August 2017 - emilinda

Wednesday, August 30, 2017

Kali pertama cuba Norah Organic Hair Removal, terus jatuh hati!

August 30, 2017 13
Kali pertama cuba Norah Organic Hair Removal, terus jatuh hati!

Rutin penjagaan diri yang manakah yang dirasakan agak sukar dan leceh sebenarnya? For me, it's hair management. Segala jenis rambut. Rambut kat kepala, bulu roma, dan semualah. Kenapa rasa leceh? Sebab rambut merupakan salah satu bahagian pada tubuh badan kita yang cepat panjang selain kuku. Lagi pula sebagai seorang wanita, kita semestinya nak sentiasa rasa diri ni rapi, kemas dan bersih. Siapa tak suka diri rasa bersih dan kemas, kan? Hari ni tak nak cakap pasal rambut kat kepala. Yang tu jaga macam biasa, make sure rajin shampoo dan rapikan selalu, pergi buat hair treatment, jaga paras rambut..inshaAllah takde masalah. Lagipun kebanyakan perempuan lagi suka berambut panjang, just like me. Hari ni nak cakap pasal rambut lain iaitu bulu-bulu di tubuh badan kita ni. Senang kata, nak cerita pasal hair removal.


Sesetengah orang tak kisah kalau bulu roma tumbuh panjang kat lengan, betis dan seumpamanya. But for some people like me, gigih tau tak nak kasi bulu roma ketara sangat kat kulit. Jenuh la duk shave, lepas tu selang beberapa hari bulu roma tumbuh balik. Pastu kena repeat buat lagi. Dah la bila shave, bulu roma yang tumbuh tu jadi tumbuh dengan tajam. Bila pegang kulit, rasa berduri-duri. Sangatlah tak best! My friends did suggest waxing instead of shaving. Sebab bila waxing, hasilnya lebih memuaskan (walaupun waxing sedikit pedih & sakit. No pain no gain!). Bila waxing, bulu akan tercabut terus hingga ke akar, tak macam shaving. That's why waxing is more preferable by most of ladies out there. Hair wax removal pun banyak dijual kat farmasi dan pasaraya. Beli, lepas tu waxing sendiri kat rumah, sangat convenient. Kalau nak lagi mudah, pergi spa je biar dorang yang buatkan (i'm too shy to expose my skin to strangers, so i won't do this, hahah). Kita berspa kat rumah jela. But then, due to my sensitive skin, i tak berani guna all those wax yang dijual kat farmasi/pasaraya because obviously they have chemical ingredients which will make my skin irritated. But i'm so tired of shaving again & again just to make sure takde bulu-bulu yang tak diingini tu. Dah la kalau shave pun most of the time it will make my skin a bit irritated & merah-merah (usually after shaving, i will put on some aloevera soothing gel to ease those irritation). So finally i decided to go for organic hair wax removal. People with sensitive skin like me will always prefer organic products, from head to toe.


Bila cakap pasal organic hair wax removal, rata-rata netizen akan suggest Norah Organic Hair Removal. Jenama Norah ni memang well-known and trusted dalam kalangan warga tempatan. Kalau google atau search dekat instagram/facebook pun, kebanyakan hasil carian yang keluar adalah Norah Organic Hair Removal. Local product, dan dah cecah 5 tahun dah. Bukan kat pasaran Malaysia je tau, tapi Norah Organic Hair Removal ni dah dipasarkan juga di negara-negara Asia yang lain, dan sekitar middle east. Jujur pada awalnya agak skeptical sikit terhadap produk ni sebab banyak je jenama lain yang claim as organic product tapi rupanya ada bahan kimia jugak. But then seperti biasa sebelum guna apa-apa produk, i'll do some research from internet. Ramai yang berpuas hati dengan penggunaan produk ni, dan katanya Norah wax ni tak menyakitkan pun. Interesting! Main ingredient adalah madu, ekstrak lemon, dan tea tree oil. So last week i had a short meet up session with Norah founder to know more about this product. You may call me cerewet or anything, i don't mind. Kita nak guna sesuatu produk mestilah kena betul-betul yakin dulu, kan? Tak boleh simply guna je, risikokan diri kita untuk macam-macam kemungkinan.


