Jeti Kampung Keroma
Perlahan-lahan meninggalkan jeti
Sesampainya kami di jeti Kampung Keroma, kami dibawa menaiki bot untuk meninjau sekitar kawasan tersebut. Kawasan yang sedang diusahakan untuk menjadi kawasan pelancongan ini mempunyai kepelbagaian aktiviti. Dengan menaiki bot, kami dibawa menyelusuri kawasan berpaya sehinggalah ke kawasan penternakan kupang dan kerang di perairan Selat Melaka. Dalam perjalanan menuju ke pelantar kupang, kami sempat melihat sendiri beberapa individu yang sedang mandi lumpur di kawasan cetek dan berlumpur. Ketika itu, paras air masih lagi rendah. Jangan tak tahu, mandi lumpur sememangnya terbukti bagus untuk kecantikan kulit.
Mandi lumpur untuk kecantikan di Desa Keroma Eco Resort
Menurut pihak Desa Keroma Eco Resort, kebiasaannya orang ramai datang untuk mandi lumpur di kawasan tersebut dan akan berada didalam lumpur sekitar satu jam setiap sesi. 100% natural, semestinya jauh lebih baik dari mud clay yang dijual dipasaran. Memandangkan jadual perjalanan kami yang agak padat, kami tidak berkesempatan merasai sendiri pengalaman mandi lumpur di Desa Keroma Eco Resort.
Kegiatan menongkah kerang
Meneruskan perjalanan, kami melihat beberapa orang penduduk setempat yang menongkah kerang dikawasan berselut dan cetek. Walaupun keadaan cuaca yang panas terik, kelihatannya mereka sangat gigih meneruskan misi menangkap kerang. Pastinya kulit hangus terbakar dek pancaran cahaya matahari. Gigihnya mereka demi mencari rezeki. Mereka perlu segera melakukannya sebelum paras air mula naik. Alat yang mereka gunakan untuk mencari kerang itu dipanggil tongkah. Saya kira, ini merupakan cara yang agak tradisional dalam menangkap kerang.
Pelantar kupang dari kejauhan
Sempat posing dulu di atas pelantar
Rupa-rupanya cara penternakan/penangkapan kupang disini adalah dengan cara menggunakan bebenang/tali (saya kurang pasti). Bebenang/tali itu dibiarkan didalam air untuk tempoh yang lama. Apabila diangkat nanti, bebenang itu akan dipenuhi oleh kupang dari pelbagai saiz. Anggaran berat bebenang yang ditarik itu mencecah 90kg, makanya memang memerlukan tenaga beberapa orang untuk menarik bebenang itu naik ke pelantar.
Bebenang/tali yang dipenuhi oleh kupang
Video cara menarik kupang dari bebenang
Kupang segar dimasak di atas pelantar
Kupang segar
Subhanallah, sedap sungguh kupang fresh macam ni. Terus dimakan sebaik sahaja di angkat dari kuali. Terasa segar dan manis masin semulajadi kupang. Oh ye, kebiasaannya saiz kupang betina lebih besar berbanding kupang jantan. Saya sendiri tidak pasti cara untuk menentukan jantina kupang, hanya tahu makan sahaja.
Sebelum pulang semula ke jeti, kami sempat melihat proses penangkapan kerang di tengah perairan Selat Melaka dengan menggunakan cara yang berbeza pula. Kali ini mereka menangkap kerang di kawasan yang dalam dengan menggunakan jaring besi. Kaedah ini agak berbeza dengan kaedah penangkapan kerang menggunakan tongkah. Mengikut mereka, fizikal kerang yang diternak adalah berbeza dengan kerang lain. Perbezaannya boleh dilihat ketara dari segi warna kerang. Hal ini adalah berpunca dari sumber makanan yang diperoleh oleh kerang dan juga persekitarannya.
Menangkap kerang menggunakan jaring besi
Setiap unit dikelilingi oleh kolam ikan kecil
Abaikan beg hijau kami :P
Pintu ke bilik air
Aktiviti memanah juga turut tersedia
Walaupun berkesempatan meneroka Desa Keroma Eco Resort hanya untuk beberapa jam sahaja, tetapi ianya merupakan pengalaman yang cukup berharga bagi saya. Tidak puas rasanya saya berada di Desa Keroma Eco Resort hanya untuk beberapa jam. Saya teringin sekali untuk merasai pengalaman menginap di Desa Keroma Eco Resort untuk jangka masa yang lebih lama bagi membolehkan saya merasai sendiri setiap aktiviti dan kegiatan yang ada di Desa Keroma Eco Resort dengan lebih terperinci. InshaAllah, pada masa akan datang. Akan saya kongsikan lagi pengalaman sekiranya saya berkesempatan ke Desa Keroma Eco Resort lagi pada masa akan datang. Bagi saya, Desa Keroma Eco Resort mempunyai keunikan yang tersendiri jika dibandingkan dengan resort lain. Walaupun Desa Keroma Eco Resort ini masih lagi baru dibangunkan, tetapi sudah menampakkan potensi yang bagus sebagai tempat pelancongan. Yang pastinya Desa Keroma Eco Resort mempunyai potensi yang cukup tinggi untuk menjadi salah satu resort tumpuan para pelancong tempatan dan juga pelancong luar pada masa akan datang.
