Minggu pertama tahun 2018, saya dan dua orang rakan saya sempat ke Kuala Selangor untuk percutian singkat 2 hari 1 malam. Sebenarnya percutian singkat ni dah dirancang sejak penghujung 2017 lagi, Saja la nak spend time together dengan kawan-kawan zaman sekolah ni. Lokasi percutian singkat kali ni kami pilih yang agak dekat jela sebab takut rushing nak pergi jauh-jauh. Pergi pada hujung minggu je kan. Okay lah tu, as long as dapat spend time together. Lagipun tak lama lagi Mira dah nak kahwin. Dah jadi isteri orang nanti, susah dah nak kidnap dia.
Adnin cadangkan kami ke Kuala Selangor, menginap di Padi Box. Saya mula google baca pengalaman orang lain ke sana. Macam menarik! Boleh tengok sawah padi terbentang luas. Kat kampung kami bukanlah takde sawah padi. Cuma biasalah, sebab dah selalu sangat tengok sawah padi yang kat kampung tu, tak rasa cantik pulak hahahha. Lagipun sawah padi kat kampung tak luas macam kat Sekinchan ni. Setelah bersetuju, saya pun mula booking bilik di Padi Box melalui website Padi Box.
Harga bilik di Padi Box (hari minggu)
Lokasi Padi Box tu agak senang dicari. Tak jauh dari jalan besar. Tapi sebenarnya agak kecewa sikit la sebab pada imaginasi saya, ada sawah padi menghijau terbentang luas kat depan mata. Rupanya kami salah timing. Waktu kami datang tu, padi dah pun dituai, HAHAHAH. So sawah padi macam dah togel, dah botak.
Sawah padi dah togel
Frust weyh. Keadaan sawah padi sekitar Padi Box masa tu macam yang gambar kat atas ni. Waktu check-in pukul 3 petang. Kami sampai agak awal, so kami naik ke cafe berhadapan Padi Box tu dulu. Kebetulan masing-masing memang tengah lapar.
Cafe berhadapan Padi Box
Tangga menaiki cafe
Bahagian luar cafe
Suasana dalam cafe
Carbonara itik
Carbonara cendawan
Penginapan kami untuk 1 malam, The Spring
Bilik air
Lepas dah berehat sekejap dan solat, kami keluar pusing-pusing sekitar Padi Box tu. Walaupun keseluruhan keluasan kawasan Padi Box tu tak luas sangat, tapi kawasannya cantik. Decoration pun cantik. Sesuai la untuk percutian singkat hujung minggu.
Basikal untuk disewa
Lepas tu kami sewa basikal seorang satu untuk meronda kawasan sawah padi pula. Basikal untuk disewa memang disediakan oleh pihak Padi Box. Terdapat dua jenis basikal. Untuk basikal biasa (untuk seorang kayuh) kadar sewaannya adalah RM10 untuk 2 jam. Untuk basikal couple (Kayuh berdua) pula, kadar sewaan adalah RM15 untuk 2 jam. 2 jam tu bukan kena habiskan terus tau. Boleh guna satu jam hari ni, satu jam untuk esok.
Memandangkan waktu dah petang masa tu, kami guna satu jam sahaja. Cadangnya esok nak guna lagi. Tetapi end up esoknya tak sempat guna pun lagi satu jam tu hahaha sebab masing-masing duk layan bercerita kat pantry Padi Box.
Kat area Padi Box ni petang-petang best pusing sekitar bendang untuk tangkap gambar. Kawasan dia memang lawa. Serious duk berbasikal tu terimbau zaman sekolah rendah dulu. Sebab zaman sekolah rendah dulu petang-petang suka pergi buat homework belakang rumah kawan. Belakang rumah dia memang ada sawah padi. Korang layankan ajelah gambar kami posing kat bawah ni, haha.
Dah nak Maghrib, kami balik ke bilik. Mandi dan solat. Sebelum Maghrib akan ada staf Padi Box round dan ketuk pintu bilik bagitahu yang dorang akan tutup pintu kontena kami tu. Boleh request untuk tak tutup rasanya. Tapi sebab tepi sawah kan, tak berani la pulak nak biar je pintu tu terbuka waktu malam. Kang ada yang mengintai pulak. Lagi seram kalau yang mengintai tu bukan manusia, kahkah. Keesokan paginya kalau nak buka balik pintu kontena tu, just tolak je dari dalam.
Dah menginap tepi sawah padi ni, jangan terkejut pulak bila buka pintu kontena tengok ada katak yang menanti. Haha. Itu normal. Sebelum datang tak terfikir pulak. Lepas Maghrib nak keluar makan, tengok ada cik katak duk menunggu depan pintu. Terlompat ha saya dan Mira. Lelaju tutup balik pintu. Nasib baik Adnin tak takut/geli dengan katak. Sebenarnya kami plan nak makan ikan bakar. Pergi Sekinchan mesti la nak makan ikan bakar kan. Tapi pusing punya pusing tak jumpa kedai ikan bakar. Ada yang tak buka hari tu, ada yang memang kami tak jumpa pun. End up makan kat kedai makan biasa je. Sobss, bukan rezeki. Lepas makan, kami balik berehat di bilik je. Pakai face mask dan sambung pillow talk sampai tertidur.
