Belajar Mekap dengan MUA Sue Melati - emilinda

Monday, January 22, 2018

Belajar Mekap dengan MUA Sue Melati


Minggu lepas saya berkesempatan turut serta dalam kelas basic make-up yang diadakan oleh jurumekap Sue Melati. Tak kenal Sue Melati? Haa, Sue Melati ni agak terkenal jugak sebab dia banyak mekapkan artis untuk penggambaran filem dan drama. Saya ni bukanlah jenis yang tak tahu langsung nak mekap muka sendiri. Tapi saya juga bukanlah jenis yang hebat bermain dengan mekap. Kiranya sekadar tahu pakai untuk diri sendiri, dan main tonyoh ikut suka hati je. Mekap syok sendiri katakan. Jadi bila tahu Sue Melati ada buat kelas solekan untuk beginner macam saya ni, saya pun ambil kesempatan ni untuk turut serta. Tambah ilmu dan enhance makeup skill yang tak seberapa ni. Tambahan pulak memang tak ada perancangan lain pada hari tu. Kelas solekan ni diadakan di Hybrid Nutrilab di Sungai Buloh. Gigih tau bangun pagi semata untuk kelas solekan ni.



Dalam kelas mekap Sue Melati ni, kami diajar tentang teknik solekan yang betul. Nak bersolek ni kena ikut urutan jugak. Selama ni saya main hentam saja la sebab tak reti. Lagipun muka sendiri kan, kahkah. Antara beberapa teknik solekan yang diajar oleh Sue Melati adalah teknik blend eye shadow dengan betul, teknik melukis kening, contouring, teknik blend foundation agar bersesuaian dengan warna kulit, tips agar mekap mampu bertahan lebih lama, dan juga tentang perbezaan jenis berus mekap. Yang berus mekap tu sampai sekarang saya masih tak boleh nak biasakan diri guna berus mekap. Serious saya lebih suka guna jari jemari sendiri, haha.

Video sekitar kelas solekan Sue Melati

Bila dah sertai kelas solekan ni, baru la tahu bahawasanya kalau korang tersalah beli foundation yang warnanya tidak sesuai dengan warna kulit korang, korang jangan buang atau tak guna. Masih boleh guna. Cuma kena pandai mix and blend dengan foundation lain yang tona warnanya sedikit berbeza untuk sesuaikan warnanya. Kalau foundation korang tu jenis yang pekat sangat pulak, korang boleh campur dengan sedikit argan oil atau apa-apa serum yang korang ada untuk bagi tekstur foundation tu lebih lembut dan memudahkan ianya disekatakan di kulit wajah.


Yang menariknya, Sue Melati dah pun keluarkan produk kosmetik sendiri iaitu Sue Melati Foundation, Minyak Penarik Seri Wajah, dan juga rangkaian berus mekap jenama Sue Melati. Foudation Sue Melati ni mengandungi vitamin C dan E.

Berus mekap Sue Melati

Minyak Penaik Seri Wajah Sue Melati

Foundation Sue Melati ni merupakan matte foundation dan ianya waterproof. Foundation ini dikatakan mampu menghalang penuaan dan sesuai untuk pelbagai jenis kulit. Bila apply kat wajah memang full coverage. Saya ada sediakan video pendek saya memakai foundation Sue Melati. Boleh tengok kat bawah ni.


Untuk hasil yang lebih memuaskan, boleh titiskan Minyak Penarik Seri Wajah Sue Melati bersama foundation Sue Melati. Barulah tekstur foundation tu lebih smooth dan lebih cantik bila diaplikasikan pada kulit wajah. Basically Minyak Penarik Seri Wajah ni adalah sejenis minyak yang berasaskan argan oil. Bau dia memang wangi. Tapi disebabkan saya tak ada minyak Penarik Seri Wajah ni, saya main campur je dengan mana-mana serum yang saya ada. 


Untuk maklumat lanjut :
No. Tel : 018-2090617
FB Page : Sue Melati
Email : suemelati2u@gmail.com


35 comments:

  1. Minyak penaik seri tu macam menarik la..hahaha..nanti nak skodeng la sue melati..

    ReplyDelete
  2. Seronok kalau dpt pergi kelas makeup jumpa ramai orang! Hehe

    ReplyDelete
  3. wahh.. eksklusif betul belajar make up daripada the real make up artist sendiri! gempaklah bermekap lepas ni! hihi

    ReplyDelete
  4. Saya pun main hentam je. Memang tak pernah belajar dan tahu cara yang sebenar nak make-up! Bagusnya dah ada produk kosmetik sendiri. Kalau dapat ni memang best.

