Tuesday, August 22, 2017

Pengalaman Photoshoot di Kaio Studio, Shah Alam.


Ada follow kita dekat Instagram tak? Ada perasan tak baru-baru ni kita sakan duk upload gambar baru yang acah-acah model tak reti nak posing? Hahah. Lepas tu profile picture dekat social media pun semua dah tukar gambar baru. Hiks, maaflah. Excited sampai duk spam dekat instagram korang. Almaklum, julung-julung kali la nak ada gambar yang nampak professional sikit. Gittewww! Selama ni gambar tangkap sendiri guna camera phone jek. Mana boleh lawan dengan keindahan gambar yang ditangkap oleh photographer berpengalaman di studio. Tak gitu? Gambar-gambar tu semua ditangkap di Kaio Studio, Shah Alam.


Kaio Studio and Production Sdn Bhd adalah sebuah syarikat yang membekalkan servis fotografi dan videografi untuk studio photoshoot, wedding photography, wedding videography, video korporat, muzik video, short film (filem pendek) dan pelbagai lagi. Anwar Abdullah, pengasas Kaio Studio bermula sebagai wedding videographer pada tahun 2012 dengan berbekal modal bawah RM5000 sahaja menggunakan duit simpanan ketika menjadi pemandu pelancong satu ketika dahulu. Perghhh, agak kagum. Tak perlu buat loan pun, guna duit simpanan sendiri je dan modal yang digunakan tidak la besar.




WEDDING VIDEOGRAPHY & PHOTOGRAPHY BY KAIO STUDIO
Kaio Studio turut menawarkan servis wedding photography dan wedding videography. Antara selebriti popular tanah air yang pernah mendapatkan khidmat video kahwin dari Kaio Studio adalah Shaheizy Sam & Syatilla Melvin, Saharul Ridzwan  & Deena Emir, Syukri Yahya, Ainan Tasneem. Masa wedding Shaheizy Sam & Syatilla Melvin haritu, tengok video diorang cantik sangat. Adore sangat dengan video tu sebab susunan videonya sangat cantik. Visual dan audio pun sangat clear.


Selain video perkahwinan, Kaio Studio juga turut menawarkan servis fotografi perkahwinan. Kualiti gambar serious lawa dan memuaskan. Sangat berbaloi.


STUDIO PHOTOGRAPHY SHAH ALAM BY KAIO STUDIO
Kalau nak tahu, Kaio Studio turut menawarkan servis studio photoshoot di shah alam. Kalau nak dapatkan gambar-gambar studio dari mereka, boleh lah datang ke studio mereka yang terletak di Seksyen 13 Shah Alam. Selebriti pun ramai yang pernah datang shooting kat sini tahu! Nak tangkap gambar kahwin dengan Kaio Studio, belum tiba masa nak kahwin. Jadi untuk merasai sendiri pengalaman berurusan dengan pihak Kaio Studio, so pergi ke studionya di Shah Alam untuk studio photoshoot.


Walaupun ini bukan kali pertama ambil gambar di studio, tapi sah-sah la ada rasa segan dan malu. Bukannya reti nak posing pun, hahah. Almaklum, kita bukan photogenic pun. Tapi acah confident, sebab tak nak la nampak obvious sangat tengah nervous, kekeke. Dan alhamdulillah, krew-krew Kaio Studio semua baik dan friendly, so tak rasa awkward dan segan sangat. Masih mampu nak posing dengan selesa. Suasana kat studio pun sangat selesa. Ada bilik air untuk tukar baju. Kalau dahaga, ada water dispenser. Kalau nak mekap & bersiap, ada disediakan cermin dan ruangan yang cukup luas dan selesa. Oh ye, kalau nak iron baju pun, ada disediakan saterika. Location studio tak susah pun nak cari.

SERVIS REKAAN GRAFIK
Kaio Studio juga turut menawarkan servis rekaan grafik seperti poster. Seperti yang kita tahu, selepas dapat gambar yang cantik, graphic designer mampu menghasilkan grafik yang mampu memukau bakal pelanggan. Suka tengok koleksi poster yang pernah direka oleh Kaio Studio.



KEJAYAAN YANG DIKECAPI OLEH KAIO STUDIO
Kaio Studio juga pernah memenangi pertandingan MOST GLAM FASHION VIDEOGRAPHER by GLAM MAGAZINE dan melayakkan KAIO STUDIO untuk mendapatkan tugasan dari majalah fesyen tersohor Malaysia tersebut. Wow sangat kan? 
Video inilah yang telah membuatkan Anwar Abdullah dari KAIO STUDIO merakul gelaran juara pertandingan tersebut.


KAIO STUDIO SEBAGAI DUTA
Selain dari itu, Kaio Studio juga adalah duta kepada jenama sistem pencahayaan fotografi jenama ONSMO. Di mana jenama ini juga turut menjadikan beberapa jurugambar tersohor Malaysia untuk menjadi duta mereka seperti Eddie Putera, Alex Tan, dan Saiful Nang.


KAIO STUDIO TURUT MENYUMBANG ILMU
Bukan itu sahaja, Anwar Abdullah dan team kaio studio turut membuat perkongsian ilmu fotografi dan videografi. Kerana beliau yakin, dengan menyampaikan ilmu-ilmu kepada generasi baru, ilmu itu tidak akan putus, bahkan akan turut berkembang sampai bila-bila. Yang nyata, ini satu usaha yang sangat murni oleh pihak Kaio Studio. Yela, ilmu andai tak dikongsi, tak berkembang la.



CARA UNTUK MENHUBUNGI KAIO STUDIO
Laman web : www.kaiostudio.com

Alamat : 1-06 Metia Residence Office, No.5, Persiaran Sukan, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor, Malaysia

Waze dan google map : search ‘KAIO STUDIO




13 comments:

  1. Cantiknyaa alanggg! Badan kurus, sesuai jadi model. Hehehhe. Apapun Kaio punya shoot memang terbaik! I loike sebab kemasss

    ReplyDelete
  2. Model tu lawa juga orangnye. Whoa! semoga Kaio Studio maju jaya sebab cantik shot dia.

    ReplyDelete
  3. cantik-cantik gambar yang dihasilkan di studia KAIO ni.. gambar awak pun cunn.. gitu

    ReplyDelete
  4. cantik cantik belaka gambar2 semua yg ditangkap di studio!

    ReplyDelete
  5. Very nice picture! You gaya model juga laa..

    xx
    Puiyeesss

    ReplyDelete
  6. Love the outcome of the photoshoot, you look really confident there!

    ReplyDelete
  7. Love your professional shots. I too would spam my social media feeds if I had photos of such quality. Haha!

    ReplyDelete
  8. Love the result of your photos, you are so pretty :)
    Does he also conduct photography workshops?

    ReplyDelete
  9. fotonya cantik mbak,
    jadi ngefans nih, artikelnya keren juga

    ReplyDelete
  10. Cantik an gambar dia. Best kat sini sebab studio dia besar dan selesa. Gambar lawa lagi rasa berbaloi.

    ReplyDelete
  11. Wow! its such a great day of photo shoot! Banyak gambar cantik-cantik.

    ReplyDelete
  12. wow! kalau wedding photoshoot ni mesti cantik :)

    ReplyDelete

Kindly leave your comment/feedback here.