Memandangkan pada minggu tu agak sibuk dengan macam-macam kerja kat pejabat dan juga kat rumah, memang tak sempat nak packing barang awal-awal. Malam sebelumnya memang pulun siapkan sebanyak kerja yang mungkin, sebab nak bercuti tanpa perlu bawa kerja bersama. Pada hari kejadian baru lah packing barang serba sedikit untuk kegunaan sepanjang 2 hari 1 malam tu. Nasib lokasi percutian singkat kali ni tak jauh pun dari rumah. Lokasi pilihan kali ini terletak ditengah-tengah kesibukan Kuala Lumpur, iaitu di Bukit Bintang. Nak bercuti rehatkan minda, tapi pergi tempat sibuk macam Bukit Bintang. Mula-mula macam "Ada ke tempat yang best dan selesa kat Bukit Bintang untuk tenang-tenangkan diri? Bukan kat Bukit Bintang tu macam crowded ke?".
ESCAPE WITH TRAVELOKA - DAY 1
Sampai di KL Journal Hotel, Bukit Bintang sekitar jam 10 pagi. Terus ke kaunter pendaftaran di Tingkat 1, dan jumpa rakan blogger lain. Masa tu belum ramai yang sampai. So sempat la bergambar bersembang dulu sementara menunggu yang lain sampai.
Sewaktu pendaftaran, setiap seorang dari kami diberi goodie bag oleh pihak Traveloka, dan kami diberi pilihan beberapa workshop menarik untuk disertai nanti. Terdapat 4 jenis workshop, dan setiap seorang boleh memilih satu workshop untuk disertai. Turut disediakan beberapa menu ringkas untuk brunch.
Brunch
Aplikasi Traveloka
Selesai sesi ice-breaking, kami diperkenalkan pula dengan big boss Traveloka. Banyak yang diceritakan tentang bagaimana mereka memulakan perniagaan Traveloka, dan banyak benda lagi la. Kami juga diberitahu tentang aplikasi Traveloka yang kini boleh dimuat turun ke telefon pintar untuk memudahkan orang ramai membuat tempahan hotel dan tiket penerbangan.
Selesai sesi bersama big boss Traveloka, tiba masa untuk isi perut. Untuk makan tengahari, kami dibawa ke Kedai Kopi Journal yang terletak di ground floor KL Journal Hotel. Kedai kopi gaya hipster gitu. Dekorasi dan susunan meja sangat kemas dan tampak moden. Banyak sudut yang menarik untuk bergambar. Terdapat hidangan buffet untuk makan tengahari. Tetapi untuk main course, saya pilih Signature Grill Beef Wagyu Burger. Sedap, juicy sangat dagingnya.
Signature Grill Beef Wagyu Burger
With kak Farah
Releasing Butterflies Ceremony
Masa lepaskan rama-rama tu, cantik sangat. Banyak rama-rama yang berterbangan rendah. Siap hinggap kat bahu, baju dan jari kami lagi. I even took one of the butterfly to my room, lol. Dia jinak, hinggap kat tangan saya dan tak nak terbang jauh-jauh dah. So i took it up to my room, biarkan dia dalam bilik.
Oh by the way, lepas sesi melepaskan rama-rama tu kami terus masuk ke bilik masing-masing. Satu bilik dua orang. And my roommate for this short staycation is kak Farah. Actually this is my first time jumpa dan kenal kak Farah. She's from Penang, if i'm not mistaken. Datang jauh dari utara semata untuk staycation ni. Yela, berkumpul ramai-ramai dengan rakan blogger, seronok kot. Bukan selalu pun.
Tentang suasana dan keadaan bilik, nanti akan saya ceritakan lebih lanjut di artikel berasingan. Boleh rujuk artikel ini untuk baca lebih lanjut tentang hotel KL Journal ni : 2 Hari 1 Malam di The KL Journal Hotel, Bukit Bintang. Tapi bilik memang sangat selesa dan cantik. Siap boleh nampak view KLCC dari bilik kami.
