Selama ni saya duk usha je
Althea beauty box.
Jealous tengok kawan-kawan beli
Althea beauty box, pastu duk tayang kat
social media. Haha,
i'm so jealous! Bila
turn saya nak beli mana-mana Althea
beauty box, laju je dah
sold out. If you're a regular customer or a big fan of Althea like me, then you will understand what i'm talking about. Saya bukan cakap pasal mana-mana produk kecantikan Korea yang dijual kat Althea tu, tetapi saya bercakap tentang
beauty box Althea.
Yes, every month Althea keluarkan
beauty box yang berbeza-beza.
By the way, it's limited edition! That's why setiap kali berkenan dan nak beli, kena cepat-cepat dan tak boleh tangguh. Kalau tangguh, esoknya tengok dah
sold out. Kebiasaannya setiap bulan ada 2 atau 3
beauty box yang berbeza-beza dikeluarkan oleh pihak Althea.
For those yang tak biasa
purchase beauty box, mungkin tertanya-tanya apa itu
beauty box. Konsep
beauty box ni adalah kita bayar
certain amount of money untuk dapatkan beberapa produk kecantikan yang memang dah ditetapkan oleh pihak tersebut. Tak boleh pilih nak produk apa, dia memang dah tetapkan sesiap.
Beauty box is not a new thing for me, memang saya dah biasa
subscribe beauty box sejak beberapa tahun yang lepas. Cuma yang saya pernah
subscribe semuanya dari
website lain, bukan Althea.
Most of the beauty boxes that i purchased berkonsepkan
surprise box. Kita bayar
certain amount tanpa kita tahu produk apa yang kita akan dapat,
then tunggu bungkusan sampai. Kira tawakkal jela, kalau kebetulan bulan tu diorang kasi produk-produk yang
best, then you're gonna be happy. And sometimes, you just get few products yang end up you don't even use it. Itu risiko kalau
purchase beauty box dari tempat lain.
Oh by the way kebanyakan
website yang saya pernah
purchase beauty box sekarang ni dah
close down or tak lagi meneruskan bisnes
beauty box tu.
I don't know why, padahal
for people like me i don't mind bayar
certain amount untuk dapatkan produk-produk kecantikan dan penjagaan diri.
Oh ye konsep
beauty box dari Althea ni lain sedikit berbanding
beauty box yang pernah saya
purchase dulu. Untuk
beauty box Althea, sebelum
purchase, kita dah tahu produk apa yang kita akan dapat. Kalau kita rasa produk-produk yang ditawarkan tu
best dan berbaloi,
we can straight away purchase it. So far kalau dilihat pada
beauty box yang telah dikeluarkan oleh Althea setiap bulan, semua berbaloi dengan harga yang kita bayar.
Hello, Althea kot! Dah sah-sah Althea memang terbaik bab nak puaskan hati pelanggan. Tak pernah la nak hampakan pelanggan. Sebab tu la setiap kali Althea keluarkan
beauty box, laju je
sold out. Apa yang saya boleh katakan,
beauty box dari Althea ni memang jauh berbaloi berbanding
beauty box lain yang saya pernah
purchase dulu. Memang boleh jimat berganda-ganda. Jumlah yang kita bayar tu kalau beli kat tempat lain, mungkin boleh dapat 1-3 produk je. Tapi bila beli
beauty box Althea, boleh dapat sampai 7 produk!
Ya Allah, dah panjang dah membebel. Haha.
Okay, let's skip all those less important part. I finally managed to get myself an Althea beuaty box! It's actually my first beauty box from Althea. Sebelum ni selalu sangat beli produk dari Althea, tapi tak pernah beli
beauty box dari Althea.
Beauty box yang saya nak ceritakan ni ialah
Born This Way Box! Born This Way Box ni merupakan
beauty box yang ke 29 dari Althea. Sebelum ni Althea dah keluarkan 28 jenis
beauty box lain (semua 28 tu saya tak berjaya beli, lol.
I guess i need to be faster next time). Harga
Born This Way Box ni hanyalah RM116, tapi nilai sebenar produk-produk yang pelanggan akan dapat adalah RM567!
Can you imagine how much we can save our money? Preview Born This Way Box ni cakap ada 7 produk kesemuanya. Tapi bila bungkusan sampai, ada 8 produk!
I'm such a happy customer. Maybe 1 lagi produk tu adalah
bonus/free gift from Althea. So, let's go through all the products one by one.
Innisfree Green Tea Cleansing Foam
Jenama Innisfree tak perlu diperkenalkan lagi. Rata-rata rakyat Malaysia memang tahu kewujudan jenama Innisfree. Macam yang kita sedia maklum la, produk yang berasaskan green tea sememangnya baik untuk kulit wajah, terutamanya bagi yang mempunyai kulit berminyak. Ini bukan kali pertama saya guna Innisfree Green Tea Cleansing Foam ni. Dulu pernah guna. I love the fresh scent of the green tea.
Beuins Nutrient Emulsion Skin
This brand is totally new to me. I don't even know how to pronounce it, lol. Basically this product is combination of emulsion & toner, to make our skin elastic & moisture. Eh suka la bau dia, not too heavy.
