Korang biasa brunch makan apa? For me, selalu weekdays tak brunch pun sebab sibuk kat ofis tak sempat pun nak brunch bagai. Just take a light breakfast, then lunch baru makan nasi. Tapi berbeza pula kalau hari minggu. For weekend, most of the time i don't take breakfast. Obviously because i woke up late, hahaha! Tapi takde la sampai tengahari baru bangun. It is just too late for breakfast, and too early for a lunch. So normally if i have no plan to go out, i will just cook simple dishes for brunch. Tapi kalau ada rancangan nak keluar, memang makan kat luar jela.
Bagi penggemar masakan cina, pakej bufet di Mandarin Palace sememangnya menjadi pilihan. Mana tidaknya, suasana restoran pun dah rasa macam berada di tanah besar China. Dekorasi hotel yang bercirikan seni binaan klasik dinasti diraja China. Alah, macam yang dalam cerita cina yang berlatarbelakangkan zaman pemerintahan diraja cina suatu masa dulu tu. Siap ada tiang dan dinding yang berukir bentuk naga, berwarna keemasan (simbolik kekayaan).
Ruang makan yang luas mampu menampung ramai tetamu pada satu masa. Dengan 60 hidangan masakan cina yang pelbagai dan lazat pastinya menggugat selera makan. Ruang makan yang luas juga adalah sangat sesuai untuk majlis keraian, majlis perkahwinan dan seumpamanya. As for me, i love dim sum & dumpling so much. Makanya pakej bufet masakan cina memang menepati citarasa la. Bila makan buffet for brunch macam ni, kenyang sampai ke petang. Boleh la fokus shopping je kat mall-mall berdekatan lepas tu. Malam atau petang sikit baru makan lagi.
Pakej weekend brunch buffet di restoran Mandarin Palace, The Federal Hotel Kuala Lumpur tersedia hanya pada hari Sabtu dan Ahad sahaja, bermula jam 10.30 pagi sehingga jam 2.30 petang. Harga serendah RM39 (kanak-kanak/warga emas) dan RM78 (dewasa). Untuk sebarang pertanyaan atau tempahan boleh hubungi 03-21489166 ext 2202 atau 03-21488744.