Traveller Leather Passport Holder Workshop
Jam 3 petang, kami turun semula ke tingkat 1 untuk DIY workshop. Saya memilih Traveller Leather Passport Holder Workshop. Sepanjang workshop ini berlangsung, kami diajar cara-cara untuk membuat passport holder dari material kulit. Dari nak asah untuk ratakan kesan potongan leather, tebuk lubang, jahit leather tu, ketuk untuk customize nama, semua diajar. Mula-mula ingat senang je since i have basic skill of sewing, lol. Tapi rupanya nak jahit dekat kain dengan jahit dekat leather ni tak sama oii. Hahaha lenguh bahu, lengan dan jari nak siapkan satu passport holder. Sebelum tu siap nak kena ketuk-ketuk leather tu guna hammer. In other way, rasa macam release tension pun ye jugak bila join workshop macam ni. Yela nak ketuk kepala orang tak boleh, ketuk leather pun jadilah. Release tension!
Ambil masa berjam juga nak siapkan satu passport holder tu. Yang lamanya masa nak jahit, sebab leather kan tebal. So tak boleh nak expect senang jahit macam jahit kain ye kawan-kawan. Kena guna banyak tenaga. Itu belum cakap pasal hasil jahitan tu kemas ke tidak, hahaha. No wonder la barangan berasaskan leather terutamanya yang handmade harganya sangat mahal. K lepas ni kalau beli barangan handmade, janji tak merungut kata mahal lagi dah. Bila dah siap, puas hati sungguh walaupun kualiti jahitan tu agak teruk lol. Hello, bukan senang nak siapkan satu tau!
Can you see? It got my name on it.
Disebabkan workshop yang saya join ni paling lambat siap berbanding workshop lain, makanya lepas tu laju-laju ke bilik mandi bersiap tukar baju apa semua, kemudian turun ke Kedai Kopi Journal untuk makan malam. Makan malam berkonsepkan buffet, memang macam-macam la ambik kan. Almaklum dah berpenat siapkan leather passport holder tadi. So kena la recharge balik energy. Waktu ni la nak makan banyak-banyak menu pelik-pelik yang kita tak jumpa pada hari biasa. Lepas makan malam, ada sesi gift exchange. Sebelum datang ke sini kami dah diberitahu awal-awal tentang sesi gift exchange ini. So setiap orang kena prepare hadiah untuk roommate masing-masing. Lupa nak tangkap gambar masa ni sebab tengah kenyang membuntang kahkah!
Dekat balkoni The Terrace Bar & Grill
Dah selesai exchange gift, lepas tu aktiviti bebas dah. Ada yang keluar jalan-jalan kat area Bukit Bintang tu, ada yang stay di situ untuk enjoy performance di Kedai Kopi Journal, dan ada yang pulang ke bilik. Kami? Hihi kami pergi melepak kat bilik Sally & Kak Anil, bertukar-tukar cerita. Pillow talk gitu, haha. Penat punya pasal, lepas tu tidur nyenyak betul.
ESCAPE WITH TRAVELOKA - DAY 2
Keesokannya pagi-pagi lagi dah bangun tapi hati ni berat sangat nak tinggalkan katil So sambung tidur sampai la Syafiera call kejut ajak pergi breakfast.
Turun breakfast sambil mingle around, lepas tu naik ke tingkat paling atas untuk pusing-pusing tengok view sekitar infinity pool. Awalnya macam tak mandi kot sebab malas nak basahkan baju bagai. Tapi tengok orang lain mandi, hati terpanggil-panggil je nak terjun sama. Apa lagi, terjun jela untuk 30 minit. Lepas tu balik ke bilik untuk berkemas-kemas. Berat hati nak balik sebab best sangat duduk situ.
Breakfast
Best sangat 2 hari 1 malam staycation bersama rakan butterfly yang lain. Penuh dengan pengisian, dan sangat enjoy sepanjang kat sana. Siap bertambah kawan-kawan lagi. Yang dah kenal pulak makin erat hubungan. Terima kasih untuk semua yang terlibat. Moga-moga next time dapat join lebih banyak aktiviti sebegini.