Dah jumpa founder Norah Organic Hair Removal secara berdepan, memang tak lepas peluang bertanya macam-macam tentang produk ni (btw she's so pretty!). Siap mintak dia buat demo guna wax ni lagi. I'm totally impressed bila dia buat demo dekat lengan one of my friend. Masa dia tarik wax tu guna cotton strip, zassss tercabut habis semua bulu-bulu kat bahagian tu. And my friend doesn't look like she's in pain at all. Bila tanya, katanya tak sakit langsung. Balik rumah, masih berkira-kira nak pakai ke tak. Then another friend of mine, Alja text cakap dia terus cuba sebaik saja sampai rumah. Check out below conversation, betapa excited dia.



Nak try malam tu terus, tapi sebab da lewat malam dan keesokannya kerja, so postponed. Few days later ada masa terluang sikit baru cuba sendiri guna Norah Cold Wax. Yes, tak sakit. Alah ada la rasa pedih sikit sebab kita tarik laju kan. Tapi budak-budak pun boleh handle la setakat rasa macam kena gigit semut je. Pastu dah sama excited macam si Alja, sebab rasa macam eh mudahnya dan tak sakit. Rasa licin je kulit tanpa ada rasa berduri. But then just like what Alja said in our whatsapp conversation, ada rasa melekit-melekit kat kulit sebab tak reti sangat guna. So end up lepas waxing kena mandi lagi sekali walaupun before waxing dah mandi. Kenapa mandi before waxing? Haa ni tips yang founder Norah bagitahu. Lagi effective kalau guna lepas mandi. Logik akal memang macam tu la, sebab liang pori agak terbuka bila lepas mandi. So far there's no irritation for my sensitive skin lepas guna Norah Organic Hair Removal ni. Tapi tak pasti jugak sebab baru cuba dekat betis je hari tu. Haven't try for underarm and that sensitive part yet.



Oh ya by the way, Norah Organic Hair Removal ni ada dua jenis. Dua-dua pun fungsinya sama, cuma untuk beri flexibility kepada pengguna nak guna yang panas atau sejuk, so Norah hair wax ni ada dua jenis iaitu Hot Wax dan Cold Wax. Kalau nak cepat dan mudah, guna Cold Wax je sebab boleh terus guna. Yang ni mudah kalau nak guna bila travel. Tapi kalau mahukan kesan yang lebih optimal, boleh guna Hot Wax. Hot wax kena panaskan dulu sehingga cair sebelum guna. Boleh panaskan dalam microwave atau boleh panaskan guna teknik double boil. Dah disertakan sekali cotton strip untuk kita gunakan masa nak tarik wax tu dari kulit kita. Instruction macam mana nak guna pun ada disertakan.

Norah Hot Wax

Cara penggunaan Norah Hot Wax

Norah Cold Wax

Cara penggunaan Norah Cold Wax

Satu jar boleh bertahan sehingga satu tahun. Tapi kalau simpan elok-elok, boleh guna lebih lama. Haritu ada tanya tips penyimpanan Norah wax ni dari Puan Ain, katanya untuk lebih tahan lama elok disimpan dalam peti ais. Dah letak dalam peti ais tu, jangan tertukar dengan madu atau jem nenas pulak ye. Harga Norah Organic Hair Removal? In terms of price for me sangatlah affordable. RM35/jar untuk wax yang boleh digunakan dalam tempoh masa yang lama. Kalau pergi buat hair removal dekat spa, sekali pergi dah berapa kos. Padahal kat spa pun guna wax jugak. Kalau beli combo hot wax & cold wax, RM60 sahaja. Suka packaging dia sebab Norah guna balang kaca instead of balang plastik. Untuk produk organik sememangnya elok guna bekas kaca jika dibandingkan dengan bekas plastik, lebih-lebih lagi produk yang memerlukan proses pemanasan. Bukan perempuan je tau yang guna Norah ni, lelaki pun boleh guna. 

Bersama Puan Ain, founder Norah Organic Hair Removal dan suaminya.

Produk Norah Organic Hair Removal ni tak ada dijual di pasaraya atau farmasi. Nak beli kena beli melalui agent. Kalau tengok kat Facebook dan Instagram, ramai betul agent Norah. So memang mudah la nak buat pembelian. Tapi kalau nak beli kat Shopee pun boleh, klik sini - https://shp.ee/qnr9wgj . Apa-apa boleh check for more information dekat website Norah Organic Hair Removal.

P/s : Dah ada Norah wax ni, terasa nak buat home spa party dengan bff pulak sekali sekala. Bonding time gitu sambil berwaxing.

