Hala Tuju Industri Pelancongan Agro Berasaskan Kelapa di Bagan Datuk, Perak. - emilinda

Thursday, April 5, 2018

Hala Tuju Industri Pelancongan Agro Berasaskan Kelapa di Bagan Datuk, Perak.

Sekitar dua minggu lepas, saya berkesempatan turut serta dalam rombongan fam trip ke Bagan Datuk, Perak. Program Road to Agro Tourism Siri 5 Edisi Khas Bagan Datuk yang dikelolakan oleh Majlis Pelancongan Malaysia (MTC) ini bertujuan untuk memperkenalkan serta mempromosi destinasi pelancongan menarik berasaskan agro di Bagan Datuk. Seperti yang kita sedia maklum, pelancongan agro di negara kita ini masih agak kurang mendapat perhatian orang ramai berbanding sektor pelancongan lain. Pada pendapat saya, ianya adalah kerana orang ramai kurang diberi pendedahan terhadap sektor pelancongan agro. Mereka kurang tahu tentang kewujudan destinasi-destinasi pelancongan agro ini. Alhamdulillah, dengan kerjasama Lembaga Pertubuhan Peladang, MARDI, FAMA, Pertubuhan Peladang Kawasan Hutan Melintang, Kraftangan Perak dan Persatuan Homestay Bagan Datuk, Program Road to Agro Tourism kali ini boleh dikatakan berjalan dengan lancar. Sejujurnya ini merupakan kali pertama saya menyertai program dibawah kelolaan Majlis Pelancongan Malaysia (MTC).


Pada awalnya saya sendiri kurang pasti apa yang menariknya di Bagan Datuk. Beberapa hari sebelum bermulanya trip, saya membuat sedikit carian google tentang Bagan Datuk untuk mendapatkan maklumat tentang tarikan yang terdapat di Bagan Datuk. Terdahulu, Bagan Datuk dikenali sebagai Bagan Datoh. Tetapi nama Bagan Datoh kemudiannya telah ditukar kepada Bagan Datuk. Rupa-rupanya dari dulu lagi Bagan Datuk memang terkenal dengan industri berasaskan pokok kelapa. Unik kan? Mana tidaknya, kelapa yang berasal dari Bagan Datuk terkenal sebagai kelapa terbaik dari segi kualiti sehingga turut sama dieksport ke beberapa negara lain. Salah satu pengisian semasa Program Road to Agro Tourism Siri 5 Edisi Khas Bagan Datuk adalah slot sembang santai bersama Timbalan Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato' Seri Ahmad Zahid Hamidi. Jangan tak tahu, YAB Dato' Seri Ahmad Zahid Hamidi sendiri berasal dari Bagan Datuk.


Oleh kerana Bagan Datuk terkenal dengan industri berasaskan pokok kelapa, slot sembang santai bersama YAB Dato' Seri Ahmad Zahid Hamidi membawa topik tentang hala tuju industri kelapa di Bagan Datuk, Perak. Antara kandungan ucapan YAB Dato' Seri Ahmad Zahid berkenaan pembangunan Bagan Datuk adalah tentang peruntukan RM500,000 akan diluluskan kepada persatuan yang menjayakan hasrat memperkembangkan industri pelancongan Bagan Datuk. Menurut beliau lagi, insentif sebanyak RM100 akan diberikan kepada mana-mana pengendali dan penggiat industri pelancongan yang bernaung di bawah persatuan tersebut. Insentif RM 100 itu akan diberikan dalam tempoh sebulan, dan syaratnya pelancong tersebut mestilah pelancong dari negara luar ASEAN.


Semestinya usaha perlu dirancakkan lagi oleh pelbagai pihak untuk melaksanakan dan membangunkan industri agro pelancongan di Bagan Datuk ke peringkat yang lebih tinggi. Pihak berwajib, masyarakat setempat dan juga media perlu memainkan peranan masing-masing dalam merealisasikan hal ini. Program Road to Agro Tourism Siri 5 Edisi Khas Bagan Datuk ini sendiri merupakan salah satu usaha dari MTC untuk menyokong dan membantu memperkasakan lagi industri pelancongan agro di Bagan Datuk. Selain industri berasaskan kelapa, Bagan Datuk juga terdapat beberapa tarikan lain seperti Blue Tears dan Sky Mirror.


Kraftangan berasaskan kelapa

--------
Artikel ini diterbitkan bersempena Program Road to Agro Tourism Siri 5 Edisi Khas Bagan Datuk anjuran Majlis Pelancongan Malaysia (MTC) dengan kerjasama Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA), Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) dan Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP).

10 comments:

  1. Comelnya bakul tu macam sarang burung pun ada

    ReplyDelete
  2. Bagus adanya Program macam ni. Sebagai usaha memperkenalkan dan promosi sesebuah tempat dan industrinya. Perlu diperluaskan lagi..

    ReplyDelete
  3. Bagus sangat Program Road to Agro Tourism ni diadakan.. salah satu usaha dari MTC untuk mengukuhkan lagi industri pelancongan agro di Bagan Datok

    ReplyDelete
  4. key chain tu comel sangat lah..
    majulah bagan datuk..majuklah perak
    perak my hometown hihihi

    ReplyDelete
  5. Bagus ada program mcm ni memperkenalkan kita dengan lebih dekat industri pelancongan dan ertanian yang ada di Bagan Datuk

    ReplyDelete
  6. Nice ! Kreatifnya mereka. Just a coconut tapi boleh buat macam2 . 😊😊

    ReplyDelete
  7. Bagus ada program macam ni. Sekurangnya kita tau sesetengah tempat sebenarnya menarik untuk dilawati

    ReplyDelete
  8. Rawlins rasa sudah sampai masa kita bangkit dengan pelbagai hiasan dan kraf berasaskan hasil bumi dan jadikan sebagai sebahagian tarikan pelancongan sepertimana Thailand. Good job all

    ReplyDelete
  9. Banyak pelajaran yang kita dapat dengan mendekati industri macam ni..patut diperluaskan utk tarikan pelancong..hasil bumi kita memang terbaik kan?

    ReplyDelete
  10. Get the vacations to your brand-new amount by simply generating particular presentation for ones solutions that will suggests the vacations are generally below. This will likely bring in consumers along with support these people visualize your current promotions because excellent puerto iguazu trip surprise. Deal a number of solutions jointly for the created surprise deal as well as present surprise having to wrap solutions to generate the idea perhaps less complicated for the buyer to acquire his or her trip to-do listing accomplished by simply acquiring from a organization.

    ReplyDelete

Kindly leave your comment/feedback here.