Asyikin Exclusive kini di Setapak Central - emilinda

Wednesday, February 14, 2018

Asyikin Exclusive kini di Setapak Central

Permintaan yang makin tinggi terhadap pakaian muslimah mendorong pembukaan cawangan baru Butik Asyikin Exclusive di Setapak Central. Rangkaian pakaian muslimah jenama Asyikin Exclusive sebenarnya tidak asing lagi bagi kaum hawa terutamanya yang tinggal di Melaka. Kedua-dua butik Asyikin Exclusive yang sedia ada bertempat di Melaka iaitu di Kota Fesyen Air Keroh dan pusat beli belah Mahkota Parade. Kerana permintaan yang tinggi dari pelanggan di sekitar Kuala Lumpur, akhirnya pemilik Asyikin Exclusive, Puan Nur Asyikin binti Rahmat mengorak langkah membuka cawangan ketiga yang bertempat di Setapak Central.



Memandangkan lokasi Setapak Central tidaklah jauh dari kediaman saya, saya sempat hadir ke sesi ramah mesra dan minum petang antara Puan Nur Asyikin dengan para media serta blogger yang di adakan di butik terbaru di Setapak Central. Majlis yang berlangsung dalam suasana santai itu dihadiri oleh beberapa orang wakil media. Perwatakan Puan Nur Asyikin binti Rahmat yang merendah diri, peramah dan tidak sombong membuatkan saya selesa bersembang dengan beliau. Puan Nur Asyikin binti Rahmat turut berkongsi pengalaman turun naik beliau dalam usaha merealisasikan jenama Asyikin Exclusive. Seronok pula mendengar kisah kejayaan orang lain. Terus saya merasa bersemangat untuk contohi beliau.

Puan Asyikin dan suami yang menjadi tulang belakangnya selama ini

Konsep pakaian yang diketengahkan oleh butik Asyikin Exclusive merupakan gaya muslimah kontemporari. Ditanya mengenai pemilihan lokasi pembukaan Butik Asyikin Exclusive, menurut Puan Asyikin beliau memilih lokasi di pusat beli-belah kerana katanya pusat beli-belah sememangnya sentiasa mempunyai pengunjung yang tersendiri setiap hari.


Jika ditanya tentang fesyen, setiap individu mempunyai pilihan fesyen tersendiri. Begitu juga saya. Bagi saya, asalkan design pakaian itu terlihat simple dan menutup aurat, ia memadai. Tetapi jika designnya cantik dan memiliki ciri keselesaan untuk saya, lagilah saya suka. Baju-baju dan tudung yang dijual di butik Asyikin Exclusive sememangnya mencuri perhatian saya. Nasib baik waktu tu belum gaji lagi. Kalau tak, saya dah rembat beberapa helai. Harga pun berpatutan, boleh dikatakan sangat mampu milik. Takpe, lepas dah gaji nanti saya ke sana lagi. Bukan jauh pun nak ke Setapak Central. Jujurnya saya sangat suka denga susun atur dan dekorasi butik Asyikin Exclusive di Setapak Central, nampak tersusun dan selesa. Turut dilengkapi dengan fitting room.


 Turut dilengkapi dengan fitting room





Jangan tak percaya, butik Asyikin Exclusive turut mengadakan kolaborasi dengan artis seperti Puteri Sarah Liyana, Shila Amzah dan Sherry Alhadad dalam usaha mempromosikan jenama Asyikin Exclusive. Patutlah ada tertera gambar Shila Amzah di butik Asyikin Exclusive. Saya yakin, kalau dah artis tu takdenya dorang main setuju je nak promosikan sesuatu jenama tu sekiranya jenama itu sendiri tidak berkualiti, kan? Nanti tak pepasal fans kecam, tak ke haru kan? Ni dah sampai Shila Amzah pun turut berkolaborasi mempromosikan butik Asyikin Exclusive, tentunya pakaian yang dihasilkan dibawah jenama Asyikin Exclusive ini berkualiti tinggi.

Kemain besar gambar Shila Amzah

Puteri Sarah liyana yang juga turut berkolaborasi dengan Asyikin Exclusive

Sesi beramah mesra dan perkongsian 

Semasa di butik Asyikin Exclusive haritu, saya ada berkenan beberapa helai blouse yang dijual di butik Asyikin Exclusive. Blouse yang style agak kasual tetapi turut sesuai digayakan ke tempat kerja. Palazzo pun cantik-cantik. InshaAllah, dalam masa terdekat ni saya akan ke sana lagi sekali untuk beli beberapa helai blouse.



