Bawa Qaseh pergi Karnival Upin & Ipin 2017 di MAEPS, Serdang. - emilinda

Monday, November 27, 2017

Bawa Qaseh pergi Karnival Upin & Ipin 2017 di MAEPS, Serdang.


Beberapa hari sebelum Karnival Upin & Ipin pada minggu lepas, saya dah bagitahu kakak sesiap yang saya nak bawa anak dia, Qaseh ke Karnival Upin & Ipin tu. Karnival Upin & Ipin 2017 berlangsung selama 3 hari dari Jumaat 24 November 2017 sehingga Ahad 26 November 2017, bertempat di MAEPS, Serdang. Memandangkan saya sudah ada arrangement lain pada hari Sabtu, jadi saya bercadang untuk bawa Qaseh ke Karnival Upin & Ipin pada hari Jumaat. Lagipun pergi hari pertama karnival, mesti orang tak ramai sangat macam hari Sabtu dan Ahad. Itulah logiknya. Qaseh pun selalu cakap sejak cikmie kerja, cikmie dah sibuk tak ada masa untuk Qaseh dah. Alahai, rindu nak bermanja dengan cikmie la tu. Makanya takpe lah, saya apply cuti untuk hari Jumaat tu, bawa dia ke Karnival Upin & Ipin. Just the two of us, kira macam bonding time lah. Almaklum, Qaseh ni membesar depan mata saya. Saya pernah tinggal dengan dia sejak dia baby sehingga usia 2 tahun lebih. Memang dalam ramai-ramai anak saudara, dia yang paling rapat dengan saya. Saya ni la teman bermain dia masa dia kecil. Now dah 4 tahun dah usia Qaseh. Qaseh tanya kenapa tak bawak adik dia sama? Haha maaflah, adik awak tu kecik lagi. Nanti dia menangis cari mama, kelam-kabut cikmie awak ni nanti. Risau jugak nak bawak anak orang keluar jalan-jalan tanpa mama papa dia ni. Mama papa nya pulak awal-awal lagi duk pesan macam-macam. Risau sangat takut kita tertinggal anak dia kat mana-mana, hahaha.


Pada pagi hari kejadian, lepas ambil Qaseh berdekatan ofis mamanya, saya terus panggil Uber untuk ke sana. Kalau bergerak bersendirian, most probably saya akan naik KTM je kot untuk ke Serdang. Dari KTM Serdang baru naik Uber. Tapi memandangkan bawa kanak-kanak, saya naik Uber jela senang. Excited betul Qaseh. Berkali-kali tanya kenapa cikmie buat surprise kat Qaseh sorang je? Sebab cikmie sayang awak laaa. Senyum lebar dia bila saya cakap macam tu. Sampai kat MAEPS, kami naik tram/bas kecil untuk ke Dewan A dan Dewan C (tempat berlangsungnya karnival). Ya Allah suka betul Qaseh, senyum lebar sepanjang jalan. Selalu naik kereta dengan mama papa je. Mana pernah naik bas pun. Lepas turun dari tram, kena jalan kaki sikit baru sampai ke Dewan A dan Dewan C. Nampak tak betapa lebar dia senyum?

Naik tram untuk ke dewan


Dah sampaiii


Harga Tiket Karnival Upin & Ipin 2017

Masa kami sampai tu belum ramai orang lagi. Beratur dapatkan tiket pun tak lama. Harga tiket Karnival Upin & Ipin untuk dewasa adalah RM40 (RM10 untuk Dewan A + RM30 untuk Dewan C). Nak beli tiket untuk satu dewan sahaja pun boleh. Tapi dah alang-alang ke sana, masuk jela dua-dua dewan. Untuk Qaseh pula, tiket percuma sebab Qaseh baru berusia 4 tahun. Kalau tak silap, Karnival Upin & Ipin ni memang diadakan setiap tahun sebab dulu masa Qaseh kecik kami pernah pergi ke Karnival Upin & Ipin. Tapi masa tu tak best sangat sebab Qaseh masih baby lagi, haha.


Boleh pilih nak masuk Dewan A dahulu atau Dewan C dahulu. Dewan A boleh masuk dan keluar banyak-banyak kali dalam hari yang sama, selagi tiket kat pergelangan tangan tu masih ada. Tapi untuk Dewan C, sekali masuk je. Kalau dah keluar tak boleh masuk dah. Kami masuk Dewan C dahulu.



