Wednesday, January 24, 2018

Street Churros kini di KL Sogo!



Biasa dengar Street Churros tak? Mungkin ada segelintir yang belum tahu tentang Street Churros ni. Atau mungkin jugak ada yang tahu tapi tak pernah cuba sendiri keenakan rasa churros di Street Churros ni. Dulu masa awal-awal kewujudan Street Churros di Malaysia, gigih betul saya ke IOI Mall Putrajaya semata nak merasai sendiri keenakan churros yang sebenar. Masa tu, itulah satu-satunya outlet Street Churros kat Malaysia. Jujurnya lepas tu saya tak pergi dah. Kenapa? Sebab jauh. Saya tinggal kat Sentul. Jarang sangatlah nak ada urusan kat Putrajaya tu. Lepas tu Street Churros ada buka beberapa lagi cawangan lain dekat One Utama, Sky Avenue, Berjaya Times Square, MyTOWN, dan Empire Shopping Gallery. Tetapi semua tu pun agak jauh lokasinya. Sesetengah tu takde la jauh sangat pun, tapi jaranglah nak ke lokasi-lokasi tu. Ada la jugak terfikir nak ke Berjaya Times Square untuk makan churros ni memandangkan itu jela yang paling dekat pun. Tapi asyik tangguh aje, end up tak pergi pun.




Baru-baru ni perasan ada papan tanda Street Churros kat Sogo. Tapi masa tu dorang masih belum mulakan operasi lagi, masih dalam renovation. Serious rasa excited masa tu, tak sabar! Yela, sebab dah lama mengidam kan haha. Fyi, saya memang kerap ke Sogo memandangkan ofis saya memang tersangatlah dekat dengan Sogo. Selalu petang lepas kerja, singgah beli sayur atau barang dapur kat Sogo. Dari rumah pun tak jauh sangat. Alah, senang cerita memang dekat sangatlah!

So hari Sabtu yang lepas akhirnya saya berkesempatan menyantap churros kat outlet baru Street Churros di Sogo ni. Dah rancang sesiap memang nak ke sana melempiaskan nafsu makan sepuasnya, lepas tu baru lepak kat mana-mana siapkan kerja. Kalau tak silap, ini merupakan outlet ke tujuh Street Churros di Malaysia. Jangan tak tahu, Street Churros ni merupakan rangkaian kafe churros terbesar di dunia. Kiranya kafe Street Churros ni adalah rangkaian kafe terbesar di dunia yang memang specialize in churros making.




Bila dah lama mengidam ni, kemain tamak order sebanyak yang mungkin hahah! Ikut hati nak order banyak lagi, tapi sebab takut tak habis makanya berpada-pada la ye. Berbanding kali pertama saya makan di Street Churros dulu, kali ni dah banyak pertambahan dari segi menu di Street Churros. Ada beberapa menu yang baru. Of course la saya cuba semua menu baru yang ada. Itu seharusnya!

Street Churros RM5.90 - Cinnamon, Chocolate, Cheese

Filling Churros RM7.90 - Chocolate, Cream Cheese, Korean Strawberry

Stick Churros (choose up to two flavors) RM9.90 - Chocolate, Cinnamon, Cheese

Ice-cream Churros RM7.90
Ice-cream Churros with toppings RM8.90 ( Swiss Cheese, Chocolate Cheese, Blueberry Cheese, Butterscotch Cheese)

Churros ni lagi best dimakan bersama dipping sauce, Kat Street Churros ni sendiri ada empat jenis dipping sauce iaitu Chocolate, Cream Cheese, Blueberry, dan Butterscotch. Harga bagi setiap dipping sauce adalah RM1.90. Antara menu terbaru yang paling menarik perhatian saya adalah Churro Fries. Dengar nama aje dah boleh bayangkan kot macam mana rupa churros ni, kan? Churros dalam bentuk seperti fries! Best gila weyh. Out of all the churros in Street Churros, ini favorite saya so far. 


Churro Fries yang berharga RM7.90 ni tersangatlah crunchy dan sedap dijadikan kudap-kudapan. Didatangkan dalam tiga perisa iaitu Sour Cream, Tomato, dan Seaweed. Agak-agak yang mana satu pilihan hati? Bila dah rasa ketiga-tiga perisa, ternyata perisa seaweed paling terasa sedap di tekak saya ni. Siap repeat order lepas tu, tapau bawak balik! Walaupun churros diperbuat dari tepung, tapi bila kecil-kecil macam fries, tak muak langsung. Boleh makan banyak-banyak.


