Fam Trip TRAM ke Bandar Muar, Johor - Hari Pertama. - emilinda

Wednesday, February 7, 2018

Fam Trip TRAM ke Bandar Muar, Johor - Hari Pertama.


Pada minggu lepas, saya berpeluang menyertai fam trip 2 hari 1 malam ke Johor bersama rakan-rakan media yang lain. Fam trip ini merupakan kelolaan Travel Writers Association Malaysia (TRAM) dengan kerjasama pihak Tourism Johor dan pihak Tourism Muar. Ini merupakan kali pertama saya ke Muar. Walaupun saya pernah belajar di Batu Pahat, Johor selama hampir 4 tahun, tetapi saya langsung tidak pernah singgah ke Muar. Padahal kedudukan Muar dan Batu Pahat hanyalah bersebelahan. Pada awalnya saya agak tertanya-tanya, apa yang menariknya di daerah Muar? Dalam banyak-banyak daerah di negeri Johor, kenapa mesti Muar? Untuk lebih mengenali sendiri daerah Muar, saya bersetuju untuk menyertai fam trip kali ini.


HARI PERTAMA - 27 Januari 2018

Kami berkumpul seawal jam 5.30 pagi di MATIC, Kuala Lumpur. Setelah semua rakan media sampai, 2 buah bas bertolak ke Muar sekitar jam 6 pagi. Ketibaan kami di Muar Traders Hotel pada jam 8.30 pagi disambut dengan paluan kompang dan seni silat Muar oleh pihak Tourism Muar. Selesai pendaftaran dan sarapan pagi di Ballroom Meritus Muar Traders Hotel, majlis resepsi pun bermula.


Majlis dimulakan dengan ucapan Pengarah Tourism Johor, Abdul Malik Ismail. Menurut beliau, penganjuran fam trip ini merupakan salah satu inisiatif kerajaan Johor melalui pelbagai agensi kerajaan, swasta dan badan bukan kerajaan (NGO) untuk menarik lebih ramai pelancong datang ke Johor. Dalam pada itu juga, ianya bertujuan untuk mengetengahkan lagi daerah Muar sebagai tempat pelancongan. Menurut beliau lagi, Muar menawarkan keistimewaan yang tersendiri sebagai tarikan pelancong.

Muar yang terkenal dengan panggilan Bandar Maharani Bandar Diraja turut mempunyai persatuan pelancong yang tersendiri iaitu Persatuan Pelancongan Muar. Menurut beliau lagi, mereka akan melancarkan 20 pakej palancongan dalam usaha meningkatkan lagi kadar kemasukan pelancong ke Muar.

Menurut Pegawai Daerah  Muar, Haji Onn Jabbar, Muar telah diumumkan sebagai pemenang Anugerah Bandar Pelancongan Bersih Asean (ACTCA) 2017. Tidak dinafikan, Muar merupakan salah satu bandar yang menitikberatkan isu kebersihan. Pastinya Muar tidak akan menjadi bandar yang bersih dan cantik tanpa kerjasama dari para penduduknya sendiri dan pihak-pihak berwajib.

Logo rasmi Tourism Muar

Setiausaha Tourism Muar, Chua Teck Boon turut meluahkan rasa bangga terhadap pencapaian Muar sehingga berjaya mendapatkan Anugerah Bandar Pelancongan Bersih Asean. Menurut beliau lagi, kewujudan Persatuan  Pelancongan Muar dalam masa yang sama telah berjaya menyatukan para pengusaha dari pelbagai bidang. Hal ini akan lebih memudahkan lagi urusan mempromosikan Muar kepada para pelancong. Sejujurnya saya sendiri merasa agak kagum dengan kerjasama pelbagai pihak di Muar dalam usaha menaikkan nama dan reputasi daerah Muar itu sendiri. Perkara ini seharusnya dicontohi oleh daerah-daerah lain di seluruh pelosok Malaysia.