Korang pun kalau ke Setapak Central, boleh la singgah ke butik Asyikin Exclusive usha mana yang berkenan dihati.

Asyikin Exclusive
Level G, Sebelah Coffee Bean,
Setapak Central Mall, Setapak.

22 comments:

  1. Tengok koleksi pakaian yg ada di butik nih pun buat akak jatuh suka

    ReplyDelete
  2. Nampak eksklusif je butik ni. Nampak menarik juga susunan kat butik ni. Puteri Sarah Liyana pun ada.....bagus ye kolaborasi macam ni.

    ReplyDelete
  3. Wahh.. Nampak sangat eksklusif butiknya! Luas dan selesa untuk pelanggan nak membeli-belah. Koleksi pun nampak sesuai sangat dengan Muslimah!

    ReplyDelete
  4. Meriahnya... Dekorasi interior butik ni pun nampak eksklusif tapi berjaya mengetengahkan mood friendly kepada pelanggan. Nampak busana pun banyak yg cantik2 dan berkualiti. Bolehlah saya ajak puan mem ke sini nanti.. Thanks sharing :)

    ReplyDelete
  5. Menarik dekorasi butik dengan pemilihan warna yg attractive...banyak baju plus size akak nampak boleh la bawak mak ke sini nanti..

    ReplyDelete
  6. wah nama asyikin ni nama kakak lisa. nampak cantik designnya dan berkualiti bukan shaja dapat berkolaborasi dengan artis berhijab ni. insyaALLAH makin maju butik Asyikin ni nanti.

    ReplyDelete
  7. wow semua pakaian dari asyikin ni sangat sopan dan ekslusif membuatkan si pemakai nampak lembut je. kena beli 1 ni mana tau I nampak gorgeous dengan rekaan dari Asyikin ni

    ReplyDelete
  8. Marsha sabtu ni nak ke meet and greet shila amzah kat butik asyikin ni. Wah cantik betul apparel kat sana

    ReplyDelete
  9. Banyak nye orang review pasal butik ni. Fesyen dia pun cantik gak. Boleh la shopping raya kat sini siap siap.

    ReplyDelete
  10. Nak singgah la butik , kebetulan dekat jer nak pergi setapak central ni. memang rambang mata tengok design semua cantik2

    ReplyDelete
  11. Rambang mata! So many choices available in Asyikin, got to intro this to my muslimah friends, think they'll enjoy shopping at this boutique.

    ReplyDelete
  12. Not bad juga dah ada butik ketiga di KL. Menunjukkan brand Asyikin semakin dikenali dan ada permintaan. Suka juga deko dan design butik ni. Nampak eksklusif!

    ReplyDelete
  13. Eh, ni Puan Nur Asyikin yang pernah kluar kat TV dalam rancangan Catatan Jurnal Asyikin Exclusive : Travelog Cinta Tang Guo tu kan.. wah, tak sangka dah buka cawangan baru kat Setapak Sentral. Tahniah Asyikin Exlusive

    ReplyDelete
  14. Wah tahniah buat Puan Nur Asyikin. Semiga terus sukses dalam business beliau.tetiba rasa nk ke setqpak mall. Lama dh x kesana

    ReplyDelete
  15. wah.. dekat setapak sentral? dekat la ni.. boleh la pi nanti.. nampak kemas dan teratur je dekorasi Butik ni. pandai orang yang mendeko butik ni.. Nanti nak ajak hubby pi lah

    ReplyDelete
  16. Memang cantik-cantik design dan kaler baju yang ada di butik ni.

    ReplyDelete
  17. Such a lovely butik with so many nice clothes... Nak shopping sekarang!

    ReplyDelete
  18. Seem the quality of the baju Kurung good and the sewing part so detail.

    ReplyDelete
  19. SubhanaAllah cantik-cantiknyaaa baju kat sini. Boleh la beli baju raya nanti

    ReplyDelete
  20. Butik nie nampak class ade banyak pilihan pula

    ReplyDelete
  21. Cantik2 semuanya.. nk try juga la guna brand nk

    ReplyDelete

Kindly leave your comment/feedback here.