Bulan Ramadhan ni orang kata, masa untuk perbanyakkan amal ibadah. Bukan sekadar berpuasa, tapi perbanyakkan amalan lain seperti bersedekah, menyampaikan ilmu, membantu orang yang lebih susah, dan sebagainya. Bila dah dewasa ni, kerja jauh dari kampung. So jarang sekali dapat berbuka dengan mak ayah. Sesekali dapat berbuka dan bersahur dengan family, gembira betul rasa. Syukur kita yang masih punya emak ayah dan saudara ni. Dekat-dekat nak raya ni selalu rasa simpati dekat anak-anak yatim yang terpaksa menjalani ibadah puasa & beraya tanpa emak ayah disisi. Lagi-lagi kalau sudah menjadi yatim piatu di usia kecil. Bulan Ramadhan kita makan sedap-sedap untuk berbuka, tapi diorang kita tak tahu pun.
Awal Ramadhan hari tu, berkesempatan turut serta berbuka puasa bersama anak-anak yatim Rumah Amal Al-Firdaus, anjuran SACC Convec. SACC Convec ni merupakan syarikat yang mengendalikan Shah Alam Convention Centre (SACC). Majlis berbuka puasa tersebut diadakan bertujuan meraikan 43 orang anak-anak yatim dari Rumah Amal Al-Firdaus.
Majlis yang bermula pada jam 5.30 petang itu dimulakan dengan Tazkirah Ramadan dan diikuti pula dengan alunan Ayat-Ayat Al-Quran. Bacaan ayat-ayat al-Quran itu dialunkan oleh Imam Annas yang diterbangkan khas oleh MAPIM dari Syria. Suka dengar alunan ayat suci dari Imam Annas, sangat merdu.
Sewaktu berbuka, hadirin dihidangkan dengan pelbagai menu buffet. Selesai berbuka puasa dan solat Maghrib, Majlis diteruskan dengan Ucapan dari Pengurus Besar SACC Convec iaitu En. Nasrudin Abu Bakar dan setelah itu Majlis Penyampaian Cenderahati dan Duit Raya untuk adik-adik Rumah Amal Al-Firdaus. Seronok tengok adik-adik tu dapat duit raya dan hadiah. Gembira betul diorang.
Sebelum balik, kami dihiburkan dengan persembahan dari Kumpulan Hijjaz dan selepas itu tetamu bersembahyang terawih bersama Imam yang diterbangkan oleh MAPIM dari Syria.
No comments:
Post a Comment
Kindly leave your comment/feedback here.