Orang kata kalau nak kulit cantik dan sihat, kena amalkan minum air yang cukup. Itu sememangnya diakuilah. Kalau air dalam badan pun tak mencukupi, macam mana kulit nak sihat. Sebaliknya kulit jadi kering pulak. Pengambilan air yang banyak ni merupakan salah satu masalah yang dari dulu lagi terjadi kat saya. Saya ni jenis yang kurang minum air. Susah betul nak disiplinkan diri untuk minum air dengan banyak. Selalu lupa nak minum air. Ada jugak manusia macam ni, kan? Hahah. Serious tak tipu. Kalau kat ofis tu kadang-kadang dah letak air siap-siap depan mata pun, bila ralit sangat buat kerja terus lupa nak minum. Tengok jam dah petang, baru berapa kali minum air. Itu salah satu punca kulit ni kering. Takde la kering yang melampau. Cuma lembapan kulit tu tak seimbang. Makanya nak seimbangkan balik tahap kelembapan kulit, kena la rajinkan diri pakai losyen.
Typical perempuan, sangat suka membeli produk kecantikan dan penjagaan diri. Lepas tu tak tahu nak pakai yang mana dulu. Baik mengaku cepat! Haha. Kat rumah tu boleh dikatakan macam-macam jenama losyen dah dijadikan koleksi. Kejap pakai yang tu, kejap pakai yang ni. Dalam banyak-banyak losyen tu, ada la beberapa jenama yang memang menjadi pilihan kegemaran hati ni. Taknak cakap banyak, kali ni nak cerita tentang losyen jenama Enchanteur sahaja. Yang lain-lain jenama tu lain kali kita cerita. Kenapa nak cerita pasal losyen Enchanteur? Sebab tengah excited dapat losyen terbaru Enchanteur, Enchanteur 24H Moist Perfumed Body Lotion. Thank you PR sebab masih ingat kita, hantar losyen wangi dalam kotak cantik! Kita fefeeling dapat hadiah gitu.
Losyen terbaru Enchanteur 24H Moist Perfumed Body Lotion dirumus khas dengan air mawar, ekstrak lily putih, dan minyak zaitun agar kulit kekal lembap, muda dan berseri sepanjang hari hanya dengan satu sentuhan. Enchanteur 24H Moist Perfumed Body Lotion didatangkan dalam tiga wangian iaitu Charming, Romantic, dan Alluring.
Enchanteur 24H Moist Perfumed Body Lotion - Charming
Yang ni bau dia lembut. Memang mengimbau zaman sekolah dulu la jawabnya. Zaman sekolah dulu kita memang pakai losyen Enchanteur yang bau macam ni. Dia ada bau macam bau baby gitu, haha. Tak tahu la kot-kot perasaan saya sorang je yang rasa losyen ni macam ada bau baby. Sesuai kalau pakai waktu nak tidur malam, sebab bau dia macam menyenangkan.
Enchanteur 24H Moist Perfumed Body Lotion - Romantic
Yang ni paling ketara bau bunga-bungaan. Wangi! Memang suka bau yang ni. Rasanya sangat sesuai untuk pakai siang hari. Macam saya kalau kat ofis, lepas dah solat Zohor saya tak touch up spray perfume dah. Saya pakai losyen je dah cukup.
Enchanteur 24H Moist Perfumed Body Lotion - Alluring
Yang ni tak pasti bau macam mana sebab PR tak hantar wangian yang ni kat kita. Tapi rasanya mesti wangi jugak yang ni.
Enchanteur 24H Moist Perfumed Body Lotion ni boleh didapati di semua pasaraya utama, hypermarket, dan farmasi. Harga setiap botol adalah RM11.90 (termasuk 6% GST), 220ml. Nak tahu lebih detail boleh ke www.enchanteur.com.my .
Enchanteur memang wangi! Suka sangat!
ReplyDeleteWah mcm best. Hehe. Tq sis share. Done follow sis 😘
ReplyDeletewah cantik betul pakaging dia ya. nampak exclusive
ReplyDeletewanvi sangat kan. suka gilaa 😁
ReplyDeleteProduk Enchanteur memang semua wanig-wangi belaka. Kita suka!
ReplyDeleteCCL new follower sini , CCL pengguna produk enchaunter jugak . Baunya sangat wangi . Memang tahan lama
ReplyDeleteAkak pon dapat yang ni jugak. Wangi ☺☺
ReplyDeleteSuka bau Enchantuer. Sgt2 calm !
ReplyDeleteMemang sukakan bau wangi Enchanteur ni
ReplyDelete