Pelancaran Muar Travel Map 1.0

Pelancaran Muar Travel Map 1.0

Turut diadakan juga pelancaran Muar Travel Map 1.0 dan ikon pelancongan Muar iaitu Taleeb Mizad. Usai sahaja majlis, kami dikejutkan pula dengan kehadiran puluhan kereta mewah dan kumpulan berbasikal yang akan mengiringi kami berarak ke lokasi seterusnya untuk acara lawatan di bandar Muar. Penunggang basikal yang hadir adalah terdiri dari ahli Kelab Batu Berendam Basikal Tua Melaka dan Kelab Komuniti Pemilik Basikal Klasik Malaysia. Seronok pula melihat mereka berbasikal beramai-ramai mengiringi rombongan kami. Terasa kemeriahannya.


Sebelum bertolak ke lokasi seterusnya, kami sempat bergambar beramai-ramai di Tangga Agong Muar, Pejabat Daerah Muar. Pejabat Daerah Muar terletak tidak jauh dari Muar Traders Hotel. Hanya perlu berjalan kaki untuk ke sana.


Tangga Agong Muar

Muar Mural Trail

Kami kemudiannya dibawa melawat ke Muar Mural Trail. Terdapat beberapa mural besar yang menjadi kebanggaan warga Muar. Sekiranya anda ke Muar, memang tidak sah kalau tidak melawat mural-mural yang menarik disana. Setiap mural mempunyai cerita yang tersendiri. Mural di bawah diberi nama Adikku Sayang. Mural Adikku Sayang merupakan mural terbesar di Malaysia dan dilukis oleh Julia Volchkova, seorang pelukis mural dari Rusia. Ianya menggambarkan kasih sayang dua beradik yang jelas terpancar pada ekspresi wajah dan mata mereka. Sikap kasih sayang sesama keluarga inilah seharusnya dipraktikkan oleh orang ramai.

Mural Adikku Sayang / Loving Sisters

Melawat Kuil Hindu Nattukottai Chettiars Sri Murugan

Kami juga sempat singgah melawat ke Kuil Hindu di Jalan Meriam. Kuil yang dikenali sebagai Kuil Nattukottai Chettiars Sri Murugan ini merupakan kuil Hindu tertua di daerah Muar. Sebenarnya ini merupakan kali pertama saya menjejakkan kaki di kuil Hindu.

Kuil Nattukottai Chettiars Sri Murugan 

Seni bina kuil ini ternyata sangat menarik sekali. Memandangkan ini merupakan kali pertama saya menjejakkan kaki ke dalam kuil, saya merasa agak kagum dengan kehalusan seni bina kuil Nattukottai Chettiars Sri Murugan.




Asam Pedas di Parit Jawa

Menjelang tengah hari, kami dibawa ke Pantai Leka yang terletak di Parit Jawa untuk menikmati juadah makan tengah hari. Dikatakan tempat ini diberi nama sebagai Pantai Leka kerana keindahan pemandangan matahari terbenam yang dapat dilihat disitu sehingga mampu membuat pengunjung terleka. Jangan tak tahu, Parit Jawa merupakan lokasi popular masakan asam pedas di Muar. Asam pedas merupakan salah satu menu kesukaan saya sejak dahulu lagi. Pantang nampak restoran yang menyediakan masakan asam pedas, mesti nak cuba. Tapi kalau mahukan rasa asam pedas terbaik dari Muar, Parit Jawa merupakan lokasi yang patut dituju.

Pantai Leka, Muar

Asam pedas muar

Tarian Singa dan Naga Kung Seng Keng

Setelah masing-masing kenyang dengan hidangan makan tengah hari, kami dibawa pula melihat persembahan tarian singa dan naga Kung Seng Keng. Tarian Singa Dan Naga Kung Seng Keng merupakan juara bertahan Kejuaraan Dunia Tarian Singa seluruh dunia. Kagum betul, dan banyak trofi hasil kemenangan mereka ada dipamerkan di Kung Seng Keng Trophy House. Saya sempat merakamkan tarian singa yang dipersembahkan pada hari tersebut.


Kagum betul saya dengan penari-penari tarian singa ni. Bukan senang nak menari di atas tiang. Silap hari bulan boleh menyebabkan kecederaan. Jangan kata menari atas tiang, menari tanpa tiang pun saya tak pandai! Haha, Oh ye, kami diberitahu bahawasanya penari-penari disini bukanlah kesemuanya berbangsa Cina, tetapi terdapat juga penari dari bangsa Melayu dan India. Sekali lagi saya merasa sungguh kagum, ianya menunjukkan perpaduan kaum yang kuat dalam kalangan rakyat Malaysia.