Dewan C (Dewan Magik)

Kat Dewan C ni kita boleh tengok sendiri disebalik tabir pembikinan Upin & Ipin, set penggambaran Rumah Opah, Alam Dino, Rumah Nenek Kebayan dan macam-macam lagi. Kat sini ada banyak tempat best untuk tangkap gambar. Dalam Dewan C, ada 2 bilik studio untuk kita rakam suara kita menyanyi lagu Upin & Ipin. Dengan bayaran RM15, kita boleh dapatkan hasil rakaman tu yang dimasukkan ke dalam pendrive Upin & Ipin. Saya punya la excited nak Qaseh menyanyi, tapi Qaseh ni pemalu sangat. End up makcik Qaseh ni ha yang menyanyi sorang-sorang.
Lepas tu kami proceed bergambar dekat Tadika Mesra dan Rumah Opah.


Nasib kami baik sebab kebetulan maskot Opah dan Tok Dalang ada kat situ. Kemain lagi suka si Qaseh ni. Masa kecik dulu dia takut bila tengok maskot, tapi sekarang bila nampak maskot dia yang laju pergi peluk.


Dalam Rumah Opah tu, kita boleh masuk dan tengok sendiri keadaan rumah tempat Upin & Ipin membesar. Ruang tamu, bilik tidur, meja belajar Upin & Ipin, dapur. Ada pekerja kat situ boleh tolong kita tangkapkan gambar. Tapi pekerja yang ada masa tu semua lelaki. Si Qaseh ni pemalu lebih-lebih pulak, so dia cepat-cepat ajak keluar haha. Dia segan bila brader tu tengok dia bergambar. Adoii, anak sedaranya pun pemalu sangat. So sempat bergambar kat ruang tamu dan kat tangga je.


Ruang tamu rumah opah

Bila jalan sikit lagi, ada beberapa ekor dinosaur besar. Dinosour ni siap ada sound effect dan kepala bergerak-gerak. Qaseh ni dah la penakut. Penat nak yakinkan dia untuk bergambar. Sempat bergambar kejap je, lepas tu dia buat muka cuak nak menangis bila kepala dinosaur tu bergerak-gerak macam nak makan dia. Hahahaha omg, kelakar Qaseh ni.


Kat sebelah tu ada Rumah Nenek Kebayan. Kalau Dinosour tu Qaseh dah takut, jangan kata dia berani la nak dekat dengan Rumah Nenek Kebayan. Tak nak pergi dekat langsung! Jalan ke belakang sikit ada macam mini stage, ada robot kecik menari-nari. Ralit Qaseh tengok robot tu menari. Habis robot menari, dia laju je pergi ke dinding tempat mewarna. Mewarna ni memang hobi dia. Kalau jalan sikit lagi, ada persembahan wayang kulit. Tapi masa tu persembahan belum mula lagi, Qaseh dah ajak jalan. Macam-macam aktiviti boleh buat kat Dewan C ni. Itu antara beberapa aktiviti yang kitorang sempat buat.






Dewan A (Dewan Utama)

Dekat Dewan A, ada persembahan pentas dengan LCD besar, tempat jualan, tempat bergambar, beberapa permainan &, aktiviti menarik, dan tempat makan. Kebetulan masa kami masuk ke Dewan A, maskot Upin & Ipin serta rakan-rakan tengah buat persembahan kat pentas. Selain persembahan Upin & Ipin, ada juga persembahan Ultraman Ribut, Puteri Limau, dan Pada Zaman Dahulu. Tapi kami sempat tengok persembahan Upin & Ipin je. Untuk persembahan lain tu, kami tak tunggu pun, sebab Qaseh nampak dah penat masa tu. Kang dibuatnya penat sangat, nanti dia mengantuk dan tak mau jalan memang terpaksa berdukung la jawabnya. Tidak ku sanggup, hahahha Qaseh berat kot. Tapi banyak jugak persembahan Upin & Ipin yang sempat kami tengok. Suka betul Qaseh, lagi-lagi bila dapat bergambar dengan maskot Upin & Ipin. Bukan setakat dapat bergambar, dia siap peluk & salam lagi dengan maskot-maskot yang ada.



