May 2018 - emilinda

Thursday, May 31, 2018

LOKA Malaysia, Hub Fesyen Selebriti Popular Masa Kini

May 31, 2018 8
LOKA Malaysia, Hub Fesyen Selebriti Popular Masa Kini
Biasa pergi NU Sentral? Pernah dengar tentang butik LOKA Malaysia? Haaa kalau korang selalu lepak atau shopping kat NU Sentral, mesti korang perasan akan kewujudan LOKA Malaysia ni. LOKA Malaysia berada di tingkat 1 NU Sentral, dan betul-betul bersebelahan dengan butik H&M. Saya sendiri memang kerap ke NU Sentral untuk shopping, makan-makan, lepak dan tengok wayang. Almaklum, lokasi NU Sentral tu strategik, berdekatan dengan kebanyakan public transport. Kalau nak jumpa kawan pun biasanya saya selesa berjumpa di NU Sentral. Setiap kali saya ke NU Sentral, memang saya perasan tentang kewujudan LOKA Malaysia ni, tapi saya tak pernah masuk ke butik LOKA Malaysia. Kiranya duk lalu kat depan tu, duk jeling-jeling je. Nak masuk rasa segan sebab tak tahu sangat apa yang dijual kat dalam tu. Ada la nampak baju bergantungan. Tertanya-tanya juga tentang butik LOKA Malaysia ni.


Baru-baru ini saya berkesempatan ke majlis Meet & Greet Bersama LOKA Malaysia. Kebetulan baru balik dari Shah Alam, then member ajak join dia ke majlis tu. Dah alang-alang saya kat sana, saya join jela. Sambil-sambil tu boleh jugak tahu lebih lagi tentang apa yang dijual kat LOKA Malaysia. Awalnya saya sangkakan LOKA Malaysia ni merupakan sebuah butik yang mengeluarkan produk pakaian dibawah jenama LOKA sendiri. Rupanya sangkaan saya meleset sama sekali. LOKA Malaysia merupakan hub fesyen yang menggabungkan jenama-jenama tempatan termasuk jenama-jenama dari selebriti popular tanah air kita. Ketika majlis Meet & Greet tersebut, turut diadakan mini fashion show bagi pakaian yang dijual di butik LOKA Malaysia. Sempat saya rakamkan sedikit.


Di LOKA Malaysia, terdapat sekitar 60 jenama fesyen serta gaya hidup tempatan digabungkan di bawah satu bumbung. Banyak kan? Jika tidak salah pemahaman saya, konsepnya lebih kurang macam vendor boutique. Bezanya, LOKA Malaysia berjaya menjalankan operasi butik mereka di pusat beli-belah ternama di Kuala Lumpur. Yela, kebiasaannya vendor boutique lain beroperasi di premis berasingan seperti rumah kedai dan sebagainya.


Turut hadir ke majlis Meet & Greet tersebut ialah beberapa orang artis tempatan yang turut mengambil bahagian dalam menempatkan jenama mereka di gedung fesyen LOKA Malaysia. Antaranya ialah Raja Ilya, Avaa Vanja, Normah Damanhuri, Didie Alias, dan ramai lagi. Apa yang saya suka tentang LOKA Malaysia ialah ianya berusaha mengetengahkan jenama-jenama tempatan sebaris dengan jenama antarabangsa di pasaran pusat beli-belah. Dengar-dengar, di masa akan datang pihak LOKA Malaysia akan turut membawa jenama-jenama tersebut ke peringkat antarabangsa. Bagi saya, ianya satu inisiatif yang bagus bagi menaikkan lagi industri fesyen Malaysia ke peringkat yang lebih tinggi.