Texture dia lembut dan tak terlalu melekit. Bila sapu kat muka waktu pagi atau malam, tak rasa terlalu heavy kat muka sebab dia tekstur dia not too thick i guess. Tak reti sangat nak explain, but i it doesn't feel sticky on my skin.
3CE Back To Baby Pore Velvet Primer
3CE products is always on my wishlist. Tak tahu kenapa tapi memang selalu duk aim nak produk 3CE. Don't you think their small packaging is cute? Haha. So far i only have their concealer (which i bought from Althea as well). I love the concealer, so memang duk fikir nak beli produk lain lagi dibawah jenama 3CE ni. And now i have their primer too. Yeay!

I thought i'm gonna love this primer, just like i love their concealer. But turn out i don't really fancy their pore velvet primer. Sesuai dengan namanya pore velvet primer, so it gives our skin some velvet touch. Macam mana nak explain ye? Macam ada rasa balmy/silky sikit. I'm not sure if that is the correct term tu use, lol. Tapi ada sikit rasa melekit kat kulit, and i don't like that kind of effect on my skin. Lepas pakai primer ni, bila apply foundation, foundation tu macam tak melekat kat kulit. Or is it something wrong with my foundation? I'm not sure. But i'm not gonna give up on this brand of course! Nanti nak cuba produk 3CE yang lain pulak.
Max Clinic Catrin Natural 100 Mineral Sunkill RX
I don't really use powder nowadays (selesa pakai BB cream or foundation sahaja). But i give a try on this product. At first the powder macam susah nak keluar, tapi bila dab over and over again on our skin, baru okay. I like the packaging concept. memang convenient nak guna. And again, it doesn't smell too strong (which is good because when it comes to cosmetic & skincare, i don't like the one that comes with strong smell).
Saiz bedak ni tak terlalu kecil, dan tak terlalu besar. Just nice, standard size. Bedak ni bertindak macam sunblock la sebab dia mengandungi SPF 46 PA+++ protection, mampu menghalang sinaran UV. Bagi yang takut kulit gelap, boleh cuba bedak ni.
Aritarium Mono Eyes Eye Shadow
Before unbox this box, i didn't expect that i'm so gonna love this Aritarium Mono Eyes eye shadow so much. Nampak macam eye shadow biasa je. Tapi texture dia seriously lembut, dan senang nak pakai. This has been my favorite eye shadow noawadays. Memang sentiasa usung ke mana-mana. Almaklum, kecik. Senang nak bawak.
And the color, i just love it. Light coral color, and look so natural. Warna lembut, and it is not glitter/shimmer at all. Sangat sesuai untuk kegunaan harian.
Etude House Dear Darling IceCream Water Gel Tint - Watermelon Red
Haaa, you will definitely fall in love with the smell of this lip tint. Bau buah tembikai segar weyh, menggoda betul. Saiz kecik berbentuk aiskrim, senang nak bawa. Boleh selit dalam poket je. If i show this to my niece, they're gonna really love it.
Macam lip tint lain, it is in liquid gel form, and it is glossy. Tengok warna macam agak terang, tapi bila apply kat bibir it is not too red. The color is just nice. But i am not really into lip tint. I prefer lip balm, lipstick, and lip cream. Sebab memang kurang gemar glossy effect on my lips.
This is how it looks like.
Pure Smile Art Point Pack
This is definitely one of my favorite from the box. Art point pack ni fungsi dia lebih kurang macam face mask. Memberi kelembapan pada wajah. Bezanya this art point pack dia didatangkan dalam bentuk yang comel-comel. Kira macam sticker gitu. It have 2 sheets per pack, and it have sweet & fruity smell. Keluarkan dari paket, tarik ikut bentuk yang dia dah cut and then tampal je kat mana-mana bahagian yang kita nak. Boleh letak dekat bahagian yang a bit dry & perlukan lembapan.
Dr. Mind Apot Red Mask
Kalau perasan, dekat dalam gambar ada satu lagi face mask yang paket warna merah. It's actually a free gift from Althea. Belum sempat cuba Dr. Mind Apot Red Mask lagi, but i'll surely try it soon.
Dalam gambar ni saya pakai
Beuins Nutrient Emulsion Skin, 3CE Back To Baby Pore Velvet Primer, Max Clinic Catrin Natural 100 Mineral Sunkill RX, Aritarium Mono Eyes Eye Shadow, dan
Etude House Dear Darling IceCream Water Gel Tint.
Overall, saya berpuas hati dengan Althea beauty box - Born This Way. Dijual pada harga RM116 sahaja, tetapi boleh dapat produk yang bernilai RM567. Tentu-tentu sahaja berbaloi. Tetapi, harap maaflah. By the time i publish this entry, i'm pretty sure beauty box Born This Way already sold out. Memang cepat habis. But don't worry, Althea sentiasa keluarkan beauty box yang berlainan setiap bulan. So boleh usha beauty box lain pulak dekat Althea.