Jika korang berminat untuk ketahui lebih lanjut tentang Desa Keroma Eco Resort, boleh la terjah ke Facebook Desa Keroma Eco Resort. Mana la tahu boleh suggest untuk dijadikan lokasi team building ke nanti, kan?
Menariknya, guna kupang ja.. banyak tempat best kat Muar ni.. nanti boleh jalan sanalah
ReplyDeleteBru tau cmne proses penangkapan kupang tu.. thanks for sharing☺
ReplyDeletebestnya kupang segar. pastu bakar cicah sos. hehe
ReplyDeletebtw, cantik gambar. camera apa ye?
fuyooo style ah gambar... tapi memang best kan pengalaman rare tu dapat lihat kutipan kupang dan kerang... emil tak nak buat ke lumur lumpur tu? tips cantik awek korea tuuu.. hehe
ReplyDeleteBagus aktiviti ke lokasi yang liar dari kebiasaan kita. Ini baru menarik dan pengalaman baru.
ReplyDeleteMuar skg ni dah banyak destinasi pelancongan kan... dah lama tak ke Muar
ReplyDeleteBeskan merasai kehidupan kampung dan merasai pengalaman mencari lokan tentu penat hendaknya sewaktu cuaca panas terik
ReplyDeleteBestnya join FAM trip. Dah lama tak join trip macam nI. Peluang dapat mendekati masyarakat setempat dan try aktiviti-aktiviti macam nI tak akan dapat kalau kita pergi sendiri. I miss my best old days 😍
ReplyDeleteBestnya trip tu...kupang fresh2 mcm tu mmg sedap kan..rebus lepas tu ratah cicah sos je..perghhh sedap...
ReplyDeleteChalet tu pun mcm best ja
Nampak best la Emi. bila gi ni? Susana pun nampak lain.
ReplyDeleteNanti kalau gi sini nak cuba la menginap kat tempat ni juga.
harga berbaloi tak bagi Emi?
Best la emi...kalau la dpt experience makan kupang atas pelantar tu sure best kan..next kalau ada trip macam ni bg la tau..nak join..
ReplyDeletePengalaman yg menarik ni.. sesekali meneroka keindahan alam semulajadi dan merasa sendiri bagaimana kerja2 sebahagian warga tempatan adalah sesuatu yg berharga. Selain tu, rekabentuk chalet tu cantik2 dan nampak selesa. :)
ReplyDeleteBestnya... baru tahu macam mana nak tangkap kupang. Bertambah best lagi bile tengok chalet tu. Pengalaman yang lain dari yang lain.
ReplyDeleteUih, Serious lah mandi lumpur sampai paras dada? Carik kerang ke? Mana gamba Emi berlumpur? haha
ReplyDeleteBebenang tali dipenuhi dengan kupang tu sangat awesome, nampak mcam senang je kan kalau macam tu no wonder lah kupang ni tak mahal sangat.. makan pun sedap.
ReplyDeletenice experience ! thanks for sharing ;)
Best trip macamni. Btw sy tk dapat nak commit masa pula nak join. Tak pernah tengok cara penternakan kupang. Bet it was a valuable moment then
ReplyDeletebestlah aktiviti dekat air, Bonde memang suka sangat... lepas tu cari kupang tu memang menarik sekali, dapat makan kupang fresh sedapnya!
ReplyDeleteCantiknya rumah-rumah resort kat sini. Unik dan elemen tradisi still dikekalkan. Paling menarik ada kupang segar blh kita ygk secara live/ pengalaman yang tak boleh dibeli di mana-mana
ReplyDeleteWah cantik betul view kat situ + teknik amik gambar pun cantik..
ReplyDeleterasanya ada oenghawa dingin tak.
ReplyDeleteNormal appointments listed here are the easiest method to thanks for the work, that means that I am going to the website daily, searching transferred here for brand new, fascinating data. Numerous, thank you!
ReplyDeleteI’m inspired with the surpassing and preachy listing that you why not try that out furnish in such little timing.
ReplyDelete