Minuman pun dah lebih banyak pilihan berbanding dulu. Tapi dalam banyak-banyak minuman, saya suka Lemon Ade sebab rasa dia masam-masam manis. Sesiapa yang kenal saya memang tahu saya suka minuman yang masam. Minuman masam boleh neutralkan balik makanan manis yang kita dah makan. Takde la rasa muak nanti, so boleh makan banyak-banyak haha. Itu taktik saya sebenarnya.

Ini antara minuman terbaru jugak la. O'My Mango dan O'My Coconut - RM9.90

Korean Citron, Passion Fruit, Lemon Ade - RM7.90

Cafe Latte - RM8.90
Caramel Macchiato, Spanish Latte – RM9.90

Non-coffee drinks : Green Tea, Chocolate, Milk Tea – RM8.90

Apa yang uniknya Street Churros ni, doh churros tu sendiri adalah freshly made, and hand-crafted supaya terhasilnya churros yang segar. Setiap hari doh churros diuli dan tidak digunakan semula keesokan harinya. Faham tak apa yang cuba saya sampaikan? Doh hari ni, dia habiskan hari ni. Bukan tak habis hari ni, esok guna balik. There's no such thing in Street Churros. Minyak yang digunakan pun sentiasa ditukar untuk memastikan kualiti churros yang dihasilkan memuaskan hati.

Oh ye, saya ada buat satu video pendek, boleh tengok kat bawah ni ha. Saja la bosan-bosan kat rumah, edit jadikan video. Do leave some comment on my youtube channel. Komen membina ye, newbie katakan.


By the way, kat Street Churros sekarang dah ada menu set tau. Kira lebih berbaloi dan menjimatkan la kalau order yang set. Kalau nak beli set kombo pun ada jugak, boleh makan beramai-ramai. Nanti korang cubalah sendiri ye. Kalau ikutkan semua pun sedap. Tapi paling saya recommend buat masa sekarang adalah Churro Fries dan Ice-Cream Churros. Terbaik! Yang ice-cream churros tu, dorang guna swiss cheese ice-cream tau.


For more info korang boleh check kat page dorang.

Facebook : https://www.facebook.com/StreetChurrosMY/
 Website : http://streetchurros.com.my/
 Instagram : https://www.instagram.com/streetchurrosmy/


Street Churros Sogo KL
LG-L4, Kompleks Sogo,190 Jalan Tunku Abdul Rahman, City Centre 50100 Kuala Lumpur
Tel : 03-22028898

Street Churros One Utama Mall
LG-319A, Lower Ground Floor, 1 Utama Shopping Centre 1, Lebuh Bandar Utama, Bandar Utama City Centre, Bandar Utama, 47800 PJ Selangor
Tel : 03-76810710

Street Churros IOI City Mall
LG-66A Lower Ground Floor IOI City Mall, 62500 IOI Resort City, Putrajaya
Tel : 03-89592110

Street Churros Sky Avenue
T2-12, Level T2, Sky Avenue, Genting Highlands Resorts, 69000 Genting Highland, Pahang
Tel : 03-61013110

Street Churros Berjaya Times Square
LG-36, Berjaya Times Square, No 1 Jln Imbi, 55100 KL
Tel : 03-21106210

Street Churros MyTOWN
Lot B1.046, MyTOWN Shopping Centre 6, Jln Cochrane, Seksyen 90, Taman Maluri, Cheras, 55100 KL
Tel : 03-92011099

Street Churros Empire Shopping Gallery
LK02A, Empire Shopping Gallery, Jln SS16/1, SS16 47500 Subang Jaya Selangor
Tel : 03-56121055

Monday, January 22, 2018

Belajar Mekap dengan MUA Sue Melati


Minggu lepas saya berkesempatan turut serta dalam kelas basic make-up yang diadakan oleh jurumekap Sue Melati. Tak kenal Sue Melati? Haa, Sue Melati ni agak terkenal jugak sebab dia banyak mekapkan artis untuk penggambaran filem dan drama. Saya ni bukanlah jenis yang tak tahu langsung nak mekap muka sendiri. Tapi saya juga bukanlah jenis yang hebat bermain dengan mekap. Kiranya sekadar tahu pakai untuk diri sendiri, dan main tonyoh ikut suka hati je. Mekap syok sendiri katakan. Jadi bila tahu Sue Melati ada buat kelas solekan untuk beginner macam saya ni, saya pun ambil kesempatan ni untuk turut serta. Tambah ilmu dan enhance makeup skill yang tak seberapa ni. Tambahan pulak memang tak ada perancangan lain pada hari tu. Kelas solekan ni diadakan di Hybrid Nutrilab di Sungai Buloh. Gigih tau bangun pagi semata untuk kelas solekan ni.



