Ingat tak sekitar bulan lepas, ada saya war-warkan tentang Kidzania Go! yang bertempat di Quill City Mall? Kidzania Go! tu bukanlah sepanjang masa ada kat sana. Hanya ketika cuti sekolah bulan Mac yang lepas sahaja. Memang dah niat nak bawa anak-anak buah ke sana, nak buat dua beradik tu happy. Alih-alih last minute tak dapat bawa sebab Qaira warded. Dah macam tu terus tak bawak dua-dua sekali sebab nak bagi adil. Walaupun tak bawa anak buah, tapi mak cik dia ni pergi jugak tau! Haha. Pergi meninjau aje la, bukan pergi main sama. Dah alang-alang tak jauh dari rumah. Sempat masuk tengok sendiri aktiviti-aktiviti yang tersedia kat sana.
Sesampai aje kat sana, dah nampak ramai orang. Parents ramai duk beratur beli tiket dan beratur tunggu turn. Keseluruhannya ada 8 aktiviti untuk kanak-kanak sertai kat Kidzania Go!
Aktiviti 1 : Volvo - Stop, look and wave
Aktiviti pertama ni mendedahkan kanak-kanak tentang situasi di jalan raya. Kalau jadi driver, bila waktunya boleh jalan. Bila waktunya boleh gerak. Kalau lampu isyarat warna merah, apa kena buat. Macam tu la lebih kurang.
Aktiviti 2 : Sharp Air Quality Control
Pendedahan tentang kualiti udara. Suka tengok kanak-kanak bagi tumpuan dan tanya macam-macam soalan untuk lebih faham. Biasalah kanak-kanak kan, curiosity tinggi.
Aktiviti 3 : Court house
Dekat court house ni, kanak-kanak diberi pendedahan tentang kerjaya sebagai peguam dan hakim. Excited je tengok muka masing-masing. Saya dulu kecik-kecik tak faham sangat tentang kerjaya seorang peguam. Dulu-dulu mana la ada Kidzania ni.
Aktiviti 4 : Mc Donald's Fitness Centre
Aktiviti 5 : Magic Studio
Kat magic studio ni, kanak-kanak ditunjuk beberapa trick silap mata. Comel je reaksi masing-masing, haha. Terhibur pulak saya yang tengok.
Aktiviti 6 : Scott's Research Lab
Saya pulak yang teringin nak join sekaki untuk aktiviti ni. Mereka diajar cara untuk buat vitamin. At the end of the session, mereka diberi vitamin sorang satu.
Aktiviti 7 : TV Studio
Dekat TV studio ni, mereka didedahkan dengan cara stesen tv buat recording. Bermain dengan camera dan sewaktu denngannya.
Aktiviti 8 : Recycling centre
Aktiviti terakhir ni, mereka diajar tentang kitar semula. Bagus sangat la, bagi kesedaran awal-awal dekat kanak-kanak tentang kitar semula.
By the way, dekat sebelah tu ada game lain jugak. Mula-mula saya ingat itu termasuk sekali dengan Kidzania. Rupanya tak. Nak main game tu kena bayar asing. Tapi murah jela.
Itu sahaja cerita untuk kali ini. Thank you for reading!