Antara jenama yang terdapat di butik LOKA Malaysia adalah Georgeous dan Precious Luxe daripada Rozita Che Wan, WD Exclusive daripada Wak Doyok, Fazbulouscom daripada Fazura, Tumeric Mask daripada Avaa Vanja, Abam Brands daripada Abam Bocik, dan Raja Ilya Edition daripada Raja Ilya. Selain itu, turut mengambil bahagian adalah Erma Fatima menerusi jenamanya Khalif, Asyraf Zainal, Akma Xclusive by Akma AF, Iman Hood, Iona Scarf, Bateklah, Mariamah, Sambal Merican, Wardrobe.IM, Kuih Raya Salina Saibi, Blaugrun dan banyak lagi.

 Avaa Vanja dan produk Tumeric Masknya

Selain menawarkan ruang promosi yang serba luas dan teratur, LOKA juga mempunyai satu ruangan yang luas bagi sesiapa yang bercadang untuk membuat sebarang aktiviti di dalam premis berkenaan dengan kadar sewa yang berpatutan. Agak luas juga event space di LOKA Malaysia. Majlis Meet & Greet pun turut diadakan di situ. Lokasi strategi LOKA Malaysia yang terletak di pusat beli-belah di tengah Kuala Lumpur sememangnya salah satu keistimewaan yang dimiliki oleh LOKA untuk menarik perhatian lebih 2.2 juta pengunjung yang berkunjung ke NU Sentral setiap bulan.



Instagram : @loka.malaysia 
Phone : +603-22764128 / +603-22764129 

Wednesday, May 30, 2018

Rangkaian Althea Bare Essentials, Untuk Kulit Lebih Sihat

May 30, 2018 22
Rangkaian Althea Bare Essentials, Untuk Kulit Lebih Sihat
Kalau nak shopping barangan kosmetik Korea, Althea sememangnya menjadi pilihan nombor 1 dihati saya. Memang regular customer la pendek kata. Berhantu sangat dengan Althea ni. Sebelum ni Althea ada keluarkan produk pertama dibawah jenama Althea sendiri iaitu Althea Petal Velvet Powder yang menjadi kesukaan para penggemar barangan kosmetik Korea. Di tahun 2018 ni, Althea sekali lagi membuat kejutan dengan mengeluarkan rangkaian penjagaan kulit wajah tersendiri iaitu Althea Bare Essentials. Sebagai pengikut setia Althea, haruslah saya excited bila dapat tahu Althea nak keluarkan skincare sendiri.


Rangkaian Althea Bare Essentials memfokuskan terhadap penjagaan kulit wajah yang terdiri dari 3 item iaitu Contour Clenser, Primer Water, dan Fixer Cream. Hanya 3 langkah sahaja untuk tampil flawless dengan Althea Bare Essentials. My first impression bila tengok packaging Althea Bare Essentials ni ialah nampak simple dan eksklusif! Packaging Althea Bare Essentials ni sangatlah minimalist. Jom kita teliti satu persatu produk dibawah rangkaian Althea Bare Essentials ni.



Althea Bare Essentials Contour Cleaner 150g, RM23

Contour Cleanser ni mengandungi ice plant yang menghidrat dan meredakan kemerahan pada kulit, serta lemon myrtle yang dikatakan kaya dengan vitamin C dan antioxidants untuk menguatkan kulit. Didatangkan dalam bentuk tiub seperti kebanyakan pencuci muka, teksturnya agak creamy dan mengandungi biji-biji kecil yang selalunya ada dalam scrub. Tapi tak terasa kasar pun kat kulit sebab biji-biji scrub tu cepat cair bila kita dah start massage ke seluruh muka. Picit sikit je pun dah memadai untuk cover satu muka. Tak ada bau-bauan yang pelik pun, sama macam mostly pencuci muka kat pasaran. Cuma saya perasan dia macam ada sedikit rasa pudina yang buatkan kulit rasa segar lepas dah cuci muka. Best!