Dalam kelas mekap Sue Melati ni, kami diajar tentang teknik solekan yang betul. Nak bersolek ni kena ikut urutan jugak. Selama ni saya main hentam saja la sebab tak reti. Lagipun muka sendiri kan, kahkah. Antara beberapa teknik solekan yang diajar oleh Sue Melati adalah teknik blend eye shadow dengan betul, teknik melukis kening, contouring, teknik blend foundation agar bersesuaian dengan warna kulit, tips agar mekap mampu bertahan lebih lama, dan juga tentang perbezaan jenis berus mekap. Yang berus mekap tu sampai sekarang saya masih tak boleh nak biasakan diri guna berus mekap. Serious saya lebih suka guna jari jemari sendiri, haha.

Video sekitar kelas solekan Sue Melati

Bila dah sertai kelas solekan ni, baru la tahu bahawasanya kalau korang tersalah beli foundation yang warnanya tidak sesuai dengan warna kulit korang, korang jangan buang atau tak guna. Masih boleh guna. Cuma kena pandai mix and blend dengan foundation lain yang tona warnanya sedikit berbeza untuk sesuaikan warnanya. Kalau foundation korang tu jenis yang pekat sangat pulak, korang boleh campur dengan sedikit argan oil atau apa-apa serum yang korang ada untuk bagi tekstur foundation tu lebih lembut dan memudahkan ianya disekatakan di kulit wajah.


Yang menariknya, Sue Melati dah pun keluarkan produk kosmetik sendiri iaitu Sue Melati Foundation, Minyak Penarik Seri Wajah, dan juga rangkaian berus mekap jenama Sue Melati. Foudation Sue Melati ni mengandungi vitamin C dan E.

Berus mekap Sue Melati

Minyak Penaik Seri Wajah Sue Melati

Foundation Sue Melati ni merupakan matte foundation dan ianya waterproof. Foundation ini dikatakan mampu menghalang penuaan dan sesuai untuk pelbagai jenis kulit. Bila apply kat wajah memang full coverage. Saya ada sediakan video pendek saya memakai foundation Sue Melati. Boleh tengok kat bawah ni.


Untuk hasil yang lebih memuaskan, boleh titiskan Minyak Penarik Seri Wajah Sue Melati bersama foundation Sue Melati. Barulah tekstur foundation tu lebih smooth dan lebih cantik bila diaplikasikan pada kulit wajah. Basically Minyak Penarik Seri Wajah ni adalah sejenis minyak yang berasaskan argan oil. Bau dia memang wangi. Tapi disebabkan saya tak ada minyak Penarik Seri Wajah ni, saya main campur je dengan mana-mana serum yang saya ada. 


Untuk maklumat lanjut :
No. Tel : 018-2090617
FB Page : Sue Melati
Email : suemelati2u@gmail.com


Saturday, January 20, 2018

2 Hari 1 Malam di The KL Journal Hotel, Bukit Bintang


Sebelum ni saya ada ceritakan pengalaman saya tentang percutian singkat saya bersama-sama 39 orang lagi rakan blogger yang lain, dianjurkan oleh pihak Traveloka dengan kerjasama The Butterfly Projects. Boleh baca perkongsian pengalaman saya di sini : Escape With Traveloka - Percutian Singkat 2 Hari 1 Malam bersama The Butterfly Projects . Kali ini saya nak ceritakan pula lebih lanjut tentang hotel yang menjadi lokasi percutian singkat kami iaitu The KL Journal Hotel.


The KL Journal Hotel merupakan sebuah hotel 4 bintang yang terletak ditengah kesibukan Kuala Lumpur, iaitu di Bukit Bintang. Berkonsepkan boutique hotel, lokasi The KL Journal Hotel ni sebenarnya sangatlah strategi kerana ianya berdekatan dengan pelbagai tarikan di sekitar Bukit Bintang. Nak ke The KL Journal Hotel ni dengan public transport pun sangat mudah. Hanya 5 minit berjalan kaki dari stesen monorail Bukit Bintang. Open parking area pun ada betul-betul dihadapan hotel.


Biasalah kalau dah boutique hotel ni memang tak sah kalau tak cantik. Setiap sudut pun cantik. Ornag kata, instagrammable hotel gitu. Kalau dilihat pada dekorasi hotel ni, ada banyak elemen nostalgia zaman dulu-dulu. Tetapi berbeza dengan perabot, perabot yang digunakan bercirikan moden. Kiranya suasana The KL Journal Hotel ni adalah kombinasi nostalgia zaman dahulu tetapi dalam keadaan lebih moden. Dari segi keselesaan, memang puas hati.






Ruang kat dalam bilik ni luas. So don't worry kalau nak solat tu, memang cukup sangatlah ruang yang disediakan. Siap boleh solat berjemaah dua orang rasanya. Sesetengah hotel ruang sempit, nak solat pun terpaksa bersempit-sempit. Kat KL Journal Hotel ni jangan risau, ada ruang yang cukup untuk solat.