Desa Keroma Eco Resort, Muar

Selesai melihat persembahan tarian singa, kami dibawa ke Desa Kerome Eco Resort dan Muar River Cruise. Pengalaman di Desa Kerome Eco Resort merupakan satu pengalaman yang amat berharga bagi saya. Untuk perkongsian pengalaman di Desa Kerome Eco Resort, anda boleh teruskan pembacaan di sini : Pengalaman Mangrove Tour di Desa Keroma Eco Resort, Muar Johor .



Melihat sendiri kawasan penternakan kupang

Muar River Cruise

Di Muar River Cruise yang terletak di Tanjung Emas pula, kami menaiki bot dan melalui perairan Sungai Muar. Waktu perjalanan bot memakan masa selama 30 minit. Muar River Cruise  beroperasi dari jam 9 pagi sehingga jam 6 petang dengan kadar harga tiket RM12 (dewasa) dan RM6 (kanak-kanak). Untuk mendapatkan harga tersebut, anda perlu pamerkan MyKad. Sekiranya tanpa MyKad, harga untuk seorang dewasa adalah RM15. Sepanjang menyelusuri Sungai Muar, kami dapat melihat dengan jelas bangunan-bangunan disekitar Sungai Muar.



Muar Traders Hotel

Masing-masing kepenatan setelah seharian melawat daerah Muar, makanya kami pulang ke Muar Traders Hotel untuk berehat dan membersihkan diri. Saya ditempatkan sebilik dengan rakan blogger, Neeza. Boleh teruskan pembacaan di Bermalam di Muar Traders Hotel (akan datang) untuk perincian lebih lengkap tentang Muar Traders Hotel.


Kepenatan tidak menghalang kami untuk terus menerokai daerah Muar. Selepas mandi dan menunaikan solat Maghrib, kami dibawa pula ke Restoran Marina Tanjung Emas untuk menikmati juadah makan malam. Sebelum menuju ke Restoran Marina, saya dan rakan sempat berjalan-jalan di Ringo Market yang terletak di Laman Ole-ole Maharani (bersebelahan Muar Traders Hotel). Berdasarkan pemerhatian saya, kebanyakan peniaga di Ringo market terdiri daripada kaum Cina. Terdapat pelbagai barangan dijual di Ringo market.


Makan Malam di Restoran Marina Tanjung Emas

Lokasi Restoran Marina Tanjung Emas merupakan satu tempat yang menarik untuk menikmati makan malam. Makan malam dengan suasana angin sepoi-sepoi bahasa dan diiringi oleh alunan muzik. Kami turut dihiburkan dengan joget lambak dan tarian zapin. Di sekitar Tanjung Emas juga ada disediakan servis kereta / basikal berhias. Aktiviti sebegini amat sesuai untuk dilakukan bersama ahli keluarga atau rakan-rakan.



Menikmati Keenakan Sup Kambing di Muar Soup House

Lokasi terakhir kami untuk hari pertama adalah Uptown Maharani. Kami dibawa ke sana untuk merasai sendiri keenakan sup kambing yang terkenal di Muar Soup House. Sememangnya saya merupakan salah seorang penggemar daging kambing. Sup di Muar Soup House ternyata agak berlainan dengan sup yang pernah saya rasai sebelum ini.


Bagi saya, perbezaan yang ketara adalah dari segi rasa dan tekstur kuahnya. Sup di Muar Soup House lebih pekat berbanding sup di tempat lain. Selain sup kambing, juga terdapat variasi sup lain dan menu lain yang disediakan di Muar Soup House.


Berakhirlah sudah hari pertama fam trip ke Muar. Dek kepenatan yang teramat, balik hotel memang lena betul tidurnya. Rasa macam tak nak bangun keesokan harinya.

Boleh baca perkongsian hari kedua fam trip ke Muar di sini : Fam Trip TRAM ke Bandar Muar, Johor - Hari Kedua .

22 comments:

  1. Wah syoknya dia dapat join fam trip ke muar.. ada banyak tempat untuk dikunjungi yea.. mesti dalam satu hari macam-macam pengalaman dapat kan.. gambar2 pun lawa je TB tengok

    ReplyDelete
  2. Bestnya join trip macam ni... Ros yang duduk Batu pahat ni, belum berkesempatan jalan-jalan Muar.. banyak tempat menarik Muar ni kan sebenarnya...

