjaya dengan Unicorn Party..semua pun nampak cantik dengan tema ni

    ReplyDelete
  5. Wahh bertuahnya badan dapat join komuniti cam gini. Selalu pulak ada projek untuk ahli.
    Tengok uoll di majlis Unicorn Party tu sangatlah glam dan happening. Jeles kita wak..hahaha.
    Apa-apa pun tahniah untuk The Butterfly Project, dan moga terus success bersama ahli-ahli group yang lain

    ReplyDelete
  6. Menarik sungguh Tema Unicorn ni, Ada juga isi hari tu dekat FB Butter fly Project tapi tak terpilih.. seronok tengok semua peserta spoting he he he, best juga dapat ilmu melalui bengkel The Butterfly Project ni, seronok baca entri ni... Thanks sharing.

    ReplyDelete
  7. bestnya.. x dpt join kali ini sebab sibuk.. anyway fesyen muslimah tapi kena dengan tema.. happy birthday butterfly

    ReplyDelete
  8. Bila lak nak ada komuniti khas untuk blogger lelaki lak kita letak Kupu-kupu lah hehehe jelous tengok mereka begitu aktif dan juga banyak perkara baru dalam berkomuniti macam ni...

    ReplyDelete
  9. Semua ungu dan semua unicorn!! Best sangat tengok. Aritu x isi sebab xsempat nak join. Tapi seronok tengok kawan2 seronok.

    ReplyDelete
  10. Wah cantik your makeup dan baju. Seriously follow the unicorn theme. I wish I could go the event and meet you . But maybe next year :D

    ReplyDelete
  11. Comelnya theme unicorn ni. Lagi comel bila guests semua gunakan baju2 dan dress up sungguh2 mengikut theme. Mesti best dapat bersama2 dengan kawan2 lain and dapat goody bags semua kan. Tiba2 teringin nak join The Butterfly Project pulak. Hahaha

    ReplyDelete
  12. alololo comelnya unicorn dia hehehe. Baguskan bila ada komuniti yang menganjurkan parti seperti ni. selain daripada korang boleh jumpa geng2 yang meminati bidang yang sama (mekap) dapat kenal kawan baru jugak :-)

    ReplyDelete
  13. Mmg theme paling popular tahun ni. Cantik la makeup dan baju tu...walaupun minimalist ttp vogue.. mmv meriah tgk party tu

    ReplyDelete
  14. Wahhhh tahniah dah masuk tahun kelima buat butterfly project. Bestnya ada komuniti bligger yg aktif mcm nie. Time buat gathering mesti selalu havoc ya. Siap bertema bagai. Bestnya dpt dress up according to the theme. Goodiea dapat pon meriah.

    ReplyDelete
  15. This is like the party of the century! Everyone looks so cute, your outfit is amazing too! Will try and apply to join for the next butterfly party.

    ReplyDelete
  16. Lama tak jumpa rosni... makin lawa sekarang nie.. Butterfly Project antara team yang dah lama bro support dari mula penubuhan dorang...

    ReplyDelete
  17. Happy 5th Birthday to The Butterfly Project. I love the Unicorn theme this mth and everyone look cute in their unicorn dress. I miss the event.

    ReplyDelete
  18. Seronok betul jadi blogger perempuan. Ada event best best macam ni.. jeles kita wak, hahahaha

    Btw, meriah betul party ni. Good job Butterfly Project. Semoga terus sukses

    ReplyDelete
  19. Comel parti yang bertema macam ni. Masing-masing pun pandai berhias. Kostum tak perlu tempah, just guna kreativiti korang je. Bagus! Selamat Ulangtahun ke 5 Butterfly Project!

    ReplyDelete
  20. Comel je unicorn emi tu... Skrg rmi yg bertema unicorn kan abb wane dia yg pastel... Menarik dipandang gitu... Hehehe.. Kalau wawa dkt sane, wawa nk joinlah sme2 dgn anda smua.. Meriah sungguh...

    ReplyDelete
  21. Thank you very much for the sharing! COOL.. heliumballoondelivery.co.uk

    ReplyDelete

Kindly leave your comment/feedback here.