Sunday, February 11, 2018

30000 Ahli NGO & Koperasi Seluruh Malaysia Terima Kad Digital NGO Negaraku

Dalam usaha  membentuk kerjasama antara NGO-NGO khususnya dalam aktiviti sosial dan ekonomi melalui jalinan usahasama dan penawaran berkelompok, Kelab Sahabat Persaudaraan (KPS) mula mengedarkan 30 ribu kad NGO Negaraku kepada NGO dan Koperasi yang berdaftar. Untuk peringkat permulaan, 50 NGO hadir untuk menyertai Program Komuniti Digital NGO Negaraku di Dewan Perdana Felda semalam, 10 Februari 2018.


Kelab Sahabat Persaudaraan (KSP) merupakan kelab yang berdaftar di bawah Pendaftaran Pertubuhan atau ROS. Kelab ini dibentuk melalui gabungan sukarelawan, profesional dan kumpulan berpengalaman untuk bersama mencurah idea dan kepakaran bagi melahirkan program-program berkualiti berteraskan pendidikan dan kebajikan untuk diperkenalkan kepada masyarakat. 

Program Komuniti Digital NGO Negaraku turut memperkenalkan aplikasi mudah alih NGO Negaraku yang hanya boleh diakses oleh pemegang kad NGO Negaraku. Dengan adanya kad dan aplikasi mudah alih NGO Negaraku, para pemegang kad dapat menikmati tawaran pembelian barangan terpilih dengan kadar harga terbaik. Aplikasi mudah alih ini menawarkan kepelbagaian aplikasi yang sesuai digunakan oleh NGO dan ahli-ahli termasuklah aplikasi pengumpulan derma dan sumbangan secara digital untuk tujuan membantu antara satu sama lain mengikut keperluan semasa.


Program Komuniti Digital NGO Negaraku ini terbuka hanya kepada ahli NGO dan Koperasi sahaja. Wakil sah NGO / Koperasi yang berminat hadir pada majlis berkenaan diberikan 150 keping kad untuk diedarkan kepada ahli-ahli secara percuma. Ahli NGO akan terus mendapatkan manfaat segera secara percuma selama dua bulan sebaik sahaja mengaktifkan aplikasi mudah alih NGO Negaraku. 

Antara faedah yang ditawarkan adalah pembelian produk & perkhidmatan terpilih dengan penjimatan serendah +>40% dari harga sebenar. Juga terdapat tawaran hadiah percuma bagi yang mendaftar pada hari tersebut dan pelbagai lagi tawaran lain.


Selepas 2 bulan penggunaan kad secara percuma, ahli NGO boleh memilih untuk membayar sebanyak RM150 secara one-off (untuk setiap ahli) bagi terus menikmati faedah dan manfaat sedia ada dan manfaat tambahan. Antara faedah tambahan yang boleh didapati setelah membayar RM150 setiap ahli adalah sepeti berikut :
  1. Pengguna berhak memilih barangan atau Perkhidmatan bernilai tunai RM150-200 yang ditawarkan secara terus dan percuma.
  2. Penjimatan berterusan melalui tawaran di platform “Beli & Jimat”.
  3. Platfom Derma (donation platform).
  4. Teknologi kewangan (Fintech Platform) melalui e-wallet.
Pada peringkat pengenalan ini, terdapat beberapa syarikat yang turut serta memberikan tawaran harga terbaik termasuklah Ez Ride, Kaspersky, dan comfort reflexology. Ahli-ahli NGO boleh memuat turun Aplikasi NGO Negaraku sekarang.






19 comments:

  1. ramainya ahli , jemput singgah ke vitaminwawa.com , sekian terima kasih ...

    ReplyDelete
  2. banyak orang ahli untuk ngo ni... great!

    ReplyDelete
  3. Kalau dulu nak cari NGO susah sangat. Sebab tiada pendedahan apa itu NGO..etc. Sekarang sangat senang berhububg antara kita.

    ReplyDelete
  4. Wah baru first time dengar pasal BGO Negaraku ni...siap ada great offer lagi ya

    ReplyDelete
  5. Untung la siapa yg NGO. Banyak pulak benefits yg diaorg dapat.. byk penjimatan ni

    ReplyDelete
  6. Bestnya jadi ahli NGO bole berjimat banyak.

    ReplyDelete
  7. Tak pernah tahu pasal ni until visit your site. Whoa! good benefits for all members. Can save a lot di zaman yg serba serbi mahal nih.

    ReplyDelete
  8. yay dah ada aplikasi nya eh memudahkan betul, boleh nampak usaha kerajaan untuk membantu cuma harap lepas ni program ni memang betul betul untuk membantu rakyat

    ReplyDelete
  9. Banyak usaha NGO untuk membantu masyarakat..bagus dan perlu diperluaskan lagi untuk mendapat lebih ramai penyertaan dari orang ramai..program yang sangat bagus utk rakyat

    ReplyDelete
  10. app di hujung jari..memang betul mudah menghubungkan antara satu sama lain..

    ReplyDelete
  11. Menarik kann kad ni mcm2 kelebihan. Salah satu sumbangan utk ngo yg byk berjasa. Dapt berjimat byk benda

    ReplyDelete
  12. This is a very good one to build NGO community and with this we can easily my to search which NGO is real as well. So much convenient with one finger tip

    Racheal

    ReplyDelete
  13. baguslaa... buat baik di balas baik.. kan.. for NGO. =)

    ReplyDelete
  14. wahh sistem macam ni nampak lebih berkelompok dan lebih cepat mencapai sasaran. bagus juga diperkenalkan kad macam ni. canggih pun canggih!

    ReplyDelete
  15. Inisiatif yg sgt baik utk pembangunan NGO seluruhnya, secara tak langsung juga menggalakkan kesepakatan antara satu sama lain dengan informasi yg selaras. Mmg menarik dan saya sokong inisiatif ini.. terbaik! :)

    ReplyDelete
  16. Harap2 segala usaha yg dilakukan NGO ni tulus dan ikhlas dan mencapai matlamat yg diperlukan demi membantu rakyat.

    ReplyDelete
  17. satu program yang menarik ni.. pemberian kad kepada NGO adalah salah satu cara menaikkan semangat dan menggalakkan mereka untuk berbakti

    ReplyDelete
  18. Bagus bila dieorang buat macam ni.dapat jimat banyak benda dan dalam nasa yang sama dapat bagibpeluang orang ramai buat kebajikan

    ReplyDelete
  19. wah inisiatif yang sangat bagus dan memberangsangkan.. ngo semakin melangkah maju...

    ReplyDelete

Kindly leave your comment/feedback here.