Tuesday, August 22, 2017

Pengalaman Photoshoot di Kaio Studio, Shah Alam.

August 22, 2017 13
Pengalaman Photoshoot di Kaio Studio, Shah Alam.

Ada follow kita dekat Instagram tak? Ada perasan tak baru-baru ni kita sakan duk upload gambar baru yang acah-acah model tak reti nak posing? Hahah. Lepas tu profile picture dekat social media pun semua dah tukar gambar baru. Hiks, maaflah. Excited sampai duk spam dekat instagram korang. Almaklum, julung-julung kali la nak ada gambar yang nampak professional sikit. Gittewww! Selama ni gambar tangkap sendiri guna camera phone jek. Mana boleh lawan dengan keindahan gambar yang ditangkap oleh photographer berpengalaman di studio. Tak gitu? Gambar-gambar tu semua ditangkap di Kaio Studio, Shah Alam.


Kaio Studio and Production Sdn Bhd adalah sebuah syarikat yang membekalkan servis fotografi dan videografi untuk studio photoshoot, wedding photography, wedding videography, video korporat, muzik video, short film (filem pendek) dan pelbagai lagi. Anwar Abdullah, pengasas Kaio Studio bermula sebagai wedding videographer pada tahun 2012 dengan berbekal modal bawah RM5000 sahaja menggunakan duit simpanan ketika menjadi pemandu pelancong satu ketika dahulu. Perghhh, agak kagum. Tak perlu buat loan pun, guna duit simpanan sendiri je dan modal yang digunakan tidak la besar.




WEDDING VIDEOGRAPHY & PHOTOGRAPHY BY KAIO STUDIO
Kaio Studio turut menawarkan servis wedding photography dan wedding videography. Antara selebriti popular tanah air yang pernah mendapatkan khidmat video kahwin dari Kaio Studio adalah Shaheizy Sam & Syatilla Melvin, Saharul Ridzwan  & Deena Emir, Syukri Yahya, Ainan Tasneem. Masa wedding Shaheizy Sam & Syatilla Melvin haritu, tengok video diorang cantik sangat. Adore sangat dengan video tu sebab susunan videonya sangat cantik. Visual dan audio pun sangat clear.


Selain video perkahwinan, Kaio Studio juga turut menawarkan servis fotografi perkahwinan. Kualiti gambar serious lawa dan memuaskan. Sangat berbaloi.


STUDIO PHOTOGRAPHY SHAH ALAM BY KAIO STUDIO
Kalau nak tahu, Kaio Studio turut menawarkan servis studio photoshoot di shah alam. Kalau nak dapatkan gambar-gambar studio dari mereka, boleh lah datang ke studio mereka yang terletak di Seksyen 13 Shah Alam. Selebriti pun ramai yang pernah datang shooting kat sini tahu! Nak tangkap gambar kahwin dengan Kaio Studio, belum tiba masa nak kahwin. Jadi untuk merasai sendiri pengalaman berurusan dengan pihak Kaio Studio, so pergi ke studionya di Shah Alam untuk studio photoshoot.


Walaupun ini bukan kali pertama ambil gambar di studio, tapi sah-sah la ada rasa segan dan malu. Bukannya reti nak posing pun, hahah. Almaklum, kita bukan photogenic pun. Tapi acah confident, sebab tak nak la nampak obvious sangat tengah nervous, kekeke. Dan alhamdulillah, krew-krew Kaio Studio semua baik dan friendly, so tak rasa awkward dan segan sangat. Masih mampu nak posing dengan selesa. Suasana kat studio pun sangat selesa. Ada bilik air untuk tukar baju. Kalau dahaga, ada water dispenser. Kalau nak mekap & bersiap, ada disediakan cermin dan ruangan yang cukup luas dan selesa. Oh ye, kalau nak iron baju pun, ada disediakan saterika. Location studio tak susah pun nak cari.

SERVIS REKAAN GRAFIK
Kaio Studio juga turut menawarkan servis rekaan grafik seperti poster. Seperti yang kita tahu, selepas dapat gambar yang cantik, graphic designer mampu menghasilkan grafik yang mampu memukau bakal pelanggan. Suka tengok koleksi poster yang pernah direka oleh Kaio Studio.