Pencuci muka yang biasa saya gunakan sebelum ni tak menghilangkan kesan mekap secara menyeluruh. Kiranya sebelum guna pencuci muka, kena guna make up remover dulu. Seriously saya sejenis yang agak malas nak guna make up remover. Kalau tak guna make up remover, muka rasa tak selesa dan melekit lepas dah cuci muka. Faham tak rasa macam cuci muka tapi tak bersih? Tapi bila start guna Bare Essentials Contour Cleanser ni, suka betul rasanya. Perasaan bila guna Contour Cleanser ni, rasa macam guna make up remover, pencuci muka dan scrub dalam satu masa yang sama. Muka rasa fresh dan bersih dari segala sisa mekap dan minyak. Sejak ada Bare Essentials Contour Cleanser, memang guna yang ni je setiap hari bila balik ke rumah.



Althea Bare Essentials Primer Water 200ml, RM43

Pada awalnya saya agak confused ini toner atau serum? Nak kata toner, tekstur macam pekat sangat. Kebiasaannya toner bertekstur cair. Nak kata serum, entahlah. Rupanya Primer Water ni bertindak sebagai toner dan primer sekaligus. Katanya Primer Water ni menghidrat dan melicinkan kulit wajah. Bila kulit wajah kita licin, apa maknanya tu? Maknanya lagi senang nak apply mekap dan pakai mekap sedikit pun dah memadai. Kandungan utama dalam Primer Water ni adalah snow lotus dan formulasi “dewdrop” yang dipatenkan. Bahan-bahan utama ni merupakan kunci untuk buat kulit kita jadi lebih sekata, licin, cerah dan cukup lembapan.


Ada sedikit bau bunga-bungaan, tapi tak kuat sangat. Kebiasaannya saya tak suka pakai skincare yang bertekstur pekat macam ni sebab mostly akan buat kulit rasa melekit. Tapi eh this one tak buat kulit kita rasa melekit pun. Rasa ringan je kat muka seolah tak pakai apa-apa. Dia buat kulit muka rasa smooth dan lembut. Suka teramat weyh!



Althea Bare Essentials Fixer Cream 50g, RM50

Fixer Cream sounds like it’s gonna fix our face, is it? Haha. Fixer Cream ni tak oily pun dan sangatlah cepat meresap ke kulit. Katanya krim ni mengandungi bahan yang mampu membekalkan kelembapan kulit sehingga 24 jam untuk kulit yang segar bertenaga. Ianya juga meresap jauh ke dalam kulit untuk menganjalkan. Yang ni ada bau macam mint dan citrus sikit, best! Tekstur dia lebih kepada gel dan didatangkan dalam balang kecil. The best thing is krim ni tak buat kulit rasa melekit pun.


Overall saya suka sangat rangkaian produk Althea Bare Essentials ni. Hanya 3 langkah mudah je, tak perlu usung banyak sangat skincare. Orang yang mengalami masalah kulit kering confirm suka sangat pakai rangkaian Althea Bare Essentials ni. Harga pun tak mahal pun. In fact, I think the price is considered cheap. Even student can afford it. Nak beli kat mana rangkaian Althea Bare Essentials ni? Of course la beli kat Althea, https://my.althea.kr/ .

Tuesday, May 29, 2018

Shopping Baju Raya di Butik Haqqi Shah Alam

May 29, 2018 31
Shopping Baju Raya di Butik Haqqi Shah Alam
Hai, selamat hari raya. Eh, terawal pulak hahah. Puasa belum pun separuh lagi, dah tak sabar nak beraya. Sebenarnya persiapan raya untuk diri saya sendiri, sebelum bermula Ramadhan lagi saya dah uruskan. Kenapa? Sebab kononnya malas nak bersesak shopping waktu bulan puasa. Tapi kelengkapan raya untuk mak dan ayah belum beli lagi. Tengok kawan-kawan ramai post kat social media pasal butik Haqqi, macam menarik pulak. Butik Haqqi merupakan hab produk kelengkapan ibadah haji, umrah, dan fesyen patuh syariah. So hari Ahad yang lepas saya ke butik Haqqi untuk belikan kurta untuk ayah. Gigih betul ke Shah Alam tau, sebab kawan-kawan cakap kat sana banyak pilihan dan harganya berbaloi-baloi.


