Sunday, October 22, 2017

How do i look on Friday the 13th - Simple Halloween Makeup Idea


Minggu lepas ada annual dinner yang dianjurkan setiap tahun oleh pihak ofis. Sesuai dengan tarikh yang dipilih iaitu hari Jumaat 13 October, tema tahun ni adalah "Friday the 13th". I was so excited and honestly i was hoping for this kind of theme. Yela, asal annual dinner aje nak kena melawa-lawa bercantik-cantik. Now with this theme, i can just let myself be ugly. Don't have to touch up my make up and all. Tema horror kot, so kalau tak cantik malam tu pun takde la rasa awkward atau ralat sangat. We're supposed to be creepy on that night, remember? Some of my colleagues even bought/rent some costume and props. They're so sporting! Of course ada je yang datang pakai tak ikut tema. But for me, memang awal-awal lagi excited nak ikut tema. But i'm not gonna spend money on this. Nak utilize apa yang ada je.


So i decided to show up as Valak from The Conjuring. Because for ladies like me, there's quite limited option that we have. Berapa jenis hantu je kat dunia ni yang pakai tudung, kan? Nak jadi pontianak macam kelakar la pulak pontianak pakai tudung. Hahaha. Nak jadi toyol pun, mana ada toyol pakai tudung. Mostly hantu tak pakai tudung. So that's why i choose to be Valak on that night. Lagipun agak senang nak jadi Valak ni sebenarnya. Tak perlu costume pelik-pelik. Dan tak perlu masa berjam-jam untuk bersiap. Almaklum, majlis bermula lepas solat Maghrib. At first my friend suggest suruh ambil wudu' sesiap then terus bersiap awal-awal jadi hantu, masuk azan Maghrib terus solat dalam keadaan dah jadi hantu. Errr, tak tergamak la pulak nak solat dalam keadaan macam tu, hahahaha. So i waited patiently for Maghrib, at prayer room. Dah solat, baru bersiap dengan sepantas kilat. Senang je. Serious senang.


For the outfit, kebetulan saya ada dress hitam kosong. Dari pagi pergi kerja memang pakai dress tu. Tudung pulak, saya pakai selendang putih, lepastu letak satu lagi selendang hitam kat atas kepala. To make it looks like Valak of course, hahah. Kasut, i just wear black flat sneakers sebab malas nak pakai tinggi-tinggi. Done for the outfit! Then for the make up, all i need is just few items as per below picture.


Seboleh mungkin nak guna apa yang ada je. So yeah, i guess most of the ladies own white color face mask, right? Or bedak sejuk? I don't have bedak sejuk, but i do have Skinfood Egg White Pore Mask. Guna face mask ni untuk cover semua bahagian muka. SEMUA, termasuk dekat kelopak mata dan dekat kening. Egg White Pore Mask ni senang nak guna dan cepat kering, so memang mudah la. Nak nampak real, kena sapu tebal-tebal sikit. Dah agak-agak dah kering, boleh sapu eyeliner kat bahagian mata untuk menampakkan kesan mata lebam. Nak mudah, guna liquid eye liner. Calit dekat jari sikit, lepas tu dab atau ratakan dekat bahagian keliling mata. Terpulang korang nak terang atau tak. For me i use Mamonde Long Lasting Liquid Eyeliner. Untuk bibir, sepatutnya kena pakai lipstik hitam baru nampak exactly macam Valak. But i don't have black lipstick, so i wear a red lipstick instead. Nasib baik memang ada lipstik warna merah menyala - NYX Lip Lustre LLGT01 Mystic Gypsy. Dah alang-alang ada lipstik merah menyala tu, why not buat kesan darah menitis kat tepi bibir dan tepi mata, kan? Haha, so i did that. Oh by the way kalau perasan dalam gambar kat atas, ada Mary Kay SatinLips Lip Mask. Yang tu kalau nak buat bibir nampak pucat macam mayat, boleh la pakai yang tu. But i didn't use that for that night. Last part, saja la draw kesan jahitan dekat pipi tu nak kasi lebih scary. Yang tu lukis guna eyeliner tadi jugak. Done! It takes around 15 to 20 minutes only. 



It was a fun event. Here's some pictures from that night.



And below is my favourite one! In this picture, it looks like the lower part of my body was gone! Macam terapung-apung. Tak pasti macam mana boleh jadi macam tu.


Sepanjang majlis tu tak boleh nak senyum. Kena cover, almaklum la face mask bila dah kering kan dia jadi mengeras. Kawan-kawan buat lawak, tahankan jela nak gelak pun. Habis majlis, terus ajak kawan teman ke toilet untuk bersihkan muka. Nak pergi sorang tak berani, takut terserempak yang betul punya, hahahah. Tak berani la nak balik dalam keadaan muka macam tu. Silap hari bulan pak guard kat rumah tu baling garam pulak, wakaka. Nak bersihkan pun senang sebab washable face mask kan, senang nak basuh. Puas hati rasanya dapat ikut tema, haha.

So, that's all from me for now. Thanks for reading!

10 comments:

  1. hahaha kreatif masing2. tp bab face mask mengeras tu memang lawak.

    ReplyDelete
  2. Tengokkk pun dah boleh mengigauu malam ni..

    ReplyDelete
  3. Alamak..kalau akak yg nampak confirm x tido malam ni..akak jenis penakut

    ReplyDelete
  4. hahahaha baling garammm.. aduyaiii lawak la emy.. 😂😂😂😂😂

    ReplyDelete
  5. Watak Valak ni memang sesuai sangat untuk mereka yang berhijab kan? Pandai awak pilih watak... Mekap pun cantik

    ReplyDelete
  6. Mackup sendiri ker pandainya real juga lah hehehehe....

    ReplyDelete
  7. hahaha..yg nk g toilet tu lawak.. kes tkut terjmpe ke atau tkut tgk muka sndiri kt cermin?

    ReplyDelete
  8. seram weii..dah leh join nof kat sunway tu

    ReplyDelete
  9. Scary naw!!! Perghhh menjadi mekup halloween alang... Nice! Kreatif sgt

    ReplyDelete

Kindly leave your comment/feedback here.