Kelab Sahabat Persaudaraan (KSP) merupakan kelab yang berdaftar di bawah Pendaftaran Pertubuhan atau ROS. Kelab ini dibentuk melalui gabungan sukarelawan, profesional dan kumpulan berpengalaman untuk bersama mencurah idea dan kepakaran bagi melahirkan program-program berkualiti berteraskan pendidikan dan kebajikan untuk diperkenalkan kepada masyarakat.
Program Komuniti Digital NGO Negaraku turut memperkenalkan aplikasi mudah alih NGO Negaraku yang hanya boleh diakses oleh pemegang kad NGO Negaraku. Dengan adanya kad dan aplikasi mudah alih NGO Negaraku, para pemegang kad dapat menikmati tawaran pembelian barangan terpilih dengan kadar harga terbaik. Aplikasi mudah alih ini menawarkan kepelbagaian aplikasi yang sesuai digunakan oleh NGO dan ahli-ahli termasuklah aplikasi pengumpulan derma dan sumbangan secara digital untuk tujuan membantu antara satu sama lain mengikut keperluan semasa.
Program Komuniti Digital NGO Negaraku ini terbuka hanya kepada ahli NGO dan Koperasi sahaja. Wakil sah NGO / Koperasi yang berminat hadir pada majlis berkenaan diberikan 150 keping kad untuk diedarkan kepada ahli-ahli secara percuma. Ahli NGO akan terus mendapatkan manfaat segera secara percuma selama dua bulan sebaik sahaja mengaktifkan aplikasi mudah alih NGO Negaraku.
Antara faedah yang ditawarkan adalah pembelian produk & perkhidmatan terpilih dengan penjimatan serendah +>40% dari harga sebenar. Juga terdapat tawaran hadiah percuma bagi yang mendaftar pada hari tersebut dan pelbagai lagi tawaran lain.
Selepas 2 bulan penggunaan kad secara percuma, ahli NGO boleh memilih untuk membayar sebanyak RM150 secara one-off (untuk setiap ahli) bagi terus menikmati faedah dan manfaat sedia ada dan manfaat tambahan. Antara faedah tambahan yang boleh didapati setelah membayar RM150 setiap ahli adalah sepeti berikut :
- Pengguna berhak memilih barangan atau Perkhidmatan bernilai tunai RM150-200 yang ditawarkan secara terus dan percuma.
- Penjimatan berterusan melalui tawaran di platform “Beli & Jimat”.
- Platfom Derma (donation platform).
- Teknologi kewangan (Fintech Platform) melalui e-wallet.
Pada peringkat pengenalan ini, terdapat beberapa syarikat yang turut serta memberikan tawaran harga terbaik termasuklah Ez Ride, Kaspersky, dan comfort reflexology. Ahli-ahli NGO boleh memuat turun Aplikasi NGO Negaraku sekarang.
ramainya ahli , jemput singgah ke vitaminwawa.com , sekian terima kasih ...
ReplyDeletebanyak orang ahli untuk ngo ni... great!
ReplyDeleteKalau dulu nak cari NGO susah sangat. Sebab tiada pendedahan apa itu NGO..etc. Sekarang sangat senang berhububg antara kita.
ReplyDeleteWah baru first time dengar pasal BGO Negaraku ni...siap ada great offer lagi ya
ReplyDeleteUntung la siapa yg NGO. Banyak pulak benefits yg diaorg dapat.. byk penjimatan ni
ReplyDeleteBestnya jadi ahli NGO bole berjimat banyak.
ReplyDeleteTak pernah tahu pasal ni until visit your site. Whoa! good benefits for all members. Can save a lot di zaman yg serba serbi mahal nih.
ReplyDeleteyay dah ada aplikasi nya eh memudahkan betul, boleh nampak usaha kerajaan untuk membantu cuma harap lepas ni program ni memang betul betul untuk membantu rakyat
ReplyDeleteBanyak usaha NGO untuk membantu masyarakat..bagus dan perlu diperluaskan lagi untuk mendapat lebih ramai penyertaan dari orang ramai..program yang sangat bagus utk rakyat
ReplyDeleteapp di hujung jari..memang betul mudah menghubungkan antara satu sama lain..
ReplyDeleteMenarik kann kad ni mcm2 kelebihan. Salah satu sumbangan utk ngo yg byk berjasa. Dapt berjimat byk benda
ReplyDeleteThis is a very good one to build NGO community and with this we can easily my to search which NGO is real as well. So much convenient with one finger tip
ReplyDeleteRacheal
baguslaa... buat baik di balas baik.. kan.. for NGO. =)
ReplyDeletewahh sistem macam ni nampak lebih berkelompok dan lebih cepat mencapai sasaran. bagus juga diperkenalkan kad macam ni. canggih pun canggih!
ReplyDeleteInisiatif yg sgt baik utk pembangunan NGO seluruhnya, secara tak langsung juga menggalakkan kesepakatan antara satu sama lain dengan informasi yg selaras. Mmg menarik dan saya sokong inisiatif ini.. terbaik! :)
ReplyDeleteHarap2 segala usaha yg dilakukan NGO ni tulus dan ikhlas dan mencapai matlamat yg diperlukan demi membantu rakyat.
ReplyDeletesatu program yang menarik ni.. pemberian kad kepada NGO adalah salah satu cara menaikkan semangat dan menggalakkan mereka untuk berbakti
ReplyDeleteBagus bila dieorang buat macam ni.dapat jimat banyak benda dan dalam nasa yang sama dapat bagibpeluang orang ramai buat kebajikan
ReplyDeletewah inisiatif yang sangat bagus dan memberangsangkan.. ngo semakin melangkah maju...
ReplyDelete