Friday, March 16, 2018

Cuti Sekolah ke Mana? KidZania Go! @Quill City Mall KL


Disebabkan dah lama habis sekolah dan adik-adik pun tak ada yang masih sekolah, makanya selalu tak perasan bila cuti sekolah dah bermula. Tapi memandangkan anak-anak saudara pun dah ramai yang mula bersekolah, mereka la yang selalu duk call bagitahu cuti sekolah dah nak mula. Bagi hint suruh cikmie bawak berjalan lah tu, haha. Biasanya dah nak dekat cuti sekolah ni parents mula kalut la fikir nak bawak anak-anak berjalan ke mana. Nak berjalan jauh-jauh, kena apply cuti banyak la pulak. Itu salah satu kekangan bagi mak ayah yang berkerjaya. Tak bawak ke mana-mana, kesian kat anak-anak nanti bosan kat rumah. So korang, bawa anak-anak ke mana cuti sekolah ni?

Saya ada satu cadangan untuk parents yang tak dapat nak cuti lama untuk bawa anak-anak berjalan time cuti sekolah ni. Why not bawa anak-anak berjalan dekat area KL sahaja. Ambil cuti sehari untuk bawa mereka ke tempat-tempat menarik kat KL ni. Sekurang-kurangnya ada pengisian yang boleh menggembirakan anak-anak la juga waktu cuti sekolah ni. Takde la bila dah habis cuti sekolah nanti sedih je dorang dengar kawan-kawan cerita parents bawak berjalan, tapi dorang tak ke mana. Sedih kan macam tu? Hehe. Kat KL ni pun banyak je tempat menarik dan aktiviti menarik boleh buat dengan anak-anak. Salah satunya korang boleh bawa anak-anak ke Kidzania Go! di Quill City Mall KL. Haaa yang ni tak payah apply cuti pun takpe. Bawak je anak-anak ke sini lepas habis waktu kerja atau pada hari minggu. Anak-anak mesti suka.


Quill City Mall ni tak jau pun dari ofis saya. Jadinya memang bercadang nak bawa anak-anak buah ke sini. Tapi anak-anak buah yang tinggal kat KL aje la. Anak-anak buah kat negeri lain, lain kali jela haha (panas je hati anak-anak buah cikmie yang tinggal kat negeri lain). By the way, detail tentang Kidzania Go! ni ada kat bawah.

KidZania GO! @ Quill City Mall Kuala Lumpur
Date: 19th – 25th March 2018
Time: 10.00am – 9.30pm Daily

8 ACTIVITIES : - 
Sharp Air Quality Control
Scott's Research Lab
Mc Donald's Fitness Centre
Magic Studio
TV Studio
Volvo - Stop, look and wave
Court house
Recycling centre

Yang menariknya, korang boleh redeem FREE ticket ke KidZania GO! @ Quill City Mall Kuala Lumpur bila korang shopping kat mana-mana outlet kedai di Quill City Mall sekurang-kurangnya RM38 dalam satu resit. Berbaloi sangat.

Untuk info lebih lanjut boleh ke https://www.facebook.com/quillcitymallkl/ .

22 comments:

  1. tak sabar nak bawak anak anak ke sini cuti sekolah nanti..mesti eksaited lain maciamm dorang..hehehe.. lagipun public transport pon senang nak dapat kat sana..

    ReplyDelete
  2. Interesting activities for my kids during this school holiday. Definitely will visit Quill City Mall this weekend to try out their various activities.

    ReplyDelete
  3. Ok dah set date nak ke quill mall ni next week. Mesti kanak2 teruja dpt masuk kidzania go ni. Dah lah percuma dengan pembelian barang atau makan2 kan. Berbaloi sgt.

    ReplyDelete
  4. Nak bawak anak sedara ke kidzania lh. Sbb byk review positif dri org2 yg pernh dtg ke situ. Budak2 mesti suka dpt bermain kat kidzania. Tiket dah ada tp perginya x lagi.

    ReplyDelete
  5. Jom la redeem, bleh bawak anak buah pi sini..Anak akak dah besar..takde dia nak layan Kidzania ni de...

    ReplyDelete
  6. xde anak.. tp nk bawak anak akzen la.. mesti dorang enjoy kan?

    ReplyDelete
  7. Tak pernah pergi... jauh. Hihi.
    Tapi kidzania ni memang best. Bukan sekadar keseronokan bermain untuk anak-anak, tapi dorang boleh menerokai dan belajar macam-macam...

    ReplyDelete
  8. kalau ada anak memang dah lama pergi

    ReplyDelete
  9. Cuti sekolah telah kembali lagi tapi ramai ibu bapa yang hantar anak-anak balik kampung hehehe. Tempat macam ni bagus jadi ibu bapa tahu nak bawa anak-anak pergi mana masa cuti ni....

    ReplyDelete
  10. Tengok budak-budak pegi Kidzania ni, teringin gila nak join jugak. Kenapa lah zaman dulu takde.

    ReplyDelete
  11. Wah..shopping3 dapat tiket kidzania...memang menarik ni..
    Boleh la bwak anak2 pi ke kidzania lepas mak ayah shopping kan

    ReplyDelete
  12. Boleh redeem free ticket tu....kalau spend rm38. Menarik ni. Cukup berbaloilah, alang-alang ada barang nak beli tu boleh redeem tiket kidzania sekali tak ke untung.

    ReplyDelete
  13. yeah nak bawak anak menakan datang kidzania hehehhe .. nak redeem lah hehehe

    ReplyDelete
  14. So affordable just RM38 can redeem free ticket, will bring my daughter soon.

    ReplyDelete
  15. Menariknya.belanja rm38 boleh tebus tiket free.tapi cui sekolah nih duk blur lagi tak tahu nak bawak anak anak pergi mana

    ReplyDelete
  16. I wanna by kiddo too... Lolz too bad I don't have children at home or else for sure I will grab them over.... Rachel

    ReplyDelete
  17. Bagus ada tmpat mcm ni..ada jugaklah aktiviti anak2 masa cuti ni. Sis tak ada anak kecik nak bawak..kena pinjam anak org lah kalau nak ke sana.hehehe

    ReplyDelete
  18. Lama juga tak ke Quill City Mall KL... Now banyak aktiviti ada dibuat di sana.. Nanti la plan bawa mereka ke sana...

    ReplyDelete
  19. Wahh.. Quill city mall dah ada kidzania. Dekat lah sikit kalau nak pergi. So far dah 2 kali pergi kidzania. Memang best.

    ReplyDelete
  20. ohhh.. ada cawangan baru ye. sbb sblm ni mmg satu dkt ikano tu ja kan. good idea. lagipon tgh city centre sna.

    ReplyDelete
  21. dah bawak anak kat sini..not bad la sbb sangat basic..tapi still anak enjoy la jugak

    ReplyDelete
  22. nanti harraz dah besar nak bawak harraz pi sini lah.. kesian dia tak jalan kemana-mana pun masa kecik ni.. bila dah beso nak bagi dia buka mata dan kenal banyak tempat

    ReplyDelete

Kindly leave your comment/feedback here.