KEJAYAAN YANG DIKECAPI OLEH KAIO STUDIO
Kaio Studio juga pernah memenangi pertandingan MOST GLAM FASHION VIDEOGRAPHER by GLAM MAGAZINE dan melayakkan KAIO STUDIO untuk mendapatkan tugasan dari majalah fesyen tersohor Malaysia tersebut. Wow sangat kan? 
Video inilah yang telah membuatkan Anwar Abdullah dari KAIO STUDIO merakul gelaran juara pertandingan tersebut.


KAIO STUDIO SEBAGAI DUTA
Selain dari itu, Kaio Studio juga adalah duta kepada jenama sistem pencahayaan fotografi jenama ONSMO. Di mana jenama ini juga turut menjadikan beberapa jurugambar tersohor Malaysia untuk menjadi duta mereka seperti Eddie Putera, Alex Tan, dan Saiful Nang.


KAIO STUDIO TURUT MENYUMBANG ILMU
Bukan itu sahaja, Anwar Abdullah dan team kaio studio turut membuat perkongsian ilmu fotografi dan videografi. Kerana beliau yakin, dengan menyampaikan ilmu-ilmu kepada generasi baru, ilmu itu tidak akan putus, bahkan akan turut berkembang sampai bila-bila. Yang nyata, ini satu usaha yang sangat murni oleh pihak Kaio Studio. Yela, ilmu andai tak dikongsi, tak berkembang la.



CARA UNTUK MENHUBUNGI KAIO STUDIO
Laman web : www.kaiostudio.com

Alamat : 1-06 Metia Residence Office, No.5, Persiaran Sukan, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor, Malaysia

Waze dan google map : search ‘KAIO STUDIO




Monday, August 21, 2017

Review Althea Petal Velvet Powder

August 21, 2017 16
Review Althea Petal Velvet Powder

Sebagai salah seorang pelanggan setia Althea, memang tak ketinggalan la kalau ada something best dekat Althea. Baru-baru ni dapat tahu Althea dah mula keluarkan produk dibawah jenama Althea sendiri. For those yang biasa shopping di Althea mesti tahu, selama ni Althea jual produk kecantikan dan penjagaan diri dari pelbagai jenama Korea. Kira Althea ni sebagai satu medium untuk shopping barangan kecantikan Korea. I am one of the most excited one bila dapat tahu Althea start produce their own range of product. Produk pertama keluaran Althea adalah Althea Petal Velvet Powder



It's pink! At first i thought this powder will be in standard size macam powder lain kat pasaran tu. But i'm totally wrong. It comes in a handy size. Comel sangat, mudah dibawa ke mana-mana. Selit dalam poket pun muat.  I'm so in love with the size, lol. Packaging simple but nice.

See how tiny it is.


I don't really like compact powder because it makes my skin irritated (my skin is too sensitive i guess). So normally i use water based BB cream / foundation and loose powder for my daily make up base. Memang lagi prefer loose powder compared to compact powder. For loose powder, i use the one from Skinfood. Tapi packaging Skinfood loose powder tu sangat tak convenient untuk dibawa ke mana-mana. Senang terbuka dan tumpah. So memang tak bawak pun bila keluar. I guess after this i'll just carry this Althea Petal Velvet Powder around.


Since it is a translucent powder, so normal la memang color dia putih. But i have no issue with that. Apply sikit lepas pakai foundation. Texture dia memang lembut, dan takde bau pelik atau bau yang kuat sangat. Just nice, boleh diterima oleh hidung ni. My concern bila pakai mekap adalah kulit muka jadi nampak berminyak after a few hours. I hate that. That is one of the reason why i choose water based foundation. At first risau jugak in case Althea Petal Velvet Powder ni buat muka jadi cepat berminyak. Tapi bila dah pakai, turn out okay je.


Suitable for all skin types, this powder also keeps the skin away from excessive sebum, without being overly dry. Bahan utama yang digunakan untuk hasilkan bedak ni ialah Althea Flower Seed Extract Oil. 


Isi kandungan Althea Petal Velvet Powder ni 3g, harga RM16 sahaja. My expectation was maybe more than RM30, tapi rupanya sangatlah mampu milik. Terkejut bila tahu harga Althea Petal Velvet Powder hanya RM16. 

Kat mana nak dapatkan Althea Petal Velvet Powder? Tentunya boleh didapati di Althea.

Saturday, August 12, 2017

#AltheaTurns2 - Happy Birthday Althea!

August 12, 2017 3
#AltheaTurns2 - Happy Birthday Althea!