Video ni je lepas nak upload ke sini. 

Lepas habis persembahan sesi pagi, aktiviti pentas break untuk memberi laluan untuk solat Jumaat. Masa tu la kami berjalan pusing sekitar Dewan A. Ada pelbagai aktiviti dan permainan. Tapi Qaseh ni lebih berminat nak bergambar dan nak beli barangan Upin & Ipin. Bawak Qaseh pusing-pusing tengok gerai jualan. Banyak jugak yang dibeli. Tapi nasib baik dia dah banyak patung Upin Ipin kat rumah, jadinya dia banyak beli barangan Puteri Limau. Kakak yang baik betul Qaseh ni, siap bagitahu sesiap kalau nak beli, mama pesan suruh beli 2 yang sama. Satu untuk Qaseh, satu untuk adik. Kalau beli tak sama, nanti berebut! Penuh jugak la tangan nak bawak barang-barang yang dibeli. Tapi yang bagusnya Qaseh ni tiap kali berkenan nak sesuatu, dia tanya dulu boleh tak nak beli yang tu? Kiranya dia takde la mengamuk mintak belikan juga kalau kita tak bagi. Ada gerai jualan makanan, tapi Qaseh tak nak. Masih kenyang katanya sebab pagi sebelum datang, dia dah makan nasi sesiap.

Persembahan Upin & Ipin



Tanya dia, Qaseh kita dah boleh balik ke? Mula-mula dia taknak balik lagi, tapi pujuk sikit then dia setuju nak balik. Bukan apa, muka dia nampak penat dah masa tu. Keluar dari Dewan, ada lagi gerai jualan aiskrim, dan beberapa gerai jualan lain. Ya Allah baiknya si Qaseh ni. Bila kita pelawa nak belikan dia aiskrim, dia jawab “Mama cakap Qaseh tak boleh makan aiskrim, nanti Qaseh batuk”. Haha ikut betul ye cakap mama. Mama bukan ada pun kat situ.

Nampak maskot Grolier, laju dia suruh ambik gambar

Kami balik pun naik Uber jugak. Sekitar pukul 3, dah sampai area ofis mama Qaseh. Masa dalam Uber tu, tersengguk-sengguk si Qaseh ni. Dalam pada mengantuk tu, ada hati lagi tak nak balik. Sembang-sembang dengan dia tak nak dia tertidur. Sebelum serah kat mama dia, bawak dia pergi makan KFC dulu. Berkali-kali dia duk cakap “Thank you cikmie, Qaseh suka keluar dengan cikmie. Tengok, Qaseh tak menangis pun takde mama. Qaseh kan dah besar. Lain kali cikmie bawak Qaseh jalan-jalan lagi tau. Hari ni seronok sangat!”.  Nasib baik Qaseh behave elok sangat hari tu. Puas hati dapat buat kanak-kanak happy macam ni. Sesekali apa salahnya gembirakan hati kanak-kanak. Polos sangat kanak-kanak ni. Bila dorang gembira, memang ketara la betapa gembiranya dia. Nampak betul dia gembira hari tu dapat pergi Karnival Upin & Ipin. Mama Qaseh cakap, sampai aje kat ofis mama terus dia lena. Penat sangat tu, haha. Balik rumah kemain bercerita dekat si adik. Si adik pun happy je bila tengok kakak belikan barang Upin Ipin untuk dia.


Setakat tu jela nak cerita pasal pengalaman kali pertama pergi Karnival Upin & Ipin berduaan dengan Qaseh. Dalam erti kata lain, a day out with Qaseh untuk kali pertama berjalan dengan lancar. Lain kali boleh la cikmie kidnap Qaseh bawak pergi tengok wayang dan shopping pulak! Oh ye, dengar kata nanti akan ada taman tema Upin Ipin kat Malaysia ni. Masih dalam perancangan. Seronok la kanak-kanak sekalian.

2 comments:

  1. suka la dia dapat tengok upin ipin..akk tak dpt pergi sebb suamikerja..kalau tak mesti fariza happy

    ReplyDelete
  2. anak-anak la yang paling seronok kalau dapat singgah event camni.. kan ? hee~ tnegok Qaseh senyum pun tau dah tu..

    ReplyDelete

Kindly leave your comment/feedback here.