Keesokannya check out dari Padi Box jam 12 tengahari. Pagi sebelum check out kami minum-minum kat pantry Padi Box sambil rancak bercerita. Kat pantry Padi Box takde la banyak menu pun. Just nak minum-minum atau makan mi segera boleh la. Dekorasi dekat pantry Padi Box lawa. Kat bahagian luar tu pun banyak tempat cantik untuk bergambar. Selain tu ada ruang dan set BBQ untuk yang datang dalam kumpulan yang ramai dan mahu berBBQ. Sebab kami bertiga je, takde maknanya la nak BBQ bagai.
For me Padi Box ni sesuai untuk sesiapa yang mahukan percutian singkat dengan suasana yang damai pada hujung minggu tanpa perlu pergi jauh.
ni kalau padi tengah on mesti cantik gila. btw, best juga
ReplyDeleteMacam Best rasa nak juga lah merasai pengalaman seperti ini
ReplyDeletewow EMI cantiknya view dekat situ, memang menyamankan boleh hilang stress kalau pergi ke sini
ReplyDeletebestnye sis..teringin jugak nk pg cni bawak anak2
ReplyDeleteMacam best je..apa lg aktiviti menarik sekitar sana?
ReplyDeleteBestnya .ini kalau padi tgh tuai ni lg cntik pemandangan kan...first time tau de tmpt leh nginap kt tepi sawah.hehe
ReplyDeleteThanks fie sharing Emi. Baru tahu pasal Padi Box ni. Menarik jugak tempatnya. Kalau ada sawah padi tu lagi cantik kan view ��
ReplyDeleteMenarik juga percutian singkat macam ni kan... kalaulah padi tu tengah menghijau, lagi cantik view dia kan ...
ReplyDeleteNi lokasi cerita Cokelat Semanis Honey tu ke? Hahaha...alahai...xde rezeki byk Emi kali ni ye..xpe..janji dpt jumpa org yg diinginkan kan?
ReplyDeleteUniknya kat sini. Saujana mata memandang. Padi box pernah masuk TV. Tak ingat rancangan apa....
ReplyDeletetak pernah pergi sekinchan lagi..dekat situ memang kawsan padi..bestnya padi box..mesti tenang je kan..kalau nampak padi, mesti akk jakun..hahaa
ReplyDeletebestnya padi box ni..gambar korang semua lawa2..walaupun padi xde..padi togel pun lawa gambar korang..ternganga2 k.el tengok hahaha
ReplyDeleteMommy baca dari awal sampai habis..hehe best story... Cuma gambar tu kalau besarkan lagi, mesti lagi puas mommy nak tengok.. rasa nak g lah sekinchan weekend ni
ReplyDeleteaira baru jugak pergi haritu, bulan 10 last year. sebelum datang tu, call dulu receptionist tanya ada padi tak kalau pergi bulan 10 hehe. alhamdulillah, semua okey :D ni entry aira kalau berminat nak baca. btw, salam kenal ye :)
ReplyDeletehttp://www.airanasrin.com/2017/11/padi-box-homestay-sekinchan.html
Nampak seronok je, tak pernah pegi skincan. Makanan tu nampak sedap je
ReplyDeletei tak pernah pi sekinchan lagi, maybe will consider to stay this place too!
ReplyDeleteTgk gambar oun dha cantik. Tapi lagi cantik kalau ada padi yang menghijau kan.
ReplyDeleteAla.. xde padi. Klu x mesti menghijau je
ReplyDeleteAlaaa tempat dah best tapi padi pulak takde. haha husband cakap lagi 3 bulan ada padi hijau tu. hehehe thanks buat review ni. hehe
ReplyDeletenice place for shooting. We always go there
ReplyDeletePadi Box ni nampak sangat menarik sekali walau berada di Selangor tak pernah sampai... teringin nak pergi!
ReplyDeleteKuala Selangor memang banyak port sawah padi yang best. PErgi sebelum musim menuai, memang lagi syok. Masa padi tgh masak, memang boleh dapat background keemasan..
ReplyDeleteKalau datang menginap masa padi sebelum tuai mesti cantik tempat ni. Carbonara itik tu pertama kali dengar. Macam sedap je guna daging itik. So far, nampak selesa dan menarik kat sini.
ReplyDeleteMenarik. Nak nak pergi dengan kawan. Dapat la menghayati suasana. Kalau pergi dengan anak kecik tgh ligat, alahai.. jenuh dibuatnya.
ReplyDeleteBestnya konsep Padi Box ni. Selalu tengok orang update. Tapi bila dapat pergi ni. Nak pergi time padi belum tuai lagi.
ReplyDeletewww.liahasty.com
bestnya.... baru terfikir nak ajak kawan datang padi box.. <3
ReplyDeletehttp://atikahtahir.blogspot.my/
Wow.. best ni... boleh jalan2 naik basikal.. sesuai untuk yang cari tempat gateway. Tapi kalau musim padi hijau mesti lagi cantik.
ReplyDelete