Rasanya baru je lagi sambut birthday Althea yang pertama. Sekejap sangat masa berlalu, sekarang Althea dah cecah 2 tahun. Happy birthday Althea!! Sebagai seorang pelanggan tetap Althea, memang tak ketinggalan apa-apa aktiviti atau promosi yang Althea buat, Bagi sesiapa yang merupakan peminat tegar Althea, time ulang tahun Althea ni la masanya untuk shopping barangan kosmetik & skincare Korea di Althea. Kenapa? Sebab kebiasaannya sempena ulang tahun Althea, pihak Althea memang bermurah hati buat macam-macam promosi & contest. Memang berbaloi-baloi bila shopping time ulang tahun Althea.


Untuk ulang tahun Althea ke dua tahun ni, macam-macam promosi diadakan seperti :
  1. Althea birthday sale - time ni la nak shopping macam-macam produk kecantikan dengan kadar diskaun yang lebih awesome.
  2. Birthday giveaway (free beauty products for shoppers to add into cart) - Haaa, yang ni memang berbaloi. Dapat free beauty products in full size weyh! Jimat duit.
  3. Althea birthday goodies (limited edition box + diy birthday kit + sample packs) - Untuk ulang tahun ke 2 ni, limited edition box dia comel sangat! Corak macam kek. DIY birthday kit tu berguna sebab nanti korang boleh join contest awesome! Sample pack tu serious banyak dia kasi, i'm such a happy Althean.
  4. FLY ME TO KOREA contest! Haaaa, ini yang teruja lebih ni. DIY birthday kit yang disertakan dalam kotak tu, korang guna untuk deco kotak Althea cantik-cantik kasi nampak macam kek, then snap gambar / video. Post gambar tu ke Instagram dengan hashtag #AltheaTurns2 untuk submit penyertaan untuk contest ni. Mudah kan? Mana la tahu rezeki, dapat la sponsored trip ke Korea. 
  5. Daily contest on Althea instagram - yang ni sempat join sekali je masa first day, sebab busy sikit la kebelakangan ni, banyak kerja kat ofis.
  6. And so many more activities.

My Althea bithday box is here! OMG the birthday limited edition box is so cute. The box looks like a cake. Lots of thanks to @altheakorea for the birthday box! Happy birthday to Althea. May Althea keeps expanding in order to provide more & more kbeauty essentials to us beauty addicts! There's a birthday kit & freebies included in my box! 😍 Later i'm gonna make a birthday cake decoration using the birthday kit. Will post it here once it's done. And will do a review on my blog too. Stay tuned! Oh ya, girls you can get your own birthday kit when you shop on Althea this July. Look out for their free giveaways, sale & birthday box with goodies. There's also a contest to win amazing prizes! Terms & condition apply - www.althea.kr . . 😍Althea birthday sale 😍Birthday giveaways (free beauty products for shoppers to add into cart) 😍Althea birthday goodies (limited edition box + diy birthday kit + sample packs) 😍FLY ME TO KOREA contest!! 😍Daily contest on Althea instagram 😍Many more on Althea #AltheaTurns2 #AltheaKorea #HappyBirthday #emilindadotcom #beauty #kbeauty #lifestyle #ilovealthea
A post shared by emi (@bearyblossom) on


Kalau tengok dekat video kat atas ni, that's my latest haul from Althea. I can never get enough of Althea. Tiap kali tengok, tiap kali tu la ada aje benda yang nak dibeli. Kotak Althea dah bersusun kat rumah, sayang nak buang sebab comel sangat. Saya sudah, anda bila lagi? Kikiki.

Belum submit lagi penyertaan untuk Fly Me To Korea contest. InshaAllah dalam sehari dua ni kita submit ye awak :)

Monday, August 7, 2017

Steamboat & BBQ Buffet di Restoran Pak John Steamboat & BBQ

August 07, 2017 13
Steamboat & BBQ Buffet di Restoran Pak John Steamboat & BBQ

Siapa je kat muka bumi ni yang tak suka makan, betul tak? Everybody loves food. Tak terkecuali diri ni. Lagi-lagi kalau makan buffet style, tersangat suka sebab boleh makan sampai kenyang, tapi takkan terover budget. Motif sangat, haha. Alhamdulillah, nasib baik jenis yang kalau makan banyak pun takde nak risau badan naik whatsoever. Recently i joined my butterfly friends for lunch gathering at Restaurant Pak John Steamboat & BBQ, eCurve Damansara. Precisely, this is my first time steamboat-ing at Pak John Steamboat & BBQ. I know about this restaurant, tapi belum pernah cuba lagi. Sebelum ni kalau nak bersteamboat, pergi kedai lain. 