Plan awalnya memang nak pergi cari kurta semata-mata je. Tapi eh bila dah masuk ke butik Haqqi, tershopping untuk diri sendiri la pulak. Banyak la pulak terberkenan baju-baju kat sana. Serious banyak betul pilihan kat sana dan semuanya lawa-lawa. Rambang mata tak tahu nak pilih yang mana satu. Buat seketika saya jadi lupa niat asal saya ke sana adalah untuk belikan kurta buat ayah. Saya jadi lupa bahawasanya saya dah pun beli baju raya untuk diri sendiri. Ralit sangat duk belek-belek baju raya kat sana. Saya sempat fitting beberapa pasang baju raya yang saya berkenan.


Suasana kat sana tak payah cakap la, memang ramai betul orang. Tak henti-henti orang datang beli persiapan raya kat situ. Nasib baik fitting room pun ada banyak, taklah kena tunggu lama sangat untuk fitting baju. Oh ye, selain baju raya, butik Haqqi juga turut menyediakan kelengkapan umrah dan haji. Pakaian raya kat situ pun semua patuh syariah. Terdapat dari saiz XS hingga XXXL.


Lama tau saya kat sana sebab tak boleh nak buat keputusan yang mana satu nak beli. Berjam-jam jugak la. Nak kena beli lagi ke sedangkan baju raya dah beli? Tapi kalau tak beli kang nanti balik rumah teringat-ingat. Lepas dah fitting beberapa pasang baju, end up saya beli yang lain haha. Almaklum banyak sangat, rambang mata jadinya. Fitting yang lain, tapi beli yang lain.


Yang bestnya kat butik Haqqi ni, dekat musim raya macam ni dorang selalu buat jualan happy hour. Meriah sangat-sangat. Masa saya kat sana, sempat tengok dorang buat jualan happy hour. Baju kurung lace yang harga hampir RM300, boleh dapatkan dengan harga RM150 sahaja waktu happy hour. Mahunya tak tergoda kan? Haha. Kurta dan baju melayu pun murah-murah dan banyak pilihan. Kurta dijual serendah RM60 untuk 2 helai. Murah teramat weyh. Untuk ayah saya belikan kurta Izzuexclusive dengan harga hanya RM45 selepas diskaun! Berbaloi sangat sebab material sangat bagus dan design pun cantik. Rasa berbaloi sangat nilai wang.


Baju raya saya? Hmm mana boleh tunjuk lagi. Nanti tak surprise la! Yang saya duk tunjuk kat sini semua bukan baju raya saya tau. Ini semua yang saya fitting semasa dalam proses nak decide beli yang mana. Tak beli pun walaupun berkenan. Saya beli yang lain. Nak tahu, tunggu la raya nanti. Sedikit sebanyak saya rasa menyesal jugak la sebab dah beli baju raya berpasang-pasang sebelum bulan puasa. Kalau belum beli, mesti saya dah sambar baju-baju yang saya fitting kat Haqqi ni. Boleh la beli lebih dari sepasang kat butik Haqqi. Harga pun berbaloi-baloi beli musim raya ni.


Lokasi butik Haqqi kat Shah Alam ni sederet dengan Wisma Jakel. Ini merupakan HQ butik Haqqi. Selain kat Shah Alam, butik Haqqi juga terdapat di TTDI dan di Bangi Sentral. Korang boleh rambang mata kalau ke butik Haqqi ni. Baju-baju raya sekarang ni tengah dilelong dengan kadar harga yang tak masuk akal. Murah sangat! Stress pulak kita yang tengok ni, takut terover beli banyak sangat. Kalau korang tinggal jauh, boleh beli online jugak.