Bilik yang saya dan kak Farah duduk hari tu rasanya Deluxe Room. Ada katil queen size satu. Tilam dan bantal memang empuk, rasa tak nak bangun dari tidur pun ada. Haha. Dekorasi dalam bilik pun cantik, nyaman je rasa, Selak langsir je terus boleh nampak KLCC. Kemudahan lain yang ada dalam bilik ialah TV 40' flat screen, peti sejuk mini, meja dan kerusi, electric kettle, iron dan lain-lain.


Dari bilik boleh nampak KLCC


Rasa nak bawak balik je jam loceng ni hahah

Kat tepi katil ada jam loceng. Berkenan pulak kat jom loceng dia, lawa! Lepas tu siap ada maps tempat-tempat menarik sekitar KL dan juga buku 555. Yang buku 555 tu mula-mula nampak terus rasa excited! Mengimbau nostalgia zaman kecik-kecik dulu. Zaman sekolah rendah dulu sempat kot guna buku 555. Beli kat koperasi sekolah. Tak pun beli kat kedai runcit berdekatan sekolah.



Bathrobe, selipar, dan tuala turut disediakan. Standard hotel 4 bintang la. Simple je wardrobe dia, just sangkut je kat situ. Berkenan betul susunan segala perabot dan barang-barang dalam bilik. Ironing board ada kat situ terus, tapi sebab saya bawak baju-baju yang tak perlu digosok, makanya tak berkesempatan pun iron baju kat sini.



Saya kalau bermalam kat mana-mana hotel, memang kebiasaannya akan terjah bilik air dulu. Paling risau kalau bilik air tak bersih. Yela, nak mandi nak cuci muka pun tak selesa kalau bilik air kotor. Apatah lagi kalau nak melepaskan hajat. Haa gittew. Bilik air kat KL Journal Hotel ni bukan setakat bersih, bahkan luas dan sangatlah selesa. Rasa macam eksklusif betul bilik air dia. Cermin besar, ada pencahayaan yang elok. Turut disediakan hair dryer. Selain tu, keperluan basic lain seperti tisu, mandian, shampoo, kain lap kaki, kain lap muka, tuala memang disediakan.


Kat sebelah toilet seat tu ada shower room yang dipisahkan dengan cermin kaca. So takde la lantai bahagian depan sinki dan toilet seat tu basah dek pancuran air dari shower. Saya memang suka konsep bilik air macam ni. Dah la luas, selesa pulak tu. Gambar shower room lupa pula nak ambil. Of course ada hot shower, nama pun hotel 4 bintang. Kat sinki ada disediakan air mineral dan set barangan basic penjagaan diri seperti ubat gigi, berus gigi, shaving kit, sikat, dan vanity kit.



Okay, habis part dalam bilik. Kat tingkat paling atas ada infinity swimming pool. Cantik kawasannya. View dari situ pun cantik. Malam-malam nak lepak dengan kawan tepi swimming pool pun best je rasa. Kolam dia tak besar sangat pun, tapi memadai la. Memang cantik. Banyak sudut kat tingkat ata sni yang cantik untuk bergambar.







Dekat tingkat satu hotel ni ada The Terrace Bar & Grill. Kat sini dekorasi memang cantik. Tak puas bergambar kat sini, terutamanya bahagian balkoni. Selain itu, kat tingkat satu ni ada beberapa ruang dan bilik untuk kegunaan meeting ke, seminar ke atau workshop. Dekorasi memang cantik dan menarik. Kat atas meja siap ada diletakkan buku-buku novel sebagai hiasan. Nak ambil baca pun boleh, tapi pastikan letak semula.










Dekat tingkat paling bawah iaitu bersebelahan lobi, ada Kedai Kopi Journal. Kedai kopi ala-ala hipstur gitu. Dekorasi dan susunan perabot memang tak perlu nak bagitahu dah memang cantik. Kat dinding siap ada diletakkan mangkuk tingkat banyak-banyak sebagai dekorasi.




Secara keseluruhan, penginapan 2 hari 1 malam saya di KL Journal Hotel ni memang memuaskan hati. Layanan staf kat hotel pun bagus, peramah. Untuk korang yang suka bergambar macam saya, mesti korang pun akan suka hotel ni. Berbaloi dan sesuai untuk percutian singkat hujung minggu. Yela nak pergi bercuti jauh-jauh mana cuku kalau pergi hujung minggu je. Nak kena minta cuti lagi. Sesekali kalau nak suasana yang lain sikit di hujung minggu tanpa perlu pergi jauh, boleh la cuba menginap di KL Journal Hotel ni.

The Journal KL Hotel