Hujung minggu yang lepas korang ke mana? Mungkin ada yang keluar berjalan-jalan dengan keluarga, tak kurang juga yang hanya merehatkan diri di rumah. Kebiasaannya bagi yang dah berkeluarga, hujung minggu taklah membosankan kerana itu la masa terbaik untuk diluang bersama keluarga. Tapi tak kurang juga yang kebosanan bila tiba hujung minggu. Bagi saya sendiri, jarang sangatlah nak duk relaks kat rumah pada hujung minggu. Waktu hujung minggu kebiasaannya saya isi dengan aktiviti-aktiviti lain yang bermanfaat. Salah satunya dengan mengikuti kelas-kelas untuk tambah
skill, atau mengikuti program-program bermanfaat yang diadakan dikawasan terdekat. Saya sejenis yang rasa tak produktif bila lepak kat rumah je pada hari minggu. Almaklum, duduk rumah bujang katakan.
Pada hujung minggu yang lepas telah diadakan
Himpunan Usahawan Bumiputera (HUB) 2018, bertempat di Axiata Arena, Stadium Nasional Bukit Jalil. Program anjuran Kementerian Perdagangan Antarabangsa & Industri yang
mengumpulkan 14000 PKS bumiputera dari seluruh negara ini diadakan selama dua hari bermula pada Jumaat, 30 Mac 2018 sehingga Sabtu, 31 Mac 2018.
Program Himpunan Usahawan Bumiputera ini merupakan usaha dan inisiatif menarik bagi usahawan Bumiputera untuk mendalami lagi penggunaan teknologi dalam perniagaan. HUB 2018 juga padat dengan perkongsian tentang strategi pemasaran transformasi minda, selok belok tentang kewangan dari pakar industri & usahawan selebriti dalam sesi Young CEO Summit (YCS).
Memandangkan saya sendiri memang minat bab perniagaan dan keusahawanan ni, rancangan asalnya memang nak pergi. Tapi terpaksa batalkan hasrat sebab kena punggah barang ke rumah sewa yang baru. Redha aje la tak dapat hadir.
Frust jugak lah. Mana tidaknya, pelbagai aktiviti menarik dan bermanfaat ada kat sana. Antaranya adalah
sesi perkongsian dari usahawan selebriti dan juga sesi sembang bersama YAB Perdana Menteri. Paling teruja nak dengar perkongsian dari usahawan selebriti yang boleh dikatakan telah berjaya dalam perniagaan masing-masing. Saya memang dari duku suka sangat dengar perkongsian pengalaman orang yang dah berjaya, lagi-lagi dalam bidang perniagaan. Rasa termotivasi untuk turut sama mengorak langkah dalam bidang perniagaan. Selain itu, terdapat juga karnival Jom Niaga 2018, Bengkel Digital MDEC, Food Truck, Kapsul Kementerian, pameran satu daerah satu industri oleh MITi, gerai buah-buahan FAMA, street soccer, pelbagai pertandingan, demonstrasi, pertunjukan fesyen dan lain-lain.
Salah seorang
speaker untuk sesi perkongsian
Young CEO Summit (YCS) adalah Fizo Omar, seorang selebriti yang tidak asing lagi dan juga merupakan pengasas Fizo Omar Channel Sdn Bhd. Alamak, ada yang tak kenal Fizo Omar ke? Hehe.
Antara selebriti lain yang turut hadir menjayakan program ini adalah Faizal Tahir, Faizal Ismail, Shuib Sepahtu, Sarah Raisuddin, Caprice, Izzue Islam, Fizo Omar, Fara Fauzana, Datuk Rosyam Noor, Abang Abu dan Datuk Prof. Dr. Muhaya .
Semasa berlangsungnya HUB 2018, para pengunjung juga dibolehkan
membuat pembayaran untuk pembelian barangan menggunakan aplikasi BOOST. Haaa, mungkin ada yang belum tahu tentang aplikasi BOOST ni. Aplikasi BOOST ni boleh di install ke telefon pintar masing-masing. Jadi lebih mudah, tak perlu bawa wang tunai pun takpe. Saya sendiri pernah menggunakan aplikasi BOOST ni. Memang memudahkan urusan berbelanja.
Pelbagai impak dan manfaat yang para pengunjung boleh dapat sepanjang berlangsungnya HUB 2018 ni. Mana tidaknya, para pengunjung berpeluang untuk meneroka peluang perniagaan, mendapatkan informasi-informasi berguna, menambah jaringan kenalan dalam kalangan usahawan, serta memantapkan lagi ilmu keusahawanan. Saya faham, mungkin ramai yang berminat dalam bidang keusahawanan tetapi terhalang disebabkan beberapa faktor seperti kurangnya ilmu dan pengetahuan tentang bidang keusahawanan. Makanya bila ada event sebegini, sangatlah memberi manfaat kepada kita semua. Nak berniaga ni tak cukup dengan hanya punyai modal dan idea bisnes sahaja. Tetapi perlunya pendedahan dan ilmu yang lengkap tentang perniagaan. Barulah dapat meneruskan kelangsungan perniagaan itu. Biasalah, risiko tinggi juga nak berniaga ni. Jadi, kalau tak punyai ilmu yang cukup, usaha timba ilmu tu. Tak rugi pun, sebaliknya membawa seribu manfaat.
Moga-moga tahun depan ada lagi HUB ni.
Frust tahun ni tak dapat join sebab timing tak kena, huhu.