Apa favourite korang kalau makan steamboat? For me, kalau nak bersteamboat memang akan cari kedai steamboat yang ada sekali bbq / grill. Rasa macam rugi je kalau pergi makan steamboat semata, takde menu bakar-bakar ni because i am a big fan of bbq! Bbq daging paling suka. Pengaruh Running Man sangat ni, bila part dorang buat bbq daging, perghh menggoda. Haha.Menu steamboat dengan tom yam / sup ni makan jugak, tapi akan lebih kepada yang bbq tu. Every single time pergi makan steamboat memang akan macam tu. 



First thing yang buat bila sampai kat kedai, round dulu tengok pilihan steamboat & perapan daging/ayam/seafood , serta menu lainnya. Not bad, banyak choice. Almaklum, kadang sesetengah kedai steamboat ni charge mahal tapi menu tak variety. Kat Pak John Steamboat & BBQ ni okay la, untuk menu bbq tu pun ada banyak jenis perapan. Bahan-bahan untuk steamboat pun banyak. Taknak ulas panjang pun sebenarnya. Gambar-gambar ni merupakan sebahagian dari menu yang ada. Tak pasti pulak kalau dekat cawangan lain, menu betul-betul sama atau tidak.




Masa mula-mula round tu dah aim nak makan macam-macam dah. Tapi bila dah start makan, asyik duk repeat ambik beberapa menu kesukaan tu je jugak. Haha. Sayur tu tak payah cakap la. memang langsung tak sentuh. Tengah menaip ni terasa lapar pulak tengok balik gambar makanan, isk. By the way, servis pun bagus lah. Their staff checking on us regularly, tanya nak tambah apa-apa tak, nak tambah kuah ke, nak tukar bbq tray tak? Peramah pulak tu. Am i the only one yang kalau pergi kedai steamboat lain, staff dorang tak pernah tanya pun nak tukar bbq tray tak? The only thing yang diorang tanya adalah nak tambah kuah ke? Itu pun kalau dorang tanya la. Some of them langsung tak check customer okay ke tak, bila nak tambah kuah kita yang kena panggil bagitahu. Bila staff kat Pak John Steamboat & BBQ ni tanya nak tukar tray tak, i was like "eh boleh tukar eh?". You get what i mean? Serendipity management applied here. They make their customer pleased & extra happy. So for this Pak John Steamboat & BBQ, i am very satisfied with their service, compared to other steamboat restaurant. 

Nampak tak kitorang focus more pada bbq, sampai kuah tom yam tu macam tak berusik. Leuls.



Dim sum pun ada jugak tau.


Okay, now nak cerita tentang menu yang paling menjadi pilihan kat kedai ni. For me, dua menu ni yang paaaaling i suka. Memang duk repeat berkali-kali. First yang paling digemari ialah smoke duck (refer gambar kat atas). Kalau datang makan kat Pak John Steamboat & BBQ tapi tak try smoke duck ni, memang rugi besar. Serious sedap, recommended. Yang kedua, australian beef slice (refer gambar bawah). Yang ni pun memang sedap. Tapi dalam banyak-banyak, i love the smoke duck the most!


Bersama kakak-kakak yang sporting habis


Kitorang kat sana almost 3 hours. Itu pun masih ada yang teragak-agak nak balik, kekeke. Before balik, makan waffle dan aiskrim dulu la. Paling suka aiskrim yang warna hijau tu, perasa peppermint kalau tak silap. Rasa berangin je bila makan.





Memandangkan ini kali pertama cuba makan dekat Pak John Steamboat & BBQ, sebenarnya rasa lebih berbaloi dan puas hati berbanding beberapa kedai steamboat lain yang dah biasa pergi. Dari segi harga kira sangat affordable dan berbaloi. Dari serendah RM32.90 untuuk dewasa dah boleh makan steamboat & bbq puas-puas. Boleh refer gambar kat bawah untuk harga buffet steamboat di Pak John Steamboat & BBQ.




P/s : Kalau ke mana-mana outlet Pak John Steamboat & BBQ, jangan lupa try smoke duck tu. Memang terangkat!