    ReplyDelete
  3. Kalau balik Sg Rambai Melaka memang akak bawa anak anak jalan jalan Muar sebab dah sempadan kan..Selalu pergi Tanjung Emas tu lah..memnag best

    ReplyDelete
  4. Emi..seronoknyaaa jalan2 tgk muar.. Yg pic perternakan kupang tu.. Tu kupang ye byk2 tu.. Sedapnyaaaa

    ReplyDelete
  5. tahniah muar jd bandar bersih..
    tak sabar nak explorer muar..especially makanan dia best2

    ReplyDelete
  6. Seronoknya Emi dapat join program trip travel macam ni. Walaupun dalam Malaysia , dapat juga jelajah dan kenal pelbagai warisan etc di Johor. Best tu dapat tengok depan mata penternakan kupang , cantik je. Nice sharing.

    ReplyDelete
  7. syok gila single mingle boleh ke sana ke sini dengan senang hati wooo... asam pedas dia nampak pekat betul patinya... logo diapun lebih menarik dari visit malaysia haritu heheheeee

    ReplyDelete
  8. bestnya dapat join trip. Sebenarnya banyak tempat menarik area johor cuma belum sempat nak teroka semua hehe

    ReplyDelete
  9. Syok nya boleh pergi fam trip ke muar... Rasa nak pergi jugak..

    ReplyDelete
  10. Bestnyer dapat join aktiviti macam ni. Lawanya Mural Adikku Sayang. Gambar-gambar dalam post ni pun sangat cantik. Sekurang kurangnya akan mendekatkan masyarakat tentang tempat menarik yang boleh dilawati di Muar.

    ReplyDelete
  11. Tarian Singa dan Naga Kung Seng Keng is my children favourite troupe. Now I know they are from Muar.

    ReplyDelete
  12. Bestnya Emi ! Tahniah Muar kerana memenangi bandar terbersih asean. Tahun lepas Jeju yg menang kalau x silap. Hebat lh Muar.

    Sup kambing tu nmpk pekat sgt tetibe rasa terliur

    ReplyDelete
  13. Kalau ke Muar Johor. Mesti seronok mencari makanan. Rindu nak ke sana. InsyaAllah akan pergi Muar jika berkelapangan. Ruby cari mee rebus Muar. Yummyyy

    ReplyDelete
  14. Pernah pegi Muar masa time kecik dulu. Byk betul attraction kat sana. Baca blog u mcm walk thru muar dah.Sup pekat tu kat kajang ada satu kedai jual camtu.

    ReplyDelete
  15. Bulan depan Rawlins merancang nak melawat ke Muar gak - now dah ada itinerary nie, boleh la try follow sikit2. Soup House tu nampak menarik.

    ReplyDelete
  16. wow. seronok nyer emilinda :)
    great trip definitely!
    muar tu biasa lalu. but most of apa yg emilinda citer tu, aida tak gi pun.
    biasa la picnic pagi hari ti tanjung emas tu.
    and yg paling buat aida tertarik is muar river cruise :)

    ReplyDelete
  17. Muar best.. pernah pergi sekali je.. Banyak tempat menarik. Mesti Emi enjoy kan kat sana...

    ReplyDelete
  18. Wow! looks like you all had lots of fun & interesting places.

    ReplyDelete
  19. I really enjoy 2D1N trip at Muar. I miss the trip to find kupang. The food is good and Muar people is nice.

    ReplyDelete
  20. This looks like a lot of fun! Plus also the venues and places looks so nice too :)

    ReplyDelete
  21. Datang2 ka muar, nikmati percutian yg indah d muar.

    ReplyDelete
  22. Help make the break an occasion regarding appreciating absolutely free themes which were devoted in your enterprise simply by mailing these any individualized getaway credit card. This may present your web visitors in which their particular enterprise concerns and you also could hardly have got been through the season with out that. Simply by finding the time to be able to send out any occasion credit card which is handwritten, your web visitors can understand that an individual set several considered and also check gold coast activities energy in to the thought.

    ReplyDelete

Kindly leave your comment/feedback here.