NO 37, Jalan Plumbum P7/P, Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor
info@haqqi.com.my
03-5523 6430

Buffet Ramadhan 2018 – Berbuka Puasa di Restoran La Maison, Silka Maytower KL

May 29, 2018 34
Buffet Ramadhan 2018 – Berbuka Puasa di Restoran La Maison, Silka Maytower KL
Tercari-cari juadah berbuka puasa style kampung? Haaa, ni nak suggest pakej buffet Ramadhan kat satu restoran di tengah KL. Restoran La Maison yang terletak di Silka Maytower Kuala Lumpur ni menyajikan variasi masakan kampung untuk para pengunjung. Oh ye, kalau korang nak shopping baju raya sekitar Jalan TAR atau nak ke Jakel Mall pun memang tersangatlah dekat. Lokasi Silka Maytower ni betul-betul berhadapan dengan Jakel Mall. Kot-kot la ada plan nak bawa family shopping baju raya kat Jakel Mall atau kawasan sekitarnya, boleh la berbuka puasa di Silka Maytower terus.


Juadah-juadah yang disajikan di Restoran La Maison ini disediakan oleh Chef Mohd Fazi bin Ramli (Chef Fazi) yang merupakan Executive Chef di Silka Hotel. Buffet Ramadhan di Silka Maytower ini bermula jam 6 petang sehingga 10 malam dari 17 May 2018 sehingga 13 June 2018. Signature dishes dekat buffet disini ialah Nasi Kabsah Kambing, Daging Masak Kawah, dan Lemang dengan Rendang Ayam Kampung. Of course lah saya tak lepaskan peluang merasa nasi kabsah kambing. Haha kat mana ada kambing, kat situ la ada saya. Memang penggemar kambing.

Nasi kabsah kambing

Rendang ayam kampung

Pelbagai menu yang membuka selera dihidangkan di buffet Ramadhan Silka Hotel. Saya tak nak membebel panjang lebar lagi dah. Korang layankan je gambar-gambar makanan yang sempat saya tangkap semasa kat sana. Ada banyak lagi yang tak sempat saya tangkap.

Antara lauk pauk yang mencuri hati saya

Variasi kerabu

 Kuih-muih

 Goreng-gorengan

Pencuci mulut

Menu kesukaan saya di sini? Haaa ada beberapa menu yang sangat-sangat saya gemari disini. Antaranya ialah sate. Sate kat sini lembut dagingnya, diperap dengan perapan yang sangat sedap. Kuah sate pun memang sedap, kena dengan tekak saya. Selain itu, paling saya suka adalah telur itik masak lemak. Serious telur itik masak lemak kat sini sedap, sama macam mak saya masak. Telur kuning dia tu tak terlalu keras, pandai dia bajet tempoh masa untuk telur tu masak. Saya siap makan bertambah telur itik masak lemak kat sini. Ayam masak merah pun sedap, memang style kampung sangat cara dia masak. Sambal udang tak payah cerita la, memang umphhh sesangat. Berselera je makan hari tu.

 Sambal udang

Sate

Telur itik masak lemak

Ayam masak merah

By the way, saya suka suasana berbuka puasa di Restoran La Maison, Silka Hotel ni. Kenapa? Sebab jarak antara setiap meja tak terlalu dekat. Pihak Silka Hotel tak terlalu tamak ambil customer terlalu ramai pada sesuatu masa. Senang cakap, tak crowded sangat. Nak ambil makanan tak perlu bersesak-sesak. Nak bergerak pun punyai ruang yang mencukupi.

Harga buffet Ramadhan di Restoran La Maison, Silka Maytower KL adalah RM65 (dewasa), RM35 (kanak-kanak 6-12 tahun), RM45 (warga emas 60 tahun ke atas). Saya kira kadar harga sebegini sangatlah berpatutan dibandingkan dengan tempat lain. Bahkan harganya sangat berbaloi dengan kelazatan hidangan yang disediakan. Untuk tempahan buffet Ramadhan di sini, boleh telefon ke nombor 03-26929298 / 016-2011655 atau boleh juga emailkan ke sales.maytower@silkahotels.com .