Traveloka
Website: https://www.traveloka.com/en-my/
Facebook: https://www.facebook.com/TravelokaMY/
Instagram: https://www.instagram.com/travelokamy/
Bestnya Emi ! KL Journal nie mmg sangat popular among bloggers kan ? Xpernah lagi jejakkan kaki ke sana.
ReplyDeleteSeronoknya Emi. Best kan cuti cuti dengan rakan blogger sambil menimba ilmu baru kan
ReplyDeleteMemang best gila kan emi dpt join event mcm ni.. Knl2 rkn blogger yg lain..kawasan dia pun cantik.. Sesuai kalau nk shoot2..
ReplyDeletewahhh bestnya dapat join event macam ni.. dapat kenal rakan-rakan blogger.. uikk kak farah pun ada tu....
ReplyDeleteWah, bestnya especially the butterflies ! rasanya nyaman sangat dikelilingi butterfly
ReplyDeletesyoknya emi dengan kawan-kawan blogger lain, join aktiviti macam ni memang beri kenangan yang menyeronokkan kan.. alahai.. kalaulah dapat join sekali.. dok pulak kat KL journal.. dengan kolaborasi Traveloka.. fuh.,.. mantopp
ReplyDeleteWahh syoknya join butterfly... Teringin nk join tp mcm xlayak..dan jauh..huhuhu..byk input yg dpt kt sne kan..
ReplyDeleteBestnya dapat bercuti, tak pernah lagi joint workshop butterfly
ReplyDeleteRawlins tersangatlah jealous bila tengok gambar dan post perkongsian pengalaman para Butterflies semua. Best gila kan!
ReplyDeleteMenarik jugak kl jurnal hotel ni. Bestnya workshop. Penuh aktiviti.
ReplyDeleteSeronok tgk kawan kawan yang berpeluang join. Kita x dpt nk join + jauh + tuntutan masa.
ReplyDeleteescaping days yang best. Banyak benda belajar and great to know new friends. Teringin nk join tapi jauh and rasa mcm kerdil je kita ni. Hehe.
ReplyDeleteBestnya tengok korang join event butterfly. pernah sekali je join, tapi tak boleh commit sebab tak reti nak bawak niche beauty. hehehe Insyaallah anti try beljar and tulis tentang beauty pulak.
ReplyDeleteSatu pengalaman yang menyeronokkan. Dapat jumpe blogger lain dan menginap di KL journal yg best tu
ReplyDeletewww.maisarahsidi.com
Diakui mmg best join akticiti the butterfly ni.. hope dpt join lg
ReplyDeleteaktivit
ReplyDeleteaktiviti butterfly memang best..nt nak join jug kalau ada rezeki
ReplyDeleteBest giler kan aktiviti masa ni..The Journal KL best...rindu nak gathering lagi
ReplyDeleteFuhhh ,penuh pengisian aktiviti kat KL Journal .. tertarik pulak nak join . Boleh rest & relax ..ni kalau ajak anak-anak sure suka..
ReplyDeletememang fun event. I wish to join too
ReplyDeletealaaaaaaaaaa rugi x join event ni sob sob sob
ReplyDeleteLama tak tengok rama-rama. Mesti seronok kan berkumpul dengan 40 'Butterflies' di KL Journal Hotel. Aktiviti yang dibuat pun best-best saya tengok. Seriously best relaxs kat hotel ni. Konsep hotel pun saya suka!
ReplyDeleteNice to meet you. Rindunya event ni balik bila tengok gambar2 ni kan. Rasa unik dan menarik konsep hotel ni. Paling best jumpa kawan blogger.
ReplyDeleteWow!! best jugak dapat keluar ramai - ramai macama ni
ReplyDeleteWah seronoknya spend time with bloggers camni..
ReplyDeletebest la dapat staycation dgn bloggers banyak banyak ni!
ReplyDelete