    ReplyDelete
  5. Amboiii rajin betul yer dtg kelas2 make up. Untunglah cantik. Make up mcm mna pon tetap cantik. X make up pon cantik

    ReplyDelete
  6. Wah bestnya belajar make up. Marsha pun teringin nak belajar make up simple

    ReplyDelete
  7. Eh bestnye. Nape saya tak tau pun ada kelas make up ni. Kalau tau mesti nak join sekali tau. Teringin juga nak belajar make up simple macma ni

    ReplyDelete
  8. Best kelas dia... So kite tau la teknik yang betul untuk mekap....
    Kite campur dengan argan oil fd tu...
    Sebab memang selalu pakai fd ngan argan oil...

    ReplyDelete
  9. Minyak penaik seri tu memang kena dapatkannlah I tak beli haritu eh rasa menyesal pula

    ReplyDelete
  10. Minat pulak tengok serum tu.. eh serum ke.. yang penyeri wajah tu.. macam nak try beli je.. kot nanti berseri wajah ni .. heee.. sekarang tengah kusam2.. nak mulakan rejim kecantikan semual.. haha

    ReplyDelete
  11. Mmg kalau jenis fd yg pekat kena letak myk argan sikit supaya bila apply.. Fd lebih smooth, lebih rata bila dap2 kt muka.. Dpt bljr asas mkup dgn sue melati ni mesti best kan.. Dia pun ramai org dh kenal.. Hasil pun tip top

    ReplyDelete
  12. Baru kenal sue melati ni. Not bad produk dia kan. Mua mmg tahu produk terbaik

    ReplyDelete
  13. Bagus bila attend kelas make up macam ni. Selain dapat improve make up skill dapat juga ilmu dan tips dari mua kan macam blend foundation tu. Ana pun baru tau ni.

    ReplyDelete
  14. Best kan belajar mekap ramai-ramai. baru tahu yang ada macam-macam jenis kulit dan kening. susah kening tebal. kening takda pun susah juga. hahaha

    ReplyDelete
  15. peluang bagus ni untuk especially blogger belajar makeup n penampilan diri . Kalau pergi event ke atau mana2 takdela tak terurus kan

    ReplyDelete
  16. Aha.. Satu kenyataan yang turut saya baca juga mengatakan yang sama, fd yang tidak sesuai usah dibuang. Masih boleh digunakan dgn teknik blend, mix etc. Tapikan kita mmg tak pandai mekap. Best juga dapat topup ilmu mekap ni😊

    ReplyDelete
  17. Wow! Sudah pandai ber make up sekarang selepas belajar make up.

    ReplyDelete
  18. Aduh mekap, hahaha, saya tengok pun dah pening, banyak jugak nak kena pakai tu

    ReplyDelete
  19. Dulu teringin nak jadi MUA... Tapi kebanyakan lelaki yang jadi MUA semuanya lembut2.. kita nie, jari dah keras sangat hahahha

    ReplyDelete
  20. best yer dapat join kelas make up macam ni

    ReplyDelete
  21. Alahai bestnya.. dah lama teringin nak pi kelas mekap macam ni. Cuma biasanya produk yang diguna tu memang nampak sangat produk timbang kilo. Jadi takut. Tapi produk sue melati ni macam ok.

    ReplyDelete
  22. Wahhh seronoknya!! Ciktie pun teringin nak join kelas mekap up camni

    ReplyDelete
  23. Bestnya, tak pernah join mana2 kelas makeup. Memang teringin sangat nak belajar makeup, skrg makeup cincai je..hehehe

    ReplyDelete
  24. Sangatlah beruntung sebab dapat ke kelas mekap. Kita dah la tak pandang mekap mekap. Pergi ke kelasnya pun tak pernah. Haha

    ReplyDelete
  25. Minyak Penarik Seri tu sangat menarik. Rawlins rasa macam nak try plak.

    ReplyDelete
  26. Jelesnya tengok korang ada kesempatan untuk join kelas macam ni. Haritu plan juga, tp tak kesampaian.

    ReplyDelete
  27. Perghhhh minyak penaik seri tu mcm best jeee

    ReplyDelete
  28. first time hearing this brand. macam promising

    ReplyDelete
  29. It seem fun can learn makeup. I always want to learn a proper makeup.

    ReplyDelete
  30. Macam seronok ne kelas make up tu

    ReplyDelete
  31. Bestkan dpt belajar makeup dari Sue Melati byk kita dpt pengalaman cara makeup yg betul

    ReplyDelete
  32. Best to dapat belajar makeup... dengan technique betul..

    ReplyDelete
  33. Bestnya dpt join class make up retis yg retis2 ni...
    Untung bdan

    ReplyDelete
  34. Perghhhh minyak penaik seri tu memang best bg muka yg kering. Lbh cantik dicampur dgn faundation sue melati.

    ReplyDelete

Kindly leave your comment/feedback here.